Rabu, 13 Julai 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kenali Budaya di Kampung Sejagong

Posted:

Kenali Budaya di Kampung Sejagong

Kenali Budaya di Kampung Sejagong

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


NORAINI Ahmad (tengah) bersama penuntut UTM dan luar negara yang menyertai permainan boling buah kelapa di Sri Medan, Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 12 Julai - Seramai 62 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama penuntut universiti dari Korea, Jepun dan Thailand menyertai program Mengenali Budaya Masyarakat Malaysia dan Mesra Parlimen di Kampung Sejagong, Sri Medan di sini, baru-baru ini.

Menerusi program selama tiga hari itu, peserta dijadikan anak angkat kepada penduduk kampung bagi membolehkan mereka merasai pengalaman dan mengenali budaya hidup di kawasan itu.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata, program anak angkat sedemikian perlu diteruskan kerana ia memberikan 'situasi menang-menang' kepada semua pihak.

Katanya, program itu dapat dijadikan sebagai produk pelancongan untuk mempromosikan kepelbagaian dan keindahan budaya tempatan kepada masyarakat luar, malah pada masa yang sama penduduk setempat dapat memahami budaya dan cara pemikiran pelajar luar negara.

"Sebagai contoh, adat resam kita seperti adat perkahwinan, cara makan, malah sukan dan peralatannya juga sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri.

"Apa yang kita buat ini akan menjadi tajuk perbualan apabila mereka balik ke negara asal masing-masing dan mungkin mereka akan kembali lagi ke sini," katanya selepas merasmikan program itu.

Turut hadir pengerusi program, Mursidi Munasir bersama wakil UTM Space, Noraini Mohd. Zain dan fasilitator program, Khairiel Idzham Nordin.

Program itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sejagong/Sungai Kepoh, Sri Medan dengan kerjasama UTM Space dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT)

Seorang peserta dari Korea Selatan, Jang Jingsol, 22, berkata, tinggal di kawasan kampung di negara ini merupakan satu pengalaman baru dan sangat berbeza berbanding di tempat asalnya.

Katanya, antara yang menarik perhatian adalah sukan atau permainan di kampung, adat resam yang cukup berbeza dengan Korea Selatan dan merasai kehidupan seharian penduduk kampung.

"Ini satu pengalaman yang cukup berharga dan tidak boleh diperoleh di tempat asal saya. Pasti suatu hari nanti, saya akan kembali ke sini untuk berjumpa ibu bapa angkat saya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

APC 2010 iktiraf kecemerlangan 413 kakitangan UTM

Posted:

APC 2010 iktiraf kecemerlangan 413 kakitangan UTM

APC 2010 iktiraf kecemerlangan 413 kakitangan UTM


SALLEH Mohd. Nor (empat dari kiri) menyampaikan anugerah dan sijil penghargaan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 pada Majlis Citra Karisma Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM 2011 di UTM Skudai, baru baru ini.


JOHOR BAHRU 12 Julai - Seramai 413 kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada pelbagai peringkat menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2010 di sini, baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pro-Canselor UTM, Tan Sri Salleh Mohd Nor sempena penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan (Citra Karisma) UTM 2011.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, setiap penerima anugerah APC mendapat hadiah wang tunai RM1,000 berserta sijil penghargaan sebagai tanda menghargai perkhidmatan cemerlang yang disumbangkan sepanjang tahun 2010.

''Kepada semua penerima anugerah pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas. Semoga usaha dan kerja keras anda yang telah membawa UTM ke tahap ini tidak terhenti setakat ini sahaja.

''Harapan saya supaya seluruh warga universiti dapat sama-sama berkerja dengan lebih baik sekali gus meletakkan UTM dikenali di peringkat global," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Selain itu, sebanyak 12 kategori anugerah turut dipertandingkan antaranya Anugerah Khidmat Masyarakat, Sukan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Penasihat Akademik Terbaik, Pengajaran, Penyelidikan, Harta Intelek dan Penghargaan Alumni.

Tambahnya, pada penganjuran anugerah kali ini, UTM buat pertama kali memperkenalkan Anugerah Inovasi Naib Canselor (AINC) yang merupakan anugerah paling berprestij diberikan kepada jabatan atau fakulti.

Beliau berkata, AINC diberikan kepada jabatan atau fakulti yang berjaya mencetuskan idea-idea kreatif dalam pelbagai aspek pekerjaan yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

''Tujuannya adalah untuk memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan, memperkenalkan hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah organisasi dan menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan," ujarnya.

Mengulas lanjut, pemenang anugerah tersebut yang akan diipilih daripada beberapa finalis bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000, piala dan sijil penghargaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Jariah cerewet demi kesempurnaan

Posted:

Jariah cerewet demi kesempurnaan

Jariah cerewet demi kesempurnaan

Oleh ROSMAH DAIN
Gambar MOHD. NOOR AMIN


Jariah memastikan setiap kerja bukan sahaja siap dilaksanakan tetapi yang penting dilakukan dengan sempurna.


MUNGKIN ia perlu ditulis sebagai catatan sejarah dan juga satu penghormatan buat golongan wanita apabila Datin Jariah Mohd. Said dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pelantikan itu meletakkan Jariah sebaris dengan golongan wanita pembuat dasar di negara ini yang mana ia merupakan pengiktirafan kepada mereka.

Bagi JPN sendiri, pelantikan itu merupakan sejarah tersendiri kerana Jariah merupakan wanita pertama menjadi ketua pengarah - selama ini jawatan berkenaan disandang oleh lelaki.

Namun, pelantikan itu datang bersama dengan komitmen, amanah dan tanggung jawab yang perlu digalas dengan penuh dedikasi.

Itu semua memang telah sedia terbekal dalam jiwa Jariah yang sangat komited dengan kerja-kerja yang diamanahkan kepadanya biarpun pelantikan tersebut bermula 22 Jun lalu.

"Itu semua tidak menjadi masalah kepada saya kerana dalam kehidupan, saya memang suka bekerja dan kuat bekerja. Bukan kerana pangkat tetapi kerana amanah yang telah diberikan.

''Saya akan melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan yang diamanahkan sesempurna mungkin dengan sedaya upaya," katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama media di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.

Jariah yang dilahirkan di Matang, Perak dan mempunyai tiga orang anak, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1977.

Sentiasa komited dengan setiap kerja yang dilakukan sehingga beliau banyak menerima anugerah dan sijil perkhidmatan cemerlang sepanjang bertugas di pelbagai jabatan termasuk Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Biarpun sebelum ini bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan KDN, akui beliau, kerjanya sekarang satu skop yang berbeza tetapi bukan bermakna ia sesuatu yang baru.

Ditanya bagaimana beliau boleh membahagikan kerjaya dengan keluarga, katanya, mungkin kerana pada peringkat ini tiada banyak kekangan sementelah anak-anak sudah dewasa.

Apa pun, kata Jariah, laluan kerjayanya pada peringkat awal bukanlah sesuatu yang mudah.

"Saya gembira dan bersyukur kerana keluarga saya dan anak-anak sentiasa memberi sokongan dan memahami kerjaya saya," katanya yang gemar beriadah bersama suami, Datuk Dzulkarnain Abdul Rahman, dengan berjalan tiga kilometer setiap hari dalam kawasan perumahannya sebagai salah satu aktiviti selain gemar beraerobik.

Menjadikan aktiviti memasak sebagai hobi pada waktu senggang, wanita ini gemar dengan masakan mi rebus yang resipinya diambil dari negeri Johor.

Sebagai insan yang memegang jawatan tinggi pasti ada individu lain yang menjadi idolanya selama ini.

Tetapi Jariah tidak mendedahkan siapa idolanya itu kerana padanya biarlah disimpan untuk diri sendiri sebagai pendorong kepada kemajuannya.

Dalam pada itu apabila ditanya mengenai dasar penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus golongan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat yang bertujuan meningkatkan bilangan wanita sebagai ahli lembaga pengarah yang telah diluluskan Parlimen, baru-baru ini, beliau menyifatkan dasar itu memang ditunggu-tunggu.

Pada masa sama, beliau juga meminta agar pelantikan itu dilakukan bukan setakat hanya untuk memenuhi kuota.

Tetapi apa yang penting individu yang dilantik itu mestilah dari kalangan mereka berjaya menunjukkan komitmen dan amanah terhadap kerja yang dilaksanakan.

Apabila ditanya mengenai persepsi bahawa wanita yang menjadi ketua dikatakan lebih cerewet, beliau menjelaskan sikap 'cerewet' perlu ada.

Namun, katanya, kecerewetan itu perlu kena pada tempatnya untuk kesempurnaan sesuatu kerja.

Tapi sikap seperti itu katanya, perlu berpada-pada dan jangan sampai keterlaluan.

''Bagi saya sendiri, saya mementingkan sesuatu kerja itu bukan sahaja siap dilaksanakan tetapi apa yang penting kerja itu dilakukan dengan sempurna," jelasnya.

Justeru, sebagai pemegang tonggak kepada satu jabatan yang penting, Jariah berjanji akan melakukan sebaik mungkin bagi memantapkan lagi JPN untuk kemudahan dan kebaikan rakyat di negara ini.

Antara lain, katanya, ialah menerusi meningkatkan tahap kualiti MyKad, memudahkan urusan pendaftaran kelahiran dengan sentiasa memastikan pihaknya turun padang biarpun ke kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najjah kolaborasi dua sahabat

Posted:

Najjah kolaborasi dua sahabat

Najjah kolaborasi dua sahabat

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar WAHIDAH ZAINAL ARIPIN


Farrah Adeeba (kanan) dan Awin bersama anak-anak mereka di majlis penutup pertunjukkan fesyen Najjah.


MENUTUP aurat bukanlah halangan untuk berfesyen kerana selagi ia mematuhi syariat yang telah ditentukan ia dibolehkan.

Pilihan fesyen muslimah di Najjah memang tepat bagi mereka yang gemar bergaya namun masih mengekalkan kesopanan dan kesusilaan dalam penampilan.

Terbaru, Butik Najjah yang dimiliki oleh dua sahabat, Awin dan Farrah Adeeba, telah menganjurkan satu pertunjukkan fesyen bertempat di The Royale Bintang, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Ia adalah pertunjukkan fesyen eksklusif untuk wanita dan dihadiri oleh rakan artis, selebriti, para penjual dan pelanggan setia butik Najjah sendiri.

Antara selebriti yang hadir adalah seperti Heliza, Maria Tunku Sabri, Azean Abdol Karim, Memey dan ramai lagi.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad yang juga merupakan pelanggan pertama butik Najjah.

Menceritakan tentang sejarah penubuhan butik tersebut, Awin yang sebelum ini berkhidmat sebagai jurusolek artis berkata, ia adalah satu idea yang datang secara tiba-tiba.

"Apabila menyolek artis, saya sering berhadapan dengan masalah fesyen yang tidak menepati dan dari situ saya tahu apa yang diperlukan dalam pasaran Muslimah.

"Saya terus menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Farrah Adeeba dan dia mengambil masa selama dua hari untuk membalasnya sebelum bersetuju dengan cadangan saya itu," jelas Awin ketika berucap sebelum majlis pertunjukkan fesyen bermula.

Sementara itu, Farrah Adeeba yang sememangnya menggemari fesyen sejak dari kecil mengakui idea Awin adalah sesuatu yang memang beliau nantikan.

"Namun untuk merealisasikan sesuatu itu perlu perancangan teliti, justeru pertemuan pertama dan juga perbincangan dilakukan di rumah Awin

Pertunjukkan fesyen tersebut bukan sahaja menampilkan koleksi terkini Najjah malah koleksi eksklusif sempena hari raya Aidilfitri tahun ini.

Koleksi yang ditampilkan praktikal, bergaya dan eksklusif. Ia terdapat dari saiz S hingga XXL.

Butik Najjah yang terletak di The Strand, Kota Damansara turut menemui pelanggannya di dalam talian menerusi laman web www.najjah. com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Unimap, AUCMS meterai MoU

Posted:

Unimap, AUCMS meterai MoU

Unimap, AUCMS meterai MoU

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
pengarang@utusan.com.my


Kamarudin Hussin (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Tb Zulrizka Iskandar sambil disaksikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tiga dari kanan) di Bandung, Indonesia, baru-baru ini.


BANDUNG 12 Julai - Lawatan kerja Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) ke Bandung, Indonesia berjaya menghasilkan kerjasama erat dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu pendidikan antara penuntut Malaysia dan Indonesia.

Unimap menjalin kerjasama dengan Universiti Padjadjaran (Unpad) dalam beberapa bidang pengkhususan yang terdapat di kedua-dua universiti untuk dikongsi bersama oleh pelajar masing-masing, sekali gus mengeratkan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia.

Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, menerusi kerjasama seumpama itu, Unimap dengan Unpad dapat memperluaskan bidang akademik selaras dengan kemajuan pesat di universiti masing-masing.

"Pelajar boleh menceburi bidang baharu yang tidak terdapat di universiti masing-masing kerana mempunyai pilihan menerusi kerjasama yang dijalankan," katanya sebelum menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pendidikan Antara Unimap dengan Unpad di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor Unimap bersama Raja Puan Muda Perlis yang juga Canselor AUCMS masing-masing menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut yang dijalankan secara berasingan di hotel berkenaan.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Paduka Dr. Junaidy Abu Bakar.

Unimap diwakili oleh Kamarudin, manakala Pembantu Rektor Unpad, Prof. Dr. Tb Zulrizka Iskandar menandatangani MoU tersebut mewakili universitinya.

Unipad kini mempunyai 16 fakulti antaranya kedoktoran, pertanian, ilmu sosial dan politik, psikologi, perikanan dan ilmu kelautan, farmasi, kedoktoran gigi, penternakan serta teknik geologi.

Sementara itu, AUCMS membuka cawangan pengurusannya di Medan, Indonesia untuk membuka ruang kepada penuntut Indonesia yang mahu mengikuti pengajian di AUCMS Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Menurut Presiden AUCMS, Datuk Dr. Zainuddin Wazir, menerusi cawangan tersebut, pihaknya menyasarkan lebih ramai pelajar dari Indonesia termasuk di Bandung yang akan mengikuti kursus ditawarkan di AUCMS.

"Selain Kepala Batas, AUCMS mempunyai sebuah lagi cawangan di Kangar, Perlis yang akan beroperasi bulan depan," kata beliau selepas Pelancaran Operasi AUCMS di Indonesia oleh Raja Muda Perlis di hotel berkenaan.

Zainuddin juga menandatangani perjanjian kerjasama dengan pihak AUCMS di Indonesia yang diwakili pengurus jualan dan pemasarannya, Donny Nauphar.

"Indonesia mempunyai ramai penduduk dan sudah tentu terdapat dalam kalangan mereka yang layak untuk mengikuti pengajian tertentu seperti kedoktoran sebagaimana ditawarkan oleh AUCMS, tetapi menghadapi kekangan kewangan.

"Jadi, kami tawarkan kepada mereka bidang pengajian ini dengan harga yang rendah jika dibandingkan dengan IPT di Eropah," tambah beliau.

Sebagai contoh, kata Zainuddin, kos yang ditetapkan oleh IPT di Malaysia bagi bidang tersebut hanya serendah RM60,000 berbanding bayaran empat kali ganda yang dikenakan oleh universiti lain termasuk di Ireland.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

168 sertai Cabaran Iron Community 2011

Posted:

168 sertai Cabaran Iron Community 2011

168 sertai Cabaran Iron Community 2011


SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai Cabaran Iron Community di Desa Keda Bendang Man, Sik, Kedah, baru-baru ini. - IHSAN Politeknik PTSB.


SIK 12 Julai - Sebanyak 25 buah politeknik dan kolej komuniti mengambil bahagian dalam program Cabaran Iron Community 2011 yang berlangsung di Desa Keda Bendang Man dekat sini, baru-baru ini.

Pengarah Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim, Kamaruzaman Ismail berkata, program lima hari bermula 26 Jun itu anjuran bersama pihaknya dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau berkata, 168 peserta daripada politeknik dan kolej komuniti seluruh negara mengambil bahagian.

Turut menyertai ialah penuntut dari Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta serta Kolej Komuniti Baling, Sungai Petani, Kulim, Arau dan Bayan Baru.

"Program ini memberi penekanan kepada peserta agar sentiasa bekerja dalam satu pasukan.

"Pembinaan sahsiah amat penting bagi melakukan perancangan dan menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah," katanya pada majlis perasmian program berkenaan yang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Belantek, Mohd. Tajuddin Abdullah.

Kamaruzaman berkata, pada program tersebut, para peserta perlu melalui dua cabaran utama meliputi team building dan merentas hutan.

"Di samping itu, para peserta turut terlibat dalam program bersama keluarga angkat masing-masing dengan menjalankan program gotong-royong membersihkan kawasan," katanya.

Sementara itu, Mohlis berkata, program tersebut amat penting bagi meningkatkan daya kekuatan kepintaran emosi (EQ), intelek (IQ) dan sahsiah (SQ) serta kredibiliti pelajar IPT dalam aspek kepimpinan.

Pada majlis itu, Mohlis turut menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menjuarai tempat pertama cabaran berkenaan iaitu Politeknik Port Dickson, Politeknik Kota Kuala Terengganu (tempat kedua) dan Nilai (tempat ketiga).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tingkatkan tahap pendidikan masyarakat

Posted:

Tingkatkan tahap pendidikan masyarakat

Tingkatkan tahap pendidikan masyarakat


Empat graduan gembira selepas menerima diploma pada Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Kali Ke-7 di UUM Sintok, baru-baru ini.


ALOR SETAR 12 Julai - Anggota masyarakat khususnya golongan graduan diseru terus menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi bagi melahirkan modal insan dengan minda kelas pertama seperti di negara-negara maju.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tahap pendidikan yang tinggi juga membolehkan negara mencapai kemajuan lebih pesat khususnya dari segi pendapatan dan pertumbuhan ekonomi.

"Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menghasilkan modal insan kerana untuk melonjakkan negara ke arah negara yang berpendapatan tinggi, keupayaan pendidikan juga perlu ditingkatkan," katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Kali Ke-7 di UUM Sintok dekat sini, baru-baru ini.

Seramai 309 graduan hadir bagi menerima sijil penganugerahan yang disampaikan oleh Mohamed Mustafa.

Beliau berkata, para graduan juga boleh memainkan peranan menggalakkan rakan-rakan lain agar terus belajar dan menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi sama ada secara formal atau tidak formal.

Ini kerana, katanya, pendidikan tidak formal juga mempunyai potensi yang boleh dikembangkan untuk manfaat golongan berkenaan.

Kata Mohamed Mustafa, di negara-negara maju pendidikan tidak formal, pendidikan berterusan dan universiti terbuka amat popular.

"Masyarakat maju telah menerima konsep pendidikan sepanjang hayat untuk semua sebagai norma kehidupan.

"Konsep seperti rakan pendidikan dan rangkaian kolej komuniti harus diberikan perhatian supaya beransur-ansur dapat diterima sebagai sebahagian dari budaya kehidupan masyarakat negara ini," ujarnya.

Justeru, beliau menjelaskan, selaras dengan tanggungjawab universiti kepada masyarakat dan juga dalam menyahut seruan Kementerian Pelajaran Tinggi untuk membawa pendidikan kepada masyarakat, maka Pusat Pembangunan Eksekutif (PPE) UUM melalui kerjasama strategik dengan industri telah membuka pusat-pusat pembelajaran di seluruh negara.

"Tindakan ini telah membolehkan golongan yang telah bekerja mengikuti kelas-kelas dan mod pengajian secara fleksibel tanpa perlu meninggalkan kerja dan tugas masing-masing," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Perkenalan bermakna 170 pelajar baru

Posted:

Perkenalan bermakna 170 pelajar baru

Perkenalan bermakna 170 pelajar baru

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusann9@utusan.com.my


PESERTA bergambar bersama selepas menyertai program suai kenal pelajar baru Kolej Uniti di Pantai Saujana, Port Dickson, baru-baru ini. - UTUSAN/KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN


TELUK KEMANG 12 Julai - Program suai kenal pelajar baru Kolej Uniti Port Dickson dekat sini, berjaya mencapai matlamat yang disasarkan iaitu menyemai sikap bekerjasama dan rasa saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Salah seorang tenaga pengajarnya, Muhammad Yasin Omar, 24, berkata, sebanyak 170 pelajar terlibat dengan aktiviti suai kenal tersebut.

''Biarpun mereka baru berkenalan, namun kita cuba mendekatkan mereka dalam satu aktiviti suai kenal ini.

''Tujuannya supaya mereka tidak merasa janggal apabila berada di Kolej Uniti ini dan pada masa yang sama dapat belajar dalam keadaan selesa," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu ialah permainan berteraskan motivasi selain menggalakkan percambahan minda.

Seorang pelajar, Nur Fyezah Mohd., 18, yang berasal dari Puchong, Selangor, memberitahu, dia gembira kerana diterima masuk ke kolej itu.

''Memang sukar pada awalnya untuk mengetahui nama dan sikap setiap individu, apatah lagi mereka merupakan rakan baru yang menyertai pembelajaran di Kolej Uniti ini.

''Tetapi, atas semangat kawan dan rasa mahu berdikari akhirnya saya dapat mengenali seramai mungkin kawan baru," ujarnya.

Nurul Amir Kamarul Bahrin, 18, dari Kelantan yang mengambil jurusan Diploma Pendidikan Pra Sekolah pula memberitahu, dia kini merasa selesa belajar di Kolej Uniti.

''Saya ketepikan perasaan malu atau rendah diri kerana ia tidak akan membawa kepada kejayaan.

''Untuk menjadi individu yang berani, saya perlu mendapatkan ramai kawan dan program suai kenal ini memberikan langkah awal untuk mencipta kematangan diri," katanya.

Dia yang pertama kali menjejakkan kaki di pantai Port Dickson mengakui teruja berada di situ.

''Selalu saya membaca mengenai keindahan pantai ini dan nyata apa yang diceritakan itu benar. Kini saya teruja berada di pantai ini, apatah lagi kolej ini terletak dekat pantai," ujarnya.

Sementara itu, Shukry Rasid, 18, yang berasal dari Sabah memberitahu, dia mengambil jurusan Pengajian Islam di kolej tersebut dan tidak sabar untuk memulakan pengajiannya itu.

''Sebelum saya sampai ke Port Dickson ini, hati bercelaru memikirkan bagaimana penerimaan masyarakat di Malaysia Barat terhadap kami dari Malaysia Timur ini.

''Rupa-rupanya, semangat 1Malaysia itu benar-benar mencantumkan budaya dan corak kehidupan. Kami tidak merasa terpinggir, sebaliknya dihormati sebagai 'tetamu jauh' yang merantau mencari ilmu," ujarnya gembira.

Katanya, apa yang menarik ialah program suai kenal itu membuatkan dirinya lebih bertanggungjawab untuk hidup dalam sebuah pasukan bagi memastikan kejayaan cemerlang sepanjang berada di Kolej Uniti.

Bagi J.T Rafidah Jawhalal, 18, yang mengambil jurusan Diploma Pendidikan Pra Sekolah, aktiviti yang dijalankan itu berjaya membuka mindanya.

''Saya optimis selepas ini hubungan kami akan menjadi lebih erat dan ia memudahkan urusan pembelajaran di sini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Hakka' bina jati diri penuntut UiTM

Posted:

'Hakka' bina jati diri penuntut UiTM

'Hakka' bina jati diri penuntut UiTM


PENUNTUT UiTM menunjukkan gerakan 'hakka' dengan penuh semangat pada progam Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, Mei lalu.


ALOR GAJAH 12 Julai - Gerakan 'hakka' yang menjadi upacara rasmi pasukan ragbi New Zealand (All Black) sebelum dan selepas sesuatu perlawanan diolah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka menjadi medium dalam membina keyakinan dan jati diri.

Gerakan seumpama sebuah tarian perang dan dilakukan dengan penuh semangat itu dilihat mampu membina kekuatan dalaman selain meningkatkan keyakinan diri dan juga memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

Penasihat Persatuan Hakka UiTM Alor Gajah yang juga Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah berkata, persembahan itu bukan sahaja dipertontonkan di UiTM, malah turut dipersembahkan pada program Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, Mei lalu.

Menurutnya, melalui gerakan 'hakka', setiap penari akan melakukan aksi sama secara serentak sambil diiringi muzik atau dinyanyikan sendiri oleh mereka dengan penuh semangat.

"Pergerakan ini pada hakikatnya berusaha mempraktikkan pendekatan bekerjasama dalam pasukan dan menterjemahkan perasaan dan juga hasrat hati menerusi persembahan itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata, gerakan berkenaan juga dilihat mampu meningkatkan daya fokus penuntut terhadap aktiviti berpersatuan dan juga pembelajaran di samping menjadi aktiviti riadah pada masa lapang selain dapat menghindarkan para penuntut daripada terlibat dengan perkara tidak sihat.

Namun, katanya, 'hakka' UiTM telah diolah dan melalui beberapa fasa transformasi bagi menyuntik elemen keMelayuan, Islam dan menepati norma-norma masyarakat Asia.

"Bagi menepati perspektif masyarakat setempat, gerakan ini telah diolah, namun elemen keasliannya tetap terpelihara cuma beberapa langkah difikirkan tidak sesuai telah dibuang dan digantikan dengan gerakan yang lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Smart buka peluang kepada penuntut semester akhir praktik teori

Posted:

Smart buka peluang kepada penuntut semester akhir praktik teori

Smart buka peluang kepada penuntut semester akhir praktik teori


SEBAHAGIAN daripada peserta Pameran Diploma Show 2011 anjuran Smart di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 12 Julai - Pameran Diploma Show 2011 anjuran Sekolah Teknologi Media dan Seni (Smart) Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) membuka peluang kepada penuntut semester akhir untuk mempraktikkan teori-teori dipelajari.

Dekan Smart, Mohd. Nawawi Saad berkata, setiap hasil kerja yang dipamerkan itu dihasilkan sendiri oleh penuntut secara individu.

Menurut beliau, pada pameran tersebut, seramai 11 penuntut tahun akhir terdiri daripada lima penuntut Diploma Animasi dan enam penuntut Diploma Teknologi Media mengambil bahagian.

"Sesuatu yang perlu dibanggakan ialah semua penuntut yang mengambil bahagian dalam pameran itu telah mendapat tawaran kerja daripada pihak industri yang turut hadir," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Salah seorang peserta, Lye Chee Loong berkata, dia amat berbangga dapat menonjolkan hasil kerjanya yang dipelajari di KAYM selama tiga tahun, malah telah mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat produksi sebaik sahaja tamat latihan industri selama enam bulan di situ.

"Kami amat bertuah kerana para pensyarah KAYM sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar serta membantu bagi memastikan kami menyiapkan hasil kerja yang berkualiti.

"Berkat dorongan ini dan kesungguhan diri, tidak mustahil saya boleh mencapai cita-cita memiliki syarikat produksi dan menjadi pengarah filem suatu hari nanti," kata pelajar Diploma Teknologi Media itu.

Pelajar Diploma Teknologi Animasi, Nurul Husna Rajali berkata, dia telah mendapat tawaran kerja sebagai animator di sebuah syarikat animasi dan berterima kasih kepada KAYM kerana telah menghasilkan pelajar-pelajar berbakat tinggi.

"Kejayaan setiap pelajar dapat dilihat melalui Diploma Show Smart ini kerana ia membuka peluang kepada pelajar menunjukkan hasil rekaan yang memenuhi kehendak pasaran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kurikulum tekan sikap pemandu

Posted:

Kurikulum tekan sikap pemandu

Kurikulum tekan sikap pemandu


Modul latihan dan ujian memandu baru yang menekankan sikap pemandu terhadap pemanduan berhemah dan selamat akan diperkenalkan tidak lama lagi. – Gambar hiasan



KETIKA 30 negara lain menunjukkan penurunan jumlah kematian di jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, Malaysia terus mencipta nama sebagai negara yang mencatatkan kadar paling tinggi.

Malah, Kementerian Pengangkutan baru-baru ini melaporkan, 19 rakyat Malaysia mati dalam kemalangan jalan raya setiap hari dengan 11 daripadanya adalah penunggang motosikal.

Bertitik tolak daripada peningkatan jumlah kemalangan itu, banyak pihak mula mempertikaikan relevansi kurikulum institut atau sekolah memandu dalam mendidik dan membentuk pemandu berhemah di negara ini.

Malangnya, usaha merombak kurikulum latihan memandu yang digembar-gemburkan sejak 2007 sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Ikuti bahagian pertama laporan wartawan Utusan Malaysia, ROSALINDA MD. SAID dan jurugambar HAFIZ JOHARI serta HAYAT SUEET mengenai usaha kerajaan untuk merealisasikan rombakan kurikulum itu.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

APMM bakal terima aset baru

Posted:

APMM bakal terima aset baru

APMM bakal terima aset baru


MUHYIDDIN Yassin diiringi Ahmad Maslan (kiri) dan Mohd. Amdan Kurish (tiga dari kiri) bersalaman dengan pegawai-pegawai APMM pada majlis perjumpaan khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN


PUTRAJAYA 12 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal menerima sebilangan aset-aset kapal dan bot, prasarana kompleks pejabat, jeti serta penyerapan 1,060 anggota dan pegawai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) ke dalam agensi itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, APMM yang bakal menjadi agensi tunggal penguatkuasaan maritim negara menjelang Ogos depan juga bakal menerima pengiktirafan Diraja setaraf dengan pasukan keselamatan lain.

''Perkara ini (pengiktirafan Diraja) akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri selepas mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan memenuhi segala syarat baru boleh digunapakai.

''Dari segi martabat, kalau dikurniakan taraf diraja ia lebih tinggi dan peranan juga menjadi lebih penting di mana para anggota berasa lebih bersemangat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan khas bersama warga APMM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish.

Mengenai kemungkinan terdapat pertindihan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim lain, beliau menjelaskan, fungsi dan kuasa berkaitan penggubalan dasar, undang-undang, kawal selia, pelesenan, penyelidikan, pembangunan, pemeliharaan sumber dan tugas-tugas lain yang tidak berkaitan dengan penguatkuasaan serta operasi mencari dan menyelamat di laut masih dikekalkan kepada agensi-agensi maritim sedia ada.

''Identiti dan sifat maritim Malaysia hendaklah mengambil kira peranan maritim semasa darurat, krisis khas atau perang seperti yang termaktub di bawah Seksyen 17 Akta Maritim yang sifatnya mengandungi ciri-ciri ketenteraan tertentu agar mampu menyokong Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mohamad Hasan persoal sikap hak asasi Amnesty International

Posted:

Mohamad Hasan persoal sikap hak asasi Amnesty International

Mohamad Hasan persoal sikap hak asasi Amnesty International

REMBAU 12 Julai - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyelar pertubuhan hak asasi dunia, Amnesty International (AI) yang menggesa Perdana Menteri Britain, David Cameron supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Katanya, AI seharusnya 'menyuluh muka' mereka dahulu sebelum cuba mengajar orang lain.

''Jangan hendak mengajar orang dan jangan mengata pemimpin negara kita.

''Tengok apa hak asasi manusia yang AI telah lakukan terhadap umat Islam di Britain dan apa sudah jadi dengan hak asasi masyarakat Asia yang tinggal di negara tersebut.

''Apakah mereka semua ini diberi layanan sama rata," soal Mohamad.

Mohamad yang ditemui di Kampung Sungai Layang dekat sini menambah, gimik yang dilakukan oleh AI itu sememangnya digunakan pihak tertentu untuk menempelak kerajaan dan pada masa sama merosakkan imej negara di kaca mata dunia.

''Mana ada polis yang telah menahan individu yang menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu diberikan layanan baik, makan dan solat.

''Apakah AI ingat polis di Britain boleh beri layanan sebagaimana yang telah diberikan oleh polis di negara ini terhadap individu yang ditahan kerana merusuh atau berarak," katanya.

Portal berita, Malaysiakini hari ini melaporkan, AI menggesa Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Najib kerana didakwa memberi layanan buruk dan tindakan kejam terhadap mereka yang menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu.

Menurut pertubuhan hak asasi dunia itu, Cameron perlu memberitahu Najib yang dalam rangka lawatan empat hari ke United Kingdom bahawa 'pencabulan hak asasi' seumpama itu tidak dapat diterima.

''Saya nasihatkan kelompok di UK ini, tengoklah apa yang telah mereka lakukan kepada Iraq dan Libya. Saya nak kata, mereka (Britain) juga bertanggungjawab menubuhkan sebuah negara Israel," tegasnya.

Ditanya keangkuhan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang menggesa rakyat memakai baju kuning setiap Sabtu, Mohamad berkata: ''Tidak mengapalah dia mahu terus mencabar undang-undang.

''Bila esok undang-undang dikuatkuasakan, jangan menangis. Cabarlah undang-undang, kita hendak tengok sejauh mana dia hendak buat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Madu lebah penawar ulser diabetes

Posted:

Madu lebah penawar ulser diabetes

Madu lebah penawar ulser diabetes

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


MAFAUZY Mohamed (kanan) menunjukkan contoh ternakan madu lebah di kawasan persekitaran USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kota Bharu, baru-baru ini. - UTUSAN/HAPIZAH AZIZ


KOTA BHARU 12 Julai - Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan mempelopori penggunaan madu lebah bagi merawat ulser diabetes dan mengurangkan masalah inflamasi pada mukosa mulut pesakit kanser nasofarign yang menjalani rawatan radiasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Penyelidikan melibatkan madu lebah untuk kedua penyakit tersebut telah dijalankan oleh pakar perubatan hospital berkenaan kira-kira 20 tahun lalu.

Kini, kajian tersebut diteruskan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menyumbangkan madu lebah tualang dan gelam bermula tahun 2005.

Berikutan USM dianugerahkan status universiti penyelidikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2005, sekumpulan pakar perubatan mengambil peluang memulakan penyelidikan melibat madu tempatan.

Projek penyelidikan pertama bertajuk Keberkesanan Pengambilan Madu Terhadap Gejala Pernafasan di Kalangan Jemaah Haji Malaysia berjaya dijalankan dan ia merupakan antara 46 penyelidikan madu yang telah dan sedang dijalankan di USM Kampus Kesihatan.

Pengarah Kampus USM Kampus Kesihatan, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed berkata, sebanyak RM2 juta Geran Penyelidikan Universiti dianugerahkan kepada pensyarah bagi menjalankan penyelidikan madu lebah tualang tersebut.

Menurutnya,di samping menjalankan kajian keberkesanan penggunaan madu untuk pelbagai jenis penyakit, penyelidikan tersebut turut membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai khasiat perubatan madu tempatan secara saintifik.

''Pengetahuan yang diperoleh menyebabkan pasaran madu tualang kini meningkat sekali gus memberi pendapatan lumayan kepada pencari lebah dan penternak terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara USM Kampus Kesihatan dan Universitas Hasanuddin Makasar serta Syarikat Aifa Health Sdn. Bhd. di Kubang Kerian di sini, baru-baru ini.

Universiti Hasanuddin Makasar diwakili oleh Pembantu Rektor, D.A Suriamiharja, manakala Syarikat Aifa Health Sdn. Bhd. oleh Ketua Eksekutifnya, Aisan Fadhli Ab. Halim.

Mafauzy menambah, kajian yang dilakukan itu juga berbentuk serampang dua mata, di samping mengkaji khasiat madu lebah, usaha itu juga membantu meningkatkan taraf hidup pencari lebah yang rata-ratanya daripada golongan bottom bilion.

USM katanya, prihatin dengan nasib golongan berkenaan dan mendapati hasil kajian membolehkan mereka meningkatkan pengetahuan serta mempromosikan madu lebah yang dicari seterusnya menjadikan ia sebagai sumber pekerjaan.

''Harga madu di pasaran juga meningkat dan menjadi pilihan ramai sebagai makanan kesihatan untuk semua peringkat masyarakat,"katanya.

Tambahan pula, katanya, hasil penyelidikan melibatkan herba, madu dikenalpasti berpotensi menurunkan paras gula dalam darah serta meningkatkan kesihatan fizikal .

Katanya lagi, sehubungan itu pensyarah dan penyelidikan di Kampus Kesihatan digalakkan mendapatkan geran penyelidikan dari sumber luar untuk mempelbagaikan penyelidikan mereka dalam meningkatkan kualiti.

''Selain madu lebah, USM turut meluluskan geran di bawah Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat berjumlah RM50,000 bagi projek ternakan madu lebah kelulut.

''Setakat ini usaha membangunkan produk madu lebah kelulut bagi kegunaan merawat penyakit dan pemakanan kesihatan telah dimulakan," katanya.

Dr. Mafauzy menambah, pihaknya juga mengalu-alukan perjanjian persefahaman yang diadakan dengan Universiti Hasanuddin Makasar dalam kajian melibatkan madu lebah serta pembangunan produknya.

Beliau berharap, kerjasama itu mampu menghasilkan suatu modul perawatan yang komprehensif dan dapat ditawarkan kepada pengamal perubatan tempatan dan global.

''Begitu juga, gabungan kerjasama dengan Syarikat Aifa Health Sdn. Bhd. yang secara prinsipnya bersetuju menyumbangkan sejumlah dana untuk mengadakan sebuah Makmal Efikasi Pre-Klinik dalam menjalankan kajian berkaitan," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan perhatian ahli akademik, pelajar dan warga USM Kampus Kesihatan yang sensitif dengan keperluan masyarakat dalam membangunkan perubatan tradisional dan komplementari berasaskan madu.

Katanya, kajian berasaskan saintifik itu mampu diintegrasikan dalam sistem perubatan yang sedia ada dan usaha tersebut dapat dilihat sebagai salah satu daripada strategi Blue Ocean yang tidak memerlukan USM bersaing dengan institusi pengajian tinggi yang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMTAS 2011 ukur hasil penyelidikan

Posted:

UMTAS 2011 ukur hasil penyelidikan

UMTAS 2011 ukur hasil penyelidikan

KUALA TERENGGANU 12 Julai – Simposium Tahunan Antarabangsa Universiti Malaysia Terengganu (UMTAS) 2011 baru-baru ini, mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir 500 kalangan penyelidik, warga akademik dan pelajar dari dalam dan luar negara.

Selain Malaysia, negara lain yang turut serta dalam simposium ke-10 yang berlangsung selama tiga hari itu ialah Indonesia, Belgium, Iran, Thailand, Libya dan Oman.

Bertemakan Memperkasakan Sains, Teknologi dan Inovasi Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Baik, beratus kertas kerja dalam pelbagai lapangan penyelidikan dibentangkan dalam lima persidangan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, usaha universiti Malaysia Terengganu (UMT) boleh menjadi medan penting bagi perkongsian ilmu, kemahiran dan penemuan baru bagi warga penyelidik.

''Selain membantu membentuk jalinan kerjasama, pembentangan hasil penyelidikan dan pameran oleh pihak dalam dan luar negara dapat mengetengahkan lebih banyak potensi dan kemungkinan dalam penyelidikan yang boleh ditawarkan oleh negara.

''Saya berharap agar simposium ini boleh menjadi kayu pengukur kepada para saintis untuk terus berusaha bagi mendapatkan penemuan terbaru dalam bidang sains mahupun teknologi," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian simposium itu.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal-Ehwal Antarabangsa UMT dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur UMTAS 2011, Prof. Madya Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhammad.

Menurut Fadillah, Malaysia kini dalam usaha menjadi hab penyelidikan dunia dengan memanfaatkan begitu banyak potensi dengan kepelbagaian sumber yang ada.

Justeru, katanya, institusi penyelidikan seperti UMT perlu terus memainkan peranan penting dalam menjayakan kegiatan pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta idea inovatif ke peringkat lebih tinggi seiring dengan proses transformasi negara.

Dalam pada itu, beberapa peserta simposium yang ditemui berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan pada masa depan.

Menurut pelajar jurusan Sarjana Sains Kimia dari UMT, Rosmadila Abd. Rahman, 23, dengan menyertai program tersebut, dia dapat bertukar-tukar pandangan dengan peserta selain menambah ilmu pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.

"Ini kali pertama saya turut serta dalam simposium seperti ini dan ternyata simposium ini sungguh bermanfaat," katanya.

Pendapat Rosmadila turut dipersetujui oleh rakannya, Nor Hidayati Sudin, 23, yang menyifatkan simposium itu penting dalam melahirkan para saintis baru negara pada masa hadapan.

Sementara itu, seorang lagi peserta, Sheikh Eldin Mohamed Elamin Elnaeim, 35, memberitahu, simposium itu berguna dalam membangunkan negaranya iaitu Sudan agar maju setapak lagi dalam bidang sains dan teknologi.

Justeru, bekas pensyarah dari Fakulti Sains Marin dan Perikanan, Red Sea University, Port Sudan itu berkata, dia tidak melepaskan peluang mengikuti simposium itu bagi menambah pengetahuannya mengenai penemuan terbaru dalam bidang itu.

"Simposium ini juga dapat membantu saya menjalankan kajian terperinci untuk pengajian saya," katanya yang kini sedang mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang yang sama di UMT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nikmati pandangan menakjubkan di puncak Gunung Berembun

Posted:

Nikmati pandangan menakjubkan di puncak Gunung Berembun

Nikmati pandangan menakjubkan di puncak Gunung Berembun


Sebahagian kakitangan UniSZA yang berjaya menawan puncak Gunung Berembun di Dungun, baru-baru ini.


DUNGUN 12 Julai - Pendakian setinggi 1,108 meter ke puncak Gunung Berembun dekat sini menyajikan pengalaman baru yang amat berharga bagi 30 kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), baru-baru ini.

Gunung Berembun itu tentunya sudah cukup tinggi buat mereka yang terpaksa memerah tenaga untuk mengatur langkah demi langkah di bawah kanopi hutan sebelum tiba di puncaknya dengan perasaan yang teruja dan sangat mendamaikan.

Ketua program itu, Baharin Salim berkata, kembara empat hari tiga malam itu bermula di tapak perkhemahan Hutan Lipur Air Terjun Cemerong dengan sesi taklimat senaman ringkas sebelum memulakan pendakian.

Dengan diiringi empat pemandu arah berpengalaman, ia satu peluang buat peserta untuk berjinak-jinak dengan dunia pengembaraan hutan dan gunung.

"Program itu amat memerlukan ketahanan mental dan fizikal kerana kami diingatkan tidak terlalu 'melayan' rasa kepenatan hingga hilang tumpuan untuk menatapi pemandangan dari puncak yang menakjubkan.

"Ia juga menuntut hasil semangat berpasukan dan komitmen yang tinggi semua pendaki dalam berhadapan dengan pelbagai kepayahan dan risiko seperti hujan lebat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Tambah Baharin, lokasi pertama di kaki Air Terjun Chemerong yang disimbahi percikan dan curahan air dari ketinggian kira-kira 500 meter merupakan saat yang begitu dinantikan peserta.

Katanya, gotong-royong dilakukan bagi membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan di kawasan perkhemahan Air Terjun Lansir.

"Walaupun aktiviti lasak ini jarang disertai, kejayaan mengharungi cabaran berkenaan kerana peserta telah membuat latihan secukupnya kira-kira dua minggu sebelum program bermula.

"Selain membuat latihan di Bukit Besar dan Bukit Pak Apil di Kuala Terengganu, kami sebelum itu telah melakukan ekspedisi di kaki Gunung Tebu di Lata Tembakah, Besut," katanya.

Kata Baharin, berada di puncak tidak bermakna kembara itu telah selesai kerana perjalanan turun dari gunung itu bagaimanapun benar-benar menguji kekuatan kaki peserta, ditambah dengan permukaan yang licin kerana hujan.

"Walaupun tidak berpeluang menyaksikan matahari terbit kerana pemandangan terhalang oleh kabus tebal, kami berazam untuk meneruskan pendakian ke gunung-gunung yang lebih tinggi dan mencabar," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Malaysia rakan Turkmenistan

Posted:

Malaysia rakan Turkmenistan

Malaysia rakan Turkmenistan

Oleh Mohd. Kamil Yusuff


NAJIB Tun Razak diiringi Gurbunguly Berdimuhammedov melambai kepada hadirin yang menanti ketibaan dua pemimpin itu untuk merasmikan secara bersama Tapak Rawatan Gas dan Terminal Gas Petronas di Kinyali, Turkmenbashy, semalam. – BERNAMA


TURKMENBASY 12 Julai – Turkmenistan melihat Malaysia sebagai rakan kongsi jangka panjang dalam pelbagai bidang pembangunan dan usaha sama, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, menurut Perdana Menteri, Malaysia perlu memahami aspirasi negara bekas Kesatuan Soviet itu supaya dapat memenuhi hasrat mereka serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara itu.

"Inilah hasrat kita untuk menjadi rakan kongsi yang baik khususnya dalam industri minyak dan gas di negara itu," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Turkmenistan, di sini hari ini.

Sebelum itu pada sebelah pagi, Perdana Menteri dan Presiden Turkmenistan, Gurbunguly Berdimuhammedov merasmikan bersama Tapak Rawatan Gas dan Terminal Gas Petronas di Kinyali.

Turkmenistan yang mencapai kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada 1991, menjadi tarikan kepada pasaran tenaga dunia kerana ia memiliki simpanan sumber gas asli keempat terbesar di dunia.

Penglibatan Malaysia dalam penerokaan minyak dan gas di negara Asia Tengah itu ialah melalui syarikat minyak nasional, Petronas pada 1996 dan pengeluaran pertama minyak bermula 10 tahun kemudian.

Perdana Menteri berkata, majlis perasmian tapak rawatan dan terminal gas itu menjadi mercu tanda kepada Turkmenistan dan Petronas sendiri dalam penerokaan sumber asli di negara itu.

"Ini adalah terminal dan tapak prosesan gas yang pertama bagi Turkmenistan. Bagi Petronas pula, ini adalah pelaburan terbesar iaitu AS$5.2 bilion di luar negara," ujarnya.

Kedua-dua projek tersebut berjaya meningkatkan keupayaan pengeluaran sebanyak 500 juta meter padu gas. Dijangka dalam fasa-fasa akan datang peningkatan pengeluaran gas akan menjadi kenyataan.

Najib juga memberitahu, sebagai komitmen, Petronas akan menambah pengambilan pelajar Turkmenistan untuk belajar di Universiti Petronas di Tronoh, Perak.

Dalam pada itu, katanya, beliau mempelawa Presiden Berdimuhammadev melawat Malaysia dalam masa terdekat ini.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kemudiannya berlepas ke London untuk lawatan empat hari di sana. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lawatan rasmi Najib ke United Kingdom amat bermakna

Posted:

Lawatan rasmi Najib ke United Kingdom amat bermakna

Lawatan rasmi Najib ke United Kingdom amat bermakna

Oleh Othman Mohamad

LONDON 12 Julai – Lawatan rasmi pertama Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ke United Kingdom (UK) yang bermula hari ini membawa pengertian cukup bermakna kepada pengukuhan hubungan yang sekian lama terjalin di antara dua negara dalam pelbagai bidang sedia ada serta penerokaan bidang baru seperti teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Peningkatan kerjasama tersebut yang kini menyaksikan UK sebagai rakan dagang ketiga terbesar di Eropah, dengan disokong pula oleh sesi dialog dan pertemuan beliau dengan peneraju industri dan institusi kewangan sepanjang lawatan rasmi empat hari ini sudah pasti akan menyokong matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Datuk Zakaria Sulong yang menyatakan keyakinan itu kepada wartawan Malaysia turut menjelaskan bahawa lawatan rasmi Najib ini adalah atas jemputan rakan sejawatannya, David Cameron yang merasakan kerjasama dengan Malaysia perlu digiatkan lagi.

Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengakhiri lawatan ke Turkmenistan semalam, tiba di sini 4 petang ini (11 malam waktu Malaysia). Beliau turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Najib pada Mei lepas turut berada di kota London ini tetapi atas platform lawatan kerja. Ketika itu antara lain beliau menyampaikan syarahan mengenai kempen kesederhanaan dan kefahaman antara tamadun di Universiti Oxford.

''Selepas mengambil alih jawatan Mei tahun lepas, Cameron yang memimpin kerajaan campuran melihat kerjasama dengan ekonomi-ekonomi kecil sebagai dasar yang turut diutamakan. Oleh itu kepimpinannya memperbaharui semula kerjasama dan meningkatkan hubungan dua hala dengan Malaysia dalam semua bidang termasuk tenaga hijau yang menyaksikan Barat telah jauh ke hadapan," kata Zakaria.

Buktinya, tambah beliau, Najib akan memberi tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormat di Pejabat Luar Negara dan Komanwel di sini pada Rabu. Beliau juga dijangka bertemu Cameron semasa di sini.

Upacara protokol itu biasanya diberikan kepada ketua negara dan bukannya ketua kerajaan dan ia amat jelas membuktikan London melihat begitu pentingnya hubungan dengan Kuala Lumpur dipertingkatkan semula.

''Pertemuan itu dijangka memberi nafas baru dalam pelbagai aspek dan dimensi hubungan antara kedua-dua negara.

'' Sejajar dengan objektif kita untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, lawatan ini akan menjadi pemangkin dalam memperluaskan lagi usaha sama sedia ada," jelasnya sambil menambah Perdana Menteri dan Rosmah dijadual menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham pada Khamis.

Zakaria menjelaskan pada masa ini dagangan antara dua negara memihak kepada Malaysia dan yakin ia dapat dipertingkatkan menerusi usaha-usaha baru ini.

Tahun lepas jumlah dagangan Malaysia-UK sebanyak RM13.03 bilion dengan import Malaysia sebanyak RM5.83 bilion dan eksport Malaysia ke UK sebanyak RM7.19 bilion. Tahun 2009 pula, nilai dagangan Malaysia-UK sebanyak RM13.09 bilion dengan import RM5.99 bilion dan eksport RM7.08 bilion.

Katanya, antara bidang dagangan yang boleh dipertingkatkan ialah soal pelaburan hartanah di London, perkhidmatan, dagangan dan pendidikan. Ketika ini terdapat kira-kira 17,500 pelajar Malaysia di UK dengan dua pertiga adalah biaya sendiri.

Untuk itu, Perdana Menteri akan menyertai sesi Meja Buat dengan para peneraju industri dan pengerusi pasaran modal selain menyampaikan ucaptama pada Forum Pelaburan Global yang disertai oleh para pelabur rantau Eropah.

Pada tahun ini, pelaburan syarikat Malaysia di UK dijangka mencecah jumlah yang besar dengan sasaran utama sektor hartanah di London dan perkhidmatan manakala pelaburan daripada UK pula pada tahun lepas adalah sebanyak RM339 juta berbanding 2009, RM286 juta.

Najib akan menyaksikan majlis menandatangani enam Memorandum Persefahaman (MoU) dalam pelbagai bidang termasuk mengenai menangani jenayah merentasi sempadan, kerjasama perkhidmatan kereta api, minyak dan gas, pendidikan tinggi dan latihan.

Dalam kerangka Malaysia melaksanakan sistem MRT di ibu negara, Perdana Menteri akan mengambil kesempatan semasa di sini untuk meninjau St. Prancras Internasional Railway Station yang menyaksikan rangkaian perkhidmatan kereta api laju ke Lille, Paris dan Brussels.

Zakaria berkata, Perdana Menteri juga dijangka menerangkan kepada pentadbiran Cameron mengenai resolusi Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) di Kuala Lumpur baru-baru ini serta berbincang mengenai isu-isu berkaitan CHOGM yang akan berlangsung di Perth, Oktober ini serta yang berkaitan dengan Peraturan Pertahanan Lima Negara yang turut melibatkan kedua-dua negara.

Dalam kerangka memupuk sikap kesederhanaan dan berkongsi pengalaman Malaysia, Najib juga akan menemui para pemimpin masyarakat Islam di UK pada Jumaat, hari terakhir lawatan rasmi.

Di luar lawatan rasmi, pada Sabtu, Perdana Menteri dijadual meninjau kilang Lotus milik Proton di Norwich. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM bangga Petronas angkat nama negara

Posted:

PM bangga Petronas angkat nama negara

PM bangga Petronas angkat nama negara

TURKMENBASY 12 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan kebanggaannya terhadap syarikat minyak negara, Petronas kerana terus mengangkat nama baik Malaysia di persada antarabangsa melalui kejayaan operasinya di Turkmenistan.

Menurut Perdana Menteri, dengan jumlah pelaburan lebih AS$5 bilion, kehadiran Petronas di negara bekas Kesatuan Soviet itu merupakan lambang keyakinan potensi masa depan industri minyak dan gas negara itu.

Beliau gembira kerana Petronas telah memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan ekonomi, tenaga, pendidikan dan tanggung jawab sosial.

''Perasmian Tapak Rawatan Gas Kiyanli dan Terminal Gas Petronas hari ini akan mempertingkatkan lagi operasi bersepadu kedua-dua negara," katanya ketika berucap pada majlis perasmian tersebut di sini hari ini.

Perasmian tersebut dilakukan bersama oleh beliau dan Presiden Tukmenistan, Gurbanguly Burdimuhmmedov.

Kiyanli ialah sebuah daerah di Turkmenbashi yang terletak kira-kira 600 kilometer dari ibu negaranya, Ashgabat.

Najib berkata, kejayaan Petronas menyiapkan segala kemudahan pengeluaran gas di Kiyanli dalam masa 17 bulan sahaja di sebalik cabaran fizikal dan persekitaran adalah hasil komitmen dan dedikasi semua pihak khususnya kerajaan negara ini.

Menurutnya, lebih AS$3.7 juta dilaburkan dalam program tajaan akademik sejak 1998, membolehkan 110 orang pelajar Turkmenistan belajar peringkat ijazah dalam program Elektrikal dan Elektronik, Mekanikal Kejuruteraan Awam dan Petroleum serta Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi Petronas.

Beliau berkata, sejak 2005, Petronas turut melabur AS$10.5 juta dalam program Latihan Teknikal, memanfaatkan 229 rakyat negara itu dalam pelbagai bidang perdagangan.

''Dengan komitmen anda kepada dasar buka pintu dan memastikan iklim pelaburan yang sesuai, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa Turkmenistan akan memainkan peranan penting di Asia Tengah tidak lama lagi," ujarnya.

Perdana Menteri yakin dengan sumber dan kedudukan strategiknya di antara China, Eropah, India dan Rusia, Turkmenistan akan muncul sebagai pengeluar dan pembekal utama gas asli.

Dalam hal ini, beliau gembira kerana Petronas telah memainkan peranan penting merealisasikan potensi Turkmenistan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat negara itu.

''Melalui penyediaan latihan skil berasaskan teknologi, pembinaan keupayaan profesional dan program tajaan pendidikan untuk rakyat Turkmenistan, semua itu membuktikan komitmen Petronas sebagai rakan jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi negara ini," ujarnya lagi.

Menurutnya, sejak perbincangan pertama dengan kerajaan Turkmenistan, sehingga termeterai Kontrak Perkongsian Pengeluaran pada Julai 1996, Petronas telah berjaya mencapai beberapa kejayaan penting dalam operasinya. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved