Utusan Online - Luar Negara |
China, AS berkerjasama tingkat keselamatan siber Posted: 13 Apr 2013 10:43 AM PDT BEIJING 14 April - China dan Amerika Syarikat (AS) semalam bersetuju untuk berkerjasama untuk meningkatkan keselamatan siber negara masing-masing sebagai usaha mengurangi kes penggodaman oleh pihak tidak bertanggungjawab. Perkara itu disampaikan oleh Setiausaha Negara AS, John Kerry yang melakukan lawatan ke China untuk mendapat campur tangan negara itu bagi menangani ketegangan di Semenanjung Korea. "Semua negara akan berusaha untuk menjaga keselamatan rakyatnya, hak mereka dan infrastruktur. "Keselamatan siber memberi kesan kepada semua pihak termasuk pengangkutan, kewangan dan sosial, maka kita perlu berkerjasama untuk menangani masalah penggodaman oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya. Kedua-dua negara itu sebelum ini pernah bertelagah selepas AS menuduh unit tentera China menggodam pelbagai data pelbagai syarikat di AS. - AFP |
Perdana Menteri Palestin letak jawatan Posted: 13 Apr 2013 10:10 AM PDT RAMALLAH 14 April - Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Mahmoud Abbas, di sini semalam. Perkara itu didedahkan oleh seorang daripada pegawai kerajaan yang enggan dikenali. "Salam mengadakan pertemuan dengan Abbas selama setengah jam untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya. "Salam sebelum ini memberitahu bahawa beliau enggan menjadi ketua kerajaan lagi, biarpun dipujuk untuk kekal sebagai Perdana Menteri," katanya. Khabar angin tentang hasrat Salam untuk meletak jawatan sudah tercetus sejak beberapa minggu lalu ekoran percanggahan pendapat dengan Abbas mengenai satu portfolio kewangan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan