Utusan Online - Hiburan |
Posted: Jenama Boboi ke layar filemOleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR Antara persembahan Boboi yang membuatkan penonton tidak kering gusi. BELUM pun sempat pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) berakhir, tuah nampaknya sudah menyebelahi kumpulan Boboi yang sudah mula mengorak langkah lebih jauh ke depan. Sama ada mampu bergelar juara atau sebaliknya, Boboi akan terus abadi di fikiran peminat selepas ini. Tidak mahu nama Boboi terus dilupakan selepas MLM melabuhkan tirai Jumaat ini, kini dua penggerak utama Boboi, Afdlin Shauki dan juga Harun Salim Bachik, optimis jenama tersebut mampu melangkah lebih jauh. Berdiri di atas keyakinan tersebut, Boboi bakal memulakan penggambaran filem Boboi, Best Friend Forever (Boboi, BFF) pada penghujung Januari nanti. Belum menyenaraikan mana-mana lagi pelakon yang bakal terlibat dalam filem itu, Afdlin Shauki selaku pengarah, turut menunjukkan minat untuk menggunakan khidmat beberapa individu yang terlibat dalam MLM. "Mungkin Datuk AC Mizal akan berlakon sekali di dalam filem Boboi BFF nanti. "Selain itu, saya juga berminat untuk menjemput Osbon dan juga Adlin untuk turut bersama-sama memeriahkan lagi filem tersebut. "Malah, kalau boleh, kami juga nak ajak Datuk Chef Wan sekali," ujarnya kepada Hits baru-baru ini. Malah, jika tiada aral melintang, jenama Boboi juga akan turut direalisasikan dalam bentuk animasi dan juga komik. Mengakui kini mereka sedang bekerja keras dalam memastikan nama Boboi terus subur, Afdlin dan Harun bersependapat bahawa genre komedi sebenarnya sangat berpotensi untuk diperkembangkan. Menjadikan platform MLM sebagai salah satu langkah promosi jenama Boboi, dalam masa yang sama, mereka juga sebenarnya cuba membawa sifat komedi itu untuk diterjemahkan agar dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat dan juga umur. Platform martabatkan komedi Tidak dinafikan, sebelum menyertai MLM lagi, dua nama di sebalik Boboi sudah mampu berdiri sendiri di atas populariti yang mereka miliki. Namun, bagi Afdlin, apa yang lebih penting baginya kini ialah martabat komedi itu dapat dinaikkan pada satu tahap yang lebih memberangsangkan. "Kehadiran kami (Boboi) hadir dalam pentas MLM bukanlah sebagai penghibur semata-mata. "Apa yang lebih penting sekarang ini ialah, penjenamaan komedi itu sendiri dapat diangkat pada satu tahap yang lebih baik. "Kami mahu memartabatkan komedi agar orang di luar negara kita mengetahui bahawa jenaka yang kita tampilkan adalah berkualiti. "Menang atau kalah pertandingan MLM itu nanti bukan persoalannya kerana niat saya hanyalah satu, untuk membantu dan memperjuangkan industri komedi tanah air agar dapat diterima ramai," ujarnya penuh bersemangat. Kenyataan Afdlin itu juga turut disokong oleh Harun. "Apa yang kami persembahkan adalah untuk menghargai peminat malah dalam masa yang sama, dapat menghiburkan mereka," tambahnya yang turut mengakui kini sedang sibuk membuat persiapan bersama Afdlin dalam memberikan yang terbaik menjelang MLM peringkat akhir Jumaat ini. Apabila 'juri' dikritik Sebelum ini, kedua-dua lelaki ini pernah duduk di barisan juri namun sebaik melangkah ke gelanggang MLM, kini tiba pula giliran mereka untuk dikritik. Mengakui kadang-kala teguran juri tetap MLM agak berbisa, Afdlin dan Harun sepakat cuba untuk memperbaiki kelemahan mereka berdasarkan teguran tersebut. Menurut Harun yang juga pernah duduk di kerusi juri Raja Lawak musim kedua, berada di atas pentas untuk dinilai bukanlah perkara yang menyeronokkan. "Kadang-kadang tercabar juga dengan teguran yang diberikan oleh juri, tapi apa yang lebih penting, kita kena terima dengan hati terbuka. "Malah melalui teguran tersebut sebenarnya kita dapat memperbaiki mutu persembahan sekali gus memberikan yang terbaik kepada penonton," jelas Harun. Namun sedikit berbeza dengan Afdlin, baginya, jika ingin mengkritik janganlah sehingga menjatuhkan air muka pelawak itu sendiri. "Apa yang dinilai mereka di atas pentas ialah pelawak-pelawak otai yang sudah lama berada dalam bidang komedi. "Sebaik-baiknya biarlah setiap teguran itu dapat menaikkan semangat peserta dan bukanlah sehingga menjatuhkan air muka mereka," katanya ringkas. Full content generated by Get Full RSS. |
Loudspeaker Y2k 11 gabungkan dua generasi Posted: Loudspeaker Y2k 11 gabungkan dua generasiOleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR Dari kiri: Azlan, Mael XPDC, Faizal Tahir, Awie dan juga Ali XPDC ketika menyampaikan lagu Peronda Jaket Biru sebagai penutup tirai konsert. GABUNGAN dua 'orang lama', Wings dan XPDC, bersama dengan dua lagi jenama baru dalam industri seni, Faizal Tahir dan juga Azlan and The Typewriter, ternyata satu percubaan yang baik. Pilihan pihak penganjur Loudspeaker Y2k 11, Red Garage Group Sdn Bhd (RGGSB), dalam mewujudkan atmosfera baru konsert boleh dipuji. Sebelum membuka tirai persembahan pada malam itu, konsert tersebut terlebih dahulu dijengah telatah kumpulan yang hadir melalui Maharaja Lawak Mega, Boboi, yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan juga Harun Salim Bachik. Gelagat Boboi turut ditemani Dira, selaku Pengarah Pengiklanan dan Promosi RGGSB, yang turut mengakui gementar memandangkan konsert tersebut merupakan konsert sulung mereka. Walaupun jujurnya gandingan dua generasi itu disifatkan sebahagian penonton agak tidak berapa kena, namun bagi Dira, perkara tersebut merupakan salah satu pembaharuan. Kelainan itu yang mereka ingin tampilkan dalam setiap konsert yang bakal dianjurkan lagi. "Apa yang kami lakukan ini adalah untuk mendidik peminat agar bersatu melalui muzik. "Mungkin ada pihak yang agak skeptikal dengan apa kami bawakan tapi kami yakin perkara ini pasti dapat diterima tidak lama lagi. "Jadi, jangan terkejut jika wujud lagi kelainan sebegini dalam setiap konsert yang akan kami anjurkan selepas ini," jelasnya ketika ditemui Hits di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada hari tersebut. Konsert yang bermula kira-kira pukul 9.10 malam itu terlebih dahulu dimulakan dengan persembahan daripada Faizal Tahir dengan lagu Cuba dan kemudiannya diteruskan lagi dengan lagi Bencinta, Karma serta Selamat Malam. Usai sahaja Faizal Tahir membuat persembahan, Azlan and The Typewriter pula muncul dengan lagu Kelibat Si Penyair, Apa Ni, dan Lagu Untukmu. Malah, mereka juga turut menyanyikan semula lagu Teratai nyanyian kumpulan Sweet Charity dengan muzik yang lebih keras berentak metal namun masih tidak lari daripada lagu asal dan diakhiri dengan lagu Jeritan Batinku. Sebaik sahaja Ali XPDC muncul di pentas, kira-kira 3,000 penonton yang agak pasif sebelumnya bagaikan terjaga dan kembali bertenaga. Ternyata penangan kumpulan yang sudah 24 tahun berdiri di persada seni tanah air ini masih mampu membuatkan penonton teruja bagai histeria. Sebaik sahaja Ali menyanyikan lagu Ulat dan Kulat, penonton turut sama bergoyang kepala mengikut rentak keras heavy metal yang dibawakan XPDC. Persembahan mereka kemudiannya diteruskan lagi dengan lagu Samurai, King El-Mondoque dan Sakinah. Malah, Mael selaku vokalis asal kumpulan tersebut turut muncul dan menyampaikan lagu Selendang Merdeka, Apa Nak Di Kata, Titian Perjalanan dan juga Semangat Yang Hilang sambil menyanyikan lagu tersebut bersama-sama peminat mereka dengan penuh perasaan. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan