Utusan Online - Luar Negara |
Kompleks gudang meletup 17 terkorban Posted: Kompleks gudang meletup 17 terkorbanAnggota bomba bekerja keras memadamkan kebakaran di tapak gudang yang menyimpan bahan letupan di Yangon, semalam. - REUTERS YANGON 29 Dis. - Satu kebakaran besar dan beberapa siri letupan berlaku di sebuah kompleks gudang di sini awal hari ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 17 orang terkorban termasuk lima anggota bomba. Menurut polis, kebakaran yang berlaku pada pukul 2 pagi waktu tempatan (3.30 pagi waktu Malaysia) itu turut menyebabkan 108 yang lain cedera. Menurut polis, kira-kira 20 minit selepas jentera bomba tiba di gudang milik kerajaan itu, empat letupan kuat berlaku mengakibatkan , penghuni yang tinggal berhampiran dan sekurang-kurangnya lima anggota bomba terbunuh. Pegawai berkata, empat daripada mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal. Polis berkata, kebakaran bermula di sebuah gudang yang menempatkan barangan perubatan di bandar Mingalar Taung Nyunt, timur negara ini, sebelum merebak ke gudang-gudang lain. Semua 41 gudang di kawasan tersebut musnah sama sekali, malah api turut merebak ke rumah-rumah kayu berhampiran dan sebuah kuil Buddha turut roboh selepas dijilat api. Anggota bomba berjaya memadamkan api pada pukul 6.45 pagi waktu tempatan. Seorang pegawai kerajaan berkata, kejadian itu memusnahkan kira-kira 50 buah rumah penduduk serta lima buah jentera bomba. Punca kejadian masih disiasat, namun pegawai mengesahkan ia bukan berpunca daripada letupan bom. - DPA/AFP |
Posted: Pemerhati Liga Arab terancamBEIRUT 29 Dis. - Pasukan pemerhati Liga Arab di Syria berdepan dengan kumpulan penunjuk perasaan yang marah, tembakan senjata api dan letupan pada hari kedua misi mereka di Homs, semalam. Homs, merupakan bandar yang menjadi nadi pemberontakan selama sembilan bulan menentang Presiden Bashar al-Assad. Satu video yang dimuat naik oleh aktivis menunjukkan penunjuk perasaan mengelilingi kereta pasukan pemerhati sambil melaung-laungkan 'sesiapa yang membunuh rakyat sendiri adalah pengkhianat'. Dalam satu lagi video lain, anggota pemerhati yang berpakaian kalis peluru berwarna oren berlari mencari perlindungan di sebalik sebuah bangunan apabila kedengaran bunyi tembakan dan letupan. Kedua-dua video terbabit tidak dapat disahkan ketulenannya kerana kebanyakan wartawan asing dilarang membuat liputan di Syria. Pasukan pemerhati Liga Arab dikerah ke Syria bagi memastikan Assad menunaikan janjinya untuk mematuhi pelan damai dan menamatkan kekacauan yang boleh menjerumuskan negara ini kepada perang saudara. Ketua misi, Jeneral Mohamed Ahmad Mustafa al-Dabi berkata, beliau tidak melihat sesuatu yang memeranjatkan pada hari pertama pemerhatian. Namun, Perancis menyelar kenyataan Mustafa itu sebagai tidak matang dan mendesak Syria memberi kebenaran penuh kepada pasukan pemerhati terbabit untuk menjalankan tugas. Mustafa turut meminta kumpulan aktivis Syria supaya memberi lebih masa kepada pasukannya. Katanya, misi tersebut memerlukan masa kira-kira seminggu untuk memastikan Assad mengundurkan tentera dan kereta kebal, membebaskan tahanan dan memulakan perbincangan dengan pembangkang. Damsyik, semalam turut membebaskan 755 tahanan, manakala beribu-ribu lagi dilaporkan masih ditahan. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan