Utusan Online - Luar Negara |
Hizbullah sokong Tamamm jadi PM Posted: 05 Apr 2013 09:34 AM PDT BEIRUT 6 April - Kumpulan militan Syiah, Hizbullah dan sekutunya dijangka akan kembali menyokong ahli politik Sunah, Tammam Salam untuk memegang jawatan Perdana Menteri baharu Lebanon. Presiden, Michel Suleiman yang mengetuai perbincangan selama dua hari untuk menamakan pengganti kepada Najib Mikati, yang meletak jawatan bulan lalu selepas dua tahun cuba membendung ketegangan, keganasan jalanan serta kejatuhan ekonomi ekoran perang saudara dengan negara jiran, Syria. Tugas utama Tammam adalah untuk membentuk sebuah kerajaan dan memimpin negara itu ke arah pilihan raya Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada Jun tetapi kini dijangka berdepan dengan penangguhan. Mikati meletak jawatan ekoran pertikaian kabinet dengan Hizbullah dan sekutunya yang memberikan beliau kuasa pada awal tahun 2011. - RUTERS |
Lapan pelarian warga Myanmar terbunuh bergaduh sesama sendiri Posted: 05 Apr 2013 09:33 AM PDT JAKARTA 6 April - Sekumpulan pelarian dari Myanmar di sebuah kem pelarian di Sumatera dilaporkan bergaduh menyebabkan lapan terbunuh dan 15 yang lain cedera semalam. Pergaduhan itu dipercayai berlaku ekoran pertelingkahan sesama sendiri yang berkaitan keganasan etnik di negara asal mereka di Myanmar. Kesemua mereka menggunakan kayu, pisau dan juga besi untuk menyerang sesama sendiri dalam pergaduhan yang berlarutan selama dua jam di pusat tahanan imigresen di Sumatera. Bulan lalu, 43 orang terbunuh dan 13,000 orang telah kehilangan tempat tinggal dalam keganasan melihatkan pergaduhan antara kumpulan Muslim dan penganut agama Buddha. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan