Utusan Online - Megabait |
Rakam sukan lasak dengan bergaya Posted: 02 Nov 2013 05:13 AM PDT PAPARAN LCD antara kelebihan INTOVA Sports HD. IDANG sukan lasak kian menjadi pilihan para remaja hari ini, tidak kira yang suka berenang, menyelam, terjunan bebas, mendaki gunung, sukan permotoran dan sebagainya. Semua aksi lasak itu tidak lengkap jika tidak dapat dirakamkan untuk tatapan orang lain dan sebagai kenang-kenangan di masa hadapan. Menyedari itu, pengeluar produk kamera kian berlumba-lumba menyediakan pelbagai gajet yang dikhususkan untuk tujuan itu, antaranya Intova yang mengeluarkan kamera khusus untuk aktiviti sukan. Intova Sport HD adalah antara kamera sukan lasak yang terdapat di pasaran kini. Ia memberikan kepuasan kepada pemiliknya dalam merakamkan aksi-aksi menarik. Memiliki paparan LCD yang tidak ada pada kamera sukan lasak lain memberikannya satu nilai tambah yang menarik untuk dimiliki, lebih-lebih lagi kepada pengguna amatur. Paparan LCD ini mampu memberikan kedudukan sudut (angel) kamera yang lebih baik daripada meletakkannya sesuka hati dan mungkin akan membuatkan rakaman yang dibuat tidak cantik. Kamera ini menyediakan dua mode rakaman iaitu video dan foto yang mana kedua-duanya memberikan paparan yang jelas dan terang dengan resolusi penuh (FullHD) 1080 piksel. Rakaman video sememangnya amat menarik dengan fungsi rakaman tanpa gegar yang amat berguna ketika merakamkan aksi sukan lasak. Bagi mode kamera pula, ia menyediakan beberapa piksel yang boleh dipilih mengikut cita rasa pengguna yang mahukan rakaman lebih jelas dan saiz lebih besar untuk satu-satu rakaman. Ia menyediakan 3, 5, 8 dan 12 megapiksel yang boleh diselaraskan dengan pengguna yang mahu menyimpan data besar atau kecil, selain data untuk rakaman video kelak. Lebih menarik, bagi rakaman foto, pengguna boleh membuat zoom sejauh 4x zoom digital yang mana fungsi ini jarang ada pada kamera lasak lain. Selain itu, pelbagai mode dan kesan efek boleh diselaraskan mengikut kehendak pengguna daripada sepia, seni, vivid dan sebagainya. Intova ini didatangkan bersama bekas kalis air untuk rakaman di dalam laut mahupun tempat berair sedalam 60 meter. Sudah pasti ia akan memberikan kebebasan kepada pengguna untuk melakukan rakaman walaupun sedang berenang, bermain kayak, menyelam mahupun ketika hujan. Ia menjadikan Intova sebuah kamera lasak yang cukup bagus terutamanya untuk mereka yang baru menceburi bidang ini kerana lebih mudah dikendalikan berbanding kamera lasak lain. Dengan harga lebih rendah daripada kamera lasak lain, menjadikan kamera ini antara pilihan yang tepat jika dibandingkan dengan ciri-ciri yang dimilikinya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan