Isnin, 18 November 2013

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Gerak tersingkir MLM kerana kurang peminat

Posted: 18 Nov 2013 01:27 AM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR

SHAH ALAM 18 Nov. - Kumpulan Gerak mengakui kurang peminat antara punca mereka disingkirkan daripada Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM) di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam pada persaingan minggu pertama pertandingan tersebut.

Gerak yang dianggotai oleh Nor Azhar Buyong, 44, Che Mat, 29, dan Mohd Fadzil Mond Nasir, 34, turut menjelaskan ia antara lain kerana mereka masih baru berbanding para peserta MLM lain yang lebih senior dan telah mempunyai ramai peminat sendiri.

"Mungkin kami masih baru dan para penonton tidak kenal kami lagi berbanding peserta senior seperti Nabil, Sepahtu dan Jambu yang pernah menyertai MLM sebelum ini. Itulah cabaran yang terpaksa dilalui dan kami akur dengan keputusan ini," komen Nor Azhar.

Dalam persembahan minggu pertama itu, Gerak mendapat markah terendah sebanyak 4.67 peratus yang mana kumpulan Sepahtu muncul peserta dengan markah paling tinggi iaitu 80 peratus markah pada pertandingan terbitan Astro Warna itu. - UTUSAN ONLINE

Adi Putra tidak akan berahsia dengan anak

Posted: 18 Nov 2013 12:18 AM PST

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Aktor kacak, Adi Putra, 32, tidak akan merahsiakan kisah kontroversinya daripada anaknya, Zara Adelia Haadi.

Jelas Adi, dia akan berterus-terang dengan Zara yang kini berusia setahun apabila tiba masanya kelak.

"Saya mahu dia tahu perkara sebenar daripada saya. Mungkin sekarang dia tidak tahu apa-apa tetapi apabila sudah tiba masanya, saya akan beritahu perkara sebenar.

"Biar dia mendengar sendiri penjelasan saya daripada mendapat tahu melalui Internet atau daripada orang lain," katanya yang ditemui pada majlis Jelajah Anugerah Skrin 2013 di sini, semalam.

Sebelum ini, Adi Putra terlibat dengan kontroversi skandal melibatkan seorang wanita yang merupakan isteri orang dan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.

Mengulas mengenai perkembangan kontroversi itu, jelas Adi, dia masih lagi menantikan keputusan akhir mengenai perkara ini.

"Saya masih lagi berpegang kepada janji. Sekiranya keputusan itu sudah diketahui, saya akan umumkan kepada semua orang.

"Lagipun buat masa ini, perkara ini tidak menganggu kerjaya seni saya dan diri saya. Rasanya, kalau saya tertekan, pasti saya tidak hadir ke majlis yang sudah pasti ada kehadiran wartawan," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana hingga kini, dirinya masih diambil berat dan masih ada yang mahu mengambil tahu mengenai perkembangan dirinya.

"Apa yang orang nak kata itu adalah hak masing-masing. Saya tidak boleh halang. Tetapi saya bersyukur kerana sehingga kini , masih ada orang yang menyayangi diri saya," ujarnya.

Dalam pada itu, kongsi Adi lagi, dia kini dalam perancangan untuk melakukan perniagaan berbentuk barangan mandian. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved