Utusan Online - Hiburan |
Posted: 13 Apr 2013 12:32 PM PDT Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT Dealova Heyrinna pelengkap hidup Faezah Elai dan suami, Heykal. TIADA istilah persaingan jika saya kembali aktif berlakon. Itu semua terletak pada rezeki," kata pelakon Faezah Elai selepas menyatakan hasrat untuk berlakon semula pada pertemuan baru-baru ini. Malah pelakon filem Tanda Putera ini cukup bersemangat untuk menyaingi pendatang baru yang dikatakan menjadi pilihan utama kebanyakan penerbit drama dan filem tempatan. Baginya, soal pilih kasih sebegitu bukan menjadi masalah besar kerana yang penting kemampuan pelakon itu sendiri yang menjadi pertaruhan. Begitu juga setelah menjadi ibu selepas melahirkan anak sulongnya Dealova Heyrinna yang tidak dianggap penghalang untuk Faezah menzahirkan impiannya. Faezah sudah bersedia untuk kembali berlakon kerana tempoh berehat panjang kira-kira lapan bulan sejak Jun tahun lalu itu sudah cukup lama. Kini adalah masa paling tepat untuk dia bangkit dan menyambung semula kerjayanya sebagai pelakon. "Memang saya terlalu rindukan dunia lakonan. Sekalipun bercuti panjang, saya tetap menonton drama, filem tempatan dan antarabangsa bagi mengubati kerinduan. Alhamdulillah impian saya itu tercapai. Insya-Allah saya akan kembali berlakon drama pada minggu depan," kata Faezah yang masih merahsiakan judul drama pertama selepas menjadi ibu itu. Faezah berkata dia juga bertuah kerana mendapat restu suaminya, pengarah drama Mohamad Heykal Mohd. Hanifah untuk kembali berlakon. Bagaimanapun dia perlu bijak membahagikan masa dalam kerjaya dan rumah tangga. Anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini juga perlu memastikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu diberi keutamaan. Biarpun sudah hampir dua bulan berlalu, Faezah masih merasai debaran tersebut setiap kali memandang wajah anaknya. "Sebenarnya saya sendiri tidak percaya sudah bergelar ibu sejurus selepas melahirkan Dealova secara normal. Rasa sakit dan penat terus hilang apabila kali pertama menatap wajahnya. Perasaan itu sangat menakjubkan," katanya yang memilih nama Dealova kerana terpikat dengan senikata lagu penulis lirik dari Indonesia, Opick yang mempunyai mesej ketuhanan. Tetapi dia tidak mahu Dealova mengikut jejak langkah sebagai pelakon sebaliknya mengharapkan buah hatinya itu memilih kerjaya yang lain. Ini kerana Faezah tidak mahu Dealova turut sama merasai keperitan menjadi pelakon yang penuh dengan ranjau berduri seperti yang dilalui dirinya. Menafikan kerjaya sebagai pelakon itu tidak ada standard namun apa yang diinginkan Faezah adalah masa depan lebih cerah buat anak kesayangannya itu nanti. |
Posted: 13 Apr 2013 12:32 PM PDT Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT SUKAR menyelami hati pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Pekin Ibrahim. Ini kerana wanita yang menggunakan nama pentas Uqasha Senrose itu mengambil pendekatan menutup mulut. Dia tidak mahu melayan cerita itu biarpun kini menjadi topik perbualan peminat industri hiburan. Lebih-lebih lagi sejak tersebar gambar mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Phuket, Thailand baru-baru ini. Bagaimanapun pelakon ini menegaskan bahawa hubungan dengan pelakon Pekin sekadar kawan sahaja. Ini adalah jawapan stereotaip artis kita sejak lama dulu walaupun ke tahap berpegangan tangan. Uqasha lebih banyak berdiam diri daripada memberi komen tentang hubungannya dengan Pekin kerana mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian. Menyedari dia baru sahaja bertapak dalam industri hiburan, Uqasha tidak mahu hubungan dengan Pekin menenggelamkan cerita kerjayanya yang sebenarnya tidak banyak untuk diperkatakan. Dia juga tidak mahu masyarakat menuduhnya menggunakan Pekin sebagai batu loncatan untuk menempa populariti dalam dunia hiburan. Lagi pun hubungan Uqasha dengan Pekin masih baru dan terlalu awal untuk diramal apalagi untuk dikongsikan dengan khalayak. Uqasha tidak mahu masyarakat membuat andaian hubungannya dengan Pekin hanya berdasarkan gambar-gambar berpegangan tangan yang tersebar itu. Barangkali ini membuktikan wujud persepsi bahawa artis berbeza dengan orang biasa dalam bab tata susila hubungan antara lelaki dan wanita. Sebenarnya hubungan kami ini tidak menjadi buah mulut sehinggalah penyebaran gambar percutian keluarga Sha dengan Pekin di Phuket baru-baru ini. Ramai orang salah faham apabila melihat seolah-olah kami bercuti bersama. Sebenarnya keluarga Sha yang sampai dahulu di Phuket. Pekin datang kemudian dan sebagai tetamu keluarga Sha. Jadi tidak salah bukan kalau kami jalan-jalan bersama semasa di sana. Malangnya gambaran sebaliknya berlaku seolah-olah Sha bercuti berdua sahaja," tegas wanita yang membahasakan diri Sha ini. Mengulas tentang alasan yang membuatkan pelakon berusia 21 tahun ini untuk tidak mahu memanjangkan cerita mengenai hubungannya dengan Pekin, Uqasha berkata, soal itu tidak wajar dibincang secara terbuka kerana membabitkan maruah keluarga kedua-dua pihak. Sebagai wanita bujang yang masih berpegang dengan adat dan norma Timur juga tambahnya, agak kurang manis untuk berbicara secara terbuka tentang kisah cinta dengan seseorang jejaka. Oleh sebab itu Uqasha senang memilih untuk menutup mulut kerana khuatir kenyataan yang dikeluarkan bakal mengundang rasa kurang senang masyarakat sekeliling. Bagaimanapun dalam berdiam diri itu, Uqasha tidak keberatan untuk berkongsi sebab mengapa dia selesa berkawan dengan aktor berwajah manis itu. Menurutnya besar kemungkinan mereka rapat disebabkan mempunyai latar belakang dari satu negeri yang sama iaitu Kelantan. Sebenarnya Pekin berasal dari Kota Bharu. Sha pula ada ramai sanak saudara dari Pasir Puteh dan beberapa tempat di negeri Cik Siti Wan Kembang," ujarnya lagi. Terima jodoh Berbicara soal jodoh, bekas pramugari syarikat penerbangan murah itu tidak menolak kemungkinan sekiranya bakal menamatkan zaman bujangnya pada masa terdekat. Bahkan Uqasha memberitahu sudah bersedia memikul tanggungjawab isteri seandainya dipertemukan dengan calon suami terbaik dan bersesuaian. Lebih utama, syarat yang dititikberatkan adalah bakal suaminya perlu pandai mengambil hati ibu dan bapanya yang merupakan tulang belakangnya. Bagi anak kedua dari tujuh beradik ini restu ibu bapa amat diutamakan dalam memastikan ikatan perkahwinannya berpanjangan. Ciri-ciri lelaki idaman Sha adalah seorang bertanggungjawab, mengambil berat dan penyayang. Sha tidak kisah berkahwin muda. Cuma masalah sekarang ini Sha kena cari calon suami yang betul-betul sesuai. Kalau boleh Sha mahu hubungan tersebut berpanjangan sehingga ke hujung nyawa. Ada orang cakap yang Sha masih terlalu muda untuk memikirkan soal kahwin. Takut nanti tidak terkejar mahu bekerja dan menguruskan rumah tangga. Apa pun sebagai hamba-Nya, Sha berdoa agar dipertemukan dengan calon suami yang terbaik dan mampu membimbing Sha nanti," ujarnya tanpa berselindung. Ketika diusik sama ada wujud ciri-ciri lelaki idaman pada Pekin, anak kelahiran Kuala Lumpur ini sekadar tersenyum malu tanpa memberi sebarang jawapan pasti. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan