Utusan Online - Luar Negara |
Pembangkang Pakistan ancam boikot pilihan raya Presiden Posted: 26 Jul 2013 12:12 PM PDT ISLAMABAD 27 Julai - Parti pembangkang utama Pakistan semalam mengumumkan akan memboikot pilihan raya Presiden negara ini sebagai membantah langkah mahkamah membenarkan pengundian diadakan lebih awal. "Kami tidak mempunyai alternatif lain selain memboikot pilihan raya ini, kata Senator Raza Rabbani, calon Presiden dari parti Parti Rakyat Pakistan (PPP). Mahkamah Agung Pakistan pada Rabu lalu memutuskan bahawa pilihan raya akan diadakan pada 30 Julai dan bukannya pada 6 Ogos selepas parti pemerintah mengemukakan aduan tarikh asal itu bertembung dengan penghujung Ramadan. Menurut mahkamah, kebanyakan ahli Parlimen yang akan memilih pengganti kepada Presiden Asif Ali Zardari kini berada di Mekah bagi menunaikan umrah. - AFP |
Abe cadang rundingan dengan China selesai hubungan dua hala Posted: 26 Jul 2013 12:11 PM PDT SINGAPURA 27 Julai - Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe semalam mencadangkan supaya diadakan rundingan peringkat tertinggi dengan melibatkan sama ada pemimpin-pemimpin China mahupun menteri luarnya. Abe semasa dalam rangka lawatan ke Singapura berkata, rundingan itu perlu diadakan dalam masa terdekat tanpa sebarang prasyarat. Katanya, hubungan antara dua negara berjiran itu adalah `saling menguntungkan dan perlu dikembalikan seperti sedia kala. Hubungan antara dua negara kuasa besar Asia itu agak tegang sejak kebelakangan ini berikutan tuntutan bertindih kedua negara tersebut ke atas sebuah kepulauan di Laut China Timur. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan