Utusan Online - Timur |
Posted: Bantuan RM100, BR1M berkesanOleh SITI AIRUNNISA Nurul Haslinda Saleh (tengah) dibantu ibunya Sarizan Abdullah (kanan) dan kakaknya Nurul Husna (kiri) ketika mencuba kasut sekolah di sebuah kedai di Dungun, Terengganu, semalam. DUNGUN 26 Dis. - Tinggal kira-kira seminggu lagi sebelum sesi baru persekolahan 2012 bermula dan pastinya kebanyakan ibu bapa kini sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka. Langkah kerajaan melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemberian wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 setiap pelajar dapat meringankan beban golongan berpendapatan rendah di negara ini. Rata-rata ibu bapa yang ditemui di sini hari ini, melahirkan rasa gembira dan lega apabila bantuan tersebut dapat membantu mereka menyediakan kelengkapan persekolahan itu. Seorang suri rumah berkata, Sarizan Abdullah, 48, memberitahu, walaupun bantuan tersebut tidak banyak namun, mampu meringankan beban suaminya yang hanya bekerja sendiri untuk menyediakan keperluan tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Katanya, memandangkan suaminya hanya memperoleh pendapatan yang tidak seberapa, bantuan BR1M amat diperlukan dan dapat membantunya menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka. "Setiap tahun apabila tiba sesi baru persekolahan ibu bapa perlu menyediakan keperluan anak-anak walaupun mereka tidak minta. ''Jadi dengan wang bantuan ini kita tidak perlu risau apabila kelengkapan itu dapat disediakan tanpa perlu menunggu gaji bulanan diperoleh. "Saya juga berharap bantuan ini dapat diberikan setiap tahun," katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya di sini hari ini. Perasaan yang sama turut dikongsi seorang lagi suri rumah, Sarimah Zakaria, 43, apabila mengakui bantuan yang bakal diterima awal bulan depan itu dapat memudahkan rancangan perbelanjaannya di akhir tahun. Jelasnya, jika sebelum ini, dia terpaksa mengeluarkan banyak wang untuk kelengkapan persekolahan anak-anaknya namun, untuk tahun ini jelas berkurangan sekali ganda. "Biasanya setiap anak yang bersekolah anggaran RM300 hingga RM400 perlu disediakan untuk membeli baju, kasut dan beg sekolah baru namun dengan bantuan RM100 yang diperoleh dapat mengurangkan kos yang perlu dikeluarkan. "Malah, awal bulan depan juga, wang bantuan BR1M pula akan diperoleh dan saya rasa sangat bertuah kerana kerajaan kita amat prihatin dengan keperluan rakyat," ujarnya. Bagi Mizan Che Yusuf, 46, dari Kampung Tok Kah dekat sini, bantuan BR1M yang bakal diterima itu sudah pasti memberi kelegaan kepada semua ibu bapa setelah berhabis wang untuk menyediakan kelengkapan buat anak mereka sebelum sesi sekolah bermula. Full content generated by Get Full RSS. |
Asnaf mualaf terima RM2.5 juta Posted: Asnaf mualaf terima RM2.5 jutaKUALA TERENGGANU 26 Dis. - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) membelanjakan RM2.5 juta untuk zakat asnaf mualaf di negeri ini sepanjang tahun ini berbanding RM1.63 juta tahun lalu dan RM1.85 juta tahun 2009. Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman berkata, anggaran perbelanjaan zakat untuk golongan itu dijangka meningkat kepada RM5.4 juta tahun depan. Menurut beliau, perbelanjaan banyak tertumpu kepada program pembangunan insan saudara muslim termasuk bayaran elaun kepada 490 pelajar dan 25 orang guru bagi 19 kelas bimbingan saudara baharu itu di setiap daerah di seluruh negeri ini. Katanya, kepelbagaian program diadakan termasuk lawatan dan kursus jati diri serta program integrasi sosial masyarakat Orang Asli di Perak, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. ''Aktiviti lain adalah seperti agihan zakat hari raya, majlis berbuka puasa, kem Ramadan serta ibadah korban di samping majlis tilawah, hafazan al-Quran, azan dan kuiz saudara kita,'' katanya di sini hari ini. Menurut beliau, MAIDAM turut menyalurkan pelbagai bentuk bantuan am seperti bantuan perkahwinan, persekolahan, pengurusan jenazah, sara hidup, bantuan modal berdikari, baik pulih rumah, perubatan dan berkhatan. Beliau berkata, seramai 118 orang didaftar memeluk agama Islam di negeri ini pada tahun ini sehingga awal Disember lalu berbanding 123 orang sepanjang tahun lalu. Katanya, berikutan bilangan mualaf warga Thailand dan Kemboja yang agak ramai, MAIDAM bercadang mewujudkan Kelas Bimbingan Saudara Kita dalam bahasa Thai atau Kemboja. ''Usaha ini dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja dakwah dilakukan kepada golongan tersebut dengan lebih berkesan,'' ujarnya. Katanya, MAIDAM juga bercadang membuat tajaan penuh kepada saudara baru atau anak-anak saudara baharu yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi khususnya dalam pengajian Islam agar dapat melahirkan lebih ramai pendakwah. Selain itu, pihaknya bersedia mempertimbang untuk menyediakan peluang pengajian dalam bidang lain seperti kemahiran, kulinari dan teknikal kepada golongan berkenaan. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: JALINAN PERSAHABATANPasukan Media Kelantan FC dan Kem 8 Briged yang menyertai perlawanan persahabatan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. Pasukan Media Kelantan FC (MKFC) menundukkan pasukan Kem 8 Briged 2-1 pada perlawanan persahabatan di Padang Rejimen 21 Askar Melayu Diraja (RAMD), Pengkalan Chepa, Kelantan, Jumaat lalu. Perlawanan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak dengan semangat kesukanan. Turut hadir menyaksikan perlawanan itu Ketua Staf Markas 8 Briged, Leftenan Kolonel Mohd. Tahar Abdul Razak dan pengurus pasukan MKFC, Azran Fitri Rahim. Ketua Pasukan MKFC, Zulhanifa Sidek berkata, walaupun sibuk dengan tugasan harian, pengamal media tetap turun padang untuk bersama-sama mewujudkan jalinan mesra dengan anggota tentera. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan