Isnin, 30 Disember 2013

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Seelan Paul dilantik COO Rangkaian TV Media Prima

Posted: 30 Dec 2013 02:02 AM PST

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Media Prima Bhd., kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, hari ini mengumumkan pelantikan Seelan Paul sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Dalam satu kenyataan hari ini, Media Prima dan unit-unit operasi lain di bawah RTMP.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan RTMP, Ahmad Izham Omar berkata, pelantikan itu akan mengukuhkan lagi operasi televisyen RTMP dalam mengharungi cabaran landskap media yang sering berubah.

Selain tanggungjawab baharunya itu, Seelan akan meneruskan peranannya sebagai CEO Rangkaian Radio Media Prima (RRMP).

Seelan menyertai Media Prima pada 2005 sebagai pengurus Rangkaian bagi Rangkaian Radio dan kemudiannya dilantik sebagai CEO RRMP pada Ogos 2011, selepas memainkan peranan penting dalam kejayaan HotFM, FlyFM dan OneFM.

Beliau juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Strategi bagi Rangkaian Televisyen pada November 2012. - BERNAMA

Penyanyi, komposer cilik

Posted: 29 Dec 2013 09:56 PM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED

BAKAT yang dimiliki oleh Hazury jarang ada pada kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

KANAK-kanak yang berbakat dalam bidang nyanyian memang ramai. Mereka ada di mana-mana di seluruh dunia. Ramai di antara mereka biasanya sekadar menyanyikan lagu-lagu popular yang telah sedia ada.

Namun, tidak ramai penyanyi kanak-kanak yang bukan setakat boleh menyanyi, tetapi pada masa sama berbakat menggubah lagu, menulis lirik dan sekali gus mempersembahkan karya mereka di atas pentas persembahan.

Dunia seni suara tempatan boleh berbangga dengan kemunculan Hazury sebagai penyanyi. Ini kerana, penyanyi cilik itu memiliki tiga kebolehan tersebut. Pada usia lapan tahun, dia layak digelar penyanyi merangkap komposer (singer songwriter) baharu.

Malah, menurut Hazury atau nama penuhnya Muhammad Hazury Amin Harrith, dia juga mula belajar bermain gitar ketika berusia enam tahun. Semua itu katanya kerana sokongan serta tunjuk ajar daripada bapanya.

"Saya mula bermain gitar kira-kira dua tahun lepas. Saya boleh bermain gitar selepas tiga bulan diajar oleh bapa. Selepas itu, bapa telah membelikan saya sebuah gitar kapok jenama RC Storm dengan harga RM89.

"Gitar itu saiznya sedikit kecil berbanding saiz biasa bagi memudahkan saya bermain. Sejak itu, saya semakin minat bermain gitar sampailah sekarang," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Hazury baharu sahaja selesai mengadakan persembahan sempena Forum Muzik anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Semasa persembahan itu, penyanyi kecil berasal dari Kemaman, Terengganu itu telah menyanyikan lagu berjudul Jeritan Batinku yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee secara akustik dengan gaya tersendiri.

Malah, anak ketiga daripada empat beradik ini berjaya menarik perhatian kira-kira 300 hadirin dalam dewan itu apabila dia menyanyikan sebuah lagu ciptaannya bertajuk Penghibur Jalanan juga dalam versi akustik.

Ramai hadirin yang terdiri daripada komposer, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik yang menghadiri forum itu bukan sahaja terpegun dengan persembahan Hazury tetapi turut tertanya-tanya akan kemunculannya itu.

Jelas penyanyi kanak-kanak bersuara lantang ini, dia juga begitu teruja apabila dijemput mengadakan persembahan oleh RIM. Apatah lagi katanya, itu adalah persembahan pertamanya yang diadakan di ibu negara.

"Kebetulan sekarang ini cuti sekolah, jadi saya tidak ada masalah untuk menyanyi. Lebih-lebih lagi sampai di Kuala Lumpur. Sebelum ini saya biasanya menyanyi di sekolah saya di Chukai dan juga sekitar Kemaman sahaja," ujarnya petah berbicara.

Dapat banyak tawaran menyanyi

Sungguhpun bakat yang ada pada Hazury itu telah dikesan oleh bapanya dua tahun lalu tetapi dia hanya mencipta nama sekitar Ogos lalu. Banyak pihak termasuklah agensi-agensi kerajaan yang senang dengan bakatnya itu.

Jelas pelajar Sekolah Rendah Chukai, Kemaman ini, sejak empat bulan lepas dia banyak menerima tawaran menyanyi di sekitar Kemaman dan Kuantan, Pahang dalam majlis-majlis tertutup yang diadakan di dua bandar itu.

Antaranya pada majlis Hari Raya Aidilfitri yang diadakan sekitar Kuantan dan Kemaman. Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Kebudayaan Pahang antara agensi kerajaan yang pernah menjemput Hazury beraksi di majlis anjuran mereka.

"Selain itu, kalau ada majlis-majlis seperti sambutan Hari Guru peringkat sekolah saya selalu disuruh mengadakan persembahan. Saya menyanyi secara percuma tetapi kalau di luar dapat bayaran sampai RM300 dan ke atas.

"Biasanya paling banyak saya akan menyanyi dalam enam buah lagu sahaja. Saya menyanyikan bermacam-macam jenis lagu. Ada lagu Melayu, Inggeris dan Arab. Tetapi rock adalah jenis lagu yang saya paling suka sekali," jelasnya.

Menurut Hazury, bapanya amat memberi galakan kepadanya untuk menceburi bidang muzik. Meskipun bidang itu kini tidak lebih sekadar hobi tetapi pada masa sama ia turut memberinya 'duit poket' sewaktu cuti persekolahan ini.

Pada masa sama, dia juga tidak lupa untuk berlatih bermain gitar pada setiap hari bagi memudahkannya mengadakan persembahan. Bapanya adalah orang yang paling banyak mengajarnya bermain gitar.

Malah, tanpa disedari Hazury, dia secara tidak langsung telah berkongsi minat bapanya yang merupakan seorang peminat muzik rock. Kata Hazury, bapanya banyak mengajarnya menyanyikan lagu-lagu rock malar segar.

"Biasanya kalau berlatih bermain gitar di rumah saya mengambil masa sampai dua jam. Selain itu, pada hujung minggu bapa ada mengajak saya busking atau menyanyi di tempat-tempat tumpuan orang ramai sekitar Kemaman.

"Ramai orang yang menghulurkan duit. Kadang-kadang saya boleh dapat sampai RM80 setiap kali basking. Cara ini dapat memantapkan lagi persembahan yang mana saya sekarang tidak kekok untuk menyanyi di atas pentas," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved