Utusan Online - Pemotoran |
Toyota bakal perkenal dua lagi varian terbaharu Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT Vios merupakan antara model kereta bukan nasional yang terlaris di negara ini dan model sedia ada ini telah habis dijual. KUALA LUMPUR 31 Julai - UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) akan memperkenalkan varian baharu Vios dan Lexus E-Series kepada umum, penghujung tahun ini. Presidennya, Datuk Ismet Suki berkata, model Vios sedia ada telah pun habis dijual dan berharap akan dapat dihantar kepada para pembeli sebelum Hari Raya Aidilfitri. Beliau berkata, Vios sedia ada telah habis dijual sebanyak kira-kira 40,000 unit dalam tempoh separuh pertama tahun ini. Katanya, bagi jumlah jualan dalam industri (TIV), pihaknya menyasarkan untuk menjual sebanyak 90,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini. Saya menjangkakan model Vios akan menerima jualan tertinggi sekali gus akan memberi keuntungan kepada syarikat berdasarkan permintaan orang ramai sebelum ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meraikan kanak-kanak dari Rumah Harapan Al-Khadeem dan media pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat berkenaan, semalam. Toyota Vios 1.5 merupakan sebuah kereta sedan untuk seisi keluarga dengan rekaan elegan dan antara kereta paling laris di dalam negara, memiliki pelbagai ciri terkini dan ditawarkan dengan harga serendah RM72,417. Tambah Ismet, pihaknya akan mula menerima tempahan bagi Vios varian baharu bermula suku keempat tahun ini. Harga masih lagi belum ditentukan dan kami akan umumkan pada majlis pelancaran nanti," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan