Khamis, 29 September 2011

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Majlis Keselamatan PBB bincang

Posted:

Majlis Keselamatan PBB bincang

Majlis Keselamatan PBB bincang

NEW YORK 29 Sept. - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengambil langkah rasmi yang pertama bagi menimbangkan permohonan Palestin untuk menjadi negara anggota badan dunia itu.

Duta Lebanon ke PBB, Nawaf Salam yang memegang giliran sebagai Presiden Majlis Keselamatan bagi bulan ini berkata, beliau mengemukakan permohonan Palestin itu kepada jawatankuasa mengenai kemasukan anggota baru, langkah yang dikehendaki mengikut peraturan prosedur majlis.

Jawatankuasa tersebut, terdiri daripada kesemua 15 negara anggota Majlis Keselamatan, akan bersidang esok untuk menimbangkan permohonan Palestin itu.

Utusan Palestin ke PBB, Riyad Mansour mengucapkan terima kasih kepada Majlis Keselamatan kerana segera mencapai kesepakatan untuk menimbangkan permohonan Palestin.

"Kami berharap proses ini tidak mengambil masa terlalu lama sebelum kami melihat tindakan positif," katanya.

Proses pertimbangan itu boleh memakan masa berminggu-minggu sebelum dibawa ke peringkat pengundian akhir dalam Majlis Keselamatan, di mana Amerika Syarikat (AS) sudah berikrar akan memveto usul keanggotaan Palestin sekiranya ia menerima sembilan undi sokongan yang diperlukan daripada anggota majlis.

Mansour tidak menyentuh mengenai tentangan AS, sebaliknya melahirkan rasa optimis tentang permohonan Palestin.

"Anda dapat melihat, proses ini berjalan selangkah demi selangkah dan kami berharap Majlis Keselamatan akan menunaikan tanggungjawabnya dan meluluskan permohonan kami," katanya. - Agensi

Indonesia hantar amah hanya ke empat negara

Posted:

Indonesia hantar amah hanya ke empat negara

Indonesia hantar amah hanya ke empat negara

JAKARTA 29 Sept. - Indonesia hanya akan meluluskan penghantaran tenaga kerja wanitanya sebagai amah ke empat negara iaitu Arab Saudi, Malaysia, Hong Kong dan Taiwan.

Ketua Pengarah Penempatan Buruh, Reyna Usman berkata, kerajaan telah menjalankan penilaian secara intensif berhubung destinasi penghantaran amah.

"Berdasarkan keputusan penilaian, Indonesia menyenaraikan empat negara sahaja yang layak menjadi destinasi penghantaran amah negara ini.

"Rancangan untuk mengehadkan jumlah destinasi penghantaran dibuat selepas kementerian mengkaji aspek kebajikan dan keselamatan pekerja," kata Reyna yang dipetik agensi berita ANTARA, semalam.

Indonesia tidak akan meluluskan penghantaran ke negara-negara yang tidak menepati kriteria ditetapkan.

Berbanding negara lain, Hong Kong dan Taiwan mempunyai polisi serta undang-undang yang boleh melindungi pekerja asing.

"Jumlah kes penderaan dan layanan tidak adil terhadap pekerja asing di kedua-dua negara tersebut telah menurun.

"Malaysia merupakan negara yang paling banyak mendapatkan khidmat amah warga Indonesia kerana mempunyai hubungan budaya dan bahasa yang serupa," kata Reyna.

Sementara itu, Indonesia turut merancang untuk meningkatkan kualiti tenaga pekerja wanitanya yang mahu bekerja sebagai amah. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Rumah Belia terbiar usang

Posted:

Rumah Belia terbiar usang

Rumah Belia terbiar usang


AHMAD Ruzaidi Musa menunjukkan Rumah Belia 4B yang uzur dan usang di Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, baru-baru ini.


Saudara pengarang,
SAYA mewakili golongan belia Kampung Lubuk Kulit, Jelai di daerah Lipis ingin menarik perhatian pihak berwajib mengenai Rumah Belia yang kini uzur dan menunggu masa untuk menyembah bumi.

Rumah berkenaan yang dibina sejak 20 tahun lalu tidak lagi digunakan memandangkan struktur binaan seperti 'kandang kambing' dan tidak sesuai dijadikan tempat pentadbiran hal-ehwal berkaitan kegiatan belia kampung ini.

Sebelum ini, Gerakan Belia 4B Kawasan Cameron Highlands cawangan Kampung Lubuk Kulit menjadikan rumah itu sebagai bilik gerakan untuk bermesyuarat dan melaksanakan pelbagai program untuk mengisi masa lapang ahli.

Memandangkan premis tersebut tidak sesuai digunakan untuk kerja pentadbiran lalu kami membenarkan seorang ahli belia menjadikan tempat itu untuk menjual makanan dan minuman.

Namun, premis berkenaan tidak lagi digunakan memandangkan ia sudah uzur dengan struktur papan sudah dimakan anai-anai manakala atapnya bocor.

Permohonan untuk membaik pulih rumah berkenaan sudah dikemukakan kepada wakil rakyat Jelai sejak tiga tahun lalu dan pada awalnya kami memperoleh respons yang positif.

Pihak berkenaan bersetuju membaik pulih premis itu dengan peruntukan RM30,000 dan belia kampung ini menarik nafas lega berikutan keprihatinan yang dizahirkan oleh pemimpin.

Setelah empat tahun menantikan perubahan, rumah berkenaan masih belum dibaik pulih malah tiada tanda projek itu akan diteruskan.

Seingat saya, sudah dua kali semasa menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri pihak berkenaan berjanji untuk membaik pulih premis itu, tetapi janji berkenaan mencetuskan kehampaan belia di sini.

Senario ini membantutkan urusan pentadbiran belia kampung ini kerana ketiadaan bilik gerakan atau tempat bermesyuarat, pusat akses maklumat (Internet) dan program membabitkan ahli komuniti di sini.

Menerusi ruangan Rakan Pahang, kami berharap pihak berwajib mempercepat projek menaik taraf premis berkenaan termasuk kemudahan padang permainan di Kampung Lubuk Kulit untuk golongan belia melakukan kegiatan bermanfaat pada sebelah petang dan hujung minggu.

AHMAD RUZAIDI MUSA

Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Kampung Lubuk Kulit, Lipis

Kawasan larangan jadi tempat buang sampah

Posted:

Kawasan larangan jadi tempat buang sampah

Kawasan larangan jadi tempat buang sampah

PENDUDUK KECEWA
Temerloh

Saudara pengarang,
SAYA mewakili penduduk di Taman Perumahan Temerloh Jaya 5, Temerloh ingin meluahkan perasaan kecewa dengan sikap segelintir penduduk yang tidak mempedulikan papan arahan larangan membuang sampah yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

Papan tanda tersebut hanya sekadar hiasan kerana penduduk langsung tidak mengendahkan arahan itu kerana sampah-sarap dilihat semakin banyak di kawasan itu.

Bukan setakat sampah kecil malah sofa, perabot dan tayar kenderaan dicampak di kawasan itu yang menyebabkan air bertakung serta menjadi habitat pembiakan nyamuk dan binatang berbisa.

Walaupun ramai penduduk di taman perumahan ini terkena demam denggi namun, mereka masih belum sedar bahayanya.

Sikap membuang sampah di kawasan larangan itu mengundang bahaya kepada ramai orang dan mentaliti masyarakat dalam pengurusan sampah masih belum berubah walaupun pelbagai kempen kebersihan dijalankan.

Selain itu, kawasan tersebut juga menjadi tempat pembiakan binatang perosak seperti tikus dan serangga terutamanya lipas.

Saya kesal kerana sikap sesetengah penduduk di situ mengambil langkah mudah membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya.

Justeru, saya berharap, supaya MPT mengambil tindakan tegas dan membangunkan kawasan itu supaya penduduk tidak lagi membuang sampah sesuka hati.

Saya juga menyeru Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perumahan tersebut memainkan peranan dalam membendung gejala kurang sihat itu.

RM15 juta latih golongan miskin

Posted:

RM15 juta latih golongan miskin

RM15 juta latih golongan miskin

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

RAUB 29 Sept. – GiatMara memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia bagi melatih ibu tunggal, suri rumah dan golongan miskin dengan pelbagai kemahiran ekonomi tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Abd. Moin berkata, program jangka pendek itu berupaya meningkatkan kemahiran ekonomi dalam bidang yang dipilih seperti membuat kuih tradisional dan moden, katering, masakan, anyaman, salon, solekan dan jahitan.

''Kursus itu diadakan antara tempoh seminggu atau sebulan bergantung pada jenis kursus diambil yang dapat mengukuhkan lagi keyakinan mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan bantuan kepada 458 ibu tunggal di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong di Kampung Lechar Dong di sini baru-baru ini.

Menurutnya, GiatMara bersedia membantu mana-mana lepasan kursus asas skim tersebut dalam menyediakan bantuan modal asas bagi memulakan perniagaan.

Katanya, pihaknya menyasarkan kira-kira 20 hingga 100 usahawan daripada golongan terbabit dapat dilahirkan pada setiap tahun menerusi skim tersebut.

Beliau berkata, mereka yang berminat menyertainya boleh mengunjungi mana-mana cawangan GiatMara atau menghubungi ketua kampung, penghulu dan wakil rakyat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pembunuh budak ke tali gantung

Posted:

Pembunuh budak ke tali gantung

Pembunuh budak ke tali gantung

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my


KARIGALAN (kiri) menyatakan sesuatu kepada Rajamorgan selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas pembunuh anaknya itu di Shah Alam, semalam. – Mohd. Shaharani Saibi


SHAH ALAM 29 Sept. – Keadaan di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini kecoh seketika apabila bapa kepada kanak-kanak yang meninggal dunia dua tahun lalu 'menyerang' pembunuh anaknya sejurus tertuduh dijatuhi hukuman mati hari ini.

A. Karigalan, 43, menghampiri dan memarahi M. Rajamorgan, 33, dalam bahasa Tamil ketika tertuduh itu diiringi keluar oleh anggota polis selepas hukuman dijatuhkan.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman gantung hingga mati ke atas Rajamorgan selepas mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Tertuduh disabit kesalahan membunuh K. Haresvarra di taman permainan kanak-kanak, Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Kayu Ara di sini antara pukul 9.40 malam dan 10.10 malam, 3 Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 12 tengah malam, 4 Mac tahun lalu akibat cedera parah di seluruh badan.

Antara kecederaan yang dialami mangsa seperti patah enam tulang rusuk, cedera parah di bahagian kepala, luka di kemaluan akibat diramas dengan kuat serta pecah hati.

Keterangan oleh pakar patologi menyatakan, kanak-kanak itu meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian hati kerana tumbukan yang kuat di belakang badannya yang turut menyebabkannya hilang banyak darah.

Sepanjang perbicaraan seramai 10 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd. Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela Aida Mansor.

Karigalan ketika ditemu bual oleh pemberita berkata, dia dan isterinya sangat tertekan apabila dituduh membunuh anak mereka sendiri berikutan campur tangan oleh ahli politik yang menyebarkan dakwaan tersebut serta membuat laporan polis supaya siasatan dijalankan terhadap dia dan isterinya.

"Kami bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, walaupun saya dan isteri gembira tetapi anak kami tidak mungkin akan kembali dan oleh sebab itu saya sangat marah terhadapnya (tertuduh)," katanya.

Ibu tunggal terlepas hukuman mati

Posted:

Ibu tunggal terlepas hukuman mati

Ibu tunggal terlepas hukuman mati

PULAU PINANG 29 Sept. - Seorang ibu tunggal terlepas daripada hukuman mati di tali gantung setelah mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan pindaan memiliki 37.02 gram heroin yang disimpan di dalam peti simpanan sebuah bank di sini, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Nurmala Salim bagaimanapun menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Lim Ah Moi, 51, mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Beliau memerintahkan Ah Moi menjalani hukuman penjara tersebut berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 5 Disember 2008.

Anak sulung Ah Moi, Hwei Wen Chui, 30, yang turut didakwa atas tuduhan sama dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah setelah tuduhan terhadapnya ditarik balik oleh pihak pendakwaan.

Mereka berdua tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila hukuman tersebut dibacakan kira-kira pukul 3.30 petang.

Mereka yang diwakili peguam K. Simon Murali sebelum ini didakwa mengikut tuduhan asal Seksyen 39B(1)(a) akta itu bagi kesalahan itu dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan pindaan, kedua-dua mereka didakwa memiliki heroin berkenaan kira-kira pukul 11.20 pagi, 5 Disember 2008 di No. 44, RHB Bank Bhd., Lebuh Pantai di sini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Sam, Intan & Yana berkongsi kasih

Posted:

Sam, Intan & Yana berkongsi kasih

Sam, Intan & Yana berkongsi kasih

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar Azrul Edham Mohd. Aminnuddin


SHAHEIZY Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin sebagai tonggak filem BBKG.


BINI-Biniku Gangster (BBKG) bukanlah filem pertama yang mempertemukan Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin. Sebelum ini mereka pernah bersama dalam Adnan Sempit.

Berbekalkan pertemuan pertama dahulu, baik Intan, Yana mahu pun Sam sendiri, jalinan chemistry di antara mereka telah terbina.

Melalui pengalaman itu memudahkan mereka bergandingan dan menghayati watak masing-masing dalam BBKG.

Justeru, apabila mereka dituntut melakonkan adegan yang membabitkan babak di atas katil, ketiga-tiga pelakon itu mengakui, tidak menghadapi sebarang masalah.

Malah mereka sedia melakonkan babak tersebut setelah berbincang dan dipersetujui pengarah, Ismail Bob Hasim.

Persembahan artis Korea menghiburkan

Posted:

Persembahan artis Korea menghiburkan

Persembahan artis Korea menghiburkan

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my


KUMPULAN 4Minute muncul dengan gaya seksi pada Korean Music Wave 2011
di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


GELOMBANG K-Pop kembali melanda negara. Fenomena itu dapat disaksikan pada Sabtu lalu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sewaktu Korean Music Wave 2011.

Konsert yang julung kali dianjurkan oleh anjuran Galaxy Group itu berjaya mengumpul peminat-peminat fanatik K-Pop sekitar 10,000 orang hadir untuk menyaksikan persembahan daripada kumpulan FT. Island, Teen Top, 4Minute, U-Kiss, Park Jung Min, Seungri dan GD & Top.

Barisan artis dari Korea Selatan itu walaupun ada yang belum pernah datang ke sini, namun nama dan lagu-lagu mereka sudah dikenali di negara ini.

Justeru itulah, biarpun harga tiket bernilai RM138, RM288, RM438 dan RM588, ia tidak menghalang para peminat untuk hadir melihat persembahan mereka.

Sebelum persembahan, barisan artis berkenaan terlebih dahulu tampil pada sidang akhbar memperkenalkan diri masing-masing kerana ada di antara mereka yang pertama kali menjejak kaki ke sini.

Konsert yang dinanti-nanti oleh peminat tempatan itu dimulakan dengan lagu Hello Hello dendangan kumpulan FT. Island atau Five Treasure Island pada pukul 7.40 malam.

FT. Island dianggotai oleh Lee Hong Ki, Choi Jong Hun,Lee Jae Jin, Choi Min Hwan, Song Seung Hyun dan Oh Won Bin berbeza daripada artis lain yang mengadakan persembahan pada malam itu kerana mereka adalah kumpulan muzik.

Penyanyi utama FT. Island, Lee Hong Ki amat bertenaga sekali ketika memperdengarkan lagu Love Love Love, Bad Woman, Bing Bing Bing dan I Hope.

Melihatkan reaksi penonton, FT. Island berharap di masa akan datang, mereka berpeluang mengadakan konsert solo di Malaysia.

Sebaik sahaja FT. Island melangkah masuk ke belakang pentas, muncul pula kumpulan Teen Top yang dianggotai oleh C.A.P, Chunji, L.Joe, Niel, Ricky dan Changjo.

Kumpulan yang pertama kali menjejak kaki ke Malaysia bukan sahaja memukau penonton yang rata-rata golongan remaja dengan wajah yang tampan, malah gerak tari mereka juga menarik perhatian.

Teen Top memilih lagu No More Perfume On You sebagai pembuka tirai persembahan dan diikuti dengan lagu Brushing, Clap, Angel dan Supa Luv.

Anggota Teen Top berharap kedatangan mereka ke sini bukan yang pertama dan terakhir tapi akan terus mendekati peminat-peminat di sini lekerap pada masa akan datang.

Kehangatan malam itu semakin memuncak apabila kumpulan 4Minute yang dianggotai oleh Nam Jihyun, Heo Gayoon, Jeon Jiyoon, Kim Hyunah dan Kwon Sohyun tampil dengan pakaian seksi.

Gerak tari yang menggoda menjadi tarikan 4Minute ketika endendangkan

lagu-lagu seperti Mirror Mirror, Heart To Heart, I My Me Mine, Muzik dan Hot Issue.

Sementara itu, Alexander Lee Eusebio, Shin Soohyun, Kim Ki Bum, Lee Kiseop, Elison Kim, Kevin Woo, dan Shin Dong Ho daripada kumpulan U-Kiss berjaya memukau perhatian penonton dengan tarian mereka yang energetik.

U-Kiss memilih lagu-lagu seperti BingGuel BingGuel, Everyday, Never Land, 0330 dan Man Man Ha Ni sebagai halwa pendengaran penonton.

Selepas kumpulan U-Kiss, muncul Park Jung Min menunjukkan kebolehannya sebagai penyanyi solo tanpa anggota kumpulan SS501.

Dia yang berjaya sebagai penyanyi solo itu memilih lagu Not Alone, Because It's You, Every Day Is My Christmas, Missing You dan Let Go untuk dipersembahkan kepada peminat-peminatnya.

Penyanyi solo seterusnya yang tampil adalah Seungri daripada kumpulan Big Bang. Seperti Park Jung Min, dia juga mencuba nasib sebagai penyanyi solo menerusi lagu VVIP, What Can I Do dan Strong Baby.

Persembahan malam itu diakhiri oleh GD & Top yang juga anggota kumpulan Big Bang menerusi lagu High High, Oh Yeah, Knock Out dan How Gee.

Rata-rata artis yang menjayakan persembaha Korean Music Wave 2011, berharap mereka akan diundang lagi untuk menghibur peminat masing-masing di masa akan datang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


MTEM: Suara hati NGO ekonomi

Posted:

[unable to retrieve full-text content]MALAM tadi bertempat di Serdang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu atau singkatannya MTEM.

Kembali ke era Khalifah Umar Abdul Aziz

Posted:

[unable to retrieve full-text content]INOVASI merupakan hasil cetusan idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi melalui idea baru, atau yang diadaptasi untuk keperluan organisasi.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Abadikan keindahan alam melalui gambar

Posted:

Abadikan keindahan alam melalui gambar

Abadikan keindahan alam melalui gambar


JUARA FOTO... Gai Azhar atau nama sebenarnya Azhar Azli, pemenang utama pertandingan fotografi dalam Tenggol Underwater and Island Challenge bersama foto-foto yang dirakamnya baru-baru ini.


TATKALA orang ramai terpesona dengan keindahan pertunjukan bunga api sempena Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2011 (Floria 2011), seorang lelaki sibuk mengacukan kameranya ke langit, merakamkan detik-detik indah itu.

Itulah gelagat Azhar Azli, 41, yang hadir ke festival itu sebagai jurugambar rasmi kerajaan negeri Johor.

Dikenali sebagai Gai di kalangan jurugambar, beliau terlibat secara aktif dalam bidang fotografi selama 33 tahun dan menjadikan alam semula jadi negara ini sebagai subjek utamanya.

Menceritakan pengalamannya, beliau menyatakan kebimbangannya tentang pemuliharaan keindahan alam semula jadi agar tidak hilang ditelan arus pembangunan.

"Inilah soalan saya kepada diri sendiri setiap kali bertemu landskap atau pemandangan menarik," kata Gai, sambil menunjukkan beberapa gambar yang beliau rakamkan.

Menatap gambar-gambar itu, timbul rasa takjub dan bangga di hati penulis melihatkan keindahan yang dipaparkan. Sekali pandang, terasa keindahan sebegini hanya biasa dilihat di negara lain melalui kaca televisyen sahaja.

Gai berkata, walaupun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada perubahan keadaan alam sekitar, kepentingan bagi setiap manusia memainkan peranan adalah sangat penting untuk menjamin keindahan yang berkekalan.

"Memang benar kejadian seperti banjir, tanah runtuh dan pemanasan iklim adalah kejadian semula jadi, tetapi sedar atau tidak kebanyakan daripadanya berlaku akibat tindak-tanduk manusia sendiri yang tidak memikirkan kesan jangka panjang," tambah beliau.

Gai turut menyatakan bahawa komuniti jurufoto sepatutnya mempunyai sensitiviti yang lebih tinggi berbanding masyarakat biasa tentang kepentingan penjagaan alam sekitar kerana ia memberi impak kepada sumber mata pencarian mereka.

Beliau menggambarkan, andai kata tiada lagi landskap yang menarik, suasana yang segar serta keajaiban alam untuk diterokai, akan hilanglah satu lagi cabang seni foto yang berharga dan unik buat tatapan semua.

"Jangan hanya harapkan orang lain untuk menjaga alam ini untuk kita, sebaliknya diri sendiri sepatutnya mengambil sikap ke arah usaha itu. Jika terjumpa keadaan yang tidak bersih atau tercemar, bantulah untuk membersihkannya. Jangan pandang sahaja," tegas beliau.

Beliau yang berpengalaman menjadi pemandu pelancong turut berkata banyak pihak termasuk jurugambar dari luar negara berduyun-duyun masuk ke negara ini kerana kekaguman mereka terhadap keindahan alam di sini.

"Oleh itu, wajarlah setiap warga Malaysia untuk memainkan peranan memelihara khazanah negara ini daripada terus menjadi korban kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Apa yang kita perlukan cumalah sedikit kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat. Justeru, pengisian pendidikan yang betul amat diperlukan untuk membina generasi pelapis yang menyayangi alam sekitar," tambah Gai.

Gai turut menyatakan bahawa walaupun pencemaran memberi kesan buruk kepada alam, sebagai jurugambar, ada satu 'kebaikan' yang dapat dinikmati iaitu penghasilan gambar matahari terbenam yang cantik.

"Kawasan yang udaranya tercemar boleh menghasilkan variasi warna yang menarik akibat reaksi benda asing yang terdapat dalam udara seperti gas nitrogen, gas karbon monoksida dan habuk.

"Ia menghasilkan warna-warni yang menarik di langit, seperti ungu dan hijau (selain warna asas seperti merah, kuning dan jingga), warna lain juga boleh terhasil, bergantung kepada jenis bendasing yang terdapat (dalam udara) di sesuatu kawasan itu," katanya.

Beliau turut berkata sememangnya menjadi impian mana-mana jurugambar untuk merakam gambar matahari terbenam yang indah, tetapi apa yang lebih penting adalah penjagaan alam sekitar agar dapat dinikmati sampai bila-bila.

Gai yang juga pemenang utama pertandingan fotografi alam Tenggol Underwater and Island Challenge, baru-baru ini, kini meminati burung-burung di hutan sebagai subjek baru dalam kerja seninya.

Bersama rakan baik beliau, Chin Wai Foong, seorang usahawan, mereka meredah beberapa hutan seperti Taman Negara Endau Rompin dan Gunung Ledang semata-mata untuk mengambil gambar burung yang bebas berkeliaran di hutan.

Antara spesies burung yang pernah dirakamkan ialah Burung Merbah Kapur (Yellow Vented Bulbul), Burung Mati Anak (Plaintive Cuckoo) dan Pergam (Thick Billed Green Pigeon).

"Daripada pemerhatian kami, banyak burung sudah lari dari habitat mereka kerana tempat asal mereka diganggu oleh aktiviti pembangunan," kata beliau.

"Kurangnya sumber makanan akibat pembersihan kawasan dan penggunaan racun rumpai menyebabkan putusnya rantaian makanan untuk burung-burung, justeru ia terpaksa berhijrah," tambahnya dengan nada kecewa.

Fotografi telah membawa Gai ke banyak negara di Asia Tenggara termasuk Vietnam, Kemboja, Thailand dan Singapura.

Mengakui bahawa setiap negara yang dikunjungi mempunyai keunikannya yang tersendiri, beliau tetap berpendapat bahawa Malaysia adalah satu destinasi terbaik untuk merakamkan gambar-gambar berkonsepkan alam semula jadi.

"Harap keindahan ini tidak akan diusik sampai bila-bila untuk dinikmati oleh generasi akan datang," katanya mengakhiri perbualan. — BERNAMA

Salwa hidupkan amalan tradisi

Posted:

Salwa hidupkan amalan tradisi

Salwa hidupkan amalan tradisi

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my
Gambar HALIM KHALID


Salwa Mohd. Saad melayan pelangan membuang toksik dan melancarkan pejalan darah melalui kaedah merendam kaki mengunakan produk mandian berasaskan herba.


MERAWAT dan menyegarkan badan dianggap satu keperluan kepada khalayak masyarakat untuk menampilkan diri lebih menawan, sihat fizikal dan mental serta memelihara kesihatan.

Meskipun arus zaman semakin moden, rawatan secara tradisonal tetap menjadi pilihan kebanyakan masyarakat.

Menyedari hakikat itu, seorang usahawan, Salwa Mohd. Saad, 31, memperkenalkan produk mandian berasaskan herba tempatan yang sesuai digunakan oleh semua lapisan usia tidak kira lelaki atau wanita yang dikomersialkan sejak setahun lalu.

Produk keluaran Chantiq Manees Trading yang menggunakan tema 'Kerana kecantikan adalah kemanisan hidup' mempunyai kelebihan tersendiri kerana penghasilannya berasaskan kepada bahan-bahan tradisonal yang diwarisi turun temurun.

Ia didatangkan khas dalam bentuk bunjut yang boleh direbus dan digunakan sebagai mandian.

Salwa yang merupakan pengasas produk berkenaan memberitahu, Mandian Herba Chantiq Manees mengandungi tujuh jenis daun herba yang kini sukar didapati seperti daun capar dan serai wangi.

Katanya, produk tersebut turut menggabungkan garam kristal yang dikatakan mampu memulihkan pelbagai penyakit selain menjadi bahan kecantikan alternatif pada masa ini.

"Herba mandian ini dibungkus dalam bungkusan yang lebih moden supaya mudah disimpan dan digunakan. Setiap uncang bunjut boleh digunakan lebih daripada sekali sehingga pati, warna atau aromanya hilang.

"Ia amat sesuai sebagai mandian wanita lepas bersalin semasa dalam pantang. Ia juga sesuai digunakan dengan menggunakan teknik air rebusan atau pengewapan (sauna), bertangas dan rendaman kaki," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Hutan Kampung di Alor Setar baru-baru ini.

Menurut Salwa, bagi wanita lepas bersalin, penggunaan produk keluaran Chantiq Manees dapat mengembalikan kesegaran dan mengurangkan sengal sendi dan saraf.

Selain itu, katanya, produk tersebut menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.

Katanya, ia juga membantu melancarkan peredaran darah dan membuang angin dalam badan selain aroma terapi untuk menghilangkan tekanan serta mengurangkan berat badan.

"Penggunaannya mudah iaitu satu uncang bunjut herba perlu direbus sehingga 15 minit dan apabila selesai, ia perlu dibiarkan suam sebelum digunakan," katanya.

Salwa memberitahu, Mandian Herba Chantiq Manees kini mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai bagi kegunaan seharian dan kalangan ibu dalam pantang bersalin.

Katanya, sejak mula dipasarkan setahun lalu, jumlah jualan kini mencecah 5,000 kotak sebulan. Pihaknya mensasarkan ia akan meningkat kepada 10,000 kotak menjelang awal tahun depan.

Menurutnya, produk mandian herba itu dijual pada harga RM17.90 sekotak dan mereka yang berminat menjadi pengedar serta stokis dialu-alukan.

Salwa memberitahu, Chantiq Manees Trading turut memperkenalkan sarung tungku herba yang dicipta khas bagi memudahkan ibu-ibu bertungku secara tradisional.

Produk tersebut sesuai untuk mereka yang mengalami lenguh badan, sakit pinggang atau wanita yang mahu mendapatkan semula bentuk tubuh menawan.

Katanya, sarung herba berkenaan dijahit bersama-sama ramuan herba dijual pada harga RM199.90.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran produk syarikat itu boleh menghubungi Salwa di talian 019-4984774 atau mereka yang berminat mendapatkan produk tersebut boleh menghubungi pengedar utama di talian 019-2386136 (Azrul) atau melayari www.chantiqmanees.com.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bangunkan segera flat Kerinchi

Posted:

Bangunkan segera flat Kerinchi

Bangunkan segera flat Kerinchi

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Keadaan flat empat tingkat Kampung Kerinchi di Lembah Pantai, Kuala Lumpur yang tidak lagi sesuai untuk dihuni. – UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI


KUALA LUMPUR 29 Sept. – Penduduk flat empat tingkat Kampung Kerinchi, Lembah Pantai yang bersetuju dengan projek pembangunan semula perumahan itu berharap projek tersebut dapat dimulakan dengan segera.

Penduduk yang telah bersetuju dengan projek itu ketika ini tinggal di kediaman transit di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi dan PPR Cempaka, dan mereka yang ditemui baru-baru ini menyambut baik dengan berita projek pembangunan itu dijangkakan bermula pada awal tahun depan.

Projek itu tertangguh kerana pihak kerajaan dan pemaju masih dalam proses untuk mengadakan rundingan seterusnya dengan baki penduduk yang enggan berpindah, yang kini telah memakan masa lebih setahun.

Seorang pesara kerajaan, Mohd. Syed Ahmad, 64, berkata, majoriti penduduk sememangnya berharap agar projek itu dapat dimulakan dengan segera kerana mereka telah menunggu begitu lama untuk merasai nikmat tinggal di rumah baru yang lebih selesa dan moden.

Katanya, selama menunggu rundingan tersebut dilaksanakan, terdapat beberapa rakan mereka yang telah meninggal dunia dan tidak sempat untuk melihat rumah baru mereka dibina.

"Selama ini kami tinggal di rumah yang daif dan tidak selesa. Apabila dapat pindah ke rumah transit ini pun kami sudah merasakan sangat bersyukur dan tidak sabar untuk rumah baru siap.

"Saya cukup berbangga dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengambil berat nasib kami dan memperjuangkan pembangunan semula rumah itu," katanya.

Sebelum ini, Raja Nong Chik telah mengumunkan bahawa kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian akan mengambil alih urusan pengambilan tanah di situ selepas urusan rundingan yang mengambil masa terlalu lama.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Idris Md. Isa, 64, yang turut gembira dengan berita tersebut juga meminta agar penduduk yang masih berdegil agar berpindah bagi memberi laluan kepada projek itu dilaksanakan.

"Mereka ini jenis yang degil dan tidak mahu berpindah sedangkan harga rumah yang mereka tinggal sekarang ini juga tidak tinggi.

"Kerana keengganan mereka ini telah menyusahkan penduduk lain yang menyokong pembangunan tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Ramli Md. Desa, 71, berkata, dia berasa seronok dengan cadangan perubahan yang akan dilaksanakan pada kawasan penempatan mereka itu yang telah didiaminya sejak tahun 1965.

Namun begitu, dia berasa sedih apabila melihat nasib kawan-kawannya yang tidak mahu berpindah dan masih tinggal di rumah yang sempit dan hanya mempunyai satu bilik.

"Ada juga saya cuba memujuk mereka tetapi mereka tidak mahu. Mereka tidak mahu pindah dan membuat tuntutan yang tidak berpada," jelasnya.

Ibu tunggal harap diberi kedai, lesen

Posted:

Ibu tunggal harap diberi kedai, lesen

Ibu tunggal harap diberi kedai, lesen


Rodiah Mohd. Yusop menunjukkan surat permohonan dan surat sokongan bagi permohonan lesen perniagaan yang masih tidak diluluskan, di pejabat Utusan Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 29 Sept. - "Saya tidak minta duit. Saya cuma mahu kedai yang boleh disewa ikut kemampuan saya supaya dapat ambil lesen untuk berkerja dan mencari rezeki sendiri."

Itulah kata-kata yang dilafazkan oleh seorang ibu tunggal, Rodiah Mohd. Yusop, 52, yang sudah tiga bulan berusaha dengan pelbagai cara bagi mencari kedai yang dalam kemampuannya serta sesuai untuk dijadikan kedai jahitnya.

Ibu yang cekal itu pada ketika ini sudah pun menjalankan kerja mengambil upah menjahit pakaian dengan beroperasi di sebuah rumah sewa di Jalan Merpati yang dijadikan kedainya.

Bagaimanapun, sejak tiga bulan lalu dia bertekad untuk memiliki sebuah kedai sebenar dengan mempunyai lesen yang sah supaya tidak menyalahi undang-undang agar tidak berhadapan dengan masalah di kemudian hari.

"Saya tidak mahu berniaga tanpa lesen. Saya takut nanti kalau ada operasi semua barang-barang dan mesin jahit saya kena rampas.

"Kalau kena rampas nanti bagaimana saya nak berkerja dan menyara dua orang anak saya yang kurang upaya (OKU)," katanya ketika datang ke ibu pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin di sini baru-baru ini.

Menurutnya, dia pernah memohon lesen untuk kedainya sekarang, namun tidak diluluskan kerana dia kini berniaga di sebuah rumah sewa dan lesen tidak dapat dikeluarkan kerana reka bentuk bangunan yang tidak bersesuaian.

Rodiah memberitahu, dia sudah pun memohon kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mendapatkan sebuah kedai untuknya menjalankan perniagaan tapi masih belum berjaya.

"Sudah pelbagai surat yang saya hantar. Saya turut mencari kedai yang kosong, namun apabila saya jumpa tempat itu dan menghubungi DBKL mereka mengatakan tempat itu sudah mempunyai pemilik.

"Tempat yang dicadangkan sebelum ini pula sewanya terlalu tinggi untuk saya. Kalau setakat RM400 ke RM500 saya boleh usahakan, tapi kalau lebih daripada itu saya tidak mampu," jelasnya sambil menitiskan air mata menceritakan nasibnya.

Dalam pada itu, dia berkata, sebelum ini dia berkerja sebagai tukang cuci tetapi terpaksa berhenti dan berkerja sendiri kerana kesihatan anak bongsunya yang mengidap penyakit saraf memerlukan perhatian yang lebih daripadanya.

Bayar pampasan kepada keluarga Noramfaizul

Posted:

Bayar pampasan kepada keluarga Noramfaizul

Bayar pampasan kepada keluarga Noramfaizul

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Kementerian Pertahanan menuntut Kesatuan Afrika (AU) membayar pampasan serta ganti rugi kepada keluarga jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang terkorban ketika membuat liputan penderitaan rakyat Somalia pada 2 September lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, AU juga perlu memohon maaf kepada Kelab Putera 1Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan serta rakyat Malaysia di atas kejadian berkenaan.

Katanya, rakyat Malaysia reda dengan apa yang berlaku, tetapi tidak boleh menerima kenyataan bahawa tembakan itu dilepaskan ke arah pasukan yang membantu penduduk Somalia.

"Ini bukan misi pertama kita. Kita sentiasa di depan jika bercakap mengenai misi kemanusiaan sebab Malaysia memang ikhlas mahu membantu.

"Kita buat secara ikhlas tetapi tembakan pula yang dilepaskan ke arah kita. Jadi kita mahu menuntut pampasan serta ganti rugi untuk keluarga Allahyarham daripada pihak AU," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Gabungan NGO Malaysia malam tadi.

Majlis tersebut juga bertujuan meraikan jasa petugas media yang mengikut misi kemanusiaan di Somalia baru-baru ini.

Turut hadir balu Allahyarham Noramfaizul, Norazrina Jaafar dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan cadangan membekalkan jaket kalis peluru kepada wartawan serta sukarelawan yang mengikuti misi kemanusiaan terutama di negara bergolak.

Katanya, jaket tersebut akan dibekalkan oleh Markas Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, jemaah menteri telah memutuskan supaya wartawan dan sukarelawan yang mengikuti misi kemanusiaan di luar negara diberi latihan serta kursus oleh ATM.

"Jemaah menteri juga telah memutuskan agar wartawan yang mengikuti misi kemanusiaan perlu menganggotai Unit Media Wataniah," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved