Khamis, 21 Julai 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Apartmen retak, mendap

Posted:

Apartmen retak, mendap

Apartmen retak, mendap

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


P. Mathivanan (kiri) dan Jumari Jailani menunjukkan retakan yang berlaku pada dinding bangunan akibat pemendapan tanah yang berlaku. - utusan/Wahidin Salim


PETALING JAYA 21 Julai - Lebih 5,000 penghuni Blok I Apartmen Petaling Perdana, di sini, terus diselubungi kebimbangan dengan kejadian tanah mendap yang semakin memburuk dan melibatkan tapak bangunan mereka di Jalan PJS1/21, Jalan Klang Lama.

Menurut penduduk, mendapan tersebut sudah hampir dua tahun berlaku, tetapi semakin teruk sejak akhir-akhir ini kerana tiada sebarang usaha dilakukan pihak bertanggungjawab.

Mereka juga tidak tahu kepada siapa harus diadukan masalah tersebut kerana pihak pemaju iaitu Peter Brickwood Sdn. Bhd. dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menuding jari antara satu sama lain.

Penduduk turut mendakwa tidak mengetahui status sebenar sama ada Badan Pengurusan Bersama (JMB) sudah ditubuhkan atau sebaliknya di situ.

Seorang penduduk, P. Mathivanan, 48, berkata, mendapan sedalam hampir setengah meter dan sepanjang 10 meter itu terus berlaku mengakibatkan laluan jalan kaki serta dinding luar turut retak dan pecah.

Menurutnya, pada awalnya, cuma rekahan kecil dikesan berlaku ke atas laluan pejalan kaki bangunan, tetapi kini rekahan besar mulai merebak ke bahagian tepi bangunan betul-betul bersebelahan longkang.

"Bahagian yang menjadi penahan bangunan ini juga runtuh dan setiap kali hujan, air mengalir deras dan melimpah masuk ke longkang," ujarnya ketika ditemui.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebimbangan penduduk terhadap keselamatan mereka berasas.

Selain dapat melihat beberapa runtuhan, rekahan kecil sedalam hampir satu meter panjang dikesan di dinding bangunan.

Laluan masuk di situ juga didapati beralih daripada kedudukan asal. Apartmen yang mempunyai 11 Blok itu mula didiami sejak lima tahun lalu oleh penduduk yang kebanyakannya berpindah dari kawasan setinggan berhampiran.

Seorang lagi penduduk, Jumari Jailani, 59, berkata, sekiranya perkara itu tidak diselesaikan segera, dia tidak menolak kemungkinan perkara buruk menimpa mereka.

Katanya, apa yang diharapkan pihak bertanggungjawab dapat turun padang dan melihat sendiri keadaan di situ.

Sementara itu, wakil pemaju ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sudah tidak lagi bertanggungjawab terhadap kediaman tersebut dan telah menyerahkan kepada MBPJ sepenuhnya sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, jurucakap MBPJ yang dihubungi pula memaklumkan, pihaknya akan memberikan ulasan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kesesakan diatasi 12 bulan lagi

Posted:

Kesesakan diatasi 12 bulan lagi

Kesesakan diatasi 12 bulan lagi

Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
kota@utusan.com.my

PETALING JAYA 21 Julai – Masalah kesesakan trafik di Persimpangan Bertingkat Kewajipan berhampiran Lebuhraya Kesas di sini dijangka selesai pada Disember tahun depan.

Ia hasil kerjasama kerajaan bersama syarikat pemaju hartanah, Sunway Group yang bersetuju untuk menaik taraf persimpangan berkenaan dengan kos keseluruhan sebanyak RM62 juta.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Sunway Group akan mengeluarkan belanja sebanyak RM40 juta untuk kerja-kerja pembinaan jambatan bertingkat berhampiran persimpangan berkenaan manakala kerajaan akan mengeluarkan belanja sebanyak RM22 juta untuk menyediakan lorong pusingan U.

Katanya, projek pembinaan jambatan berkenaan yang memakan masa 12 bulan telah dimulakan Jumaat lalu dan dijangka siap pada 14 Julai tahun depan.

"Saya telah menerima aduan terutamanya pada waktu pagi, berlaku kesesakan di Lebuhraya Kesas sehingga tiga atau empat kilometer pada waktu pagi dan petang.

"Jumlah trafik yang melalui jalan ini (Persiaran Bertingkat Kewajipan) pada waktu puncak iaitu pukul 7 hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 malam adalah sekitar 18,000 kenderaan untuk satu masa. Ini satu jumlah trafik yang terlalu besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persimpangan berkenaan di sini hari ini.

Terdahulu, Shaziman diberi penerangan mengenai cadangan menaik taraf persimpangan berkenaan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Mohd. Salleh.

Beliau berkata, pihaknya turut merancang untuk menaik taraf lampu isyarat dari empat fasa kepada tiga fasa dan melebarkan lorong di kawasan tersebut sejajar dengan pembangunan kawasan sekitar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PPIM bantu 200 pembeli rumah

Posted:

PPIM bantu 200 pembeli rumah

PPIM bantu 200 pembeli rumah


Mohd. Mustafa Hamzah (tengah) menjelaskan mengenai masalah yang menimpa pembeli asal unit Kondominium Mas Kiara dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR 21 Julai - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertindak tegas terhadap pemaju Kondominium Mas Kiara, di Sungai Penchala di sini yang telah menganiayai kira-kira 200 pembeli.

Ini apabila pemaju berkenaan, Intan Permata Properties Sdn. Bhd. (IPPSB) didakwa menjual semula rumah yang dibeli mereka pada 1995.

Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustafa Hamzah berkata, kebanyakan daripada pembeli telah menjelaskan pembayaran sebanyak 70 peratus kepada pihak bank.

"Projek yang dimulakan pada 1995 oleh Pinggir Kiara Sdn. Bhd. kemudiannya terbengkalai dan pada 2003, ia diambil alih oleh pemaju sekarang iaitu IPPSB.

"Bagaimanapun, IPPSB telah menafikan hak pembeli lama dan menjualnya semula atas alasan pembayaran yang dibuat kepada pemaju lama tidak sah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Pelakon terkenal, Syaniza Hisham atau Syanie yang turut menjadi mangsa kepada pemaju terbabit berkata, pihak IPPSB tidak mempedulikan nasib pembeli asal yang telah teraniaya semenjak 15 tahun lalu.

"Ketika dibeli pada 1995, kondominium itu berharga kira-kira RM170,000 dan dijanjikan siap oleh pemaju asal pada 1999, namun ia terbengkalai dan bertukar pemaju sebelum dijual semula ketika ini pada harga antara RM350,000 hingga RM400,000.

"Pihak IPPSB boleh mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menafikan hak kami dan menjualnya semula," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syanie turut meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pihak bank yang langsung tidak mengambil tahu masalah pembeli.

"Pihak bank enggan mengambil tahu masalah kami dan terus menuntut bayaran ansuran kondominium terbabit sehingga ke hari ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Warga emas lega rumah dibaiki

Posted:

Warga emas lega rumah dibaiki

Warga emas lega rumah dibaiki

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


Khamisan Ali (dua dari kanan) dan Mesran Tukiman (tiga dari kanan) mengecat rumah Chik Andot di Kampung Singapura, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 20 Julai - Seorang warga emas kini boleh menarik nafas lega apabila rumah yang dihuni lebih 40 tahun lalu di Kampung Singapura di sini, dibaiki Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan kampung tersebut baru-baru ini.

Chik Andot (gambar), 87, yang tinggal bersama anak lelaki bongsunya, Endot Mahmod, 53, berkata, dia tidak mengharapkan bantuan lain kecuali rumah untuk berteduh dan terjamin dari segi keselamatan.

"Sebelum ini saya berhasrat untuk membaiki ruang bilik air dan mengecat rumah tetapi tidak mampu kerana tidak lagi boleh bekerja berat.

''Endot pula hanya melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara kehidupan mereka yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

"Bagaimanapun, saya lega apabila Pemuda UMNO cawangan kampung ini sudi membersih, membaiki dan mengecat rumah seterusnya memastikan kehidupan saya lebih selesa selepas ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Turut serta dalam program membaiki rumah Chik itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Singapura, Khamisan Ali.

Mesran turut menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM1,600 termasuk atap, tingkap, cat dan kos kemasukan bekalan air paip ke rumah warga emas tersebut.

Sementara itu, menurut Khamisan, Chik merupakan keluarga miskin yang dipilih ahli jawatankuasanya bagi pelaksanaan aktiviti turun padang yang bertujuan mendekati masyarakat selain memberi bantuan kepada golongan tidak bernasib baik di kampung ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penduduk Kluang perlu jimat air

Posted:

Penduduk Kluang perlu jimat air

Penduduk Kluang perlu jimat air

JOHOR BAHRU 20 Julai - Penduduk di beberapa kawasan di daerah Kluang khususnya yang tinggal di kawasan tinggi dan jauh dari sistem bekalan air diminta lebih berhemah dalam menggunakan air.

Ia ekoran pengeluaran air terawat dari loji rawatan air Sembrong Barat yang dikendalikan Southern Water Corporation (SWC) berkurangan sejak kebelakangan ini sekali gus menyebabkan gangguan bekalan.

SWC dan Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd., (SAJH) dalam satu kenyataan bersama memberitahu, kawasan yang dijangka terlibat adalah Taman Gunung Lambak, Taman Koperasi, Taman Kerjasama, Taman Sri Kluang, Taman Desa Harmoni, Taman Kluang Barat, Jalan Lambak, Jalan Sekolah, Jalan Kolam Air, Kampung Majid, Taman Sri Andal, Taman Bahagia, Taman Bersatu dan Taman Kluang Jaya.

"Kawasan lain yang terlibat termasuk Taman Sri Jaya, Kampung MIC Sri Lalang, Taman Perwira Jaya, Kawasan Industri Jalan Mersing, Ladang Chuan Hoe, Hospital Kluang, Taman Intan, Taman Perumahan Polis Jalan Padang Tembak, Paloh, Chamek dan Niyor," jelas kenyataan itu.

Turut terlibat adalah kawasan CEP Renggam, Taman Murni Paloh, Felcra Batu 4 Jalan Yong Peng-Paloh, Kampung GSA Chamek, Pusat Penyembelihan Babi Jalan Paloh, Happy Valley dan Sekolah Menengah Agama Johor serta Industri Mengkibol, Kilang Revertax dan Kilang MML di Jalan Batu Pahat.

Berikutan itu, SAJH terpaksa mengambil langkah proaktif bagi memastikan pengeluaran air bersih terawat mencukupi untuk kegunaan penduduk terbabit kerana loji itu hanya mampu mengeluarkan 50 hingga 51 juta liter air bersih berbanding kemampuan sebenar 55 juta liter.

SWC akan memastikan pengeluaran bekalan air sentiasa mencukupi sebelum disalurkan kepada pihak SAJ yang seterusnya mengagihkan air terawat kepada pengguna.

Buat masa ini pembekalan air adalah terkawal, namun mereka yang berdepan dengan masalah berkaitan diminta menghubungi SAJ bagi mendapatkan bantuan bekalan air untuk kegunaan harian.

Orang ramai yang menghadapi masalah bekalan air atau memerlukan bantuan tangki air boleh menghubungi SAJ menerusi talian 1-800-88-7474 atau menghantar khidmat pesanan ringkas ke 019-7227474 atau menerusi e-mel customer.care@saj.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Nelayan disaran tubuh koperasi

Posted:

Nelayan disaran tubuh koperasi

Nelayan disaran tubuh koperasi

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpulaupinang@utusan.com.my


Ahmad Ibnihajar (kanan) memberi sumbangan sara hidup kepada salah seorang nelayan di Teluk Bahang, Pulau Pinang, kelmarin.


TELUK BAHANG 20 Julai - Nelayan disaran menubuhkan koperasi bagi menjana ekonomi mereka supaya tidak terlalu bergantung kepada hasil tangkapan laut sebagai sumber pendapatan.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tanjung, Datuk Ahmad Ibnihajar berkata, melalui koperasi, golongan tersebut boleh memulakan perniagaan seperti membuka restoran sebagai pendapatan tambahan.

Menurutnya, mereka boleh mencontohi nelayan di luar negara yang mempunyai perniagaan sendiri selain menangkap ikan.

"Sebagai contoh Restoran Pen Mutiara di Batu Maung yang diusahakan oleh para nelayan kini semakin maju dan membawa keuntungan besar kepada mereka," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada nelayan di sini semalam.

Seramai 559 nelayan dari kawasan Teluk Bahang menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM200 setiap seorang.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Raja Khalid Raja Arifin berkata, kerajaan Persekutuan membelanjakan kira-kira RM4.8 juta bagi bantuan sara hidup untuk diagihkan kepada kira-kira 4,500 nelayan di Pulau Pinang bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Tambahnya, di samping bantuan elaun sara hidup, kerajaan Barisan Nasional (BN) turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti kemudahan infrastruktur, subsidi diesel, insentif pengisytiharan hasil tangkapan dan peralatan moden.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NCIA laksana konsep Estet Padi bantu petani

Posted:

NCIA laksana konsep Estet Padi bantu petani

NCIA laksana konsep Estet Padi bantu petani

SUNGAI PETANI 20 Julai - Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan melaksanakan konsep pengurusan Estet Padi kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bermula tahun ini.

Naib Presiden Pejabat Ketua Eksekutif NCIA, Farid Wajidi berkata, buat permulaan tiga syarikat swasta dipilih untuk melaksanakan projek perintis di kawasan seluas 150 hektar di Batu Kurau, Perak dalam tempoh terdekat ini.

"Konsep Estet Padi diilhamkan kerajaan untuk membantu petani meningkatkan hasil pengeluaran padi dan menambah pendapatan penduduk setempat.

"Melalui cara ini, petani diberi peluang bekerjasama dengan syarikat swasta untuk terlibat dalam penanaman padi secara sistematik dan terurus," katanya selepas majlis penyerahan stor baja dan forklift sumbangan NCIA kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok dekat sini baru-baru ini.

Menurut Farid, bagi memantapkan lagi pelaksanaan projek, pihaknya akan menyediakan alternatif untuk membantu petani melalui skim penyewaan tanah bersama syarikat swasta.

"Di bawah sistem ini, pengagihan keuntungan akan dibuat secara bersama kepada petani sementara hasil yang diperoleh akan dijual kepada syarikat swasta yang dipilih," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap konsep tersebut dapat diterima baik oleh petani memandangkan ia dijangka mengeluarkan padi sebanyak 10 tan metrik sehektar semusim.

"Kita sasarkan dapat keluarkan padi sebanyak 10 tan metrik berbanding kini hanya tiga tan sehektar. Konsep ini akan diperluaskan ke seluruh kawasan NCER secara berperingkat kelak," katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, stor yang disumbangkan NCIA kepada PPK Merbok itu dapat menampung 8,000 kampit baja semusim.

NCIA telah membelanjakan hampir RM3 juta untuk membina sembilan stor penyimpanan baja kepada PPK di wilayah utara.

Selain Merbok, turut mendapat stor baja adalah PPK Selinsing, Beseri, Selama, Changlun, Naka, Kuala Muda Selatan, Asun dan Seberang Perai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk mahu lampu isyarat dipasang

Posted:

Penduduk mahu lampu isyarat dipasang

Penduduk mahu lampu isyarat dipasang


Keadaan persimpangan di pekan Alor Pongsu, Bagan Serai, semalam yang sentiasa sibuk dengan kenderaan kerana tiada lampu isyarat .


BAGAN SERAI 20 Julai - Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa memasang lampu isyarat di persimpangan utama pekan Alor Pongsu dekat sini untuk kemudahan dan keselamatan penduduk daerah itu.

Beberapa penduduk yang ditemui Utusan Malaysia memberitahu, ketiadaan lampu isyarat bukan sahaja menyebabkan laluan utama menghubungkan daerah ini dengan Selama sesak, tetapi mendedahkan pelajar yang banyak menaiki basikal kepada bahaya.

Ketua Kampung Parit Lebai Kadir, Shariff Mat, 60, berkata, kesesakan yang kerap berlaku pada waktu puncak semakin buruk kerana pertambahan penduduk berikutan pembukaan taman-taman perumahan baru.

"Yang paling membimbangkan kami ialah pelajar-pelajar yang menaiki basikal terpaksa berkongsi kemudahan itu dengan lori-lori besar serta treler," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, selain beberapa kampung dan taman perumahan, kawasan sekitar persimpangan itu turut menempatkan tiga buah sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Pongsu Permai, Hashim Harun, 58, berkata, permohonan memasang lampu isyarat sudah lama dikemukakan kepada pihak berkuasa tetapi sehingga kini masih belum mendapat reaksi daripada pihak berkenaan.

Katanya, permohonan tersebut wajar diutamakan kerana ia membabitkan laluan utama yang menghubungkan daerah Bagan Serai dan Selama.

"Keadaan jalan yang sempit memburukkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi ia menjadi laluan kepada lori-lori besar. Pada tahun ini sudah berlaku empat kali kemalangan kecil kerana ketiadaan lampu isyarat," katanya.

Seorang penduduk, Ahmaddon Omar, 67, berkata, status Alor Pongsu sebagai daerah kecil tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melewatkan pemasangan lampu isyarat berkenaan.

"Walaupun ia hanya pekan kecil tetapi ia sudah berkembang pesat," ujarnya.

Beliau menambah, selain tiada lampu isyarat, jalan berkenaan juga tidak dipasang lampu awam, garisan kuning dan papan tanda keselamatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Malaysia wajar guna insinerator

Posted:

Malaysia wajar guna insinerator

Malaysia wajar guna insinerator

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Sanusi Awi (kanan) bersama wakil dari bandar raya Kitakyushu melawat tapak pelupusan sampah di Krubong, baru-baru ini.


MELAKA 20 Julai - Isu tapak pelupusan sampah Krubong di sini yang penggunaannya telah mencapai tahap maksimum akan dapat diatasi melalui cara mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan menjadikannya bahan mudah reput.

Pengurus Teknikal Eksport Sisa Pepejal Bandaraya Kitakyushu, Jepun, Shinsuke Takauchi yang mengemukakan cadangan itu berkata, langkah itu perlu dilakukan segera bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri dalam menghadapi penambahan jumlah sisa pepejal setiap tahun.

Menurut beliau, ia juga dapat mengelakkan masalah kawasan pelupusan yang terhad selain turut dapat mengurangkan risiko kebakaran yang sering berlaku di pusat pelupusan sampah itu berikutan pelepasan gas metana.

"Pengurusan yang betul untuk melupuskan sisa pepejal perlu dipertingkatkan untuk kebaikan semua terutama untuk mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar.

"Malaysia menggunakan sistem pelupusan sampah secara konvensional, oleh itu pengurusan perlu teliti dengan melakukan pengasingan bagi bahan tertentu bagi mengelakkan tapak pelupusan itu penuh dalam tempoh singkat," katanya selepas melawat tapak pelupusan sampah itu baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Sanusi Awi.

PPSPPA mengadakan kerjasama dengan Bahagian Strategi Alam Sekitar Antarabangsa Bandaraya Kitakyushu, Jepun selama lima hari bermula 17 Julai lalu bagi membantu meningkatkan kecekapan operasi pengurusan sisa pepejal.

Menurut Takauchi, peningkatan jumlah penduduk akan menyebabkan penambahan sisa pepejal daripada pelbagai sumber dan cara terbaik menguruskan sampah itu adalah melalui teknologi insinerator.

"Penggunaan insinerator adalah cara paling cekap bagi menguruskan sisa pepejal sebagai alternatif bagi mengatasi masalah mencari ruang untuk melupuskan bahan buangan.

"Saya berpendapat kerajaan Malaysia sepatutnya sudah bersedia ke arah itu untuk kebaikan pada masa depan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rungutan harga naik sekadar khabar angin

Posted:

Rungutan harga naik sekadar khabar angin

Rungutan harga naik sekadar khabar angin

MELAKA 20 Julai - Belum pun bulan Ramadan, pengguna mula merungut kenaikan mendadak harga barangan di Pasar Besar Melaka Sentral di sini.

Bagaimanapun, rungutan tersebut sekadar khabar angin yang sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ekoran itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri (PPDNKK) membuat lawatan mengejut ke Pasar Besar Melaka Sentral hari ini.

Ghazale ketika ditemui selepas melakukan lawatan tersebut berkata, dakwaan mengatakan peniaga menaikkan harga barangan adalah tidak benar.

''Saya telah berjumpa dengan peniaga dan pengguna tetapi tidak timbul pula soal kenaikan harga barangan atau peniaga menaikkan harga barangan.

''Saya puas hati kerana semua peniaga di Pasar Besar Melaka Sentral menjual mengikut harga yang telah ditetapkan dan bekalan barang-barang keperluan juga mencukupi menjelang Ramadan bulan depan," katanya.

Turut sama dalam lawatan mengejut itu ialah Ketua Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Jamil Buang.

Pada lawatan tersebut menurutnya, harga ayam masih pada harga asal iaitu RM7.90 sekilogram, ikan pula berlaku kenaikan tetapi tidak ketara.

''Cuma harga cili merah berlaku kenaikan daripada RM7 sekilogram naik kepada RM10 sekilogram," ujarnya.

Keadaan itu katanya, berlaku disebabkan cili merah bukan barang terkawal dan kenaikannya disebabkan faktor bekalan tidak mencukupi dan masalah cuaca.

''Keseluruhannya, saya puas hati tidak ada barangan yang naik dengan harga yang tidak munasabah dan kalau ada pun ia disebabkan faktor bekalan yang kurang," ujarnya.

Sementara itu Jamil berkata, seramai 26 penguat kuasa telah ditugaskan untuk memantau sebarang kenaikan harga barangan di semua pasar besar di negeri ini.

''Mereka akan meronda dan akan bertindak ke atas peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati hingga membebankan pengguna," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival Bazar Raya Ramadan

Posted:

Karnival Bazar Raya Ramadan

Karnival Bazar Raya Ramadan

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

TELUK KEMANG 20 Julai - Pantai peranginan Teluk Kemang, Port Dickson di sini tidak akan sunyi lagi pada waktu malam apabila Karnival Bazar Raya Ramadan 2011 akan mula beroperasi pada 1 Ogos depan.

Pengerusi karnival, Mohd. Azam Zakaria berkata, gerai perniagaan sempena Ramadan itu akan dibuka sehingga 29 Ogos bermula 10 pagi hingga waktu sahur.

''Kita menyediakan banyak tapak perniagaan untuk disewa sepanjang Ramadan itu untuk orang ramai dan kami menggalakkan generasi belia terlibat dengan aktiviti ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Karnival yang akan berlangsung di Dataran Kemang di sini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Teluk Kemang, Persatuan Peniaga dan Pengusaha Pantai Teluk Kemang, Koperasi Bazar Rakyat Port Dickson dan Persatuan Belia Kampung Teluk Kemang.

''Selain orang ramai, kita juga mempelawa agensi kerajaan membuka gerai mereka di situ sebagai organisasi yang menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan," katanya.

Katanya, karnival itu akan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang yang juga Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-6649234 (Mohd. Azam) atau 019-6336770 (Mohd. Shahril Salihin).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tuanku Mizan, Lee Myung-bak bincang hubungan dua hala

Posted:

Tuanku Mizan, Lee Myung-bak bincang hubungan dua hala

Tuanku Mizan, Lee Myung-bak bincang hubungan dua hala


TUANKU Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah bersama Lee Myung-bak dan isterinya, Kim Yoon-Ok semasa Seri Paduka melakukan kunjungan hormat di Istana Presiden, Seoul, semalam. - BERNAMA


SEOUL 20 Julai — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah melakukan kunjungan hormat terhadap Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak di Istana Presiden di sini hari ini.

Keberangkatan Seri Paduka berdua ke Istana Presiden yang dikenali sebagai Cheong Wa Dae (Rumah Biru) disambut oleh Lee Myung-bak serta isteri Kim Yun-ok.

Ini merupakan lawatan negara pertama baginda ke Korea Selatan bagi membalas lawatan presiden republik itu ke Malaysia pada Disember tahun lepas.

Turut serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Ramlan Ibrahim.

Tuanku Mizan kemudian berkenan menandatangani Buku Tetamu sebelum mengadakan pertemuan bersama Lee Myung-bak bagi membincangkan soal mengenai hubungan dua hala antara dua negara.

Tuanku Nur Zahirah dan Kim Yun-ok pula mengadakan pertemuan berasingan di istana berkenaan.

Sebaik selesai pertemuan, pasangan diraja kemudian berangkat pulang ke Hotel Lotte dan Tuanku Mizan dijadual menghadiri Majlis Santapan di hotel tersebut hari ini, yang dihoskan oleh Federation Korea Industri (FKI).

Seri Paduka berdua selepas itu dijadual berangkat melawat ke Samsung City, Sejongro Jongrohu.

Pada sebelah malam pula, pasangan diraja akan diraikan dalam Majlis Santapan Negara di Istana Presiden Cheong Wa Dae sebelum berlepas pulang, mengakhiri lawatan rasmi baginda selama dua hari ke Korea Selatan. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita Malaysia, Turki yakin kemampuan anak perempuan

Posted:

Wanita Malaysia, Turki yakin kemampuan anak perempuan

Wanita Malaysia, Turki yakin kemampuan anak perempuan

KUALA LUMPUR 20 Julai — Kaji selidik sebuah syarikat antarabangsa mendapati wanita Malaysia, Turki dan Nigeria amat yakin anak perempuan mereka mampu berjaya dalam hidup dan mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Melalui kaji selidiknya, Nielsen mendapati 77 peratus wanita di negara percaya anak perempuan mereka akan menikmati penambahbaikan daripada segi capaian terhadap teknologi, pendidikan, kestabilan kewangan, kuasa membeli dan kerjaya.

Bagaimanapun, kaji selidik syarikat itu mendapati hanya 48 peratus wanita di negara maju yakin anak perempuan mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa pendidikan dan capaian terhadap teknologi mendorong wanita di seluruh dunia lebih berkeyakinan bahawa cara paling berkesan untuk menikmati kehidupan lebih baik ialah melalui pendidikan.

Ia juga mendapati capaian wanita terhadap pendidikan tinggi merupakan suatu pencapaian penting di negara maju, tetapi di negara sedang muncul, peluang mengikuti pengajian di kolej dianggap suatu kemewahan dan oleh itu, keinginan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi semakin meningkat.

Kaji selidik dari Februari hingga April 2011 itu melibatkan hampir 6,500 wanita di 21 negara maju dan sedang muncul di seluruh Asia Pasifik, termasuk Malaysia, Eropah, Amerika Latin, Afrika dan Amerika Utara. Negara yang diliputi mewakili 60 peratus daripada penduduk dunia dan hampir 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kaji selidik itu mendapati pendidikan anak-anak menjadi perkara paling utama dalam kalangan wanita di Malaysia, India dan Nigeria dan mereka akan meningkatkan tabungan apabila pendapatan masing-masing meningkat.

Kata Nielsen, capaian lebih baik terhadap pendidikan, peningkatan peluang kerjaya dan kenaikan gaji di negara maju dan sedang muncul memperkasakan lagi kuasa ekonomi dalam kalangan wanita.

Oleh itu, hampir 80 peratus wanita yang terlibat dengan kaji selidik itu percaya peranan wanita kini telah berubah dan 90 peratus daripada mereka dalam kategori ini berpendapat ia berubah ke arah lebih baik.

Majoriti wanita yang ditinjau pendapat mereka juga percaya mereka mempunyai peluang lebih baik berbanding ibu mereka daripada segi kestabilan kewangan peribadi dan penjagaan kesihatan, kata Nielsen. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemohon PTPTN perlu ada SSPN

Posted:

Pemohon PTPTN perlu ada SSPN

Pemohon PTPTN perlu ada SSPN

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 20 Julai – Mulai tahun depan, pelajar yang ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) terlebih dahulu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dengan deposit serendah RM20, akaun SSPN boleh dibuka di mana-mana cawangan bank terpilih.

Antaranya Maybank, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat), Agro Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Group Bhd. (CIMB) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

"Kini proses untuk membuka SSPN menjadi lebih mudah kerana hanya memakan masa sehari berbanding 14 hari sebelum ini.

"Pembukaan akaun SSPN digalakkan kepada semua peringkat umur, ibu bapa juga boleh terus membuka akaun untuk anak mereka yang baru sahaja dilahirkan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar PTPTN bersama institut pengajian tinggi (IPT) dan Majlis Pelancaran Semula SSPN di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said.

Majlis itu turut menyaksikan penyerahan bantuan kewangan pendidikan kepada PTPTN daripada Ambank Group, Kuwait Finance House dan Malaysian Building Society Berhad (MBSB).

Mohamed Khaled berkata, pembukaan akaun SSPN itu dapat mengelakkan pelajar dibebani masalah hutang selepas tamat pengajian selain menggalakkan amalan menabung untuk masa depan.

"Sejak SSPN dilancarkan pada 2004 sehingga 2011, terdapat 990,000 akaun dengan jumlah simpanan sebanyak RM465 juta," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menggalakkan penglibatan lebih banyak agensi korporat menyalurkan sumbangan kewangan kepada PTPTN untuk membantu pelajar miskin meneruskan pengajian ke peringkat tinggi.

"Dengan itu, PTPTN dapat membantu menguruskan bantuan kewangan kepada pelajar yang tidak berkemampuan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Video perhimpunan dimanipulasi

Posted:

Video perhimpunan dimanipulasi

Video perhimpunan dimanipulasi

Oleh ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com

KUALA LUMPUR 20 Julai - Portal berita propembangkang dikesan mengubah video berhubung kejadian yang berlaku pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu, bagi memburukkan imej polis.

Tindakan pihak berkenaan dianggap melampau apabila mereka dikatakan membuat teknik ubahan (tampering) pada klip video itu.

Sumber berkata, hasil himpunan video yang diperoleh untuk didedahkan kepada umum, polis mendapati terdapat klip yang dibuat pertindihan suara.

Menurutnya, selain itu, polis juga telah memperoleh video asal tentang dakwaan blog-blog tertentu bahawa polis bertindak membiarkan seorang lelaki yang memerlukan bantuan perubatan dalam keadaan bergari.

Katanya, dakwaan dan tohmahan yang dibuat kononnya polis telah bertindak kejam dan mengamalkan kekerasan melampau adalah tidak benar.

"Terdapat video yang menunjukkan tindakan seorang peserta perhimpunan haram yang sanggup menunggu kedatangan polis untuk memulakan kekacauan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam klip video tersebut, penunjuk perasaan itu dilaporkan duduk bersila sambil memberitahu rakannya yang lain, 'dia (polis) tak datang, kita (penunjuk perasaan) gagal," merujuk kepada usaha mereka untuk menunggu kehadiran polis sebelum menimbulkan provokasi.

Sumber itu menambah, pendedahan yang akan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar selepas ini perlu diamati dengan sebaik-baiknya oleh masyarakat.

Katanya, masyarakat perlu melihat bagaimana usaha peserta perhimpunan berkenaan yang sebenarnya mencipta provokasi terhadap polis.

"Masyarakat juga perlu menilai ketelusan yang diuar-uarkan portal berita propembangkang apabila mereka sanggup membuat pertindihan suara dan teknik ubahan dalam video yang diambil.

"Berdasarkan tindakan itu, portal tersebut perlu dikenakan tindakan tegas berikutan kesalahan memaparkan berita palsu kepada pembaca untuk memburuk-burukkan pihak keselamatan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak tahan diaibkan

Posted:

Tidak tahan diaibkan

Tidak tahan diaibkan

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


RAJA Azmi Raja Sulaiman (kanan) dan Roslin Hashim keluar selepas siasatan bagi keputusan kes dakwaan khalwat di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bangunan Pusat Islam, Kuala Lumpur, semalam


KUALA LUMPUR 20 Julai – Ekoran siasatan kes khalwat membabitkan dirinya dengan Roslin Hashim masih tidak berpenghujung, penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman hari ini mendakwa 'kelewatan' itu adalah disebabkan campur tangan pihak ketiga.

Menjelaskan dengan lebih terperinci, penerbit filem '... Dalam Botol' itu memberitahu bahawa dia mengetahui siapa yang menjadi dalang dalam 'melengah-lengahkan' siasatan dan punca campur tangan tersebut.

Raja Azmi, 52, turut mendakwa bahawa dalang itu ialah punca sebenar keretakan perkahwinan Roslin dengan Nurhayati Othman, 40.

"Saya syak orang ini ada menghubungi orang besar dalam Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) untuk panjangkan kes ini. Memang saya menuduh dan kalau tuduhan saya ini tidak benar, saya sanggup meminta maaf pada orang tersebut dan biar Allah yang menghukum saya atas apa yang saya kata. Sampai bila saya hendak diaibkan, saya tak tahan," katanya sambil menangis.

Dakwaan tersebut turut diakui oleh Roslin yang juga bekas pemain badminton negara.

Raja Azmi menyatakan demikian di luar pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jawi di bangunan Pusat Islam di sini hari ini.

Penulis novel Black Widow Wajah Ayu itu hadir ke pejabat tersebut dengan ditemani suaminya, Jalani Sidek, 48, kira-kira pukul 8.50 pagi manakala Roslin tiba di tempat yang sama beberapa minit kemudian.

Pada sesi hari ini, mereka hanya dimaklumkan bahawa siasatan masih belum selesai dan akan mengambil masa kira-kira sebulan lagi sebelum sebarang kata putus mengenai kes itu iaitu sama ada akan dihantar ke pihak pendakwaan untuk didakwa atau sebaliknya.

Perkembangan itu hanya dimaklumkan oleh kakitangan lain dan bukannya pegawai penyiasat kes yang dikatakan terpaksa ke Majlis Tilawah Al-Quran ke-53 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Saya rasa frust (kecewa) sangat. Dari dulu hingga sekarang kata nak siasat, nak siasat apa lagi. Nak panggil semua pekerja hotel ke? Hari ini hanya jumpa staf yang hanya boleh kata saya menurut perintah, kalau boleh saya nak jumpa dengan pegawai (yang kendalikan kes)," ujar Roslin, 35, dengan nada kecewa.

Bekas suami kepada Faizah Mohamad, 35, dan Nurhayati itu turut mempertikaikan tindakan pegawai menyiasat yang tidak memberikan sebarang penjelasan atau perkembangan mengenai kes itu pada setiap pertemuan sebaliknya hanya menyatakan 'hendak siasat lagi'.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Raja Azmi dan Roslin didakwa berdua-duaan (berkhalwat) dalam satu serbuan oleh bekas isteri kedua Roslin di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini.

Mereka berdua diletakkan di bawah jaminan pihak Jawi sejak April lalu dan jaminan tersebut telah dibaharui sebanyak empat kali sepanjang kes itu disiasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga penduduk Kelantan fail saman

Posted:

Tiga penduduk Kelantan fail saman

Tiga penduduk Kelantan fail saman

KUALA LUMPUR 20 Julai - Tiga penduduk Kelantan mengemukakan saman pemula untuk memohon perisytiharan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa melulus dan menggubal undang-undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Saman pemula tersebut difailkan oleh dua peniaga, Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58, dan rakan mereka, Gan Han Chuan, 44, melalui firma guaman Tetuan Sheng Lee Law di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lalu.

Salinan writ saman itu diserahkan kepada pihak media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker.

Ketiga-tiga mereka menamakan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sebagai defendan-defendan.

Dalam saman tersebut, plaintif memohon perintah perisytiharan bahawa kerajaan negeri itu tidak berkuasa meluluskan atau menggubal undang-undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Selain itu, plaintif memohon perisytiharan bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.

Turut dimohon perisytiharan bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal sebarang undang-undang, undang- undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Plaintif juga memohon ganti rugi am yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos dan perintah lain. Mereka diwakili peguam Lee Kien Han dan M. Rueben yang turut menyebut bagi pihak Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim mewakili kerajaan negeri.

Sementara itu, Lian Ker memberitahu pemberita bahawa pada mulanya saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Sivil namun oleh kerana membabitkan isu Perlembagaan, ia telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Peguam Kien Han memberitahu pemberita bahawa Penolong Kanan Pendaftar, Jessica Ombou Kakayun hari ini memerintahkan supaya defendan memfailkan afidavit jawapan sebelum 3 Ogos ini dan menetapkan pengurusan kes saman itu pada 17 Ogos ini di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

Pada 11 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan penjualan loteri Big Sweep dilakukan secara terbuka di Kelantan terutama Kota Bharu biarpun Kerajaan Pas Kelantan mengharamkan semua bentuk aktiviti perjudian di negeri tersebut.

Berikutan itu, pada 28 Februari lalu, MPKB-BRI menyaman dua pemilik kedai buku di negeri itu kerana menjual tiket loteri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Terengganu lipat ganda usaha jadi negeri maju

Posted:

Terengganu lipat ganda usaha jadi negeri maju

Terengganu lipat ganda usaha jadi negeri maju


Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan menganugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu kepada Yahya Khatib Mohamad di Istana Maziah, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 20 Julai - Kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha menjana pertumbuhan ekonomi Terengganu ke arah menjadikannya sebuah negeri maju menjelang 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, usaha itu merupakan komitmen kerajaan negeri sebagai pemangkin pembangunan untuk merakyatkan pentadbiran dan pembangunan di negeri itu.

Bagi tujuan itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada penggunaan sumber yang cekap dalam sektor yang mempunyai daya saing.

Menurutnya, pada tahun ini pertumbuhan ekonomi negeri dijangka berkembang antara enam hingga 6.5 peratus berbanding 5.5 peratus tahun lalu.

Dari segi kemasukan pelabur pula, jelas beliau, dari Januari hingga April tahun ini, jumlah pelaburan yang diluluskan adalah RM1.11 bilion yang menyediakan 1,843 peluang pekerjaan.

"Tahun ini dijangka RM3.5 bilion jumlah pelaburan diterima oleh Terengganu. Jumlah pelaburan yang diluluskan di negeri ini tahun lalu adalah RM2.35 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Istiadat Penghadapan dan Pengurniaan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu Ke-49 di Istana Maziah di sini hari ini.

Istiadat pengurniaan itu disempurnakan oleh Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ahmad seterusnya berkata, kerajaan negeri juga komited untuk meningkatkan punca pendapatan isi rumah menerusi program bina pendapatan dan bina upaya di kalangan rakyat Terengganu.

Beliau memberitahu, agenda utama kerajaan negeri adalah untuk memastikan kesejahteraan serta kualiti kehidupan rakyat dan menerusi pendekatan serta strategi yang dilaksanakan, ia mampu memberi impak kepada golongan itu keluar daripada garis kemiskinan.

Dalam pada itu, seramai 259 menerima anugerah bintang dan pingat kebesaran pada istiadat yang berlangsung dalam dua sesi iaitu hari ini dan esok.

Anugerah kebesaran yang diterima antaranya Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu (SPMT), Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (DSMZ), Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT), Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZ), Setia Mahkota Terengganu (SMT), Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (AMZ) dan Ahli Mahkota Terengganu (AMT).

Penerima anugerah DPMT yang membawa gelaran Datuk termasuk tiga Exco kerajaan negeri iaitu Yahya Khatib Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita), Datuk Abdul Rahin Mohd. Said (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) dan Toh Chin Yaw (Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teman mula operasi hari ini

Posted:

Teman mula operasi hari ini

Teman mula operasi hari ini

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 20 Julai - Terminal Agribisnes Negara (Teman) di sini yang dibina dengan kos lebih RM100 juta akan mula beroperasi esok dengan menawarkan pelbagai barang segar dan runcit kepada orang ramai.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Wilayah Timur 1, Mohd. Ariffin Awang berkata, Teman menyediakan lebih 250 gerai bagi pilihan kepada pemborong, peruncit dan pengguna mendapatkan pelbagai barang keperluan pada harga berpatutan di bawah satu bumbung.

Beliau berkata, kewujudan Teman pemangkin kepada sistem penggredan dan pengagihan terbaik barangan keperluan pengguna di negeri ini.

"Kita nak (Teman) jadi tumpuan kepada pemain-pemain pertanian dan industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini. Ia bukan pasar borong biasa kerana banyak aktiviti terdapat di sini," katanya di sini, semalam.

Menurut Mohd. Ariffin, Teman yang dibina di kawasan seluas lebih 21 hektar itu akan memberi manfaat besar kepada rakyat dalam mendapatkan apa sahaja barangan keperluan termasuk ternakan.

Beliau berkata, Teman mula dibuka seawal pukul 3 pagi membabitkan aktiviti pemborongan sayur-sayuran dan barangan basah diikuti barangan kelas pertengahan bermula pukul 6 pagi serta peruncitan antara pukul 2 hingga 4 petang selain pasar tani mega pada setiap hari Sabtu.

"Kita juga merancang mengadakan up-town, namun ia masih dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa," katanya.

Mohd. Ariffin yakin Teman mampu menarik kedatangan pengunjung walaupun berdepan persaingan daripada pasar-pasar borong lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kompaun RM500 guna tisu tandas di kedai makan

Posted:

Kompaun RM500 guna tisu tandas di kedai makan

Kompaun RM500 guna tisu tandas di kedai makan


Takiyuddin Hassan menunjukkan notis yang dikeluarkan kepada peniaga makanan di Kota Bharu agar tidak memulakan operasi menjual makanan sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan.


KOTA BHARU 20 Julai - Peniaga makanan di bandar ini diberi amaran agar tidak lagi menggunakan tisu tandas atau tisu gulung dalam premis mereka jika tidak mahu dikenakan kompaun sehingga RM500.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penggunaan tisu tandas di kaunter dan meja restoran adalah tidak patut kerana imejnya berkait dengan sesuatu yang kotor.

Beliau berkata, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) akan melipat gandakan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga tidak melanggar peruntukan di bawah Undang-undang Kecil Establishment Makanan 1996.

"Kalau kita perhatikan di negeri lain, kebanyakan peniaga sudah tidak lagi menyediakan tisu tandas untuk kegunaan pelanggan mengelap tangan dan mulut selepas makan.

"Tetapi di negeri ini, masih ada lagi peniaga yang tidak ambil kisah, tisu tandas sepatutnya digunakan dalam tandas sahaja manakala bagi kemudahan mengelap, peniaga sepatutnya menggunakan tisu keping lembut yang lebih sesuai.

"Penggunaan tisu tandas di tempat makan adalah sangat tidak bersih, perkara ini lebih memalukan apabila pengunjung luar dan pelancong yang datang ke negeri ini mendapati kita masih lagi dengan amalan sama," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Program Ihya' Ramadan di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, jika penggunaan tisu bersesuaian membebankan peniaga dari sudut kos, mereka boleh memotongnya lebih kecil sebagai langkah penjimatan daripada terus berdegil mengunakan tisu tandas.

Beliau berkata, walaupun notis mengenai larangan itu sudah lama dikeluarkan kepada peniaga, belum ada lagi peniaga yang didenda setakat ini bagi memberi peluang kepada mereka supaya berubah.

Takiyuddin turut mengingatkan agar semua peniaga makanan mematuhi peraturan tidak menjual makanan sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan ini.

Peraturan itu, katanya, meliputi pengusaha restoran makanan segera yang beroperasi di luar kompleks beli-belah melainkan jika mereka sudah mendapat kebenaran bertulis daripada MPKB-BRI.

Pada Ramadan tahun lalu, jelasnya, hampir 10 peniaga dikompaun oleh MPKB-BRI atas kesalahan menjual makanan sebelum waktu operasi dibenarkan.

Bagi pengusaha restoran Cina pula, katanya, walaupun tiada halangan untuk mereka beroperasi seperti biasa, tindakan akan tetap dikenakan sekiranya mereka bersubahat menjual makanan kepada penganut Islam yang tidak berpuasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved