Jumaat, 30 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Isu cerai: Jabatan agama buntu

Posted:

Isu cerai: Jabatan agama buntu

Isu cerai: Jabatan agama buntu

Oleh ROSALINDA SAID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Pihak berkuasa agama seakan-akan sudah buntu untuk menyelesaikan masalah perceraian di kalangan pasangan Islam yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Mereka mengakui tiada lagi jalan keluar bagi mengatasi isu itu sekiranya pasangan berkenaan sendiri gagal mengubah sikap dan keburukan diri masing-masing.

Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Aluwi Parman berkata, pendekatan jabatan agama ketika ini sudah mencapai tahap maksimum kerana ia merangkumi segala aspek daripada praperkahwinan hingga proses perceraian.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) giat melaksanakan kursus serta program berkaitan praperkahwinan dan pasca perkahwinan.

"Tidak cukup dengan itu, pihak jabatan agama juga menawarkan khidmat nasihat dan runding cara keluarga yang seiring dengan keadaan semasa buat pasangan yang berdepan konflik.

"Di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) misalnya, terdapat pelbagai kursus seperti program Sakinah, Rumahku Syurgaku dan Klinik Guaman Syarie diadakan pada setiap bulan sebagai panduan kepada pasangan dalam melayari alam rumahtangga," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Terbaru, jelas Aluwi, pihak jabatan agama berusaha memantapkan setiap pendekatan yang digunakan dan salah satunya merupakan penambahbaikan terhadap Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam.

"Kursus praperkahwinan ketika ini sedang melalui beberapa penambahbaikan dari segi pengisian modul bagi disesuaikan dengan keadaan semasa dan ia dijangka dilaksanakan pada tahun depan.

"Berdasarkan segala pendekatan itu, boleh dikatakan pihak jabatan agama sudah berusaha sehabis baik dalam mengatasi masalah perceraian dan terserah kepada pasangan bagaimana mereka mahu melaksanakan setiap ilmu yang diajarkan itu," katanya.

Tambah beliau, jika perceraian merupakan jalan terbaik buat pasangan maka tiada apa-apa lagi yang boleh dilakukan pihak jabatan agama dalam membendung gejala itu.

Bagaimanapun, Aluwi berharap agar pasangan Islam akan lebih mengutamakan aspek kesabaran dalam melayari kehidupan berumahtangga selain berusaha mengubah watak buruk masing-masing untuk kebaikan bersama.

Full content generated by Get Full RSS.

Jalan Trans Borneo mendap

Posted:

Jalan Trans Borneo mendap

Jalan Trans Borneo mendap

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my


Jalan utama menghubungkan Serian dan Sri Aman ditutup kepada semua kenderaan akibat cerun runtuh serta tanah mendap di Kilometer 77, Sebangkoi, Kuching, Sarawak, semalam. - utusan/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


KUCHING 29 Dis. - Jalan Trans Borneo yang menghubungkan Serian dan Sri Aman ditutup kepada semua lalu lintas malam tadi berikutan kejadian tanah mendap di Kilometer 77, Kampung Semukoi, Balai Ringin dekat sini.

Kejadian itu menyebabkan sepanjang 200 meter jalan raya di kawasan berkenaan rosak teruk.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 9.35 malam itu.

Sebaik sahaja menerima laporan orang awam, pihak berkuasa termasuk polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bergegas ke tempat kejadian untuk mengawal lalu lintas yang tergendala.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu berkata, laluan berkenaan telah dibaiki dan kini dibuka satu lorong untuk kenderaan ringan.

"Di Balai Ringin sekarang boleh dilalui dengan satu lorong sahaja dan kita harap kedua-dua lorong dapat digunakan dalam masa terdekat ini.

"Punca kejadian adalah lapisan tanah yang terjejas berikutan hujan tanpa henti beberapa hari lalu," katanya pada sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana negeri berkata, keadaan lalu lintas di Jalan Trans Borneo adalah terkawal kerana terdapat laluan alternatif yang boleh digunakan iaitu Jalan Mentung/Muram.

Katanya, JKR juga telah mengeluarkan nasihat supaya pengguna jalan raya dengan muatan berat mengelakkan daripada melalui kawasan jalan yang tanahnya tidak stabil.

"Kita juga telah memaklumkan pekara ini kepada ibu pejabat JKR dan pelan laluan (sementara) telah dibuat.

"Kita cuba yang terbaik dalam tempoh beberapa hari ini untuk membaiki jalan itu dengan peruntukan kecemasan yang dikemukakan," katanya.

Beliau berkata, selain Kilometer 77 Jalan Trans Borneo, terdapat dua lagi kawasan yang berlaku mendapan tanah iaitu di Kampung Sadir dan Jalan Slampit, namun keadaannya tidak serius.

Full content generated by Get Full RSS.

Siswa UiTM jangan sertai 901

Posted:

Siswa UiTM jangan sertai 901

Siswa UiTM jangan sertai 901

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 29 Dis. - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) diingatkan agar tidak terlibat dengan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur bulan depan.

Ini kerana sebagai mahasiswa mereka perlu patuh kepada undang-undang negara dan tidak menjadi alat pihak yang tidak menghormati undang-undang.

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, para mahasiswa UiTM sudah dididik untuk menjadi seorang yang mampu berfikir dan menilai sesuatu perkara sama ada ia mengikut laras perundangan atau sebaliknya.

''Saya memberi amaran keras kepada pelajar-pelajar UiTM supaya tidak terlibat dengan perhimpunan yang jelas mempunyai agenda yang boleh merosakkan keamanan negara.

''Kita ada 200,000 pelajar di semua UiTM seluruh negara mungkin ada seorang dua yang akan terlibat dan saya berharap mereka berfikir sebelum bertindak menyertai apa-apa perkara yang dilarang undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Fakulti Muzik UiTM dengan The Actors Studio.

Hadir sama Penerbit Eksekutif The Actors Studio, Faridah Merican dan Pengarah Artistiknya, Joe Hafsham.

Sahol Hamid berharap mahasiswa UiTM yang dianggap seperti anak sendiri tidak mengingkari peringatan yang diberikan kerana perhimpunan haram kebiasaannya akan berakhir dengan demonstrasi yang sukar dikawal.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved