Utusan Online - Hiburan |
Posted: 16 Apr 2013 06:28 AM PDT Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI KUALA LUMPUR 16 April - Aktres jelita, Emma Maembong, 21, menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan pelawak, Zizan Razak. Menurutnya, khabar angin itu tidak berasas sama sekali dan mengaku hatinya belum terpaut pada mana-mana lelaki lagi. "Sekarang ini saya berada di bawah syarikat milik Zizan, Wire Fame Sdn. Bhd. bersama dengan Johan Asaari dan Kaka. "Bila kita sudah berada di bawah satu bumbung, memang akan rapatlah sebab kita kerja bersama, itu sahaja," jelasnya. Semalam, sewaktu majlis sambutan hari ulang tahun Zizan yang ke-29, Zizan mengaku yang dia rapat dengan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya. Zizan turut mengakui teman istimewanya itu menghadiahkannya sebuah telefon pintar i-phone 5 sempena hari kelahirannya. Jelas Emma lagi, ada juga yang mengaitkannya dengan Johan tetapi itu sekadar khabar angin sahaja. - UTUSAN ONLINE |
Azizah Mohamad terima sumbangan RM5,000 Posted: 16 Apr 2013 04:54 AM PDT Oleh GARRET DAWUM KUALA LUMPUR 16 April - Penyanyi veteran Datin Azizah Mohamad, 63, hari ini menerima sumbangan RM5,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Ketua Pengarahnya, Raja Rozaimie Dalnish Shah berkata, bantuan tersebut disalurkan menerusi Tabung Penggiat Seni yang bertujuan untuk membantu penggiat seni terutama yang daif dan uzur. "Datin Azizah bukanlah orang pertama yang mendapat bantuan ini. Malah, menerusi bantuan ini, semua penggiat seni sama ada penyanyi, pelakon dan yang berada di belakang tabir berhak memperolehinya. "Selain itu, artis yang menghidap penyakit kronik, ditimpa bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan ribut layak mendapat bantuan sehingga RM10,000," katanya semasa kunjungan mesra dan penyerahan sumbangan tersebut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini. Azizah yang merupakan penyanyi kumpulan pop yeh yeh, Nirwana dan juga isteri kepada Datuk A. Rahman Hassan dimasukkan ke HKL akibat komplikasi pelbagai penyakit sejak 11 April lalu. Sementara itu, A. Rahman berkata, isterinya pernah berada di hospital selama sebulan sejak awal Januari hingga awal Februari tahun ini akibat penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jangkitan kuman dalam paru-paru serta kanser pangkal rahim. "Setelah keluar saya terus mendapatkan perubatan alternatif dan alhamdulillah keadaannya sudah stabil dan kini dia mendapatkan rawatan semula. "Saya berterima kasih dengan sumbangan ini kerana ia dapat meringankan beban kami dan berdoa agar isteri saya cepat sembuh," ujarnya. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan