Utusan Online - Keluarga |
Posted: 01 Nov 2013 11:27 AM PDT BAGI menangani masalah generasi Y, teknik komunikasi amat penting dan perlu terus mengikut peredaran zaman. - Gambar Hiasan ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada .com yang memberi ruang kepada remaja untuk mengutarakan apa jua penulisan dalam ruangan Bicara Remaja. Seperti yang kita tahu, remaja terkenal dengan darah muda atau sukar untuk ditegur apabila berada di satu-satu situasi yang dirasakan mereka betul dengan apa yang dilakukan. Jika terus digasak dengan pelbagai soalan mahupun arahan, mungkin akan berlaku perselisihan faham mahupun pergaduhan di antara orang tua dan anak-anak mereka. Justeru, adalah lebih baik orang tua mempelajari teknik-teknik komunikasi yang betul dan mengalah dalam sesetengah perkara bagi memberi laluan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Remaja hari ini bukan seperti remaja dahulu kerana rata-rata mereka lebih terdedah dengan pelbagai sumber luar seperti internet, rakan sebaya, media massa dan juga pemerhatian seharian yang mereka lalui. Mengalah bukan bererti kalah, dan orang dewasa juga pernah merasai muda dan remaja. Saya percaya mereka faham apa yang anak-anak mereka rasa berbanding memaksa perkara-perkara yang mereka tidak suka. Di usia remaja inilah mereka mahu mencuba perkara baru bagi mencorak kehidupan dewasa pada masa akan datang. Mungkin ada sesetengah ibu bapa sudah menetapkan pilihan untuk masa depan anak-anak mereka. Namun sejauh mana kita lihat ia berhasil, sudah pasti ada pilihan yang mereka mahukan dan ibu bapa perlu memberi galakan serta bimbingan yang betul agar mereka tidak keluar dari landasan. Bukannya membangkang, menghalang dan turutkan apa yang ibu bapa mahu sahaja. Anak-anak remaja juga mempunyai akal fikiran yang bernas dan mungkin boleh memberikan cadangan lain, selain apa yang telah ditetapkan oleh ibu bapa. Apa yang penting kini, bagi menangani masalah generasi Y, teknik komunikasi amat penting dan perlu terus mengikut peredaran zaman, barulah ibu bapa dan anak-anak mampu untuk hidup bahagia. Jangan hanya merasakan ibu bapa sahaja betul dan anak-anak semua salah, biarkan anak remaja pilih jalan yang mereka minat dan lakukan apa yang mereka suka. Ia akan lebih bermakna. KHAIRUL ANUAR MUSA Gelang Patah, Johor |
Posted: 01 Nov 2013 11:27 AM PDT LETAKKAN penggilap besi pada kain dan sapukan pada extractor. SIAPA yang tidak sayang kenderaan kepunyaan sendiri, sudah pasti kamu menjaganya dengan elok dari luaran sehingga dalaman. Tidak kira basikal, motosikal ataupun kereta, besi merupakan elemen yang paling banyak digunakan dalam pembuatan bahagian-bahagian penting termasuk aksesorinya. Boleh dikatakan setiap minggu atau setiap bulan, kamu akan menghantar kenderaan kamu ke pusat mencuci, lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh. Bayaran untuk mencuci kebiasaannya agak murah tetapi bayaran tinggi akan dikenakan untuk perkhidmatan menggilap, bergantung kepada jenis kenderaan dan juga jenis bahan pengilap yang digunakan. Namun begitu, terdapat bahagian berkilat seperti krom yang memerlukan bahan khas dan tempoh yang agak lama untuk digilap. Minggu ini, .com mencuba sendiri kaedah untuk menggilap bahagian penting pada motosikal iaitu extractor yang sesuai untuk dikongsikan bersama pembaca. Dengan kos rendah dan masa yang singkat, kamu boleh lakukan sendiri di rumah, selain ia dapat mengisi masa lapang hujung minggu kamu. Untuk pengetahuan pembaca, bahan penggilap yang digunakan ini boleh digunakan bagi mana-mana bahagian besi yang berkilat. Selamat mencuba. - AZRIN/FAUZI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan