Utusan Online - Jenayah |
Zahida Rafik diberi tempoh failkan pembelaan Posted: 19 Jan 2014 09:13 PM PST KUALA LUMPUR 20 Jan.- Pelakon Zahida Rafik yang disaman oleh bekas pemandu peribadinya, Noor Azman Azemi diberikan masa oleh Mahkamah Tinggi KL sehingga 4 Febuari ini untuk memfailkan pembelaannya dalam saman atas kata-kata fitnah terhadapnya dalam sebuah akhbar harian. Tarikh itu ditetapkan oleh hakim Datuk Hue Siew Kheng ketika pengurusan kes saman itu di kamar beliau hari ini. Mahkamah sehubungan itu menetapkan 14 Febuari untuk pengurusan kes saman tersebut. Noor Azman, 39, memfailkan saman pada 27 November tahun lalu, dengan menamakan Zahida atau nama sebenarnya Zahida Mohamed Rafik, 38, pelakon yang pernah membintangi filem komedi 'Anak Mami The Movie,' sebagai pihak defendan. Noor Azman selaku pihak plaintif mendakwa, ekoran perkataan fitnah itu dia dan keluarganya terpaksa menanggung malu dan peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan pada masa kini dan akan datang telah terjejas. Selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, plaintif yang bekerja dengan pelakon itu selama tiga tahun bermula 2009, turut memohon perintah injuksi bagi menghalang defendan daripada terus memfitnahnya secara lisan, melalui media cetak atau internet. - UTUSAN ONLINE |
Operasi mencari mangsa lemas dipertingkat Posted: 19 Jan 2014 08:29 PM PST BALIK PULAU 20 Jan. - Operasi mencari dan menyelamat Ku Muhmad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, yang masih hilang selepas dipercayai lemas dalam kejadian di Pantai Keracut di sini kelmarin dipertingkatkan. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, J. Vijayan berkata, operasi mencari mangsa diteruskan kira-kira pukul 9 pagi ini. "Bagi memperluaskan operasi mencari, pasukan penyelamat telah membuat pembahagian zon bersama agensi-agensi yang terlibat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSANONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan