Ahad, 31 Julai 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


JB jadi bandar raya dalam taman

Posted:

JB jadi bandar raya dalam taman

JB jadi bandar raya dalam taman

Oleh NURUL HUDA HASSANhuda.hassan@utusan.com.my


Abdul Ghani Othman melawat sekitar Taman Merdeka Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID


JOHOR BAHRU 30 Julai - Bandar raya ini bakal ditransformasi menjadi sebuah bandar taman dengan wujudnya lebih banyak taman rekreasi sejajar usaha untuk mengekalkan kehijauan di dalam kawasan bandar.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, usaha ke arah itu dapat dilihat dengan wujudnya kawasan seumpama itu seperti di Bandar Dato' Onn, Setia Tropika, Hutan Bandar, Taman Bunga Istana Besar dan Taman Merdeka Johor Bahru.

Tambahnya, bagi merancakkan lagi usaha tersebut, kerajaan negeri bercadang membangunkan kawasan seluas kira-kira 8.10 hektar di Danga Bay untuk membina sebuah taman rekreasi yang turut menekankan konsep kehijauan.

"Kita akan memilih tema yang sesuai untuk taman tersebut yang pasti mampu menjadi tarikan pengunjung ke situ," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Taman Merdeka Johor Bahru, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil; Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Esa Ahmad dan Datuk Bandar, Mohd. Jaffar Awang.

Mohd Jaffar dalam ucapannya berkata, Taman Merdeka Johor Bahru dibangunkan di atas tanah seluas 12 hektar dengan kos RM13 juta yang ditanggung bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Jabatan Lanskap Negara.

Menurutnya, setiap laman yang ada di taman berkenaan mempunyai konsep dan cerita yang hendak disampaikan kepada para pengunjung dan setiap rekaan bangunan dan senibina arca yang dibangunkan adalah bersesuaian dengan zaman tersebut.

"Semua sembilan laman yang ada disusun mengikut tarikh berlakunya sejarah dan jika kita berjalan menyelusuri taman ini kita seolah-olah dapat merasakan sama perkembangan sejarah negara.

"Bermula dari zaman kegemilangan kesultanan Melayu, keperitan dan kepayahan hidup di zaman penjajahan Inggeris, Jepun dan era komunis sehingga ke detik kemerdekaan negara," ujarnya.

Justeru, beliau berharap Taman Merdeka Johor Bahru bukan sahaja dilihat sebagai kawasan rekreasi tetapi pada masa sama bermanfaat sebagai kawasan pendidikan khususnya kepada golongan pelajar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kepak 2011 platform cari kerja, kemahiran

Posted:

Kepak 2011 platform cari kerja, kemahiran

Kepak 2011 platform cari kerja, kemahiran

KOTA TINGGI 30 Julai - Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 anjuran kerajaan negeri merupakan platform terbaik terutamanya bagi golongan muda mencari peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran bagi memenuhi kehendak pasaran kerja.

Tinjauan Mingguan Malaysia di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Bandar Penawar, di sini mendapati rata-rata pengunjung yang hadir terdiri daripada golongan muda yang sedang mencari peluang pekerjaaan dan meningkatkan kemahiran.

Seorang pengunjung, Muhd. Fakhruddin Mohd. Fauzi, 21, berkata, program itu adalah medan terbaik bagi golongan pelajar sepertinya mencari pekerjaan kerana pelbagai kekosongan jawatan disediakan dalam pelbagai sektor.

Menurutnya, menerusi program itu mereka dapat mencari maklumat lanjut mengenai kekosongan jawatan yang ditawarkan berbanding hanya mencarinya di dalam Internet.

"Di sini juga kita boleh terus mendaftar secara online untuk mencari pekerjaan. Sekiranya di rumah, kita kurang panduan dan tidak dapat mengetahui secara terperinci mengenai pekerjaan yang ingin dicari," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Karnival selama tiga hari yang berakhir hari ini menyediakan pelbagai peluang kepada orang ramai menambah ilmu pengetahuan dengan sasaran melahirkan modal insan berkualiti bagi memenuhi pasaran kerja.

Program turun padang secara menyeluruh dan agresif yang julung kali diadakan itu membabitkan agensi kerajaan dan swasta dalam usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000.

Bagi Norzila Jasmadi, 21, pelbagai maklumat disediakan kepada orang ramai khususnya bagi golongan yang sedang mencari pekerjaan pertama.

Katanya, Kepak 2011 perlu diteruskan pada masa akan datang kerana golongan muda yang baru menamatkan pengajian memerlukan panduan khusus dalam usaha mencari pekerjaan.

"Tidak dinafikan, ia merupakan platform terbaik kepada kami untuk menambah kemahiran dan mencari pekerjaan pertama kerana semua ruang pameran yang disediakan menawarkan pelbagai informasi berguna kepada kami," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Nurul Nadia Mohd. Fauzi, 23, berharap supaya pihak penganjur dapat memilih lokasi yang lebih sesuai dan mudah dikunjungi pada masa akan datang.

Katanya, lokasi Kepak 2011 kali ini agak jauh dan sukar untuk dikunjungi terutamanya bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Palanivel dilantik menteri di Jabatan Perdana Menteri

Posted:

Palanivel dilantik menteri di Jabatan Perdana Menteri

Palanivel dilantik menteri di Jabatan Perdana Menteri


Najib Tun Razak bersalaman dengan G. Palanivel sambil diperhatikan oleh S. Samu Vellu (kanan) pada Perhimpunan Agung MIC ke 65 di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 30 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, portfolio dan tugas Palanivel akan diumumkan selepas majlis angkat sumpah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata, pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Ia sebagai satu penghargaan kerajaan kepada masyarakat India dan juga sumbangan MIC kepada Barisan Nasional (BN). Kita kembali ketika pemerintahan Tun Abdul Razak Hussein (Perdana Menteri kedua) yang pada ketika itu terdapat dua menteri daripada kalangan kaum India," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-65 di sini, hari ini.

Turut hadir bekas Presiden MIC yang juga Duta Khas Infrastruktur ke India dan Asia Tenggara, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Pada masa ini Palanivel adalah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Sementara itu, Palanivel yang ditemui selepas sidang akhbar itu menyifatkan pelantikannya sebagai pengiktirafan kepada MIC dan masyarakat India di negara ini.

"Saya agak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri yang dibuat di hadapan kira-kira 4,000 perwakilan MIC yang hadir hari ini. Apa pun, pelantikan ini diharap dapat memenuhi harapan dan hasrat masyarakat India," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Minta tubuh jawatankuasa khas

Posted:

Minta tubuh jawatankuasa khas

Minta tubuh jawatankuasa khas

PUTRAJAYA, 30 Julai - MIC hari ini mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri supaya menubuhkan sebuah jawatan kuasa berprofil tinggi untuk menyediakan pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi masyarakat India.

Presidennya, Datuk G. Palanivel berkata, jawatan kuasa itu perlu dianggotai perancang, pemikir, penggubal dasar dan kumpulan pakar.

"Jawatan kuasa ini mestilah mempunyai para pemimpin MIC sebagai anggotanya.

Program yang dilaksanakannya pula perlu mampu memikat hati dan minda masyarakat India," kata Palanivel dalam ucapan dasarnya pada Mesyuarat Agung Tahunan MIC Ke-65 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Mesyuarat yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut dihadiri bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Palanivel berkata, walaupun rancangan serta program yang diperkenalkan kerajaan adalah baik, tetapi ada kalanya ia tidak sampai kepada kumpulan yang amat memerlukannya atau kumpulan sasaran.

"Apabila sesuatu rancangan tidak sampai kepada kumpulan sasaran, mereka berasa dipinggirkan," katanya. - Bernama

Beliau berkata, MIC sedang membina sebuah "Kenderaan Pelbagai Guna" yang akan melonjakkan pembangunan ekonomi masyarakat India dan untuk menjayakannya.

Katanya, parti itu memohon beberapa bentuk bantuan daripada kerajaan seperti peruntukan 20,200 hektar tanah untuk tanaman kelapa sawit dan komoditi lain serta pembinaan sebuah kilang memproses minyak sawit berharga RM60 juta.

MIC juga memohon tambahan 1,000 tempat dalam peruntukan tahunan untuk membolehkan pelajar kaum India mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi, katanya.

"Kami memerlukan dana daripada kerajaan untuk tujuan ini dan sektor swasta bersedia menyediakan tempatnya. Pembiayaan besar juga diperlukan untuk membina dan mengubah suai sekolah Tamil di seluruh negara," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ku Li punyai kebijaksanaan - TPM

Posted:

Ku Li punyai kebijaksanaan - TPM

Ku Li punyai kebijaksanaan - TPM

PAGOH 30 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai kebijaksanaan untuk membuat keputusan berhubung pelawaan pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pakatan tersebut.

Beliau sendiri menyatakan tidak menerima berita berhubung perkara tersebut dan hanya membaca mengenainya di dalam laporan media dan tidak dapat memberi pengesahan sama ada ia benar atau tidak.

"Tetapi saya percaya Tengku Razaleigh pastinya mempunyai kebijaksanaan memikirkannya kerana tawaran datang daripada pembangkang, sedangkan beliau adalah pimpinan Barisan Nasional dan UMNO, nanti ada pihak akan buat andaian beliau bersama kita atau sebaliknya," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan pemberita tentang dakwaan bahawa Tengku Razaleigh dipelawa pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Pendedahan dilakukan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim semalam menyatakan beliau menerima maklumat daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Zahrain berkata, pucuk pimpinan pembangkang telah bertemu dengan Tengku Razaleigh baru-baru ini dan membincangkan perkara tersebut bagi mencari pemimpin berkaliber untuk menggantikan Anwar.

Beliau ketika itu menyatakan keyakinan mengenai perkara ini dan mahu Tengku Razaleigh tampil menjelaskan kedudukan sebenar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Tindakan tegas makan khalayak ramai

Posted:

Tindakan tegas makan khalayak ramai

Tindakan tegas makan khalayak ramai

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 30 Julai - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memberi amaran bahawa tindakan mahkamah akan dikenakan kepada umat Islam yang ditangkap kerana makan dan minum secara terbuka termasuk di kedai makan pada Ramadan ini.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JHEAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, pada tahun ini, pihaknya akan membanteras kegiatan tersebut dengan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka sengaja makan pada waktu siang.

"Sebelum ini, kami hanya menahan dan membawa mereka yang ditangkap ke balai polis untuk membuat laporan dan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan selepas raya.

"Namun, pada tahun ini, kami akan mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar dengan mengenakan tindakan mahkamah dengan segera," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, umat Islam seharusnya menghormati bulan puasa dengan tidak memakan di hadapan khalayak ramai.

"Sekiranya mereka ditahan, alasan makan disebabkan sakit perut atau sebagainya tidak lagi didengar pihak JHEAIK," katanya.

Katanya, pihaknya akan menjalankan operasi bersama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi membanteras perlakuan itu.

"Golongan peniaga juga dinasihatkan agar tidak bersubahat menjual makanan atau minuman seperti tahun sebelum ini yang menjualnya secara bungkus sama ada di dalam bonet kereta mahupun bawah pokok.

"Kita berharap mereka tidak mengulangi kegiatan ini walaupun berniaga di siang hari pada bulan Ramadan lebih menguntungkan daripada kebiasaannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ramadan tidak semeriah dulu - Salamah

Posted:

Ramadan tidak semeriah dulu - Salamah

Ramadan tidak semeriah dulu - Salamah


Salamah Saad (duduk) mencari barangan berharga selepas rumahnya hangus terbakar sambil diperhatikan Rokiah Hassan (kanan) di Kampung Baru Lubuk Gajah Luar, Mahang, Kulim, Kedah, baru-baru ini.


BANDAR BAHARU 30 Julai - Sambutan Ramadan tahun ini mungkin tidak semeriah sebelum ini buat seorang ibu tunggal, Salamah Saad di Kampung Baru Lubuk Gajah Luar, Mahang dekat sini.

Ini kerana warga emas berusia 63 tahun itu terpaksa menerima hakikat bahawa dia dan keluarga hilang tempat berteduh selepas rumahnya musnah dalam kebakaran pada Sabtu lalu.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika dia bersama anak perempuan dan menantu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjaga cucu di Kajang, Selangor.

Menurut Salamah, semasa berada di lebuh raya, dia dihubungi jiran memaklumkan rumahnya terbakar.

"Saya kemudian mengarahkan menantu cepatkan perjalanan. Sebaik sahaja sampai, saya hampir pengsan melihat rumah saya musnah terbakar," katanya ketika dikunjungi Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu yang diketuai Datin Rokiah Hassan, kelmarin.

Salamiah berkata, dia bagaimanapun bersyukur kerana dua lagi anaknya iaitu Idris Ibrahim, 42, yang juga orang kelainan upaya (OKU) dan Fadzillah, 30, terselamat kerana ketika kejadian mereka berada di rumah seorang lagi anaknya di Kulim.

"Saya dan anak kini terpaksa menumpang di rumah saudara untuk beberapa ketika," katanya.

Sehubungan itu, ibu tunggal tersebut berharap orang ramai atau agensi kerajaan dapat membantu membina sebuah baru di tapak asal berkenaan.

Sementara itu, Rokiah berkata, pihaknya menyampaikan bantuan awal berupa barang keperluan dapur dan makanan serta pakaian untuk keluarga Salamah.

"Selain itu, kita dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah akan menghulurkan bantuan sewajarnya serta menimbang membina rumah baru menerusi agensi kerajaan berkaitan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerajaan bantu tukar hak milik strata

Posted:

Kerajaan bantu tukar hak milik strata

Kerajaan bantu tukar hak milik strata

IPOH 30 Julai - Kerajaan negeri sedia membantu 40 pengusaha kedai di Pusat Perniagaan Trade Parade Bercham di sini yang dihimpit masalah hak milik strata sejak 20 tahun lalu.

Penasihat kepada Menteri Besar, Datuk Chang Ko Youn berkata, masalah itu berlaku apabila konsep asal pembangunan pusat itu adalah sebagai sebuah pusat penjaja yang tidak memenuhi saiz kedai lot biasa.

"Buat masa ini sekiranya mereka ingin menjual lot perniagaan, masalah akan timbul kerana ia perlu melibatkan peniaga lain.

"Mereka juga terpaksa mengumpul wang sesama sendiri bagi membayar cukai tanah dan bil air memandangkan bekalan paip yang disambungkan adalah sama untuk kesemua lot perniagaan di sini," katanya selepas melawat lot pusat perniagaan yang dibangunkan sejak 1992 di sini, hari ini.

Ketika ini, pusat perniagaan tersebut didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat pemaju iaitu Central Heritage (M) Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Ko Youn berkata, dari segi cukai taksiran yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kesemua peniaga tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kerana ia dikeluarkan mengikut lot perniagaan masing-masing.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengajukan perkara tersebut kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam masa terdekat ini.

"Saya masih ingat pada 2003, kerajaan negeri ada meluluskan kelonggaran berhubung isu kawasan rumah setinggan di Kampung Bahagia, Teluk Intan yang berdepan masalah strata seperti ini kerana ia telah lama didirikan iaitu sejak 1950-an.

"Kalau kita boleh guna pakai kelonggaran seumpama itu, saya rasa perkara ini mampu diselesaikan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Koperasi masjid jana pendapatan

Posted:

Koperasi masjid jana pendapatan

Koperasi masjid jana pendapatan

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 30 Julai - Peranan masjid hari ini tidak lagi terbatas sebagai tempat beribadat sebaliknya mampu menjadi institusi perniagaan melalui penubuhan Koperasi Kariah Masjid kendalian Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, melalui penubuhan koperasi di setiap masjid, pihaknya akan membantu menyediakan khidmat pengurusan dan kemudahan bank kewangan untuk perniagaan yang diwujudkan oleh koperasi masjid.

Menurutnya, Angkasa menawarkan pelbagai bentuk perniagaan yang sesuai dijalankan oleh koperasi masjid yang dikenal pasti mampu menjana pendapatan untuk koperasi.

"Misalnya, koperasi masjid boleh juga menawarkan khidmat pinjaman persendirian kepada mana-mana ahli kariah masjid dan panel bank di bawah Angkasa akan menyalurkan sumber kewangan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid peringkat negeri yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md. Amin di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya, masjid di Pahang dan Selangor berjaya menubuhkan koperasi kariah masing-masing yang kini berjumlah 70 buah.

"Kita menyasarkan pada tahun ini, 50 masjid di Melaka akan mewujudkan koperasi kariah masing-masing," katanya.

Kata beliau, antara bentuk peniagaan yang dianggap sesuai dijalankan mengikut keperluan masyarakat ialah seperti pusat hemodialisis dan gelanggang futsal yang semakin mendapat sambutan ramai.

Kata Mohd. Ali, projek perniagaan yang dirancang koperasi masjid akan digerakkan melalui Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa (Kopsya) termasuk membiayai projek terlibat.

Katanya, usaha itu bertujuan mempelbagaikan fungsi masjid sebagai tempat ibadat dan pusat penggerak ekonomi umat Islam melalui penubuhan koperasi kariah masjid itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rosnah hidup miskin 10 tahun tanpa suami

Posted:

Rosnah hidup miskin 10 tahun tanpa suami

Rosnah hidup miskin 10 tahun tanpa suami


Ahmad Hamzah menyampaikan sumbangan wang tunai dan beras kepada salah seorang penduduk miskin di kawasan Parlimen Jasin di Melaka, baru-baru ini.


JASIN 30 Julai - Tiada apa yang lebih menggembirakan buat Rosnah Harun, 45, dari Ulu Duyong di sini sebelum ini, daripada mengimpikan hidup bahagia bersama suami dan anak-anak.

Namun, harapan Rosnah itu hanya tinggal impian semata-mata kerana dia terpaksa menerima hakikat menjalani hidup sebatang kara tanpa suami yang telah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.

Lebih malang bagi wanita itu, ketiadaan zuriat menambah keperitan hidup yang sedia dihimpit kemiskinan.

Dengan bergantung kepada bantuan makanan sumbangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) setiap bulan, Rosnah hanya mampu mengharap belas kasih sayang dan perhatian daripada jiran dan ahli keluarganya yang lain.

''Sejak arwah suami meninggal dunia lebih 10 tahun lalu, saya hilang tempat bergantung. Sudahlah miskin, hidup pula sebatang kara," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kebajikan anjuran MAIM yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah di sini, baru-baru ini.

Ibu tunggal itu merupakan antara 256 orang miskin dalam Parlimen Jasin yang menerima bantuan tahunan tersebut.

Kesedihan Rosnah turut dikongsi Asmah Samion, 60, dari Tehel yang juga telah kematian suami kira-kira 15 tahun lalu akibat penyakit kronik.

Menurut Asmah, wang pencen bulanan arwah suaminya sebanyak RM400 sebulan merupakan satu-satunya harta yang dimiliki untuk meneruskan kehidupan sendirian memandangkan seorang anaknya telah mempunyai keluarga sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

TBS, Batas sampai sumbangan

Posted:

TBS, Batas sampai sumbangan

TBS, Batas sampai sumbangan

BETONG 30 Julai - Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Masjid Betong, di sini.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai itu disampaikan Pengurus Cawangan TBS Sri Aman, Shamsul Bahri Manap.

"Saya harap mangsa terbabit bersabar memandangkan setiap perkara berlaku, pasti ada hikmah lebih baik.

"Kita berharap pertubuhan bukan kerajaan atau pihak individu turut prihatin malah, berganding bahu dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah," katanya pada majlis penyerahan sumbangan itu di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Halimah Alif bersama tiga anak beserta tiga cucunya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kayu dua tingkat yang didiami mereka musnah dalam kejadian kebakaran.

Pada majlis sama, Badan Amal Tarbiah Sejagat Ranting Sri Aman (Batas) turut tampil menghulurkan bantuan menerusi wakilnya iaitu Hendric Junan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


ATM, PDRM cipta sejarah

Posted:

ATM, PDRM cipta sejarah

ATM, PDRM cipta sejarah

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tabik hormat pada Perbarisan Tamat Latihan Perdana Siri 1/2011 yang pertama kali melibatkan anggota tentera dan polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson, semalam. – MINGGUAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN


TELUK KEMANG 30 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perbarisan Tamat Latihan Perdana membabitkan dua pasukan keselamatan iaitu tentera dan polis buat julung- julung kalinya telah memahat satu sejarah penting dalam bidang keselamatan negara.

Malah, beliau turut menyifatkan perbarisan yang berasaskan strategi lautan biru itu sebagai titik permulaan ke arah menyatukan dua pasukan keselamatan itu demi memelihara keamanan dan keharmonian negara ini.

Selama ini, katanya, pasukan tentera dan polis bergerak berdasarkan haluan masing-masing, tetapi dengan adanya perbarisan secara bersama itu ia dapat memecahkan tembok pemisah antara dua pasukan berkenaan.

"Selepas ini, tentera dan polis tidak lagi bergerak dalam 'cylo' (haluan) masing-masing. Mereka kini boleh berjabat tangan, bermuafakat, berbincang dan bersetuju bahawa tentera dan polis adalah rakan kongsi yang saling bantu-membantu demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

"Inilah yang dikatakan situasi menang-menang. Polis akan dapat mencapai objektif mengurangkan kadar jenayah, tentera pula mendapat pulangan manakala negara mendapat keuntungan kerana berjaya menjimatkan belanja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perdana melibatkan pasukan tentera dan polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Seramai 2,107 perajurit muda yang terdiri daripada 1,913 pelatih lelaki dan 194 pelatih wanita serta 984 pelatih konstabel polis menyertai Perbarisan Tamat Latihan Perdana siri pertama kali ini.

Perdana Menteri di dalam ucapannya turut menyatakan pentingnya kedua-dua pasukan itu kepada Malaysia sehingga menggelarkan mereka sebagai tiang seri negara.

''Kedua-duanya merupakan institusi yang amat penting bagi negara kerana mereka adalah tonggak yang selama ini menjaga keselamatan dan keamanan negara.

''Sebab itu peristiwa hari ini menjadi satu lipatan sejarah kerana sederap mereka melakukan perbarisan telah menandakan tentera dan polis kini telah menjadi satu pasukan yang benar-benar bersatu padu," ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, melalui pendekatan terbaru itu, kerajaan boleh menjimatkan berjuta ringgit kerana tidak perlu membina pusat latihan asas untuk pasukan polis sebaliknya boleh menggunakan kemudahan dimiliki oleh pasukan tentera.

Beliau berkata, bagi membina sebuah pusat latihan asas untuk polis yang baru ia memakan belanja sehingga RM150 juta dan terpaksa memakan masa selama dua tahun setengah sebelum dapat digunakan sepenuhnya.

''Namun, melalui penghantaran pasukan itu menjalani latihan di Pusasda belanja yang dikeluarkan hanya RM1 juta sahaja. Dalam masa sama, pusat ini mampu menampung jumlah pelatih polis sehingga 1,000 orang," katanya lagi.

''Sudah tentu apa yang kita lakukan ini memberi keuntungan kepada negara. Kita tidak perlu bina pusat latihan yang baru sebaliknya kita gunakan kemudahan yang ada pada pasukan yang lain yang akhirnya memberi keuntungan kepada semua pihak," katanya lagi.

Beliau berkata, meskipun kosnya jauh lebih murah pasukan polis tetap menjalani latihan yang berkualiti sehingga melayakkan mereka dipilih menyertai pasukan keselamatan tersebut.

Perdana Menteri di dalam ucapannya turut menyentuh tentang cabaran yang bakal dihadapi oleh tentera dan polis pada abad ke 21 dan apa yang paling penting mereka perlu mendekati rakyat.

Beliau berkata, ketika rakyat mempunyai pengetahuan yang cukup luas segala tindak tanduk dan perbuatan kedua-dua anggota keselamatan itu sentiasa dinilai.

''Sehubungan itu setiap perbuatan mereka hendaklah dipastikan sentiasa terpelihara. Jangan melakukan perkara-perkara yang tidak disukai rakyat," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

20,000 saksi tamat latihan ATM - PDRM

Posted:

20,000 saksi tamat latihan ATM - PDRM

20,000 saksi tamat latihan ATM - PDRM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusann9@utusan.com.my

TELUK KEMANG 30 Julai - Lebih 20,000 orang menyaksikan majlis bersejarah Perbarisan Tamat Latihan Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Acara yang buat pertama kali diadakan itu membabitkan 984 pelatih konstabel polis dan 2,107 perajurit muda termasuk 194 anggota wanita di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Seramai 17 pegawai dan 45 anggota ATM serta tujuh pegawai kanan dan 18 anggota PDRM turut menjayakan perbarisan tamat latihan itu yang diketuai secara bersama oleh Mejar Rosman Mohd. Noh dari ATM dan Deputi Supritendan Douglas Nyeging Taong dari PDRM.

Segak dengan satu gerakan yang seragam dan begitu kemas, pelatih kedua-dua pasukan itu berjaya menambat hati para pengunjung hasil daripada latihan asas selama enam bulan.

Perbarisan itu diiringi pancaragam gabungan dari Kor Armor Diraja dan Pancaragam PDRM.

Seramai 12 pelatih menerima anugerah pelatih terbaik antaranya Mohd. Nur Amirul Muntil, 20, bagi Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik; Mas Erma Md. Sharif, 21, (Perajurit Muda Wanita Keseluruhan Terbaik) dan Md. Kairul Razee Ramli, 25, (Pelatih Konstabel Keseluruhan Terbaik).

Polisi mengadakan program latihan asas kepolisan menggunakan kemudahan tentera adalah sebahagian daripada susulan dasar pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia juga merupakan salah satu daripada tiga perkara yang terkandung dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2 (NBOS2) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hasan.

Dua perkara lagi yang terkandung dalam NBOS2 ialah pelantikan bekas anggota tentera untuk berkhidmat dalam pasukan polis dan tugas rondaan polis bersama anggota tentera.

Dengan adanya strategi terbaru itu, ia dapat membentuk satu pasukan keselamatan yang lebih berkesan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat sekali gus melindungi negara.

Majlis perbarisan yang diadakan hari ini merupakan satu manifestasi kepada kejayaan kerajaan menggabungkan dua pasukan keselamatan negara selepas terlaksananya strategi tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Latihan bersama wujud kesepakatan - Pelatih

Posted:

Latihan bersama wujud kesepakatan - Pelatih

Latihan bersama wujud kesepakatan - Pelatih

TELUK KEMANG 30 Julai - Latihan Perdana melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi satu pengalaman baru kepada semua pelatih selain mewujudkan persefahaman antara kedua-dua pasukan keselamatan itu.

Kalangan pelatih konstabel dan perajurit muda yang ditemui Mingguan Malaysia berkata, program sebegitu perlu diteruskan agar dapat mewujudkan kesepakatan dalam memelihara dan menjaga kesejahteraan negara.

Bukan itu sahaja, program seumpama itu adalah landasan terbaik buat mereka berkongsi pengalaman melalui asas latihan yang dikendalikan oleh ATM dan PDRM.

Bagi Konstabel Lelaki Terbaik Keseluruhan, Md. Khairul Razee Ramli, 25, program latihan itu amat berharga buatnya kerana ia memupuk semangat berdaya saing yang positif antara kedua-dua pasukan keselamatan.

"Saya melihat program ini amat berkesan dalam membina keyakinan diri selain memupuk semangat berpasukan selaras dengan pemikiran Strategi Lautan Biru.

"Hasilnya, kami dapat pengalaman yang begitu berharga hasil usaha dilakukan oleh kerajaan," katanya yang gembira selepas menerima anugerah berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini, hari ini.

Bagi pelatih konstabel yang menerima Anugerah Akademik Terbaik, Chee Seong Khoon, 24, dia bangga menyertai program itu kerana ia memberikan asas disiplin yang kukuh untuknya menyertai PDRM.

"Saya juga dapat mengenali rakan-rakan di ATM yang turut sama berlatih sepanjang enam bulan kami berada di sini. Walaupun kami mempunyai cara tersendiri, namun ia tidak membataskan saya untuk bercampur-gaul dengan mereka dan bagi saya program seperti ini adalah terbaik untuk semua," ujarnya.

Bagi penerima anugerah Perajurit Muda Wanita Keseluruhan Terbaik, Mas Erma Md. Sharif, 21, hubungan dengan pelatih konstabel PDRM yang dikatakan renggang dapat dieratkan walaupun mereka mempunyai cara bertugas yang berbeza.

"Secara keseluruhannya kami tidak mempunyai masalah dan inisiatif yang dilakukan ini merupakan satu cara yang baik dalam mengeratkan hubungan antara kedua-dua pasukan keselamatan dan hasilnya kita boleh saksikan pada hari ini," katanya.

Penerima anugerah Perajurit Wanita Jasmani Terbaik, Annie Semboi, 20, berharap segala latihan yang diperolehnya dapat digunakan sebaiknya ketika menjalankan tugas kelak.

"Saya bangga kerana dua sebab iaitu pertama dapat menamatkan latihan selama enam bulan dan kedua saya berpeluang mengikuti program yang pertama kali diadakan ini bukan sahaja di negara ini, malah di dunia," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Pusat labur RM300 juta

Posted:

Pusat labur RM300 juta

Pusat labur RM300 juta

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


Mustapa Mohamed melawat pameran selepas merasmikan Pusat Setempat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan Groom Big di Kota Bharu, semalam. - MINGGUAN MALAYSIA/AIZZUL A.MAJID


KOTA BHARU 30 Julai - Kerajaan Pusat merupakan pelabur terbesar di Bandar Baru Tunjong iaitu projek kerajaan Pas Kelantan, membabitkan pelaburan sebanyak lebih RM300 juta bagi membina enam pejabat kerajaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pelaburan terbesar melibatkan pembinaan Terminal Agribisnes Negara (Teman) bernilai RM124 juta di kawasan seluas kira-kira 20.8 hektar yang turut memberi peluang kepada usahawan di kalangan nelayan dan petani tempatan memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna.

"Ini adalah satu kejayaan bagi kita di mana nelayan dan petani yang jadi usahawan ada tempat untuk menjalankan perniagaan, jika dahulu mereka berniaga di merata-rata tempat.

"Bandar Baru Tunjong ini hampir kesemuanya bangunan milik kerajaan Pusat, maknanya kalau tidak ada kerajaan Pusat kawasan ini tidak dibangunkan. Jadi kita harap rakyat Kelantan akan celik mata, akan melihat apa yang telah kita sumbangkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Setempat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan Groom Big di Terminal Agribisnes Makanan (Teman) Kota Bharu dekat Tunjong di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) kementerian, Nik Rahmat Nik Taib; Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ahmad Ishak dan Presiden Persatuan Groom Big Kelantan, Che Hasmah Hassan.

Groom Big merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk membangunkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk mereka secara terus di bawah satu bumbung.

Pada majlis itu Mustapa turut menyaksikan dua majlis pertukaran dokumen perjanjian antara Dome Technologies Sdn. Bhd. dengan Sime Darby Food Marketing Sdn. Bhd. dan Dome Technologies dengan FAMA.

Mustapa berkata, beberapa jabatan Kerajaan Pusat telah pun membeli tanah di kawasan Tunjong dan sedang mengusahakan peruntukan bagi membolehkan bangunan pejabat dibina.

"Sekarang ini kebanyakan jabatan kerajaan di Wisma Persekutuan dan tempat itu sudah pun sesak, tidak ada tempat lagi dan banyak jabatan bercadang untuk berpindah dan antara tempat yang dipilih ialah Tunjong," katanya.

Mengenai Groom Big di Teman, Mustapa berkata, ia merupakan yang pertama seumpamanya kerana sebelum ini pengusaha terbabit hanya memasarkan produk mereka secara bergerak di merata-rata tempat.

"Kelantan ini terkenal dengan barangan industri asas tani, jadi dengan adanya tempat ini kalau ada mana-mana syarikat atau pasar raya hendak membeli boleh datang ke sini untuk melihat keluaran. Kita harap dengan adanya pusat ini akan meningkatkan lagi hasil jualan kerana itulah matlamat Groom Big supaya usahawan menjadi lebih besar dan berjaya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bilal terima anugerah keluarga mithali terbilang

Posted:

Bilal terima anugerah keluarga mithali terbilang

Bilal terima anugerah keluarga mithali terbilang


Mat Yusof Salleh (tiga dari kiri), Ramlan Ali (lima dari kiri) bersama penerima Anugerah Keluarga Mithali Dewan Undangan Negeri Jabi di Besut, baru-baru ini.


SETIU 30 Julai - Bilal Masjid Kampung Pondok Paku, Jabi, Mat Yusof Salleh, 61, terpilih menerima Anugerah Keluarga Mithali Terbilang Peringkat Dewan Undangan Negeri Jabi, kelmarin.

Bapa kepada empat anak yang kesemuanya berjaya dalam hidup mereka itu menerima wang tunai RM1,000 berserta sijil yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali.

Meskipun hidup dalam kemiskinan, Mat Yusof yang juga seorang tukang rumah dan aktif dalam kerja kemasyarakatan masih mampu mendidik anak-anaknya sehingga ke peringkat tinggi.

Pada majlis sama yang diadakan di sebuah resort dekat sini, Ab. Halim A. Rahman, 50, yang bekerja sebagai pembantu tadbir pula memenangi Anugerah Keluarga Gemilang sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM700.

Sementara itu, Anugerah Keluarga Cemerlang pula dimenangi oleh Che Amat Yaacob, 69, dengan hadiah wang tunai RM500 manakala Anugerah Ibu Tunggal Terbilang dimenangi oleh Wan Rubiah Wan Daud, 52, seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain.

Wan Rubiah yang juga aktif dalam kerja kemasyarakatan menerima hadiah wang tunai RM1,000 manakala Anugerah Ibu Tunggal Gemilang pula dimenangi oleh Azizah Ahmad, 53 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM700.

Dalam pada itu, seorang bapa tunggal, Zakaria Draman, 62, terpilih memenangi Anugerah Khas Bapa Tunggal dan memenangi hadiah wang tunai RM500 ekoran kegigihannya mendidik lapan anaknya sehingga berjaya.

Terdahulu, Ramlan dalam ucapannya berkata, kejayaan penerima anugerah dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya meskipun dalam keadaan hidup yang miskin boleh dijadikan model oleh masyarakat.

Katanya, pengalaman yang dimiliki dalam membentuk institusi keluarga itu boleh dimanfaatkan bersama anggota masyarakat untuk mewujudkan suasana kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera.

"Keharmonian institusi keluarga sebenarnya merupakan antara resipi yang membantu anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran mereka meskipun taraf hidup keluarga hanya bergantung kepada kais pagi makan pagi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Setiap NGO Terengganu dapat RM250,000

Posted:

Setiap NGO Terengganu dapat RM250,000

Setiap NGO Terengganu dapat RM250,000

KUALA TERENGGANU 30 Julai - Kerajaan negeri bersetuju memberi peruntukan pentadbiran permulaan RM250,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui Majlis Panel Perundingan (MPP) NGO untuk bantuan pentadbiran.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pemberian itu diharap dapat menyemarakkan lagi kegiatan dan aktiviti NGO di negeri ini ke arah membangunkan masyarakat secara keseluruhan.

Menurut beliau, kerajaan negeri dan Persekutuan akan terus menyokong sebarang usaha ke arah meningkatkan kemahiran dan perhubungan kesukarelaan dengan menghantar mereka mengikuti kursus dan latihan kemahiran.

Katanya, MPP NGO merupakan badan induk kepada NGO yang ada di seluruh negeri dan kerajaan bersedia membantu dalam bentuk nasihat, tunjuk ajar serta kewangan.

"Sehubungan itu, apa juga aktiviti perlu seimbang kerana kekuatan perpaduan dalam kalangan rakyat menjadi teras utama dalam mempertahankan negara yang kita cintai ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Taklimat Pembangunan Negeri Terengganu kepada Pemimpin NGO di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

habis

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa, Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri (Makro), Mohd. Zulkifli Muda dan Timbalan Pengerusi MPP, Razali Idris.

Menteri Besar berkata, melalui aktiviti NGO juga dapat membantu kerajaan menjayakan program pembangunan modal insan, sekali gus memudahkan proses penyaluran maklumat hingga ke akar umbi.

Beliau juga melahirkan rasa yakin dengan kekuatan semangat dan minat mendalam ahli NGO yang akan menjadi penentu kesinambungan dan kelangsungan hayat negara.

Kira-kira 500 peserta yang mewakili 26 NGO di bawah MPP NGO menyertai taklimat tersebut.

Terdahulu, peserta diberi taklimat mengenai hala tuju dan pembangunan Terengganu oleh Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri menjelang 2020.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Kembara motorhome

Posted:

Kembara motorhome

Kembara motorhome

Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com


PENGEMBARAAN sejauh 3,000 kilometer di bumi Eropah.


IMPIAN untuk mengembara ke kawasan pergunungan dan desa-desa terpencil di Eropah dengan menaiki karavan sudah terpendam di hati mereka sejak dari zaman kanak-kanak.

Angan-angan di bangku sekolah itu berlalu selepas 20 tahun, pengalaman karavan yang selama ini ditonton melalui filem telahpun menjadi realiti. Kini ia bukan sekadar percutian tetapi ditukar menjadi punca rezeki.

Berbekalkan pengalaman mengurus beberapa perniagaan di Kuala Lumpur, Fairus Mohd. Tabiee dan Muhammad Ikhmal Norizan membuktikan kebolehan anak tempatan untuk berjaya di luar negara.

Trip jelajah Eropah (Eurovac 2011) menaiki kenderaan rekreasi (RV) atau motorhome yang diperkenalkan oleh dua pemuda itu pada Mei lalu kini bersedia untuk menyambung episod seterusnya.

"Pengembaraan trip yang lalu sangat mencabar, khususnya bagi kami selaku penganjur.

"Ia adalah pengalaman yang mematangkan (perniagaan). Segala kelemahan akan dibaiki untuk memastikan trip akan datang lebih lancar," kata Muhammad Ikhmal, 31, selaku Pengurus EuroVac Management.

Cabaran memandu

Sepanjang pengembaraan 11 hari itu, penulis menjadi salah seorang daripada 19 peserta (termasuk penganjur). Selain membuat liputan, saya ditawar untuk menjadi salah seorang daripada pemandu.

Peluang untuk memandu merentasi lapan buah negara di Eropah itu agak sukar untuk dilepaskan. Tanpa berfikir panjang, cabaran itu disahut untuk berkongsi cerita dengan pembaca.

Pengalaman memandu sejauh 3,000 kilometer merentasi Jerman, Austria, Liechtenstein, Switzerland, Itali, Perancis, Belgium dan Belanda bermula dari Munich, Jerman.

Destinasi pertama yang dituju adalah tapak perkhemahan karavan di Nenzing, Austria.

Cabaran memegang stereng pada hari pertama tidak terlalu sukar, fokus utama ketika itu adalah untuk membiasakan diri dengan pemanduan sebelah kiri jentera Profila Alcove (Ford).

Ketibaan di tapak karavan di kaki Banjaran Alps beberapa jam sebelum matahari terbenam memberi peluang untuk kami mengenali kelengkapan yang tersedia pada setiap motorhome.

Semuanya lengkap untuk keperluan lima hingga enam penghuni termasuk ruang tamu, tempat tidur, dapur, peti sejuk, tandas dan bilik mandi.

Sebelum menikmati semua kemudahan itu, beberapa perkara harus diselesaikan. Paling penting membekalkan setiap kenderaan dengan air dan elektrik. Selepas penyambungan dibuat, kesejukan kami di dalam suhu tiga darjah Celsius itu mula dihangatkan dengan pemanas udara.

Tanggungjawab keesokkan harinya bermula dengan tugas membuang sisa-sisa ke saluran pembentungan. Sekali lagi kami harus memastikan bekalan air diisi secukupnya untuk kegunaan sepanjang perjalanan. Begitulah tanggungjawab rutin yang dipikul oleh pemandu setiap kali beralih stesen.

Penginapan di Alpencamping itu meninggalkan kenangan yang cukup manis bagi kami. Bukan sahaja Banjaran Alps yang indah bahkan stesen karavan itu juga lengkap dengan kemudahan asas seperti restoran, kolam renang dan spa.

Kami meninggalkan Austria melalui sebuah perkampungan yang dibelit jalan sempit dan berliku. Pengendalian manual kenderaan selebar 2.4 meter dan setinggi 3.1 meter itu mula memberikan cabaran sehingga kami melepasi Liechtenstein, antara negara terkecil di dunia yang terlindung di celah-celah pergunungan di situ.

Tidak lama selepas itu kami tiba di Switzerland, negara yang dikenali kerana keindahan muka buminya. Landskap yang memang menakjubkan, cuma fokus pada pemanduan tidak membenarkan saya menikmati semua itu. Apatah lagi apabila kebanyakan kenderaan di lebuh raya itu dipandu laju, minimum antara 100 hingga 120 km/jam.

Lebuh raya yang disifatkan sebagai syurga untuk memandu itu juga diselang-seli dengan terowong yang panjang dan laluan tergantung di tepi gaung. Memang menakutkan, tetapi keadaan tidak membenarkan saya untuk melayan rasa takut kerana pemanduan tidak boleh diperlahankan sembarangan.

Cabaran memandu di lebuh raya yang seakan sama seperti litar di dalam permainan video Need for Speed itu disukarkan dengan treler-treler panjang yang berselilisih rapat, hanya beberapa kaki dengan kami.

Meskipun laluan penuh liku, perjalanan dari Jerman hingga ke Switzerland tidak memerlukan kos yang tinggi kerana tiada tol dikenakan. Cuma harga bahan bakar yang berbeza mengikut jenama membuatkan kami keliru untuk memilih.

Selepas tiba ke tol pertama (di Itali), pemanduan disambut dengan aksi 'Velontino Rossi' oleh penunggang-penunggang motosikal di negara itu. Laluan tidak banyak berbeza kecuali sikap-sikap pemandu yang kurang beradap berbanding negara-negara yang terdahulu.

Dari Lembah Aosta, Itali, kami merentasi sebuah terowong yang cukup panjang. Terowong sepanjang 11.6 kilometer yang ditebuk merentasi pergunungan Mont Blanc sehingga berakhir di Chamonix, Perancis.

Di penghujung terowong, dua daripada kenderaan Eurovac ditahan pihak berkuasa Perancis. Mereka disaman kerana melanggar 'arahan pelik' yang hanya membenarkan had laju antara 50 hingga 70 km/jam'. Selain itu, jarak pemanduan juga harus mengikut jarak lampu yang dipasang di dinding terowong, kira-kira 100 meter antara satu kenderaan ke kenderaan lain.

Amalan keselamatan yang ketat itu dikatakan bertujuan mengelak kemalangan seperti yang pernah berlaku pada 1999 di mana 39 orang maut apabila sebuah treler terbakar di dalam terowong yang sama.

Sepanjang perjalanan ke Paris, lebuh raya lurus dan lengang pula menjadi ujian. Nasib menyebelahi kami kerana dalam suhu sejuk musim bunga itu, rasa mengantuk masih mampu dikawal. Cabaran lain termasuk tiupan angin lintang yang cukup deras. Kadang-kala memaksa kami memperlahankan kelajuan di bawah 100 km/jam kerana kenderaan bergoyang seperti kapal di lambung ombak.

Ada kala perjalanan memakan masa yang cukup panjang. Laluan paling jauh adalah dari tapak perkhemahan karavan di Paris menuju Amsterdam, Belanda yang memakan masa kira-kira 15 jam.

Selain walkie-talkie, GPS juga adalah nyawa bagi setiap pemandu. Tanpa alat itu, kami melepasi kesibukan di tengah kota sebesar Paris.

Sementara itu, Fairus yang juga salah seorang pemandu berkata, larangan pihak berkuasa terhadap motorhome sesetengah kota memberi peluang kepada peserta trip untuk mencuba sistem pengangkutan awam di negara orang.

"Trip ini tidak seharusnya selesa sepanjang masa, peserta diberi peluang untuk keluar sendiri ke tempat yang diinginkan dengan menaiki teksi, bas ataupun kereta api," katanya.

Pengembaraan siri pertama Eurovac 2011 yang disertai oleh empat keluarga baru-baru ini berakhir di Amsterdam.

Berbeza dengan percutian biasa, pengalaman melancong di dalam hotel bergerak itu meninggalkan kenangan yang tentunya tidak akan dilupakan.

Selain Eropah, EuroVac Management juga akan melebarkan pengembaraan ke Australia dan New Zealand tidak lama lagi. Untuk mengikuti pengembaraan Eurovac yang seterusnya, sila layari laman www.eurovac.my/v3/.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Memangkah siling di Pulau Demawan

Posted:

Memangkah siling di Pulau Demawan

Memangkah siling di Pulau Demawan

Teks dan foto MOHD. NAIM AZIZ


Pendatang turut 'mewarnai' kehidupan pesisir pantai yang banyak dimonopoli warga asal suku Bajau Laut sejak turun temurun.


PULAU Danawan, Samporna, Sabah yang mempunyai keluasan 231.2 hektar pesisir pantai bertemankan anggota-anggota tentera unit khas dengan penuh kesiapsiagaan kawalan tertinggi. Persekitaran geografi yang begitu sinonim dengan 'panas' dan bahang bukan saja disebabkan suhu atau cuaca, malah kedudukan pulau itu sebagai salah satu lubuk ancaman puak kumpulan militan pemisah Abu Sayaf.

Aspek pertahanan menyeluruh (HANRUH) anggota pertahanan ATM wujud disebabkan hari 'bersejarah' dua insiden penculikan membabitkan kumpulan Abu Sayaf pada 23 April dan 10 September 2000. Perincian penulis bukanlah untuk aspek sosio-keselamatan tetapi lebih tertumpu dengan aktiviti harian penduduk setempat.

Sejuta persoalan timbul ketika penulis memulakan tugas merakam gambar di perkampungan Pulau Danawan baru-baru ini. Mana tidaknya, penduduk di situ melihat sekumpulan pasukan tentera dengan rifel M-16 mengawal persisiran pantai, sementara penulis yang turut mengenakan pakaian persis tentera sebenarnya hanya berbekalkan sebuah kamera dalam menyempurnakan dua tugasan yang berbeza.

Kesempatan berada di situ sempena lawatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan editor-editor kanan di Pangkalan Operasi Hadapan OP Pasir anjuran Kementerian Pertahanan baru-baru ini.

Senyuman

Keriangan kanak-kanak di pulau itu sama seperti kanak-kanak lain. Kedatangan penulis bersama rakan-rakan media disambut dengan penuh senyuman. Ketika itu mereka sedang asyik dengan aktiviti 'memangkah syiling'. Difahamkan aktiviti itu menjadi salah satu permainan tradisi hanya untuk keseronokan semata.

"Biasa mereka melakukan aktiviti begini ketika cuti sekolah,'' kata Arki yang duduk di sudut pelantar rumah bersama anak-anak yang masih kecil.

Dari raut wajah Arki penulis dapat merasakan beliau bukanlah seorang warganegara tetap, tetapi salah satu kelompok pendatang yang 'mewarnai' kehidupan pesisir pantai yang banyak dimonopoli warga asal suku Bajau Laut sejak turun temurun. Ketika di tanya mengapa 'berhijrah' ke situ, beliau menyatakan keamanan serta faktor rezeki laut banyak menyumbang ke arah kehidupan sejahtera.

Saujana mata memandang, penempatan atas air yang banyak didirikan hanyalah berdindingkan kayu dan atap nipah semata. Asalkan dapat berlindung dari panas itu sudah memadai. Warga-warga emas separuh umur turut berteduh di satu sudut berlantaikan hamparan pasir.

Suasana tenang dengan desiran ombak laut disulami teriakan kanak-kanak menceriakan dan bunyi burung laut sememangnya menceriakan suasana.

Rakan penulis Raja Faisal Hishan bersama Yazit Razali tidak berhenti merakamkan momen-momen persekitaran yang asing apabila selalunya berada di penempatan kepulauan. Begitu juga dengan jurugambar pelatih, Iskandar Aisyah. Kehidupan secara total ala-ala 'survivor' membangkitkan semangat kami untuk merakam segala imej secara terperinci dan dari pelbagai sisi. Ia adalah sebagai 'hadiah' untuk dibawa pulang.

Pulau Danawan terletak jauh dari pekan Semporna bukan menjadi alasan untuk menjalankan perniagaan sampingan kedai runcit. Anak tempatan yang menghuni kawasan itu hampir 30 tahun membuka kedai runcit untuk memenuhi keperluan harian penduduk.

"Seminggu dua kali mak cik turun ke pekan bagi memenuhi stok keperluan barangan di kedai. Tiga jam perjalanan ke sana,'' bicara Kumala Abdul Latif tatkala penulis singah sebentar untuk membasahi tekak. Dia yang menjalankan perniagaan bersama suami, Sakirani Azambi yang merupakan salah seorang guru sekolah di kepulauan tersebut.

"Anak lihatlah sepanjang kampung ini banyak kedai runcit yang didirikan. Malah ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan dengan hanya menggunakan meja atap sahaja,'' tambahnya.

Sejak kawalan keselamatan dipertingkatkan ATM, keluarga Kumala dan rata-rata penduduk menzahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan kerajaan bagi membendung ancaman pencerobohan puak-puak pelampau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved