Utusan Online - Kota |
- Mudahkan pemantauan
- JLKN perkenal modul Keselamatan Jalan Raya
- Kembara Sahur Merdeka Raya diteruskan
Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) beramah mesra dengan para pengunjung bazar Ramadan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur ketika lawatan turun padang ke bazar berkenaan, semalam. - BERNAMA KUALA LUMPUR 4 Ogos - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mengeluarkan lesen kepada penjaja bergerak haram di ibu negara dalam usaha memastikan aktiviti jualan itu lebih terkawal. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah tersebut juga bagi memantau penglibatan warga asing yang kebanyakan daripada mereka menjaja secara bergerak menggunakan troli. Menurutnya, permohonan lesen itu akan ditawarkan kepada para penjaja terutama di kawasan-kawasan tumpuan seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India. "Kita bukan tidak membenarkan golongan ini (peniaga tempatan) menjaja secara bergerak tetapi beberapa syarat perlu dipatuhi termasuk lokasi dipilih tidak mengganggu lalu lintas,"katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi turun kali kedua sekitar Jalan TAR dan Jalan Masjid India, di ibu negara hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja DBKL, Rolan Abdul Rahman. Tambah Tengku Adnan, DBKL juga menggunakan kaedah berbeza pada tahun ini dengan memberi nasihat atau amaran terlebih dahulu kepada penjaja bergerak tersebut. "Namun, kita tidak membiarkan sahaja mereka selepas diberi amaran, kerana saya pesan kepada penguat kuasa agar nasihat dahulu dan kalau masih berdegil baru tindakan diambil. "Sejak awal Ramadan lalu, sebanyak 43 peniaga telah dikenakan tindakan kerana tidak mempunyai lesen selepas berkali-kali diberi amaran" ujarnya. Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Adnan turut memuji penganjur dan para pegawai DBKL yang menjalankan tugas bagi memastikan tidak ada peniaga tempatan mengambil peluang meng'alibaba' lesen kepada warga asing. "Lawatan hari ini susulan daripada tinjauan pertama saya tempoh hari untuk memastikan penganjur mematuhi segala arahan yang diberikan. "Saya dapati mereka akur agar jangan disewa kepada orang asing, kecuali hanya seorang peniaga tempatan dikenakan tindakan sita selepas didapati menyewa petak niaga kepada warga asing,"katanya. |
JLKN perkenal modul Keselamatan Jalan Raya Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT KUALA LUMPUR 4 Ogos - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memperkenalkan modul Keselamatan Jalan Raya kepada pelatih Siri 3/2013 bagi memastikan mereka sentiasa peka terhadap isu keselamatan. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata modul yang diwujudkan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) itu akan bermula pada 15 Ogos depan. "Sebagai permulaan, modul itu akan diperkenalkan di 14 pusat latihan iaitu sebuah di setiap negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Keselamatan Jalan Raya Aidilfitri 2013 anjuran Briged Sukarelawaan Khidmat Negara (BSKN) di Plaza Tol Batu 11, Cheras di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Pengarah JKJR, Datuk Dr. Tam Weng Wah. Tambah Abdul Hadi, modul itu diperkenalkan bagi memberi kesedaran kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya semasa berada di jalan raya. Sementara itu, katanya seramai 420 anggota BSKN menyertai kempen keselamatan jalan raya yang dilancarkan secara serentak di 14 lokasi plaza tol dan jalan utama setiap negeri sempena Aidilfitri. "Kami akan mengedarkan risalah yang memaparkan mesej berkaitan keselamatan kepada penguna jalan raya yang melalui jalan-jalan anggota kempen itu berkumpul," katanya. Dalam program itu, penukaran topi keledar baharu kepada penunggang motosikal turut dilakukan. |
Kembara Sahur Merdeka Raya diteruskan Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT SHAH ALAM 4 Ogos - Sempena sambutan Ramadan dan Hari Kemerdekaan negara ke-56 pada 31 Ogos ini, Pergerakan Puteri UMNO Shah Alam telah menganjurkan Kembara Sahur Merdeka Raya baru-baru ini. Ketuanya, Shuratini Abdul Rahman berkata, program tersebut sudah memasuki edisi tahun keempat bagi memeriahkan Ramadan dan mengingati kemerdekaan negera. ''Tahun lepas kita singgah di 16 tempat untuk mengagihkan juadah bersahur sambil mengedarkan Jalur Gemilang tetapi tahun ini kita buat hanya di lapan tempat sahaja. ''Kita singgah di balai-balai polis, bomba dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di bandar raya ini bersama 100 ahli Puteri UMNO Bahagian Shah Alam dengan menaiki lebih 30 buah kereta," katanya kepada pemberita selepas program tersebut berakhir di Bangunan UMNO Bahagian Shah Alam di sini baru-baru ini. Shuratini berkata, sambutan yang diterima dari orang ramai amat menggalakkan di semua tempat yang dilalui oleh konvoi Kembara Sahur Merdeka Raya tersebut. Katanya, program bersifat mengimarahkan bulan Ramadan dan menjana semangat patriotik itu akan diteruskan pada masa depan meskipun selepas ini beliau tidak lagi menerajui pergerakan tersebut. ''Saya pasti dengan sokongan UMNO Bahagian Shah Alam, program seumpama ini akan diteruskan demi memeriahkan sambutan bulan puasa dan hari kemerdekaan ke-56 tahun," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan