Utusan Online - Sukan |
Posted: Tipsarevic jumpa BaghdatisMARCOS Baghdatis membalas pukulan Viktor Troicki pada aksi separuh akhir Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam. - Mingguan/ FAUZI BAHARUDIN KUALA LUMPUR - Janko Tipsarevic berpeluang menjulang kejuaraan sulung dalam kariernya apabila berdepan Marcos Baghdatis pada perlawanan akhir Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia, hari ini. Tipsarevic, 27, pilihan ketiga melangkah ke final selepas menamatkan cabaran bintang Jepun, Kei Nishikori 6-3, 6-4 pada separuh akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam. Kemenangan ini memberipeluang peluang buatnya untuk mengecapi kejuaraan sulung selepas empat kali kempunan, termasuk dalam dua percubaan tahun ini. "Ia satu perlawanan yang tegang, saya lega untuk menamatkan perlawanan dalam straight- set. "Mungkin saya ialah lawan yang dianggap badi buat Kei. Saya faham perasaannya, saya sendiri ada lawan yang tidak saya gemari dalam jelajah iaitu Marin Cilic (pemain Croatia)," kata ," kata Tipsarevic, pemain No. 17 dunia. Saingan akhir hari ini diramal sengit dengan pemain Cyprus, Baghdatis turut berada pada kemuncak prestasi sepanjang minggu ini dengan menjadikan pilihan kedua, Viktor Troicki sebagai mangsa terbarunya. Baghdatis menidakkan pertembungan final sesama sendiri Serbia, apabila mudah membenam Troicki yang nampak hilang punca 6-3, 6-1. Pemain ranking ke- 60 dunia itu yang beraksi pada Terbuka Malaysia untuk kali ketiga, bagaimanapun tidak menganggap dia diberi laluan mudah oleh Troicki. "Ia bukan satu perlawanan mudah, sebaliknya sedikit pelik. Kami memecah servis masing-masing pada set pertama. "Yang menjadi perbezaan ialah kekuatan menta, ial memihak saya,," jelasnya yang memburu gelaran kelima sejak meraih gelaran terakhir di Sydney awal tahun lalu. Baghdatis turut mengejutkan dua pemain pilihan, Alex Bogomolov danJurgen Melzer dalam laluan ke separuh akhir. Dia kini melebarkan rekod kemenangan kepada 25-22 musim ini. | ||
Singapura hampakan Selangor lagi Posted: Singapura hampakan Selangor lagi
SHAH ALAM - Hasrat Pilihan Selangor untuk menghadiahkan trofi Piala Sultan Selangor sempena ulang tahun ke-10 pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak kesampaian apabila tunduk 0-1 kepada Pilihan Singapura di Stadium Shah Alam, semalam. Bertambah pedih, gol kemenangan Singapura diperolehi menerusi jaringan sendiri Mohd. Asraruddin Putra Omar yang tertanduk ke dalam gawang sendiri pada minit ke-65 selepas G. Jeevananthan gagal menumbuk bola dari kawasan bahaya. Ini merupakan kekecewaan ketiga berturut-turut Selangor kepada Singapura, malah tahun lalu mereka dibelasah 6-0 dan pada 2009, mereka kalah 3-0 dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar. Jika tidak kerana kecekapan Jeevananthan, penjaga gol pinjaman USM FC, Selangor mungkin sudah tewas dengan jaringan yang lebih besar, malah jentera serangan mereka juga menghampakan, terutama Safee Sali yang beraksi di bawah tahap sebenar. Kemenangan ini membolehkan Singapura pulang bersama hadiah kemenangan RM50,000, pada ketika Selangor, yang turut membariskan dua pemain import bekas pemain Liverpool, Jason McAtee dan bekas pemain Manchester United, Jesper Blomqvist sekadar meraih RM10,000. Antara aksi hebat Jeevananthan ialah menyelamatkan dua percubaan berbahaya melalui Hafiz Rahim pada minit ke-35 serta menepis keluar bola rembatan jarak dekat Mohd. Isa Abdul Halim pada minit ke-63. Biarpun melancarkan serangan bertali arus untuk mencari gol penyamaan, Selangor buntu mendapatkan jaringan dengan beberapa percubaan terutama melalui ketua pasukan, Mohd. Amri Yahyah gagal menemui tindakan penyudah sambil kekebalan pertahanan Pilihan Singapura menjadi penghalang utama. Gol Amri pada minit ke-81 dibatalkan oleh pengadil kerana bola terkena tangan. Sementara itu, pasukan veteran Selangor memberi sedikit keceriaan kepada penyokong Merah Kuing apabila mengalahkan Singapura 3-1 bagi mempertahankan kejuaraan. Gol veteran Selangor dijaringkan oleh P. Maniam pada minit ketujuh, dan dua lagi gol menerusi Dollah Salleh pada minit ke-12 dan 39. Jaringan tunggal Singapura pula dihasilkan Abdullah Nor, di minit ke-16. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan