Utusan Online - Politik |
Posted: DAP mahu tunjuk tidak rasisOleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL KUALA LUMPUR 13 Okt. – Keputusan DAP menarik balik penggantungan selama enam bulan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, membuktikan parti itu terdesak untuk menunjukkan ia tidak bersikap rasis. Sehubungan itu, menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, kaum India perlu membuka mata dalam isu tersebut kerana DAP akan tetap dengan amalan politik rasis. ''Manoharan juga sepatutnya berterima kasih kepada pemimpin MIC yang bersuara mengenai isu tersebut sehingga DAP terpaksa menarik balik penggantungan terhadap Manoharan. ''Jika tidak disabitkan dengan laungan diskriminasi kaum (racial discrimination) daripada MIC, Manoharan sudah pasti menjadi mangsa keputusan memilih (double standard) yang diamalkan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai reaksi daripada tindakan mengejut DAP yang mengenepikan hukuman gantung selama enam bulan terhadap Manoharan kerana mengeluarkan kenyataan biadab di laman sosial Facebook berhubung Jalur Gemilang baru-baru ini. Penggantungan Manoharan menjadi isu kerana parti itu tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya memburukkan negeri Johor kononnya kerana ia dilakukan atas kapasiti beliau sebagai Ketua Menteri. Puad berkata, sikap rasis dan memilih DAP juga dapat dilihat dalam isu Kampung Buah Pala, Pulau Pinang yang tidak mendapat pembelaan parti itu. Kata beliau, jika benar DAP serius dalam membela nasib semua kaum termasuk kaum India, parti itu sepatutnya menyelesaikan masalah tanah bagi membina sekolah aliran Tamil di negeri yang dikuasai mereka. ''Sedangkan Kementerian Pelajaran sudah meluluskan peruntukan namun berdepan dengan masalah tanah yang sepatutnya diselesaikan DAP," katanya. |
Rakyat Johor jangan sambut Guan Eng Posted: Rakyat Johor jangan sambut Guan EngSEGAMAT 13 Okt. - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) meminta rakyat Johor supaya tidak menyambut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila beliau datang ke negeri ini. Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, hanya dengan cara itu dapat memberi pengajaran kepada Setiausaha Agung DAP itu agar tidak lagi sewenang-wenang memperlekehkan negeri lain. "Rakyat Johor perlu ingat negeri mereka dihina sehingga menjejaskan imej dan memberi persepsi buruk orang luar terhadap Johor. Kedatangan Guan Eng perlu 'disambut' dengan sepanduk membela Sultan Johor sebelum mengusirnya. "Kemarahan rakyat Johor sudah tidak tertanggung lagi, sekatan dan tekanan secara lebih agresif perlu dilakukan bagi menghalangnya masuk ke negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Malam tadi lebih 100 penduduk melakukan piket secara aman membantah kehadiran Setiausaha Agung DAP itu sebelum beliau berceramah di Kelab Rekreasi Siang Hai, Kampung Abdullah, di sini. Bantahan di hadapan kelab tersebut dilakukan dengan laungan 'Daulat Tuanku', 'Mohon ampun pada Sultan' selain membawa sepanduk mengecam Guan Eng. Pemimpin DAP itu berjaya 'menembusi' negeri ini di Tangkak dan Segamat pada minggu ini dan bagi mengelak kedatangannya ke Johor disedari penduduk apabila majlis anjuran DAP itu diuar-uarkan tanpa kain rentang. Guan Eng mencetuskan kemarahan rakyat dan menyinggung Sultan Johor apabila menyatakan negeri ini tidak selamat semasa temu bual dengan media asing di Singapura baru-baru ini. A. Rahman berkata, kedatangan Guan Eng secara senyap-senyap itu amat biadab dan tidak menghiraukan perasaan rakyat negeri ini apatah lagi Sultan Johor. "Kalau nak datang ke rumah orang kenalah minta izin tuan rumah, begitu juga jika nak datang ke Johor kenalah minta perkenan Sultan Johor, bukan masuk sebarangan. "Apa perasaan Guan Eng kalau kami buat perkara yang sama di Pulau Pinang," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan