Utusan Online - Hiburan |
Posted: 01 Apr 2013 02:00 AM PDT Miranda Kerr MODEL cantik ini baru sahaja mengalami kemalangan kereta sehingga menyebabkan leher dan tulang belakangnya cedera. Bagaimanapun dedikasi yang tinggi untuk melakukan senaman Yoga nampaknya banyak membantu Miranda Kerr cepat pulih dari kecederaan tersebut. Beraksi untuk kempen terbaru jenama pakaian sukan terkenal Reebok baru-baru ini, membuktikan Kerr sudah pulih sepenuhnya. Isteri kepada pelakon Orlando Bloom ini juga sempat berkongsi pengalaman memakai pakaian terbaru Reebok melalui Twitter yang di sifatkannya sebagai sangat selesa untuk mereka yang mahu melakukan Yoga. Terima Kasih Reebok, hari yang menyeronokkan dengan @reebok_usa #swizzbeatz ," katanya yang turut berkongsi gambar dengan salah satu gerakan Yoga. Dua minggu lalu selepas terlibat dengan kemalangan, Kerr dilihat terpaksa memakai alat penyokong leher. Menurut sumber kereta yang dinaiki Kerr dan pembantunya dilanggar sebuah kereta lain dan menyebabkan keretanya remuk teruk. Terpaksa melalui ujian MRI sebanyak beberapa kali bagi memastikan tahap kecederaan yang dialami ibu kepada seorang anak ini. Menurut jurucakap model ini, Kerr sebenarnya memang menderita akibat kemalangan tersebut. Dia memang berada dalam keadaan sakit yang amat sangat. Bagaimanapun kami bernasib baik kerana kecederaannya tidak terlalu serius," kata jurucakap itu. Bagi memastikan pemandu yang melanggar kereta Kerr itu tidak terlepas dari bertanggungjawab, Kerr turut membuat laporan polis mengenai kecuaian pemandu terbabit sehingga menyebabkan perlanggaran tersebut. Namun, tiada apa yang paling penting untuk Kerr apabila sangat bersyukur anaknya Flynn tidak bersamanya ketika kemalangan. Untuk memastikan dia sembuh dalam kadar yang segera juga, suaminya Bloom turut meluangkan masa bersama model terbabit didalam membantu jururawat yang menjaga Kerr. Malah Bloom sentiasa berada di samping isterinya didalam tempoh pemulihan tersebut. Dia menjaga isterinya dengan baik. Dia seorang suami yang baik, dan mereka sangat bernasib baik untuk tidak membawa Flynn bersama ketika kemalangan itu," katanya. |
Posted: 01 Apr 2013 02:00 AM PDT ANTARA calon yang hadir dalam majlis pengumuman pencalonan Anugerah Seni BOH Cameronian ke-10 di Kuala Lumpur baru-baru ini. EMPRESS Wu - The Musical yang memaparkan kisah kehidupan seorang maharani semasa pemerintahan Dinasti Tang awal-awal lagi sudah menunjukkan kehebatan mereka untuk mengungguli Anugerah Seni BOH Cameronian Ke-10 apabila mendapat 15 pencalonan dalam kategori yang dipertandingkan bagi teater muzikal pada tahun ini. Teater arahan Pun Kai Loon akan bersaing dengan pencabar terdekat mereka, teater Everworld arahan Jayne Wong yang juga menampilkan aksi cemerlang dengan memperolehi sembilan pencalonan. Selain kategori rekaan tari, keaslian muzik, keaslian lirik, arahan muzik, persembahan, arahan, rekaan set, rekaan kostum dan solekan, rekaan bunyi, serta rekaan cahaya, Empress Wu - The Musical yang diterbitkan Dama Music Productions Sdn. Bhd. turut dicalonkan dalam kategori Persembahan Peranan Utama Terbaik dan Persembahan Peranan Pembantu Terbaik. Sementara itu, dua teater muzikal bertajuk Kiss Of The Spider Woman dan Yao Lee The Legendary Rose Musical turut memberikan saingan apabila dicalonkan dalam lapan kategori. Bagi segmen teater pula, Nadirah mendapat tujuh pencalonan daripada lapan kategori yang dipertandingkan, manakala Usikan Rebab dan Bites of Delights masing-masing dengan enam pencalonan. Selain teater dan teater muzikal, segmen tarian yang dipertandingkan mempertaruhkan sebanyak lapan kategori, manakala muzik dengan tujuh kategori. Bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai RM1,000. Menurut Ketua Kakiseni.Com, Low Ngai Yuen, anugerah yang mula diperkenalkan pada 2002 bertujuan mengangkat martabat komuniti seni persembahan kepada masyarakat dalam dan luar negara. Anugerah kali ini yang mempertandingkan 39 kategori akan diadili 20 juri bebas profesional dalam bidang tarian, muzik, teater muzikal dan teater yang dilantik jawatankuasa penganjur. Peminat juga boleh memilih tarian, muzik, teater dan teater muzikal kegemaran menerusi undian di dalam laman sensawang awards.kakiseni.com untuk kategori pilihan peminat bermula 25 Mac hingga 25 April ini," katanya. Malam anugerah gilang gemilang, yang dianjurkan oleh Kaki Seni.com ini akan membawa kelainan kerana bakal diadakan di kawasan terbuka Centre Court, Pavilion pada 1 Mei ini, manakala bagi kategori teknikal anugerah akan disampaikan pada 22 April ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan