Utusan Online - Luar Negara |
Indonesia tahan 80 etnik Islam Rohingya Posted: 07 Apr 2013 09:08 AM PDT BANDA ACEH 8 April - Pasukan polis Indonesia, semalam menahan 80 etnik Islam Rohingya dari Myanmar di luar kepulauan Sumatera selepas bot mereka sesat dalam pelayaran ke Malaysia. Menurut jurucakap polis, September Sembiring, kesemua pelarian tersebut, termasuk lima wanita dan enam kanak-kanak tiba di Pulo Aceh pada awal pagi semalam. "Bot mereka berada dalam keadaan baik dan mereka juga mempunyai bekalan makanan serta minyak yang cukup. "Mereka dalam perjalanan ke Malaysia, namun sesat sehingga memasuki kawasan perairan negara ini," katanya. - AFP |
India perlu serius tangani isu jenayah seksual terhadap wanita - Manmohan Posted: 07 Apr 2013 09:08 AM PDT NEW DELHI 8 April - Perdana Menteri India, Manmohan Singh semalam menggesa agar kerajaan perlu mengambil langkah serius dalam usaha mengurangi jenayah seksual terhadap kaum wanita di negara ini. Manmohan berkata, kerajaan setakat ini telah mengemukakan pindaan undang-undang jenayah yang signifikan dalam menangani jenayah seksual yang berlaku selepas insiden rogol berkumpulan melibatkan pelajar perubatan pada Disember lalu. "Biarpun langkah undang-undang telah dibuat, namun masih banyak yang perlu dilakukan segera agar masalah ini boleh dikurangkan atau diselesaikan. "Kita perlu lebih serius dalam menjaga kebajikan dan keselamatan wanita di negara ini," katanya ketika berucap dalam satu persidangan bersama ketua menteri dan ketua hakim di sini. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan