Utusan Online - Pemotoran |
Posted: 19 Aug 2013 11:14 AM PDT VIOS 1.5J baharu tidak mengalami peningkatan harga walaupun mempunyai pelbagai penambahbaikan. KUALA LUMPUR 19 Ogos - Kereta Toyota Vios baharu kini sudah boleh ditempah di seluruh negara dengan jangkaan harga bermula dari RM73,213.50 untuk model 1.5J manual. UMW Toyota Motor dalam kenyataannya menyatakan, kereta berkenaan hadir dengan rekaan luar yang dinamik, prestasi yang menjimatkan petrol dan sistem keselamatan yang terbaik. Presidennya, Datuk Ismet Suki berkata, Vios baharu menawarkan teknologi dan spesifikasi yang lebih baik daripada model sebelum ini dengan harga yang berpatutan. "Kereta ini dilengkapi sistem kunci pintar dengan butang kawalan mula/henti enjin, rekaan kabin baharu yang lebih selesa serta penggunaan bahan bermutu tinggi. "Sistem penyerap hentak dan stereng juga telah dipertingkat untuk memastikan keselesaan maksimum dan kestabilan kawalan," katanya. Tiada peningkatan harga bagi model 1.5J walaupun terdapat pelbagai penambahbaikan telah dilakukan berbanding model sebelum ini, manakala sedikit peningkatan harga bagi model 1.5 TRD Sportivo, 1.5G dan 1.5E. |
Suprima S 'pembawa perubahan' kepada Proton Posted: 19 Aug 2013 11:14 AM PDT Model baharu Proton Suprima S menampilkan reka bentuk dan kualiti seperti kereta jenama antarabangsa. KUALA LUMPUR 19 Ogos - Proton Suprima S yang baru dilancarkan bakal menjadi 'pembawa perubahan' dalam menambah baik standard dan kualiti kereta pengeluar kereta nasional itu dan mengubah persepsi awam terhadap Proton, kata Hong Leong Investment Bank, hari ini. Ia berkata, pelancaran Suprima S akan meningkatkan penawaran produk Proton dan membantu mengembalikan semula keyakinan pasaran dan bahagian pasaran. "Kami menjangka Suprima S mendapat sambutan positif daripada orang ramai, sama dengan pelancaran Saga SV sebelum ini pada pertengahan Jun, yang menerima lebih 20,000 tempahan," kata bank pelaburan itu dalam satu nota. Variasi Proton baharu itu berharga antara RM76,000 dan RM80,000 dan berjaya memperoleh penarafan lima bintang daripada Australasian New Car Assessment Programme dan dikatakan lebih baik daripada model hatchback kelas sama lain yang berada dalam pasaran Malaysia berharga di atas RM120,000. Bank itu mengekalkan penarafan 'beli' bagi DRB-Hicom dengan harga sasaran tidak berubah pada RM3.36. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan