Jumaat, 30 Disember 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Koperasi di semua 491 masjid

Posted:

Koperasi di semua 491 masjid

Koperasi di semua 491 masjid

KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Menerusi konsep 1Kampung 1Koperasi, kerajaan Terengganu menyasarkan untuk menubuhkan koperasi di semua 491 masjid di negeri itu dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi Jawatankausa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, dianggarkan 100 buah masjid di negeri itu akan menubuhkan koperasi masing-masing setiap tahun.

"Setiap masjid yang menubuhkan koperasi, kerajaan akan bagi geran sebagai bantuan sebanyak RM10,000. Dengan bantuan itu koperasi berkenaan bolehlah bergerak untuk buat bayaran pengurusan, beli peralatan, pejabat dan sebagainya.

"Malah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sendiri menyediakan pinjaman kepada koperasi sehingga RM10 juta untuk dijadikan modal jika ia ada projek yang hendak dijalankan," katanya pada bengkel penubuhan Koperasi Khairiah Masjid daerah Kuala Terengganu di sini hari ini yang melibatkan 150 ahli jawatankausa masjid daerah itu.

Ahmad berkata, kerajaan melihat masjid merupakan institusi yang berpotensi untuk mewujudkan koperasi bagi meningkatkan ekonomi di sesuatu kariah.

Katanya, dengan adanya koperasi di setiap masjid, ia boleh menyediakan bahan-bahan yang diperlukan oleh kariah di kawasan berkenaan.

Ahmad menjelaskan, modal untuk menggerakkan koperasi datangnya dari sumbangan ahli.

"Kita tidak ambil duit masjid untuk dijadikan modal. Modal kita adalah sumbangan daripada ahli keperasi itu sendiri," katanya.

Bengkel yang diadakan itu merupakan yang terakhir daripada tujuh siri penerangan yang diadakan di seluruh negeri tahun ini yang bertujuan memberi penjelasan kepada ahli jawatankuasa masjid mengenai penubuhan koperasi. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Air pasang hanyutkan enam rumah penduduk

Posted:

Air pasang hanyutkan enam rumah penduduk

Air pasang hanyutkan enam rumah penduduk


Mohd. Firdaus Dol memerhatikan ombak yang merobohkan tempat tinggalnya akibat hakisan ketika fenomena ombak besar di Kampung Geliga Baru, Kemaman, semalam.


KEMAMAN 29 Dis. - Fenomena air pasang dan ombak besar yang melanda di kebanyakan pantai di negeri ini bukan sahaja memusnahkan kawasan pesisir pantai serta kemudahan jalan raya, malah turut memusnahkan kediaman penduduk.

Antara kawasan yang terlibat ialah di Kampung Geliga Baru di sini yang melibatkan kediaman enam keluarga musnah yang kebanyakannya menetap di kawasan itu lebih 10 tahun.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini hari ini mendapati hampir kesemua tapak rumah yang dilanda ombak besar itu sejak beberapa minggu yang lalu mula hilang dari pandangan akibat ditimbus pasir.

Menurut seorang penghuni, Che Wan Nur Ain Che Wan, 17, kejadian ombak besar yang menghanyutkan rumahnya yang turut diduduki 13 ahli keluarga lain berlaku dengan pantas sehingga tiada apa yang dapat diselamatkan.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam semasa semua ahli keluarga berkumpul untuk menunaikan solat dan membaca surah Yasin.

"Ketika itu, semua ahli keluarga berada di ruang tamu manakala ibu pula berada di dalam bilik sebelum menyedari air laut mula memasuki rumah.

"Pada mulanya ibu menyangka kain sembahyangnya basah disebabkan tempias hujan, namun apabila diamati betul-betul rupanya air ombak masuk melalui celah-celah dinding," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, menyedari kejadian itu, ibunya terus memaklumkan pada ahli keluarga agar menyelamatkan barang-barang berharga.

Jelasnya, dia hanya sempat menyelamatkan dokumen pengenalan diri dan sedikit pakaian sebelum rumahnya terus dihanyut ombak setinggi enam meter.

"Saya lihat sendiri ombak menghanyutkan rumah dalam sekelip mata seperti tsunami dan tiada apa yang mampu kami selamatkan termasuk pakaian sekolah yang baru dibeli ibu beberapa hari sebelum itu. Namun kami bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri," jelasnya.

Sementara itu seorang pelajar, Mohd. Firdaus Dol, 17, berkata, kejadian yang menimpa rakannya, Che Wan Nur Ain itu menyebabkan keluarganya bersiap sedia untuk menghadapi fenomena ombak berkenaan biarpun ketika itu menyangka rumahnya tidak akan terlibat ekoran berada jauh dari pantai.

Namun, pada 24 Disember lalu rumah yang diduduki keluarga Mohd. Firdaus turut dihanyutkan ombak besar.

"Disebabkan kami telah bersiap sedia kemungkinan rumah akan dihanyutkan air ombak, jadi hampir kebanyakan peralatan dan perabot sempat diselamatkan.

"Pun begitu, saya masih trauma melihat rumah yang kami duduki sejak 10 tahun lalu hilang sekelip mata sahaja," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Banyak jalan rosak selepas hujan

Posted:

Banyak jalan rosak selepas hujan

Banyak jalan rosak selepas hujan

RANTAU PANJANG 29 Dis. - Meskipun hujan lebat dan banjir yang melanda banyak kawasan di sekitar daerah ini dilihat sudah berakhir namun kesannya masih lagi kelihatan apabila banyak jalan utama berlubang dan mengalami kerosakan teruk.

Tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Banggol Kulim di sini hari ini mendapati jalan tersebut yang sebelum ini amat baik menjadi berlubang-lubang menyebabkan pengguna yang melaluinya terpaksa berhadapan dengan kesulitan.

Sehubungan itu, beberapa penduduk sekitar yang ditemui berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menyegerakan kerja baik pulih jalan itu yang menghubungkan Jeli dan Rantau Panjang tambahan pula jalan tersebut terletak di tengah- tengah kawasan perumahan.

Seorang peniaga, Muhamad Rozi Noh, 39, berkata, usaha membaik pulih jalan itu perlu memandangkan keadaannya yang tidak selamat kerana turut menjadi laluan utama kenderaan berat seperti lori.

"Lubang-lubang di jalan itu hanya diisi dengan batu dan kalau ada kenderaan yang laju terutama sekali lori batu-batu tersebut boleh terpelanting dan membahayakan nyawa orang lain.

"Kita tidak mengeluh dengan keadaan ini tetapi lebih baik jika jalan yang rosak akibat hujan lebat dan banjir yang berlaku baru-baru ini diperbaiki untuk keselesaan semua pihak," katanya ketika ditemui.

Menurut Muhamad Rozi, kedai makan miliknya yang terletak di tepi jalan itu turut terjejas dengan habuk yang berterbangan setiap kali ada kenderaan melalui kawasan yang berlubang.

Sementara itu, Sarina Shafie, 35, berkata, jalan yang berlubang tersebut amat membahayakan kepada penunggang motosikal terutama pada waktu malam kerana tiada lampu jalan di pasang di situ.

"Baru-baru ini ada sebuah motosikal yang dinaiki dua orang terjatuh di atas jalan kira-kira pukul dua pagi kerana terlanggar lubang yang agak dalam menyebabkan kedua-duanya cedera.

"Memang bahaya kepada penunggang motosikal terutama masa kereta banyak sebab bila mahu elak lubang penunggang boleh dilanggar kereta pada bila-bila masa," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved