Selasa, 19 Julai 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


SKMM perlu wujud unit khas

Posted:

SKMM perlu wujud unit khas

SKMM perlu wujud unit khas

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


M.Saravanan membantu membersihkan iklan haram yang ditampal pada peti surat di Taman Desa Setapak, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Julai – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dicadangkan supaya menubuhkan sebuah unit khas untuk mengenal pasti dan seterusnya membatalkan nombor telefon pemberi pinjaman wang haram.

Ini kerana hanya organisasi itu yang mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap kumpulan tersebut yang kini banyak mempromosikan perkhidmatan mereka dengan menampal iklan di merata-rata tempat secara haram.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, langkah itu juga dilihat paling berkesan dalam menangani masalah iklan-iklan haram yang mencemarkan keindahan ibu negara.

Menurutnya, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya boleh memantau dan membersihkan iklan-iklan itu, tetapi tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan nombor telefon yang dipaparkan.

"Dalam beberapa operasi yang dijalankan, DBKL mendapati nombor telefon itu memang wujud," katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi menanggalkan iklan haram di kawasan Wangsa Maju di sini, hari ini.

Beliau berkata, langkah membatalkan nombor telefon itu juga lebih berkesan dan lebih mudah berbanding tindakan menangkap mereka yang terlibat.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada tahun lepas, DBKL telah menanggalkan sebanyak 458,811 poster haram di sekitar Kuala Lumpur.

"Kawasan Bandar Tun Razak mencatat jumlah iklan haram tertinggi iaitu 68,811, diikuti Wangsa Maju 56,034 dan Bukit Bintang 65,212," katanya.

Saravanan menambah, sehingga akhir bulan Jun lalu, sebanyak 227,985 lagi iklan haram telah dibersihkan oleh DBKL.

"Dalam operasi penurunan iklan haram hari ini, kita tumpukan usaha di tiga kawasan dalam Parlimen Wangsa Maju iaitu Teratai Mewah, Taman Desa Setapak dan Taman Bunga Raya," katanya.

Sebanyak 80 kakitangan DBKL dari empat cawangan iaitu cawangan Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Kepong terlibat dalam operasi penurunan iklan haram tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk bawa kes CF ke TTPR

Posted:

Penduduk bawa kes CF ke TTPR

Penduduk bawa kes CF ke TTPR

RAWANG 19 Julai - Apa sebenarnya yang berlaku. Bagaimana rumah di sebuah kawasan perumahan boleh mendapat sijil layak menduduki (CF) sedangkan bekalan air dan elektrik masih belum disambungkan.

Itulah yang menghairankan dan menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penduduk Taman Pinggiran Pelangi Fasa 2B di sini.

Kata mereka, walaupun kedua-dua kemudahan asas itu sudah disambungkan tetapi mereka perlu menunggu sehingga lima bulan selepas menerima kunci rumah untuk mendapat kemudahan itu

Setahu mereka, CF hanya dikeluarkan setelah pihak pemaju menyempurnakan pemasangan semua perkara asas itu.

Kecewa dengan kelewatan itu dan juga bagi merungkai 'misteri' di sebalik perkara itu, lapan pembeli bertindak membawa perkara tersebut kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).

Mereka mahu menuntut ganti rugi terhadap pihak pemaju akibat kelewatan memasang bekalan air dan elektrik yang menyusahkan kehidupan harian mereka selama beberapa bulan.

Seorang penduduk, Mazlan Mohamed Amin, 40, berkata, kelulusan CF sebelum kemudahan bekalan air disediakan menimbulkan keraguan dalam kalangan pembeli.

"Bagaimana rumah boleh mempunyai CF tetapi masih belum ada bekalan air dan elektrik sedangkan untuk mendapat CF, pemaju perlu melalui beberapa agensi seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

"Kami hanya menerima bekalan elektrik pada bulan Februari dan air pada April sedangkan kunci sudah diserahkan pada Disember tahun lalu," katanya ketika ditemui di pejabat TTPR, Bandar Damansara di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, apa yang lebih mengecewakan penduduk adalah pemasangan paip tidak dilakukan dengan betul sehingga menyebabkan banyak kes paip pecah dan bocor.

"Apakah sikap tergesa-gesa pemaju kerana sudah terlewat daripada jadual ketika memasang kemudahan itu punca kejadian bocor itu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Isa Md. Mukri, 41, berkata, dia berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dengan segera termasuk cukai perkhidmatan yang dikenakan untuk setahun sedangkan mereka sepatutnya hanya perlu membayar untuk enam bulan sahaja.

"Kami juga terpaksa membayar faedah pinjaman walaupun ada di antara pembeli merupakan kakitangan kerajaan yang sepatutnya tidak perlu membayar faedah tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Nor Hisham Mohd. Saifuddin, 29, turut melahirkan rasa bimbangnya terhadap kekuda bumbung rumah mereka yang menggunakan kayu yang difahamkan kurang berkualiti dan mungkin tidak mampu menampung berat atap yang dianggarkan empat tan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Diganggu operasi senggaraan tren

Posted:

Diganggu operasi senggaraan tren

Diganggu operasi senggaraan tren

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Julai - Penghuni sederet rumah berhampiran depot transit aliran ringan (LRT) di Taman Dagang, Ampang di sini mendakwa terganggu dengan bunyi bising dari operasi penyelenggaraan tren di depot itu terutama selepas tengah malam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, jarak antara depot itu dengan rumah penduduk hanya kira-kira tiga meter dan dipisahkan dengan pagar dawai yang tentunya tidak mampu menghadang bunyi.

Seorang penduduk, Rozie Ibrahim, 53, berkata, dia memang sudah lali dengan bunyi tren yang lalu di kawasan itu setiap hari tetapi sangat terganggu dengan bunyi bising yang dihasilkan dari aktiviti penyelenggaraan tren LRT.

Menurutnya, waktu yang paling mengganggu adalah pada sekitar pukul 12 tengah malam sehingga pukul 3 pagi kerana tren LRT sedang giat diselenggara pada waktu itu.

"Dahulu bunyi bising yang dihasilkan dari stesen tersebut biasa sahaja, tetapi sejak setahun kebelakangan ini, bunyi tersebut semakin kuat dan mengganggu tidur kami," katanya ketika ditemui di sini.

Rozie berkata, beliau tidak membantah kewujudan stesen dan depot penyelenggaraan di kawasan itu, tetapi memohon pihak berkenaan peka dengan situasi yang dialami penduduk.

Seorang lagi penduduk, Shabri Saad, 39,(gambar) memohon pihak yang berkaitan supaya membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk itu.

"Bunyi yang bising dari aktiviti penyelenggaraan keretapi berdekatan memang mengganggu tidur saya, selain saya rasakan rumah bergegar apabila tren melalui kawasan ini," katanya.

Dia berharap pihak yang berkenaan melakukan sesuatu tindakan untuk mengatasi masalah itu seperti memasang alat pengedap bunyi atau mengubah waktu operasi penyelenggaraan keretapi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Banteras rasuah habis-habisan

Posted:

Banteras rasuah habis-habisan

Banteras rasuah habis-habisan

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 18 Julai - Negara tidak perlu menunggu pihak luar untuk membanteras amalan rasuah kerana tanggungjawab itu sepatutnya dipikul oleh seluruh rakyat yang juga merupakan mata dan telinga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar berkata, sebagai isu rakyat, rasuah perlu ditangani menerusi sokongan dan tindakan bersepadu seluruh masyarakat dengan menyalurkan maklumat tentang gejala tersebut.

"Kita tidak perlu menunggu pihak lain untuk untuk mengubah suasana dalam negara kerana ini adalah negara kita.

"Siapa yang bertanggungjawab mengubah ini? Kitalah sama-sama perlu berganding bahu dan katakan tidak dan tolak rasuah secara total," katanya pada Program 1Desa, 1Integriti di Senggarang di sini, hari ini.

Program anjuran Pertubuhan Pendidikan Pencegahan Rasuah Malaysia (PPPRM) itu turut dihadiri oleh Presidennya, Datuk Shahrul Nizam Yunos; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan; Ahli Dewan Undangan Negeri Senggarang, Jaafar Hashim dan Pengarah SPRM negeri, Simi Abdul Ghani.

Zakaria berkata, rakyat perlu bersyukur kerana kerajaan mempunyai iltizam dan keazaman yang tinggi dalam usaha membanteras rasuah berbanding negara-negara lain.

"Rasuah dalam sistem masyarakat di negara ini masih tidak berlaku secara berleluasa berbanding di Indonesia, Thailand dan terbaru, Mesir apabila rasuah mudah dijumpai dalam urusan harian.

"Ini menyebabkan kebangkitan rakyat secara besar-besaran menentang kerajaan sehingga menimbulkan kekacauan dan kematian," katanya.

Menurut beliau, rasuah akan menyebabkan ketirisan ekonomi dalam sistem pentadbiran negara antaranya subsidi diberi kerajaan tidak dapat dimanfaatkan golongan sasar dan harta negara dirompak serta dijual ke luar negara.

Dalam masa sama, beliau berkata, SPRM bukan alat parti politik dan bukan bertujuan menjatuhkan imej atau maruah mana-mana pihak, tetapi bertindak hanya untuk kepentingan masyarakat.

"Dengarlah daripada sumber yang tepat dan tidak terpengaruh dengan golongan cuba mempolitikkan isu-isu rasuah demi kepentingan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertingkat ciri keselamatan

Posted:

Pertingkat ciri keselamatan

Pertingkat ciri keselamatan

IBU PENYAYANG
Taman Desa Cemerlang


Pengusaha tadika perlu memastikan tahap keselamatan sentiasa diberi keutamaan.


KEJADIAN seorang lelaki kurang siuman yang menawan 30 kanak-kanak dan empat guru di Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, Sungai Abong, Muar pada 7 Julai lalu amat menggemparkan banyak pihak.

Alhamdulillah, semua kanak-kanak dan guru yang dijadikan tebusan berjaya selamatkan oleh polis dan Unit Tindakan Khas (UTK) meskipun suspek mati beberapa jam kemudian akibat tembakan di kepala.

Kejadian tersebut bukan yang pertama berlaku di negeri ini khususnya di Muar kerana kejadian serupa pernah berlaku di Tadika Sinario di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman di sini pada 10 Mac tahun lalu yang mencederakan tiga kanak-kanak akibat dipukul dengan tukul besi.

Bukan itu sahaja, tiga kanak-kanak pernah ditikam di hadapan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Jalan Sakeh, Sungai Abong, Muar pada 12 Januari 2009.

Meskipun pihak polis tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga kes dilakukan oleh individu sama dan suspek telah pun meninggal dunia dalam kejadian di Tadika Serikids namun, langkah keselamatan tetap harus diambil.

Ini kerana kita tidak tahu berapa ramai lagi orang kurang siuman seperti suspek yang mampu melakukan sesuatu di luar dugaan pada masa akan datang.

Justeru, langkah pencegahan awal harus diambil khususnya oleh pengusaha tadika bagi memastikan tahap keselamatan di premis mereka sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.

Pengusaha tidak seharusnya hanya memikirkan keuntungan semata-mata, sebaliknya mengeluarkan sedikit modal bagi tujuan keselamatan seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing.

Dengan adanya CCTV, segala pergerakan di sekitar kawasan premis mereka dapat dipantau dengan mudah.

Selain itu, pintu utama premis hendaklah sentiasa dikunci bagi mengelakkan orang tidak dikenali menceroboh masuk ke dalam premis tanpa disedari.

Diharap dengan langkah seumpama ini keselamatan kanak-kanak dan guru di tadika akan lebih terjamin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Negara komited pelihara kebebasan badan kehakiman

Posted:

Negara komited pelihara kebebasan badan kehakiman

Negara komited pelihara kebebasan badan kehakiman

KUALA LUMPUR 18 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia akan tetap komited serta memelihara kebebasan badan kehakiman di negara ini.

Menurutnya, ini kerana kebebasan badan kehakiman merupakan salah satu daripada faktor penting yang menentukan pencapaian negara selain menjadi teras kepada sistem demokrasi.

Katanya, proses pemerkasaan badan kehakiman sebagai sebuah institusi merupakan proses evolusi berterusan dan Malaysia sentiasa melakukan beberapa perubahan bagi memastikan tahap keberkesanan mahkamah di negara ini kian meningkat.

"Badan kehakiman negara ini telah menjalani perubahan komprehensif yang meningkatkan tahap keberkesanannya secara drastik.

"Ia penting bagi meneruskan perkembangan ekonomi yang baik selain melindungi hak kebebasan etnik dan agama yang pelbagai,'' katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada majlis perasmian Persidangan Majistret dan Hakim Komanwel 2011 di Hotel Royale Chulan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi; Presiden Persatuan Hakim dan Majistret Komanwel (CMJA), Norma Wade Miller serta Naib Presiden Eksekutifnya, Philip Bailhache.

Persidangan selama tiga hari itu menghimpunkan lebih 250 ahli CMJA dari 35 negara Komanwel bertemakan Kehakiman bebas - Kepelbagaian, pluralisme dan cabaran dalam Komanwel.

Perdana Menteri berkata, adalah amat penting untuk mahkamah di negara ini memenuhi keperluan rakyat yang pelbagai dengan mempertingkatkan akses kepada keadilan.

"Akauntabiliti badan kehakiman juga memainkan peranan penting dalam menanam keyakinan rakyat terhadap sistem dan hakim. Tujuan utamanya adalah untuk mempertingkatkan serta memperkasakan tadbir urus serta akses kepada badan kehakiman," ujarnya.

Sementara itu, Najib berkata, Kumpulan Komanwel hakikatnya berada pada posisi unik dalam menjadikan dunia sebagai tempat yang baik untuk didiami.

"Kita boleh membuktikannya dengan saling memberi sokongan terhadap kepelbagaian, keamanan bersama serta jalinan hubungan yang konstruktif.

"Matlamat utama kita mestilah untuk mewujudkan dunia yang aman bersandarkan kepentingan bersama serta batas perundangan dan bukannya hanya ditentukan oleh permainan 'real politik','' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak tunduk ugutan pembangkang

Posted:

Tidak tunduk ugutan pembangkang

Tidak tunduk ugutan pembangkang

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

BALI 18 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerajaan tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan pihak pembangkang untuk meneruskan perhimpunan haram pada masa depan kerana ia semata-mata didorong oleh motif politik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, pihak pembangkang jangan terlalu mudah memanipulasikan matlamat asal penganjuran perhimpunan itu semata-mata untuk mencapai agenda politik mereka dan pada masa yang sama mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

"Saya tidak fikir kita (kerajaan) akan tunduk pada ugutan. Yang penting ialah proses perbincangan. Kalau mereka (pembangkang) ikhlas untuk menambah baik sistem pilihan raya, begitu juga kita dalam Barisan Nasional (BN). Maka, kita harus ambil satu pendekatan positif.

"Jangan terlalu berpolitik sehingga kita lupa apakah perkara utama yang hendak diperjuangkan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pihak pembangkang yang mengugut kerajaan untuk meneruskan perhimpunan haram kononnya untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Pada 9 Julai lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan demonstrasi haram di Kuala Lumpur dengan disokong oleh parti-parti pembangkang yang mendesak kerajaan untuk memperbaiki sistem pilihan raya yang didakwa mereka sebagai tidak telus.

Menurut Muhyiddin, dalam usaha menuntut sebuah pilihan raya yang telus, ia bukan saja menjadi keinginan pihak pembangkang.

Katanya, sebaliknya, Barisan Nasional (BN) juga sentiasa mahu sistem pilihan raya sedia ada diperbaiki dan ditambah baik terhadap kelemahan yang terdapat dalam sistem berkenaan.

"Bagaimanapun, itu tidak bermakna sistem pilihan raya kita tidak adil, tidak saksama atau tidak bersih. Sistem pilihan raya kita sudah diuji lebih daripada lima dekad dan semua harus terima hakikat bahawa inilah sistem yang telah diterima," kata beliau.

Muhyiddin juga menyelar sikap pembangkang yang enggan mendengar penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan berkecuali yang mengendalikan pilihan raya di Malaysia mengenai tuntutan-tuntutan mereka.

"Penjelasan yang diberikan bukan daripada kerajaan atau menteri, ia dari Pengerusi SPR sendiri. Cuma ada beberapa perkara lain yang perlu dibincangkan dengan kerajaan. Ia perlu ada proses dan cara bagaimana bidang-bidang itu dapat diperbaiki," ujar beliau lagi.

Rakyat juga, kata Muhyiddin, sudah semakin menyedari muslihat pembangkang yang hanya tahu menuding jari terhadap sistem pilihan raya apabila mereka tewas sedangkan ketika menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak pula hal itu dipersoalkan.

"Pembangkang tak akan pertikai masa dia orang menang tetapi kalau mereka kalah mereka akan mudah menyalahkan kerajaan, menyalah SPR. Saya percaya rakyat harus nilai apakah tujuan bersih atau ia hanyalah alat politik," ujar Muhyiddin lagi. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hina, cerca Agong boleh didakwa

Posted:

Hina, cerca Agong boleh didakwa

Hina, cerca Agong boleh didakwa

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 18 Julai – Undang-Undang Kanun Keseksaan boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menghina atau mencerca Yang di-Pertuan Agong, kata pakar Perlembagaan Persekutuan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurutnya, mencaci Seri Paduka merupakan satu kesalahan tetapi kategori kerakyatan yang tertakluk kepada tindakan perlucutan kerakyatan ialah kerakyatan jenis pendaftaran dan tidak terhadap kerakyatan melalui operasi undang-undang.

Misalnya, kata beliau, mereka yang lahir di Malaysia tidak boleh dibuang negeri justeru kalau menghina atau mencaci Agong atau merancang menentang baginda.

Namun, tegas Rais, mereka yang lahir di Malaysia tetapi memperoleh status kewarganegaraan negara asing juga boleh dilucutkan kewarganegaraannya lantaran perbuatan itu sudah cukup sebagai 'tidak lagi mencurahkan taat setianya kepada Agong'.

"Yang menjadi persoalan hari ini ialah penguatkuasaan yang agak lemah dan teragak-agak. Perbuatan yang menghina Agong adalah sama seperti menghina negara.

"Lumrah ini ketara sejak bercambahnya media sosial di Internet yang rata-rata telah menukar budaya ketimuran dan nilai-nilai murni kita.

"Melucutkan kerakyatan hanya boleh dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri jika seseorang itu telah menunjukkan tidak lagi menumpahkan taat setia kepada Malaysia," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa Perak 2011-2012 di Beruas, Perak semalam sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mendesak Pengerusi 'Bersih', Datuk S.Ambiga yang menganjurkan perhimpunan haram di ibu kota 9 Julai lalu dilucutkan kerakyatan kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, menyusahkan pasukan keselamtan, memecahbelahkan orang Melayu, merugikan ekonomi negara dan menerima dana asing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Projek trem RM272 juta dirancang

Posted:

Projek trem RM272 juta dirancang

Projek trem RM272 juta dirancang

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


SYED Hamid Albar (tengah) bersama pelajar melaungkan slogan 1Malaysia selepas melancarkan Bulan Patriotisme di Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi, Masjid Tanah, semalam.


ALOR GAJAH 18 Julai – Sistem pengangkutan awam darat khususnya di negeri maju dan mempunyai kadar kemasukan pelancong yang tinggi perlu segera dinaikkan taraf bagi memastikan keselesaan para pelancong dan juga mengurangkan kesesakan jalan raya di negeri berkenaan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, sistem pengangkutan awam darat sedia ada seperti bas dan teksi dilihat tidak lagi membantu dalam mengurangkan kesesakan jalan raya akibat daripada jumlah pelancong yang semakin tinggi.

Menurutnya, tinjauan SPAD di beberapa negeri, termasuk Melaka yang menerima kemasukan pelancong lebih 10 juta tahun lalu mendapati, jalan raya di negeri berkenaan khususnya di kawasan tarikan pelancong begitu sesak sehingga menyukarkan pengguna jalan raya.

"Melaka dilihat begitu maju khususnya dalam industri pelancongan, tetapi tinjauan saya di negeri ini terutamanya pada hujung minggu jalan raya begitu sesak dan dilihat tidak lagi mampu menampung jumlah kenderaan yang banyak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Bulan Patriotisme di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi di Masjid Tanah di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, beliau turut menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk menambah baik sistem pengangkutan awam dengan menyedia sistem pengangkutan baharu iaitu perkhidmatan trem yang dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah kesesakan jalan raya di negeri ini.

Menurutnya, SPAD telah menerima kertas cadangan daripada kerajaan negeri berkaitan projek itu untuk diteliti dan dikaji sebelum membentangkan kepada jemaah menteri.

"Cadangan daripada kerajaan negeri telah kita terima dan kini sedang dikaji dan beberapa penambahbaikan telah kita buat dan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya.

Syed Hamid berkata, beberapa negara maju telah membangunkan sistem trem ini kerana telah terbukti mampu mengurangkan kesesakan jalan raya yang sekali gus memberikan keselesaan kepada para pelancong dalam dan luar negara serta masyarakat setempat.

Projek pembinaan sistem pengangkutan trem yang melibatkan kos RM272 juta itu akan memberikan perkhidmatan dari Ayer Keroh hingga ke Banda Hilir dan dijangka siap Mei 2012.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KABB cara kerajaan tangani masalah rakyat

Posted:

KABB cara kerajaan tangani masalah rakyat

KABB cara kerajaan tangani masalah rakyat

KUALA PILAH 18 Julai - Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA) adalah kaedah praktikal yang digunakan oleh kerajaan bagi membolehkan rakyat mengadu dan mengemukakan masalah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pilah, Adnan Abu Hassan berkata, penggunaan kaedah itu bukti kerajaan sentiasa mahu dekat hati rakyat dan sedia mendengar masalah yang dihadapi tidak kira di mana mereka berada.

Beliau berkata, segala aduan dan masalah yang dikemukakan oleh rakyat pada program itu direkodkan oleh pegawai bertugas untuk disusuli dengan tindakan yang sentiasa dipantau oleh BPA.

"Kerajaan tidak menyelesaikan masalah di jalanan, sebaliknya kerajaan mengadakan program KABB sebagai kaedah praktikal yang boleh digunakan oleh rakyat untuk menyelesaikan masalah.

"Jadi, gunakanlah kaedah ini kerana masalah tidak akan dapat diselesaikan di jalanan semata-mata, malah ia boleh mendatangkan mudarat yang lebih besar," katanya.

Beliau berucap pada program KABB Daerah Kuala Pilah anjuran BPA Melaka/Negeri Sembilan Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah di sini, baru-baru ini.

Sebanyak 37 jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat swasta membuka kaunter aduan dan pameran pada program tersebut.

Adnan berkata, program itu bertujuan membolehkan rakyat bersemuka dengan para pegawai BPA atau pegawai dari jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat swasta lain.

Menurutnya, ia memberi mereka peluang membuat aduan atau menyatakan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan.

"Antara aduan yang boleh diterima adalah kelewatan atau tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kelemahan peraturan, salah guna kuasa/penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua premis niaga curi air Sains

Posted:

Dua premis niaga curi air Sains

Dua premis niaga curi air Sains

SEREMBAN 18 Julai - Gara-gara mencuri air melalui penyambungan haram, dua buah premis di Taman Seremban Jaya menerima padah selepas dikenakan tindakan oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) di sini, baru-baru ini.

Dalam serbuan ke sebuah bengkel kimpalan dan sebuah bengkel membaiki kenderaan antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 petang itu, penguat kuasa Sains bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berjaya mengesan aktiviti haram yang dilakukan kedua-dua pemilik premis berkenaan.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, serbuan berkenaan dilakukan oleh pihaknya selepas melakukan risikan sebelum menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap kedua-dua premis itu.

Azlan menjelaskan, ketika serbuan dijalankan di lokasi pertama ke atas bengkel kimpalan, unit penguatkuasaan mendapati ada penyambungan paip tanpa kebenaran di lokasi tersebut.

''Pemilik premis didapati melakukan kesalahan melalui penyambungan tidak sah dengan menggunakan paip getah bersaiz 16 milimeter (mm).

''Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati, premis itu mendapat air yang diperoleh melalui penyambungan paip secara tidak sah untuk kegunaan harian," katanya.

Ujar beliau, kesalahan sama turut dikesan di lokasi kedua serbuan iaitu ke atas sebuah bengkel membaiki kenderaan yang turut terdapat penyambungan tanpa kebenaran menggunakan paip getah bersaiz 16 mm di lokasi.

''Berikutan itu, penguat kuasa SPAN telah mengeluarkan satu notis bagi memaklumkan kesalahan yang telah dilakukan kepada pemilik premis dan menyita paip berkenaan sebagai bahan bukti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Peniaga bantah lokasi acara

Posted:

Peniaga bantah lokasi acara

Peniaga bantah lokasi acara


Jafree Don (kanan) bersama peniaga yang beroperasi di sekitar Stadium Darul Aman membantah penganjuran kejohanan lumba motosikal Cup Prix berhampiran stadium berkenaan yang didakwa merugikan mereka di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 18 Julai - Peniaga gerai dan bazar malam di Stadium Darul Aman di sini membantah tindakan kerajaan negeri membenarkan kejohanan motosikal di kawasan itu pada 22 dan 23 Julai ini yang didakwa menjejaskan perniagaan mereka.

Pengerusi Persatuan Penyewa Gerai Stadium Darul Aman, Jafree Don yang mewakili lebih 123 peniaga mendakwa mereka menanggung kerugian keseluruhan RM1 juta disebabkan laluan masuk ke situ ditutup dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas acara.

Kata Jafree, sebagai tanda rasa tidak puas hati mereka sepakat menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri selaku penganjur bersama kejohanan itu bagi mencadangkan ia dipindahkan ke kawasan lain.

"Kami mendapat maklumat tentang kejohanan tersebut sejak Mac lalu dan seterusnya menghantar surat kepada kerajaan negeri termasuk pejabat Menteri Besar, Majlis Bandaraya Alor Setar dan pihak pengurusan stadium.

"Rasional tindakan kami wajar kerana ini bukan kali pertama kami berdepan dengan masalah yang sama tetapi sudah tiga kali di mana perniagaan kami memang terjejas teruk kerana tiada pelanggan memandangkan jalan sekitar stadium ini ditutup," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, surat tersebut bagaimanapun tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak terbabit.

"Jadi kami tidak mempunyai jalan lain selain ingin bersemuka dengan kerajaan negeri bagi menjelaskan masalah kami selain menuntut supaya pihak penganjur membayar pampasan pada kadar munasabah kepada semua peniaga terbabit," katanya.

Selain itu, jelasnya, penutupan beberapa jalan utama di sekitar stadium seperti Jalan Stadium, Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Bakar Bata itu telah menjejaskan pergerakan lalu lintas selain kesesakan teruk yang menyusahkan orang ramai.

"Kita berharap kerajaan negeri bersikap prihatin dalam perkara ini bukan saja kepada peniaga tetapi orang ramai.

"Masih terdapat lokasi lain yang lebih sesuai untuk dijadikan venue acara seperti Stadium Suka Menanti dan kawasan Jubli Intan," katanya yang memiliki perniagaan agensi pelancongan di kawasan itu.

Dalam pada itu, seorang peniaga, Syed Abdullah Syed Hussein, 57, berharap, kerajaan negeri membantu kebajikan peniaga di kawasan tersebut memandangkan kerugian yang bakal ditanggung mereka.

"Jika tidak berniaga sehari saya akan rugi lebih RM1,000 tetapi kalau buka perniagaan pun apa gunanya kerana pelanggan susah untuk datang memandangkan laluan ke sini ditutup.

"Walaupun acara cuma dua hari namun, kesannya akan dirasai hampir seminggu memandangkan persediaan akan berlangsung beberapa hari tarikh itu lagi," katanya yang berniaga di premis makanan di kawasan tersebut sejak 20 tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program Anak Emas Pulau Pinang hanya pancing undi rakyat

Posted:

Program Anak Emas Pulau Pinang hanya pancing undi rakyat

Program Anak Emas Pulau Pinang hanya pancing undi rakyat

PULAU PINANG 18 Julai - Program Anak Emas Pulau Pinang yang diperkenalkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan hanya sebagai strategi untuk 'memancing' undi rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sekiranya kerajaan negeri ikhlas, program tersebut sepatutnya disediakan untuk semua rakyat dan bukannya berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Menurutnya, tindakan itu jelas menunjukkan kerajaan DAP Pulau Pinang kini berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup mengamalkan taktik politik sogokan dengan berselindung di bawah program sedemikian.

"Kalau sumbangan tersebut ikhlas, sepatutnya ia diberikan kepada semua rakyat tanpa syarat tertentu.

"Mengapa harus diberi kepada pengundi yang berdaftar di negeri ini sahaja? Ini memperlihatkan bagaimana wang digunakan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk meraih undi dengan cara yang tidak telus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Ramah Mesra Dengan Penduduk Air Itam anjuran Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Zainal Abidin mengulas program Anak Emas Pulau Pinang yang diperkenalkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini.

Di bawah program tersebut, setiap bayi yang dilahirkan di negeri ini akan menerima RM100.

Bagaimanapun, ia hanya layak diberikan jika salah seorang ibu atau bapa bayi telah berdaftar sebagai pengundi di negeri ini selain pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Zainal Abidin menambah, BN tidak pernah mengamalkan pendekatan sedemikian sebaliknya berlandaskan kepada kesamarataan.

Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira sejam bersama para peniaga di Pasar Air Itam di samping mengedarkan lebih 5,000 beg mesra alam kepada mereka dan pengunjung.

Hadir sama timbalannya, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya dan Pengerusi PPP negeri, Datuk Dr. Loga Bala Mohan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cara guna peruntukan dipertikai

Posted:

Cara guna peruntukan dipertikai

Cara guna peruntukan dipertikai

ALOR SETAR 18 Julai – Tindakan kerajaan Pas Kedah hanya menggunakan RM54 juta daripada RM147 juta peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat pada tahun lalu untuk menyelenggara jalan raya, dipertikaikan kerana peruntukan itu sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk tujuan tersebut.

Ketua Pembangkang Barisan Nasional, Datuk Mahdzir Khalid (BN-Pedu) berkata, lebihan yang besar jumlahnya itu tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam tabung amanah kerana masih banyak jalan di negeri ini yang perlu diselenggarakan.

"Kenapa lebihan itu tidak digunakan, kalau ya pun lebih sebab dibelanja mengikut bajet, pihak kerajaan negeri boleh bawa semula ke dalam dewan untuk kelulusan sebagai bajet tambahan.

"Kami nak kerajaan negeri jelaskan kepada rakyat ke mana perginya peruntukan itu yang kononnya disimpan dalam tabung amanah jalan raya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Mahdzir mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang memberitahu persidangan berkenaan bahawa lebihan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kedah untuk menyelenggara jalan raya bagi 2010 dimasukkan ke dalam tabung amanah.

Azizan (Pas-Sungai Limau) berkata, ini kerana peruntukan yang dikeluarkan untuk menyelenggara jalan raya di negeri ini adalah berdasarkan bajet yang telah dipersetujui dalam dewan.

Kata Azizan, kerajaan negeri tidak boleh membelanjakan wang berkenaan sesuka hati walaupun lebihannya masih banyak, sebaliknya perlu mengikut bajet yang telah diluluskan.

"Kita tak pernah ubah (cara belanja)... kita belanja macam mana kerajaan dulu juga belanja," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (BN-Bakar Bata) yang mempersoalkan lebihan peruntukan oleh Kerajaan Pusat itu.

Terdahulu ketika menjawab soalan daripada Ahmad Bashah, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kerajaan negeri menerima peruntukan RM147.6 juta bagi 2010 untuk menyelenggara jalan, namun daripada jumlah itu hanya RM54.3 juta digunakan dan ia berdasarkan bajet yang telah diluluskan.

"Bagi 2011, sebanyak RM73.8 juta peruntukan diterima dan sehingga Mei 2011 sebanyak RM21.4 juta telah digunakan untuk menyelenggara jalan raya di negeri ini," katanya.

Ahmad Bashah berkata, kerajaan negeri perlu lebih telus dalam perkara tersebut kerana rakyat berhak mengetahui ke mana perginya baki wang itu yang mencecah hampir RM100 juta.

"Banyak aduan mengatakan jalan-jalan raya tidak diselenggara dan berlubang-lubang tetapi duit yang disediakan Kerajaan Pusat tidak digunakan untuk membaiki jalan maka kita persoalkan di mana duit baki itu" katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Jangan hancurkan keamanan

Posted:

Jangan hancurkan keamanan

Jangan hancurkan keamanan

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


Muhammad Abd. Ghani menyampaikan sumbangan kepada bekas anggota tentera yang cacat di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 18 Julai - Beberapa bekas anggota tentera yang hilang anggota akibat bertempur dengan komunis ketika mempertahankan keamanan tanah air, sedih dengan tindakan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara.

Mereka turut menasihatkan masyarakat terutama generasi muda supaya lebih rasional dalam tindak-tanduk mereka dengan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan sehingga menghancurkan keamanan dan masa depan negara.

Ibrahim Awang Zakaria, 70, berkata, dia sangat sedih dengan tindakan sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya cuba mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara tanpa memikirkan kesan buruk yang akan timbul.

Beliau yang putus kaki kanan berkata, tindakan mereka itu seolah -olah memandang remeh pengorbanan anggota tentera terdahulu dalam mewujudkan suasana aman sebagaimana dinikmati sekarang.

"Saya tidak kesal mengalami kecacatan terputus kaki akibat terpijak jerangkap samar semasa membuat rondaan di Grik pada 1969.

"Bukan mudah untuk mewujudkan negara berdaulat dan merdeka kerana ia menuntut pelbagai pengorbanan termasuk masa dan wang ringgit," katanya selepas menerima sumbangan daripada Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abd. Ghani di sini, kelmarin.

Mohd. Hassan Salleh, 62, pula berkata, dia memilih untuk menjadi tentera semata-mata mahu berbakti dalam menjaga keamanan negara, selepas terdapat gerakan subversif yang cuba merosakkan keselamatan tanah air.

"Melihat keadaan sekarang, ada pihak yang tidak menilai erti sebuah keamanan apabila cuba mengganggu-gugat sehingga kehidupan rakyat boleh terjejas," katanya yang putus kaki kanan.

Bagi Mohd. Noor Che Mat, 61, yang cacat tangan kanan pula, kesal melihat sesetengah golongan masyarakat yang hanya mahu mewujudkan suasana tidak aman dalam negara.

"Mereka seolah-olah tidak mahu melihat negara dalam keadaan aman dengan rakyat dapat menjalani kehidupan seharian dalam suasana harmoni.

"Saya dukacita kerana mereka tidak mahu menghargai pengorbanan semua pihak terutama bekas perajurit dalam mewujudkan suasana aman dan damai, yang jika silap sedikit dapat dimusnahkan dalam sekelip mata sahaja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Banci: JPM mohon kerjasama 33,237 firma

Posted:

Banci: JPM mohon kerjasama 33,237 firma

Banci: JPM mohon kerjasama 33,237 firma

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 18 Julai - Sebanyak 33,237 firma dan perniagaan tempatan serta asing di negeri ini akan terlibat dalam Banci Ekonomi (BE) 2001 Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) bermula bulan ini sehingga November depan.

Pengarah JPM negeri, Mohd. Suhaimi Mohd. Yunus (gambar) memberitahu, sejumlah 70 pegawai akan ditugaskan di lapangan mengendalikan bancian yang dilakukan serentak di seluruh negara bersama Banci Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

''BE 2011 ini merupakan kali ketiga yang dikendalikan setiap lima tahun. Ia dijalankan bersama Banci PKS ini kerana 95 peratus organisasi yang ada terdiri daripada PKS dan ini boleh menjimatkan kos," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, organisasi-organisasi sasaran adalah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan badan pendaftaran lain seperti badan profesional, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan persatuan-persatuan perniagaan.

Menurut beliau, banci itu juga merangkumi organisasi dalam sektor utama ekonomi negara, pertanian, perlombongan dan kuari, pembuatan, pembinaan, alam sekitar dan perkhidmatan.

''BE 2011 ini penting bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang struktur dan profil kegiatan ekonomi yang akan digunakan dalam merumuskan rancangan pembangunan negara dan dasar-dasar ekonomi.

''Data-data itu juga digunakan sebagai petanda aras bagi kompilasi Akaun Negara serta mengemaskinikan daftar pertubuhan pusat dalam Jabatan Perangkaan," katanya.

Beliau menjelaskan, data-data tentang PKS yang diperoleh akan menjadi pangkalan data tentang PKS untuk memantau dan menilai sumbangan PKS kepada ekonomi keseluruhannya.

Banci itu dikendalikan melalui mel, temu bual dan tugas lapangan di mana borang soal selidik mengandungi 52 soalan utama itu boleh juga dimuat turun daripada laman sesawang di alamat www.statistics.gov.my.

''Sebagai jaminan kepada organisasi-organisasi itu tentang kerahsiaan, banci itu akan dikendalikan di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Semakan 1989).

''Responden diharap memberikan kerjsama sepenuhnya dengan mengisi borang soal selidik itu dan menyalurkan maklumat tepat. Mereka boleh menghubungi talian 09-6261719/6230744 atau melayari laman sesawang banciekonomi@stats.gov.my jika ada sebarang pertanyaan," ujar Mohd Suhaimi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar spastik terima Anugerah Dekan

Posted:

Pelajar spastik terima Anugerah Dekan

Pelajar spastik terima Anugerah Dekan

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


Ahmad Lokman Zaimi berkongsi kegembiraan dengan Che Anas Hassan apabila mendapat Anugerah Dekan di Kolej Teknologi Darulnaim, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 18 Julai – Sambil menaiki kerusi roda yang ditolak ibunya, wajah Ahmad Lokman Zaimi, 20, tidak lekang daripada mengukir senyuman ketika menuju ke pentas utama.

Pergerakan pelajar spastik dari Pasir Mas ini terbatas, begitu juga tutur katanya, malah, dia lebih banyak mengangguk kepala setiap kali berkomunikasi dengan orang lain.

Bagaimanapun, didorong cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera komputer, pelajar ini sentiasa memberi fokus kepada pelajarannya sehingga berjaya menerima Anugerah Dekan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) di sini, semalam.

"Saya gembira dan amat berbangga dengannya. Walaupun kurang upaya, dia sangat rajin belajar tidak kira waktu untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

"Ia satu kepuasan sebagai seorang ibu untuk menemani anak saya mengambil Anugerah Dekan, malah ini merupakan kali ketiga dia mendapat anugerah ini selama belajar di sini," kata Che Anas Hassan, 57, ibu kepada Ahmad ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut.

Anugerah itu disampaikan Ketua Eksekutif KTD, Profesor Madya Dr. Andullah Sudin Ab. Rahman.

Ahmad merupakan pelajar semester lima bagi jurusan Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) iaitu program kerjasama KTD dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Anak bongsu daripada tiga beradik ini turut mencatatkan keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 dan pernah menerima tawaran belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) namun akibat kecacatan yang dialami tawaran tersebut terpaksa ditolak.

Che Anas berkata, setiap hari dia akan keluar dari rumahnya di Kampung Berangan selepas menunaikan solat subuh untuk menghantar Ahmad dan balik semula ke Pasir Mas bagi menggalas tugasnya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Pangkal Kala.

"Lebih baik saya hantar dan ambil setiap hari kerana dia perlukan penjagaan sepanjang masa ekoran kelemahan yang dialami, malah saya juga boleh membantunya belajar di rumah.

"Setiap bulan saya menghabiskan RM1,000 untuk perbelanjaan minyak tetapi ia tidak menjadi masalah asalkan anak bongsu saya ini dapat meneruskan pelajaran," katanya yang kehilangan suami lebih setahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Ambil pelajar tanpa Unit Pusat Universiti

Posted:

Ambil pelajar tanpa Unit Pusat Universiti

Ambil pelajar tanpa Unit Pusat Universiti

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Julai – Universiti Malaya (UM) dijangka akan mengikuti langkah Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membuat pengambilan terus pelajar tanpa melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

UM kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kementerian Pengajian Tinggi manakala USM pula telah memansuhkan penggunaan sistem UPU setelah mendapat pengiktirafan sebagai Universiti Apex.

Bagaimanapun beberapa universiti awam lain seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganggap sistem UPU masih relevan.

Naib Canselor UM, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, sistem pengambilan terus akan memberikan hak autonomi kepada UM dalam menentukan pelajar yang layak bagi mengikuti pengajian mereka di universiti tersebut.

"Saya melihat proses pemilihan pelajar tanpa melalui UPU ini akan menjadi lebih fleksibel kerana calon-calon yang layak akan melalui sesi temuduga sebelum terpilih untuk menyambung pengajian di sini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Unit Kemasukan dan Pengambilan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed berkata, USM telah memansuhkan penggunaan sistem UPU kerana mendapat pengiktirafan sebagai Universiti Apex.

"USM adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi awam di negara ini yang telah diiktiraf sebagai Universiti Apex, kelebihan ini memberi ruang buat universiti kami untuk melaksanakan proses kemasukan pelajar tanpa melalui UPU.

"Berdasarkan pemilihan secara terus ini, kami mampu memperoleh pelajar yang bersesuaian dan menepati standard universiti yang telah ditetapkan," katanya.

Timbalan Rektor Perhubungan Pelajar UIAM, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berkata, sehingga kini hanya pelajar antarabangsa sahaja yang dipilih secara terus oleh pihak universiti.

"Pengambilan pelajar tempatan masih menggunakan sistem UPU kerana kami merasakan ia masih lagi relevan selain sistem itu dapat memudahkan pihak universiti memilih pelajar yang layak," katanya.

Dalam pada itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa berkata, pihaknya berpendapat sistem yang diguna pakai kini harus diteruskan kerana ia masih lagi relevan

"Melalui sistem UPU, Kementerian Pengajian Tinggi boleh membuat saringan terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya pertindihan nama pelajar," katanya.

Turut menyokong kenyataan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMT, Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili, yang memberitahu pihaknya masih bergantung kepada sistem UPU.

"Ini kerana sebagai sebuah institusi yang masih baru, kami belum mampu membuat pemilihan pelajar secara terus," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia-Vatican jalin hubungan

Posted:

Malaysia-Vatican jalin hubungan

Malaysia-Vatican jalin hubungan


NAJIB Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor bertemu Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu, di pinggir Rom, semalam. Turut serta Dr. Koh Tsu Koon (tiga kiri), Jamil Khir Baharom (tiga kanan), Bernard Dompok (empat kanan), Profesor Dr. Abdul Shukor Husin (dua kiri) dan Murphy Nicholas Xavier Pakiam (kiri). – BERNAMA


ROM 18 Julai – Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Pengumuman itu dibuat ekoran pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir bandar ini hari ini.

Menyatakan dunia "berada di persimpangan", Najib berkata, Malaysia mahu berkongsi pengalamannya dengan dunia, dan sebab itu kenapa Malaysia komited untuk menjalin hubungan dengan negara yang sealiran dalam menggalakkan dunia yang aman dan harmoni.

"Inilah sebab utama kenapa Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Vatican.

"Dunia berada di persimpangan, kuasa-kuasa tidak rasional dan perbalahan mengancam kestabilan yang sekian lama kita nikmati dan perjuangkan dan pertahankan selama ini, dan kemakmuran," kata Najib dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu.

Beliau berkata, Malaysia dan Vatican komited untuk mengatasi kuasa-kuasa negatif yang menggunakan agama untuk mewajarkan tindakan keganasan, dengan menggunakan kuasa alasan dan kesederhanaan.

Katanya, Vatican mengiktiraf komitmen Malaysia untuk menggalakkan kesederhanaan sebagai doktrin global.

"Usaha kita dalam menguruskan kepelbagaian kita di sebalik pelbagai halangan dan cabaran adalah peringatan penting bahawa masyarakat berbeza boleh berjaya.

"Bagaimanapun, kita mesti sentiasa berjaga-jaga dan menghadapi kuasa jahat yang mengancam untuk menganggu-gugat keharmonian. Kita juga perlu lebih bersedia untuk menerima pakai pendekatan inklusif dalam pentadbiran dan tadbir urus, dan memastikan matahari di Malaysia menyinari semua rakyat Malaysia," katanya.

Jalinan hubungan Malaysia-Vatican adalah sebagai menyusuli jejak negara majoriti penduduk Islam lain seperti Indonesia, Iran, Iraq, Pakistan, Bangladesh, Jordan, Turki, Mesir, Libya, Liga Arab dam majoriti anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Najib yang membawa rombongan mengandungi pemimpin pelbagai agama dalam pertemuannya dengan Pope, mengetengahkan konsepnya bagi Pergerakan Sederhana Global untuk menangani ekstremisme dalam semua bentuk, gesaan yang julung kali dibuatnya semasa menyampaikan ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September 2010 di New York.

Sebagai sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan menganut pelbagai agama, Perdana Menteri berkata, Malaysia berpegang pada nilai-nilai kesederhanaan bagi memastikan keharmonian, kestabilan dan kemakmuran berterusan.

Najib juga menyatakan mengenai kemungkinan menjalin hubungan lebih erat dengan Majlis Pontifical untuk Dialog Antara Agama yang diketuai Cardinal Jean-Louis Tauran dan Institut Pontifical untuk Pengajian Arab dan Islam.

Beliau berkata, Institut Kajian Kefahaman dan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Pengajian Islam dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan menerajui inisiatif itu dari Malaysia.

Delegasi Najib terdiri daripada dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.

Mereka turut disertai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Dalam lawatannya itu, Perdana Menteri juga diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ia merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope, selepas pertemuan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.

Vatican, sebagai badan tertinggi kerajaan yang mentadbir Gereja Katolik adalah entiti juridikal di bawah undang-undang antarabangsa.

Sebagai "kerajaan pusat" Gereja Katolik, Vatican mempunyai status undang-undang yang membolehkannya memeterai perjanjian sebagai juridikal yang sama taraf dengan sebuah negara dan untuk menghantar dan menerima wakil diplomatik.

Vatican menjalin hubungan diplomatik dengan lebih 170 negara termasuk Amerika Syarikat dan beberapa negara Islam.

Diwujudkan pada 1929, Vatican adalah kerajaan yang mentadbir Gereja Katolik seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi.

Vatican mempunyai pejabat pos, bank, pasukan tentera, landasan helikopter, loji penjanaan elektrik dan mengeluarkan duit syiling dan setem serta mempunyai domain Internet (.va) sendiri. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia sedia terajui projek pendidikan

Posted:

Malaysia sedia terajui projek pendidikan

Malaysia sedia terajui projek pendidikan

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

BALI 18 Julai - Malaysia bersedia menerajui projek-projek pembangunan pendidikan dalam usaha meningkatkan lagi mutu dan kecemerlangan pendidikan di kalangan negara-negara yang menganggotai ASEAN, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Malaysia yakin dengan pengalaman serta sumber-sumber sedia ada, ia dapat dikongsi dengan negara-negara yang menganggotai ASEAN serta rakan-rakan dialog.

Dalam konteks ini, Malaysia kata Muhyiddin, berminat untuk memainkan peranan dalam aspek membangunkan kualiti standard di peringkat universiti berikutan kematangan negara mengendalikan hal ehwal berkenaan.

"Kita minat untuk mengambil peranan dalam kualiti standard dan beberapa perkara lain kerana kita berpendapat Malaysia sudah meletakkan asas yang matang dalam bidang ini.

''Kalau kita diberi kesempatan untuk sama-sama terlibat dalam projek ini bersama ASEAN dan rakan-rakan dialog yang lain, kita boleh menerajuinya," kata Muhyiddin pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Menteri Pelajaran Asia Timur (EAS EMM) di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berada di sini bersama-sama Menteri-Menteri Pelajaran Asean sempena persidangan yang bertemakan Meningkatkan Kualiti Pendidikan Menerusi Kerjasama Serantau yang berlangsung selama dua hari.

Mengenai bidang kualiti standard yang mahu dikongsi dengan negara-negara anggota Asean dan rakan-rakan dialog, Muhyiddin berkata, Malaysia menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berpengalaman melaksanakan kualiti standard di peringkat universiti menerusi pengenalan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

"MQA menentukan supaya tahap mutu pendidikan negara tidak jatuh dan menjejaskan pencapaian mahasiswa kita.

''MQA melaksanakan sistem standard penarafan kualiti dari segi pembelajaran di universiti dengan kriteria tertentu yang diguna pakai berbanding dengan sesetengah negara anggota ASEAN mungkin masih lagi di peringkat awal dan mereka mungkin tidak mempunyai banyak universiti," jelas beliau.

Negara-negara anggota ASEAN dan rakan-rakan dialog juga jelas Muhyiddin, sependapat bahawa dalam bidang pendidikan aspek yang cukup mencabar ialah memperluaskan akses pendidikan yang berkualiti di kalangan anak-anak dari negara ASEAN.

Usaha memperluaskan akses pendidikan ini juga jelas beliau, seiring dengan agenda penting Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk memastikan pendikan untuk semua (education for all) dapat dilaksanakan.

"Walaupun Malaysia dalam konteks ini sudah memenuhi sasaran Kumpulan Pembangunan Milenium (MDG) seperti yang digariskan oleh UNESCO namun masih ada sebahagian negara Asean yang yang masih ketinggalan dan kita wajar berkongsi pengalaman ini," terangnya.

Pada mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu, Muhyiddin turut berkongsi pengalaman Malaysia yang tidak pernah berhenti daripada terus mengambil pendekatan meningkatkan lagi kecemerlangan dan kualiti pendidikan negara untuk memastikan sektor berkenaan seiring dengan pencapaian antarabangsa. - utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved