Jumaat, 5 April 2013

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Politeknik yakin penuhi permintaan tenaga mahir menjelang 2020

Posted: 04 Apr 2013 12:57 PM PDT

MELAKA 4 April - Jabatan Pengajian Politeknik yakin dapat membekalkan tenaga kerja berkemahiran tinggi kepada negara yang memerlukan kira-kira sebanyak 680,000 pekerja mahir dalam pelbagai bidang menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Kamaruddin Hamzah berkata, corak pengajian di politeknik yang menitikberatkan kepada latihan amali dilihat mampu menghasilkan ramai tenaga mahir bagi memenuhi keperluan industri semasa yang semakin berkembang.

Menurutnya, dalam mencapai hasrat itu sebanyak 32 politeknik dibina di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi jumlah guna tenaga berkemahiran tinggi yang semakin meningkat.

"Pendidikan dan latihan di politeknik cukup relevan dengan keperluan industri dengan menawarkan bidang pengajian seiring dengan Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) yang menjanjikan peluang pekerjaan yang luas kepada para graduan.

"Dalam mempersiapkan kesediaan negara menjadi negara maju yang peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi mahu ditingkatkan kepada 37 peratus pada tahun 2015, politeknik yakin mampu memenuhi kehendak industri," katanya.

Beliau berucap dalam majlis Konvokesyen Politeknik Melaka ke-12 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Politeknik Melaka, Rashidah Mustapa dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Yaakub Md. Amin.

Kamaruddin berkata, kerajaan juga telah merangka strategi melalui Transformasi Politeknik sebagai usaha ke arah memantapkan politeknik agar lebih berdaya saing dan setara dengan institusi pengajian tinggi lain di negara ini.

"Dasar ini bertujuan menjadikan politeknik sebagai pusat pembangunan usahawan graduan yang berdaya saing dengan menekankan aspek keusahawanan dan mendidik pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif," katanya.

Dalam majlis Konvokesyen Politeknik Melaka ke-12 itu, sebanyak 344 graduan terdiri daripada 60 graduan peringkat sijil dan 284 graduan peringkat diploma menerima sijil masing-masing.

Hospital Rembau bukan projek ‘hilang’

Posted: 04 Apr 2013 12:57 PM PDT

SEREMBAN 4 April - Dakwaan pembangkang kononnya banyak projek pembangunan di negeri ini terbengkalai dan hilang seperti Hospital Rembau tidak berasaskan fakta sebaliknya hanya fitnah semata-mata.

Kata Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha berkata, tender projek pembinaan hospital itu sudah dikeluarkan dengan tarikh tutupnya pada 18 April ini.

Tidak timbul dakwaan projek ini hilang, malah pembinaan fizikal hospital itu juga akan bermula dalam tempoh tiga tahun selepas proses penutupan tender projek berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ketua Penerangan Pas negeri, Nor Azman Mohamad seperti dipetik akhbar pembangkang 2 April lalu yang turut menyentuh mengenai projek pembangunan di negeri ini kononnya terbengkalai dan hilang seperti projek Hospital Rembau.

Menurut Roslan, hospital yang bakal dibina di atas tanah seluas 19.4 hektar itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved