Utusan Online - Politik |
ADUN Kota Siputeh tidak dibenar hadir sidang DUN Posted: ADUN Kota Siputeh tidak dibenar hadir sidang DUNPUTRAJAYA 2 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN Kedah berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail untuk mengantung pelaksanaan keputusan mahkamah terdahulu, Ogos lalu. Ini bermakna ADUN berkenaan tidak boleh menghadiri sidang dewan yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari mulai 15 November ini selagi rayuan akhir Speaker DUN belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulaiman Daud yang bersidang bersama Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Anantham Kasinather. Abdul Isa memohon agar mahkamah menggantung pelaksanaan keputusan satu panel Mahkamah Rayuan berlainan yang mengembalikan kepada Abu Hasan kerusi DUN Kota Siputeh yang dikosongkan sejak dua tahun lalu. Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 16 November 2009 yang mengosongkan kerusi berkenaan ekoran kegagalan Abu Hassan menghadiri dua persidangan Dewan secara berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos 2009. Abu Hasan diwakili oleh peguam-peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dan Abu Bakar Isa Ramat manakala Speaker DUN oleh Edmund Bon. Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). |
Jangan ganggu keharmonian, kemurnian sistem perundangan negara Posted: Jangan ganggu keharmonian, kemurnian sistem perundangan negaraKUALA LUMPUR 2 Nov. – Pas disaran tidak mengganggu kesejahteraan, keharmonian dan kemurnian sistem perundangan negara disebabkan keegoan nafsu politik untuk melaksanakan hukum hudud. Pengerusi Jawatankuasa Media dan Komunikasi MIC Pusat, Vell Pari Samy Vellu berkata, Pas seharusnya bersikap lebih terbuka dan matang menilai dan meneliti semua aspek dalam konteks bangsa Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan. ''Janganlah bersifat keperibadian politik serta kepentingan sendiri,'' katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas hasrat Pas yang tetap mahu melaksankan hukum hudud walaupun sekutu mereka dalam pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Vell Pari yang juga Ahli Majlis Jawatankuasa Pusat MIC (CWC) berkata, MIC memandang serius perkembangan tersebut dan sedang memantau isu itu dengan lebih mendalam supaya masyarakat India tidak 'risau' dengan hasrat Pas itu. "Ini bukanya soal Islam ataupun bukan Islam tetapi Pas perlu melihat dalam aspek perpaduan bangsa Malaysia yang sudah lama wujud di negara ini sebelum dan selepas Merdeka,'' katanya. Beliau berkata, MIC juga sedia bersemuka dengan Kelab Penyokong India Pas untuk berdialog berhubung isu tersebut demi kebaikan bersama dan bukanya untuk mengejar 'agenda politik'. "MIC turut menerima pelbagai laporan dan aduan daripada orang ramai khususnya masyarakat India mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Pas baru-baru ini,'' katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan