Utusan Online - Utara |
- Lima beradik yatim piatu dibantu
- Program amal bakar lemang
- Balik Pulau pusat pelancongan utama - Hilmi
Lima beradik yatim piatu dibantu Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT Oleh ANI AWANG RAJALUDIN Abdul Aziz (kanan) menyampaikan bantuan untuk menyambut Aidilfitri kepada sebuah keluarga adik beradik yatim piatu di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. - utusan/sazali che din BUTTERWORTH 6 Ogos - Persiapan lima beradik yatim piatu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tercapai apabila Syarikat Subaidah Holdings Sdn. Bhd. memberikan bantuan RM1,500 dan barangan makanan di Rumah Pangsa Taman Pantai Bersih di sini, hari ini. Lima beradik itu, Sajahan Mohd. Yusoff, 47; Nazir Khan, 52; Mohd. Raffi, 53; Salim, 43; dan Nazirah Begum, 48, kematian ibu, Sabar Bee Md. Kassim pada Mei lalu manakala ayah mereka beberapa tahun lalu. Nazir Khan berkata, bantuan ini dapat meringankan bebannya adik-beradik dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri ini. "Saya berterima kasih kepada Syarikat Subaidah kerana prihatin dengan nasib yang dialami kami," katanya. Majlis penyerahan bantuan disempurnakan oleh Pengarah syarikat itu, Jahabudin Abdul Aziz dan Rajaludin Abdul Aziz. Nazir Khan berkata, dia yang bekerja sebagai tukang cuci di pusat penjaja di sini dengan pendapatan RM700 sebulan menjadi tempat adik-beradiknya menumpang kehidupan. "Wang gaji saya gunakan untuk membeli barangan keperluan rumah, membayar bil air dan elektrik," ujarnya. Sementara itu, Rajaludin berkata, bantuan itu dapat meringankan beban lima adik-beradik ini dalam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri. "Ini adalah tanggungjawab sosial syarikat untuk membantu mereka yang memerlukan agar dapat berhari raya dengan sempurna," katanya. Katanya, pihaknya juga membantu 450 orang anak yatim dan miskin pada bulan Ramadan ini. |
Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI DR. Kamarudin Hussin (tengah) menunjukkan cara memasukkan beras pulut ke dalam buluh kepada pelajar-pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Perlis dalam program 'Jom Bakar Lemang' di rumah Kelab Media Perlis, Kangar, semalam. - BERNAMA KANGAR 6 Ogos - Ketika ramai umat Islam bercuti untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri, seramai 200 Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis masih bertungkus lumus mengatur pelbagai program kebajikan di negeri ini. Antaranya, program 'Jom Bakar Lemang' anjuran sukarelawan berkenaan bersama-sama Kelab Media Perlis (KEMPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diadakan di pekarangan kelab tersebut di Jalan Sekolah Derma di sini hari ini. Program tahunan kali kedua itu melibatkan 200 sukarelawan yang memberi tumpuan kepada kerja-kerja kesukarelaan di seluruh Perlis. Sebanyak 80 kilogram pulut disediakan untuk membakar 500 batang lemang sebelum ia dibahagikan sesama sukarelawan yang sebelum ini banyak terlibat dalam membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri. Yang turut hadir Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin; Pengarah JKM Perlis, Abdullah Ali dan Presiden Persatuan Radio Amatur Melayu Malaysia (ASTRA), Datuk Bahari Taib dan Presiden KEMPs, Adnan Jahaya. Selain itu, lemang-lemang berkenaan turut diagihkan kepada kumpulan sasaran termasuk warga emas dan golongan kurang upaya. Lebih menarik kali ini, UniMAP turut membawa pelajar antarabangsanya untuk merasai suasana persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri termasuk membakar lemang yang menjadi tradisi masyarakat di negara ini. Para sukarelawan tersebut terdiri daripada pelbagai peringkat antaranya dari Kelab 4x4 Negeri Perlis, St. John Ambulance Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Persatuan Bekas Perajurit Negeri Perlis, ASTRA dan individu yang berdaftar sebagai sukarelawan JKM. |
Balik Pulau pusat pelancongan utama - Hilmi Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT HILMI YAHAYA BALIK PULAU 6 Ogos - Kemudahan inap desa di kawasan Balik Pulau akan diberi suntikan baharu dengan memperkenalkan pakej menarik sebagai daya tarikan utama kepada pelancong asing yang berkunjung ke Pulau Pinang. Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini kira-kira 100 pengusaha inap desa di kawasan ini hanya menyediakan kemudahan penginapan sedangkan persekitarannya tidak diambil kesempatan oleh mereka untuk dijadikan daya tarikan pelancongan. Sehubungan itu jelasnya, jalinan kerjasama akan diwujudkan di antara pengusaha inap desa terbabit dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk memperkenalkan pakej pelancongan menarik khususnya kepada pengunjung dari luar negara. "Balik Pulau berpotensi sebagai pusat pelancongan utama di negeri ini berikutan banyak keistimewaan ada di sini berbanding kawasan lain seperti kehijauan, kemudahan inap desa, kebun durian dan kampung tradisional. "Pelancong asing yang datang ke sini tidak suka tinggal di hotel. Mereka nak lihat budaya kita, nak merasai cara hidup kampung dan inap desa adalah paling sesuai untuk diketengahkan," katanya kepada pemberita dalam majlis berbuka puasa di kediamannya di sini malam tadi. Hilmi menambah, Balik Pulau juga boleh dipromosi sebagai pintu masuk kedua ke Taman Negara Teluk Bahang sekiranya kawasan ini semakin dikenali pelancong. Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq pula memberitahu, pengusaha inap desa yang beroperasi secara individu akan digabungkan bagi memperluaskan jaringan mereka. Dengan penggabungan sedemikian jelasnya, lebih banyak penambahbaikan dapat dibuat bagi mempromosi kemudahan inap desa di situ. Pada perkembangan berkaitan beliau berkata, sektor pelancongan merupakan antara penjana utama ekonomi Koridor Utara selain pembuatan dan pertanian. Sementara itu, kira-kira 500 warga emas dan anak yatim diraikan dalam majlis berkenaan. Kesemua mereka menerima duit raya sumbangan NCIA dan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan