Rabu, 2 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pelajar Unimap ‘redah’ lautan

Posted:

Pelajar Unimap 'redah' lautan

Pelajar Unimap 'redah' lautan

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama pegawai kanan Universiti Malaysia Perlis bersenam di atas Kapal Star Cruise di Pengairan Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 1 Nov. – Demi menjadi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terbilang sama ada di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) sanggup mengharung apa sahaja cabaran malah meredah lautan sekali pun.

Itulah semangat ditunjukkan oleh warga Unimap yang berhimpun di atas kapal pesiar Starcruise Superstar Libra dalam pelayaran semalaman baru-baru ini untuk membuat perancangan bagi meletakkan universiti berkenaan antara yang terbaik di dalam dan luar negara.

Program Lautan Biru dan Pra Pelancaran Sambutan 10 Tahun Unimap di atas kapal itu dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor Unimap.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor Unimap. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Unimap, Tan Sri Zainol Mahmood dan Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Menariknya program tersebut ialah kesungguhan ditunjukkan warga Unimap yang tidak tidur semalaman untuk menjayakan program tersebut, malah sejak dalam perjalanan dengan bas lagi untuk menaiki kapal dari Perlis ke Pulau Pinang pada sebelah pagi.

Jadual ketat melibatkan antaranya bengkel perancangan pelan strategik Unimap, percambahan minda dan pemburuan harta karun memberikan respons cukup positif dalam menyemarakkan semangat warga Unimap seluas lautan yang diharungi.

Kesungguhan ditunjukkan warga Unimap yang bersengkang mata dari malam sehingga pagi secara tidak langsung membuktikan universiti berkenaan sanggup menghadapi apa jua cabaran untuk terus bersaing dalam dunia pendidikan tinggi dan era teknologi terkini.

Sebagai contoh, Unimap perlu menerokai bidang baharu termasuk dalam jurusan teknologi berkaitan sukan, marin dan muzik pada masa hadapan.

Demikian titah Raja Muda Perlis ketika merasmikan pra pelancaran tersebut yang menegaskan bahawa langkah seumpama itu dapat memperkasakan universiti berkenaan kerana sentiasa peka dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini.

"Ia juga merupakan tindakan menguntungkan Unimap, selari perkembangan terkini dengan keberanian untuk mencuba perkara baru yang mencabar status quo," titah baginda.

Sehubungan itu, titah baginda, warga Unimap seharusnya berani mengambil risiko daripada kesilapan yang dilakukan supaya ia memberi pengajaran agar perkara tersebut dapat diperbetulkan dan tidak lagi diulangi.

"Pada masa sama, mereka perlu berfikiran positif, terbuka dan kompeten dalam bidang masing-masing," titah baginda.

Selain itu, titah baginda, aspirasi kerajaan merupakan perkara penting untuk difahami oleh warga Unimap.

"Aspirasi bukan sahaja tersurat tetapi lihat juga yang tersirat dalam dunia pendidikan pada masa kini," saran baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

300 pelajar dari enam IPT hayati konsep kelestarian

Posted:

300 pelajar dari enam IPT hayati konsep kelestarian

300 pelajar dari enam IPT hayati konsep kelestarian


Dr. Omar Osman (tiga dari kiri) merasmikan Perhimpunan Pelajar Perancangan di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. baru baru ini.


PULAU PINANG 1 Nov. – Konsep kelestarian tidak hanya terhad kepada bagaimana untuk mengimbangi nilai warisan dengan ikon-ikon kemodenan yang ada di sekeliling tetapi lebih kepada bagaimana mahu melakukan sesuatu tanpa mengorbankan apa yang dimiliki demi generasi akan datang.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Omar Osman berkata, oleh itu perancangan yang teliti harus dibuat agar pembangunan mampu memberikan impak kepada masa hadapan.

Pada masa sama, ujarnya, apa yang telah dikorbankan ketika proses pembangunan itu harus dipulihkan semula serta aktiviti pembangunan harus dijalankan berasaskan konsep keterangkuman dan tidak meminggirkan golongan lain serta memahami keperluan makhluk lain sama ada manusia, haiwan atau tanaman.

"Pastinya banyak yang perlu dikorbankan dalam pembangunan sesuatu kawasan, namun kita berperanan besar mengubah tamadun tamadun pembinaan ini agar apa yang telah dikorbankan harus dipulihkan semula.

"Selain itu, prinsip kelestarian yang tidak boleh dilupakan adalah sesuatu kerja harus dijalankan dengan kelangsungan yang memberi impak kepada masyarakat serta penduduk sekeliling," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Pelajar Perancangan (PSA) 2011 di sini, baru-baru ini.

Seramai 300 pelajar dari enam institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu USM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam, UiTM Kampus Seri Iskandar dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menyertai program selama empat hari itu.

PSA 2011 adalah kali kedua dianjurkan USM bagi mengumpulkan pelajar-pelajar jurusan perancangan bandar yang bertujuan sebagai medan perjumpaan pelajar-pelajar dari pelbagai universiti serta bertukar pandangan mengenai aspek perancangan pembangunan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perhimpunan tersebut adalah persembahan dari setiap IPT, pertandingan landskap dan reka bentuk, lawatan ke Bazar Malam Batu Feringghi serta program jelajah tempat-tempat bersejarah di Georgetown.

Sementara itu, Pengarah PSA 2011, Mohd. Muzammil Ismail berkata, skop kelestarian yang cuba ditonjolkan melalui PSA bukan sekadar bersifat fizikal tetapi juga apa yang tersirat di sebalik pembangunan itu.

Jelasnya, USM sendiri memiliki nilai estetika tinggi termasuk Taman Rekreasi Universiti yang akan diselongkar dan dibongkar oleh peserta-peserta PSA kali ini.

Full content generated by Get Full RSS.

21 pelajar Orang asli UUM bertekad memiliki segulung ijazah

Posted:

21 pelajar Orang asli UUM bertekad memiliki segulung ijazah

21 pelajar Orang asli UUM bertekad memiliki segulung ijazah


Dr. Amy Azhar (dua kanan) berbual dengan pelajar Bumiputera Orang Asli selepas mengadakan pertemuan di kampus UUM, Sintok, baru-baru ini.


KUBANG PASU 1 Nov. - Seramai 21 pelajar daripada masyarakat Orang Asli yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini bertekad untuk menamatkan pengajian dan akhirnya pulang berbakti kepada masyarakat dengan segulung ijazah.

Mereka yang merupakan pelajar baru dan lama turut berazam untuk menaburkan bakti kepada masyarakat dan negara selain berjaya dalam bidang yang diceburi selepas tamat pengajian.

Pelajar program pengurusan awam, Rahim Ng Keo Choo, 20, dari Maran, Pahang memberitahu, kesempatan untuk melanjutkan pengajian di universiti pengurusan terkemuka itu merupakan saat paling manis baginya.

"Saya gembira dipilih melanjutkan pelajaran di UUM yang bukan sahaja menjadi pilihan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tetapi antara pusat pengajian yang menjadi tumpuan di kalangan Ahli Parlimen, artis, penggiat seni, usahawan dan wartawan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perjumpaan dengan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Mohd. Amy Azhar Mohd. Harif di Sintok di sini baru-baru ini.

Rahim, anak ketiga daripada tujuh beradik yang juga pelajar terbaik STPM di Pahang, bercita-cita untuk menjadi Pengarah Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli pada suatu hari nanti.

Rakannya, Muhamad Ishraq Amani Abdullah, 23, dari Labu, Negeri Sembilan pula berhasrat untuk menabur bakti sebagai pendidik bagi melahirkan modal insan yang berkualiti kepada negara.

''Saya tidak sabar untuk menamatkan pengajian dan berkhidmat sebagai guru untuk berkhidmat kepada masyarakat, '' katanya yang mengambil program pendidikan.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd. Said, Nilai itu juga gembira apabila ramai pelajar Orang Asli diterima masuk ke pusat pengajian tinggi di negara ini.

Pelajar program pemasaran, Noor Syuhadah Rosdi, 22, dari Permas Jaya, Johor Bahru pula tidak sabar untuk menjalankan perniagaan dengan membuka café yang berkonsepkan Café Kasih apabila menamatkan pengajian suatu hari nanti.

Katanya, ramai masyarakat terutama golongan belia yang menjadikan café sebagai tempat tumpuan dan beliau berhasrat mengubah konsep Café kasih yang menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat.

''Kunjungan golongan bekerjaya dan pelajar ke cafe sahaja tidak mencukupi. Dengan penampilan dan konsep kasih yang akan saya perkenalkan mampu mengamit golongan pertengahan dan pesara untuk mengunjunginya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved