Utusan Online - Feminin |
Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT Gaya jalanan atau streetstyle sesuai digayakan oleh gadis lasak. BAGI gadis berhijab, tidak sukar untuk mengekalkan ciri-ciri manis dan sopan, lebih-lebih jika aktiviti seharian memerlukan anda banyak bergerak serta melibatkan aktiviti lasak. Tambah lagi jika pekerjaan yang dilakukan memerlukan anda bertemu dengan orang luar. Sudah pasti anda perlu menjaga penampilan dan dalam masa yang sama kekal dengan imej santun. Apa yang penting, anda perlu bijak memadankan pakaian yang sesuai dengan ciri-ciri gadis muslimah di samping menyerlahkan gaya mempesona. Minggu ini ruangan Trend menampilkan gaya jalanan atau lebih dikenali dengan streetstyle khas buat gadis berhijab yang lasak. Apa yang unik mengenai gaya jalanan ini ialah konsep layering yang menggabungkan penggunaan jaket, cardigan, kemeja dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, corak fesyen ini juga mempunyai elemen garisan, manakala variasi warnanya juga banyak terarah kepada warna gelap dan putih. Koleksi pakaian daripada Skullbeats Store, satu jenama tempatan yang kini semakin mendapat perhatian kerana rekaannya yang dekat dengan jiwa gadis remaja. Skullbeats Store juga mengeluarkan kemeja-T dengan corak yang unik di samping skirt labuh dengan corak terkini, dan blaus menggunakan kain yang selesa. Mari kita lihat padanan yang boleh digayakan oleh gadis berhijab dengan konsep jalanan bagi aktiviti seharian. - FATIEHAH/ NOORADZRENE MOHD. NOOR PENGHARGAAN: Facebook: https://www.facebook.com/skullbeatsstore Instagram: SKULLBEATSSTORE Pemilik: Ezleen Suhaiza Azzuri |
Janice selesa bergerak secara solo Posted: 24 May 2014 06:51 AM PDT Janice juga memiliki bakat melukis selain daripada menyanyi, mencipta lagu dan bermain alat muzik. Alunan gemersik suara uniknya memukau sesiapa sahaja yang mendengar. Selain mampu bermain pelbagai alat muzik seperti gitar, dram dan piano, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini juga pandai menggubah lagu. Janice Yap, 32, merupakan bekas anggota kumpulan Janice and The Supertank yang pernah mewarnai industri muzik tanah air suatu ketika dahulu. Peminat-peminat filem Istanbul Aku Datang lakonan mantap Lisa Surihani, Tomok dan Beto Khusyairy ini pasti masih mengingati lagu Kau Di Mindaku yang berjaya mendapat tempat di stesen radio popular tanah air. Walaupun kehidupan Janice semakin sibuk dengan tugasan baru sebagai penyampai radio di Capital FM, dia masih sudi meluangkan masa untuk bertemu .com di Galeri Petronas, KLCC baru-baru ini. Ketika bertemu, Janice amat teruja melihat hasil seni kontemporari yang dipamerkan di galeri tersebut, selain berasa bangga dengan buah tangan artis tempatan yang banyak mengetengahkan karya dalam bentuk budaya dan konteks sosial semasa. Pemenang persembahan solo terbaik tempatan bagi Malaysias BOH Cameronian Arts Awards 2007 dan pemenang pertandingan lagu terbaik dalam Battle Of The Band 2005 ini menjelaskan, dia kini tidak lagi bersama kumpulan tersebut dan lebih selesa bergerak secara solo. Jelasnya, keputusan yang diambil untuk keluar dari kumpulan tersebut memberi peluang dan kebebasan kepadanya untuk berkarya mengikut aliran muzik yang diminatinya. Setelah dua tahun meninggalkan kumpulan tersebut, Janice masih aktif berkarya mencipta lagu dan sedang dalam proses untuk melancarkan album solo pertamanya. Selain menulis lagu, saya juga ada menulis sebuah buku berkaitan bidang nyanyian yang kini dalam proses akhir untuk disiapkan. Buku ini dijangka dipasarkan pada bulan hadapan. Apa yang menarik mengenai buku ini adalah isi kandungannya banyak memberi pendedahan kepada orang ramai bahawa kita semua dikurniakan dengan kebolehan menyanyi. Setiap daripada kita sebenarnya boleh menyanyi jika tahu cara dan kaedah yang betul. Buku ini juga sesuai untuk semua golongan, tidak kira muda atau tua. Segala-galanya saya kongsi berdasarkan pengalaman sebagai guru vokal," katanya. Sememangnya wanita ini sangat berpengalaman dalam bidang seni muzik kerana sudah didedahkan dengan dunia muzik sejak berumur tujuh tahun. Sehingga kini, apa sahaja yang dilakukannya adalah atas dasar kecintaan kepada muzik dan seni. Berkongsi cerita terbaharunya dalam bidang penyampaian radio yang bermula tahun lalu, katanya, menjadi penyampai radio merupakan salah satu impiannya. Ini kerana bidang muzik yang diminatinya mempunyai perkaitan dengan kerjaya yang diceburinya sekarang. Namun begitu, katanya, gaya hidupnya kini sedikit berbeza apabila perlu bangun seawal pukul 4.00 pagi bagi memulakan segmen kendaliannya di radio pada pukul 6.00 pagi, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Pada mulanya memang agak kekok untuk menyesuaikan diri dengan perubahan jadual harian, akuinya, tetapi lama-kelamaan ia menjadi perkara biasa. Apa yang paling menarik mengenai cabang kerjaya ini, dia dapat berkongsi pandangan dan pendapat mengenai masalah wanita. Menurutnya lagi, segmen yang dikendalikan bersama Pamela Chong ini juga sangat bermanfaat buat diri sendiri kerana dapat belajar banyak perkara berkaitan perihal wanita, lebih-lebih lagi apabila sesuatu topik yang dibincangkan mendapat respons dan perhatian daripada pendengar. - Fatiehah/ SAIFUL BAHARI ASHARI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan