Utusan Online - Luar Negara |
Perancis mahu Israel hentikan pembinaan penempatan Yahudi Posted: 18 Nov 2013 09:26 AM PST RAMALLAH 19 Nov. - Presiden Perancis, Francois Hollande semalam meminta Israel supaya menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah yang diduduki Palestin dengan menyifatkan tindakan itu menghalang peluang perjanjian damai dengan Palestin. "Demi kepentingan keamanan dan untuk mencapai perjanjian itu, Perancis meminta supaya pembinaan penempatan (Yahudi) dihentikan kerana ia menjejaskan penyelesaian dua negara, kata Hollande dalam sidang media bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Sementara itu, Abbas menegaskan bahawa rundingan damai dengan Israel akan diteruskan seperti yang dipersetujui sebelum ini. - REUTERS |
Mandela stabil tetapi kritikal Posted: 18 Nov 2013 09:25 AM PST JOHANNESBURG 19 Nov. - Kesihatan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela `masih stabil tetapi keadaannya kritikal, menurut kerajaan negara ini yang mengeluarkan maklumat terkini tentang kesihatan Mandela kali pertama sejak September lalu. "Kesihatan bekas Presiden masih kekal sama, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan selepas Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma melawat ikon anti-aparteid itu di rumahnya, semalam. Mandela, 95 dibenarkan keluar pada 1 September lalu bagi menerima rawatan penjagaan lanjut di rumahnya selepas berada di hospital selama tiga bulan akibat jangkitan paru-paru. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan