Ahad, 2 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kampus induk KPYPJ siap 2013

Posted:

Kampus induk KPYPJ siap 2013

Kampus induk KPYPJ siap 2013

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


ABDUL Ghani Othman melihat Pingat Emas Menteri Besar Johor yang dimenangi oleh Akla Zakwan sambil diperhatikan oleh Abdul Alim Abdul Shukor dan ibu pelajar, Siti Zoyah Othman pada Konvokesyen KPYPJ di Kompleks Islam Iskandar, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 1 Okt. - Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) akan memiliki kampus induk baru dengan kos RM52.6 juta di Jalan Kulai-Kota Tinggi, dekat sini yang dijadual siap fasa pertamanya pada 2013.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kampus di kawasan seluas 12.1 hektar itu mampu menempatkan seramai 2,500 penuntut KPYPJ.

"Kerja-kerja meratakan tanah kini giat dijalankan dan kampus baru ini akan memuatkan dewan kuliah, dewan senat, studio, makmal, kafeteria dan kemudahan riadah.

"Kampus baru ini menekankan ciri-ciri dinamik, progresif dan kondusif dengan aspirasi dan visi KPYPJ untuk melangkah ke dimensi baru," katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesyen ke-14 KPYPJ di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abdul Alim Abd. Shukor.

Abdul Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KPYPJ berkata, apabila kampus induk itu siap kelak, kumpulan pendidikan itu mampu memperkenalkan lebih banyak program pada peringkat ijazah.

Beliau berharap, lebih ramai lepasan sekolah akan mengikuti kursus yang ditawarkan KPYPJ untuk menyumbang kepada kepesatan dan pembangunan negeri itu.

"Secara peribadi saya berpuas hati dengan pencapaian KPYPJ pada masa ini baik dari segi pencapaian akademik mahupun program yang ditawarkan dengan lebih 95 peratus daripadanya mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya.

Sementara itu, pemenang Pingat Emas Menteri Besar Johor, Akla Zakwan 22, berkata, tiada sebarang rahsia atau teknik pembelajaran khusus yang diamalkannya.

Penuntut Diploma Teknologi Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) itu berkata, setiap penuntut perlu memberi fokus ketika kuliah dan menghormati semua tenaga pengajar.

Busana Perkahwinan 1Malaysia sasar 100 pengantin

Posted:

Busana Perkahwinan 1Malaysia sasar 100 pengantin

Busana Perkahwinan 1Malaysia sasar 100 pengantin


Empat pasangan model pengantin menggayakan busana pakaian tradisional dari kiri masyarakat Bajau, Bugis, Jawa dan Cina sempena perasmian Pesta Perkahwinan Antarabangsa 2011 di Persada, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 1 Okt. - Pameran Busana Perkahwinan 1Malaysia yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini menyasarkan untuk menarik tempahan pakej perkahwinan daripada 100 pasangan bakal pengantin.

Penganjur pameran, Zuraida Ahmad berkata, pameran yang berakhir esok itu wajib dikunjungi bakal pengantin kerana ia menyediakan pelbagai perkhidmatan daripada urusan pelamin, kad perkahwinan dan foto.

"Kebanyakan gerai menawarkan potongan harga sehingga 10 peratus selain pakej perkhidmatan yang menarik serta sesuai dengan harga yang ditawarkan.

"Malah, bagi mereka yang bertuah juga berpeluang mendapat tawaran istimewa seperti pakej fotografi dan bilik penginapan bulan madu di Pulau Sibu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada sesi aktiviti hari ini, pihaknya turut mengadakan program Sepetang Bersama Persatuan Pereka Bumiputera (BDA) dengan acara kemuncak pertunjukan fesyen yang memperagakan rekaan tujuh pereka terkemuka tanah air.

"Antara pereka yang akan mengambil bahagian ialah Amir Luqman, WanPa, Raff Rafael Couture, Nazreen Idris, RienZaid Wedding Couture, Azura Couture dan Hasfiri Yusof Creations," katanya.

Malah pada hari terakhir, lelongan amal pakaian bermula serendah RM50 akan diadakan bagi mengutip derma untuk membantu ibu tunggal selain demonstrasi kek cawan terbesar.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved