Jumaat, 5 April 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Jubah muslimah moden

Posted: 05 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar FAIRUZ LIYANA AYUB

Fesyen pilihan muslimah yang anggun namun tetap sopan.

BERCAKAP mengenai pakaian Muslimah, apa yang terlintas di fikiran ialah jubah. Lazimnya jubah Muslimah dikaitkan dengan potongan yang longgar dan berwarna hitam.

Namun, bukan semua wanita yang suka memakai pakaian atau jubah berwarna hitam. Bagi mereka, tidak salah memakai warna-warna lain asalkan warna tersebut tidak terlalu menonjol atau menarik perhatian orang untuk memandang.

Bagi yang selesa menggayakan fesyen Muslimah moden, kini terdapat koleksi fesyen yang pastinya memenuhi keinginan mereka.

Mariamah Collection yang dikeluarkan oleh butik Triways menyediakan pelbagai koleksi jubah, skirt labuh, blaus, tudung, seluar panjang dan cape (sebutan kep) bagi memenuhi kehendak muslimah moden.

Terdapat beberapa potongan jubah Mariamah Collection seperti potongan kembang payung, potongan di dada dan kembang di bawah serta potongan A-line.

Rekaan seperti ini amat selesa dipakai oleh semua bentuk badan kerana fabriknya yang lembut. Bagi wanita yang telah mengenakan jubah tetapi ingin menutupi bentuk tubuh mereka, boleh pula menyarungkan cape yang juga labuh di belakang dan depan.

Bahagian depan cape ini boleh dipelbagaikan gaya seperti mengikat, menyangkutnya di kedua-dua bahu atau dibiarkan sahaja terjuntai ke bawah.

Warna-warna jubah dan cape tersebut juga amat menarik dan pastinya digemari oleh kebanyakan muslimah, iaitu kelabu, hitam, biru tua, hijau tua, ungu tua, biru denim, jingga, coklat, merah dan warna-warna permata.

Anda boleh menggayakan jubah dan cape yang sama warna atau gayakan warna blok bagi gaya yang lebih ceria.

Direka oleh Mariam Roxana, koleksi Mariamah dibuat daripada pelbagai pilihan fabrik yang selesa dan sesuai dengan cuaca Malaysia.

Antara jenis fabrik pilihan adalah seperti jersi, kain kapas, linen, krep dan sutera.

Selain menjual baju, Butik Triways turut menyediakan aksesori dan pelbagai kelengkapan pelancongan bagi kemudahan pengunjung.

Seindah berlian

Posted: 05 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh NOR AKMA ABDUL RASHID
Gambar AIZZUL A.MAJID

Koleksi Facet diperagakan oleh tiga selebriti terkenal (dari kiri) Anzalna, Yana Samsuddin dan Shiha.

SEMEMANGNYA aksesori atau perhiasan perlu bagi melengkapkan penampilan serta menyerlahkan kejelitaan dan keanggunan seseorang wanita.

Terutamanya perhiasan berupa rantai leher, anting-anting, gelang tangan, cincin dan sebagainya.

Tetapi, masih ada lagi kaum wanita yang tidak pasti bagaimana mahu memilih perhiasan yang bersesuaian dengan mereka.

Sebab itu Habib Jewel tampil dengan Pesta Berlian Habib 2013 bagi mengajak golongan wanita terutamanya memilih aksesori yang sesuai dengan penampilan mereka.

Bertemakan Berkilauan Bak Berlian (Shine Bright Like A Diamond), pesta yang diadakan sepanjang April ini bertujuan meraikan keindahan berlian.

Pengarah Urusan Habib Jewel Sdn. Bhd., Datuk Meer Sadik Habib berkata, tema tersebut dipilih kerana ingin meraikan keindahan berlian dengan kilauan dan pancaran cahaya hasil daripada potongan berlian yang sempurna.

Tema kami merupakan penghargaan kepada wanita serta menjadi satu panggilan bagi para wanita untuk menampilkan kualiti terbaik mereka.

Ini juga sebagai pengiktirafan terhadap wanita yang telah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan hidup yang kini bersinar dan menjadi simbol kejayaan serta inspirasi untuk orang lain," katanya.

Golongan wanita kini tidak perlu bimbang tentang pemilihan aksesori yang sesuai kerana di pesta ini juga mereka akan diberi pendedahan tentang bagaimana cara membeli berlian dengan betul.

Pesta Berlian Habib merupakan satu platform untuk kami berkongsi kepakaran dan membuatkan rakyat Malaysia teruja dengan berlian, sama ada sebagai barang kemas yang dipakai ataupun sebagai aset pelaburan.

Pelanggan juga akan didedahkan tentang potongan berlian yang betul sehingga terjadinya berlian yang sempurna," jelas Sadik lagi.

Acara tahunan ekstravaganza berlian selama sebulan yang diterajui oleh syarikat barang kemas tempatan terulung itu pasti akan membuatkan anda rambang mata dengan koleksi terbarunya, Facet.

Bagi menambah kemeriahan pesta berlian tahun ini, Habib turut menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk barangan berlian dan batu permata, beserta dengan pelbagai peraduan serta promosi istimewa untuk pelanggan-pelanggan setianya.

Paling menarik, pelanggan yang membuat sebarang pembelian berlian di Habib sepanjang tempoh tersebut berpeluang memenangi satu karat berlian.

Golongan lelaki juga tidak ketinggalan dengan pelbagai pilihan barang kemas dengan rekaan menarik termasuk rangkaian butang baju Melayu yang disemat dengan berlian.

Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga atau sebagai pelaburan pula, Habib turut menyediakan pelbagai koleksi solitaire bersalji.

Di samping itu, terdapat juga tambahan baru pada koleksi Hearts On Fire yang pasti memukau hati anda untuk memilikinya.

Pelancaran Pesta Berlian 2013 telah diadakan sempena Pameran Habib di ruang legar utama Midvalley Megamall.

Koleksi Facet berpeluang diperagakan oleh barisan selebriti iaitu Yana Samsuddin, Anzalna dan Shiha (Mentor) yang turut mendendangkan lagu Diamonds menerusi persembahan secara langsung.

Pakar pemotong berlian generasi keempat daripada koleksi Hearts On Fire, Brian McHardy turut membuat penampilan khas dan membuat demonstrasi memotong berlian.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved