Rabu, 2 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


20 NGO anjur Seksualiti Merdeka

Posted:

20 NGO anjur Seksualiti Merdeka

20 NGO anjur Seksualiti Merdeka

Oleh AZHARI ZAINOODDIN dan
MUHAMAD AIMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Usaha untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini dilihat semakin melampau dengan wujudnya pelbagai pihak yang masih tegar memperjuangkan agenda golongan itu.

Terbaru, kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula hari ini hingga 13 November depan.

Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan program mereka melalui laman web www.seksualitimerdeka.org, kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan tersebut agar diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Penganjur menyatakan mereka percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan homoseksual.

Jelas mereka, istilah Seksualiti Merdeka digunakan untuk mengingatkan semua pihak bahawa walaupun negara telah berpuluh tahun merdeka, tidak semua rakyat dapat menjadi diri mereka yang sebenar.

Difahamkan Seksualiti Merdeka yang berlangsung di Galeri Annexe, Kuala Lumpur ini merupakan penganjuran kali ke-4 sejak pertama kali diadakan pada 2008.

Full content generated by Get Full RSS.

NGO sifatkan perjuangan Seksualiti Merdeka jijik

Posted:

NGO sifatkan perjuangan Seksualiti Merdeka jijik

NGO sifatkan perjuangan Seksualiti Merdeka jijik

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jijik dan keji. Itulah gambaran yang diberikan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula hari ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, program tersebut langsung tidak membawa faedah malah hanya menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat.

"Kita minta mereka senaraikan apa faedah yang ada dalam program ini dan mengapa tidak pernah bercadang untuk melaksanakan program yang mampu mengukuhkan hubungan antara kaum di Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran program Seksualiti Merdeka anjuran beberapa gabungan NGO yang turut mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Program yang kononnya mahu membela hak rakyat Malaysia agar tidak didiskriminasi atau diganggu hanya kerana orientasi seksual mereka itu, antara lain diisi dengan bengkel, pemutaran filem dan hal-hal yang berkaitan seksualiti.

Tambah Jurit, program itu secara tidak langsung adalah bukti pihak-pihak tertentu yang mahu meragut kesucian agama Islam dengan terancang.

"Kami mahu mengingatkan penganjur agar jangan mencabar orang Islam di Malaysia dan hormat Perlembagaan jika mereka tidak mahu sebarang kemungkinan berlaku," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Norsaleha Mohd. Salleh menyeru masyarakat yang berbilang agama dan etnik untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang tidak bertamadun itu.

"Budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama jadi jangan kita menunggu laknat Allah turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan," katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula menyifatkan penganjuran program berkenaan bersifat kurang ajar.

"Mereka tidak hormat dengan langit yang dijunjung dan bumi yang dipijak. Biarpun mereka buat atas dasar hak asasi tetapi hak berkenaan ada batasnya," katanya.

Tambahnya, penganjur nyata tidak sensitif dengan masyarakat negara ini yang majoritinya merupakan umat Islam.

"Islam mengharamkan kegiatan homoseksual dan itu merupakan perbuatan yang jijik," ujarnya.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar pula menyeru semua pihak agar menentang sekeras-kerasnya agenda yang dibawa Seksualiti Merdeka.

Tambahnya, perkara itu jelas bertentangan dengan tabie manusia dan menjatuhkan moral masyarakat.

"Kita tidak perlu menjadi seperti bangsa lain yang menghalalkan hubungan sejenis dan menjadi masyarakat yang rendah moralnya," katanya.

Menurutnya, semua badan agama perlu memainkan peranan agar perkara itu dapat dibendung.

"Islam sendiri mengharamkan perbuatan berkenaan dan saya percaya agama lain juga sama. Jadi generasi muda terutamanya, perlu melengkapkan jati diri dan berpegang teguh pada landasan agama," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Wajib belajar bahasa Melayu

Posted:

Wajib belajar bahasa Melayu

Wajib belajar bahasa Melayu

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 1 Nov. - Kerajaan sedang mengkaji untuk mewajibkan pembantu rumah warga asing yang ingin bekerja di negara ini terlebih dahulu menjalani kursus bahasa Melayu dalam tempoh masa enam bulan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, langkah itu bagi mengelakkan wujud masalah komunikasi di antara pihak majikan dengan pembantu rumah dari negara sumber yang tidak boleh berbahasa Melayu.

Menurutnya, pendekatan melalui mekanisme baru itu akan dilaksanakan secepat mungkin kerana ia melibatkan kepentingan semua pihak yang terlibat.

"Saya sudah meminta Jabatan Tenaga Kerja (JTK) memastikan pembantu rumah daripada negara sumber perlu diberikan latihan bahasa Melayu terlebih dahulu.

"Oleh itu, agen-agen negara sumber perlu menyediakan kursus seperti sistem latihan yang ada di Malaysia kepada pembantu rumah untuk memahami bahasa Melayu," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan isu pembantu rumah warga asing yang dianiaya oleh majikan tempatan pada sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Subramaniam berkata, kefahaman pembantu rumah asing dalam Bahasa Melayu penting bagi membolehkan mereka memahami kehendak majikan dan perkara asas ketika bekerja.

"Jika tidak, akan wujud masalah baru disebabkan kegagalan untuk berkomunikasi dengan majikan," katanya.

Mengenai isu penderaan pembantu rumah warga Kemboja, beliau berkata, pihak kedutaan negara itu telah menjelaskan perkara tersebut bukanlah begitu besar seperti dilaporkan media.

Menurut beliau, sebaliknya Kemboja mahukan perhubungan pembekalan tenaga kerja dengan negara ini diteruskan seperti biasa.

"Perbincangan di antara kedua-dua belah negara sedang dilakukan dan kalau boleh mereka mahu mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) seperti yang kita persetujui dengan Indonesia baru-baru ini.

"Ini bagi membolehkan ada syarat dan langkah yang boleh dipersetujui untuk menjaga kebajikan pembantu rumah dari negara itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved