Utusan Online - Johor |
Isu banjir Kg. Sepak Hilir selesai Posted: Isu banjir Kg. Sepak Hilir selesaiOleh FARIK SALLEH Baderi Dasuki (berbaju batik) meninjau kawasan projek menaik taraf parit di Kampung Sepak Hilir, Batu Ampat di Kota Tinggi, kelmarin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki berkata, peruntukan itu akan digunakan bagi kerja-kerja mendalam dan melebarkan longkang sepanjang 150 meter di kampung itu dan ia dimulakan sejak 23 September lalu. "Sebelum ini, kita sering mendengar masalah banjir yang dihadapi oleh rakyat di kawasan ini. Jadi, kita ambil keputusan untuk menaik taraf kawasan longkang berhampiran supaya masalah banjir dapat diselesaikan segera demi keselesaan penduduk setempat," katanya semasa melawat kawasan tersebut di sini semalam. Turut hadir, Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor, Zainuddin Zainal Abidin dan Ketua Kampung Batu Ampat, Hairudin Ariffin. Baderi yang juga ketua UMNO Bahagian Tenggara berkata, projek mendalam dan melebarkan longkang tersebut dijangka siap akhir Oktober ini. Sementara itu, Hairudin berkata, projek itu dijangka mampu mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan dan dapat memberi keselesaan kepada penduduk di kawasan tersebut. "Jika sebelum ini banyak rungutan mengenai masalah banjir yang kerap berlaku, apabila projek ini siap, masalah banjir setidak-tidaknya dapat dikurangkan berbanding dahulu," katanya. Seorang penduduk, Zakaria Isa, 60, berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap masalah yang membelenggu penduduk setiap kali hujan lebat. Menurutnya, sistem perparitan sedia ada memang perlu dinaik taraf kerana ia tidak mampu menampung kapasiti air hujan apabila hujan lebat. "Keadaan itu menyebabkan air melimpah dan ia menjadi punca utama berlakunya banjir kilat di kawasan ini," katanya. |
Lebih 2,000 pelajar Parlimen Pagoh terima alat tulis Posted: Lebih 2,000 pelajar Parlimen Pagoh terima alat tulisMUAR 30 Sept. - Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh mengagihkan kit alat tulis kepada 2,030 pelajar dari tujuh buah sekolah sebagai memberi perangsang kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Sumbangan itu diberi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Menurut Pengerusi sekretariat berkenaan, Tahir Taat, pihaknya sentiasa memberi galakan kepada golongan pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. "Doa daripada kami semoga anak- anak di kawasan Parlimen Pagoh berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang serta seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi," katanya pada Majlis Penyampaian Kit Peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Temenggung Ahmad, Kundang Hulu, di sini, hari ini. Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah Muar/Ledang, Ahmad Othman serta Guru Penolong Kanan 1 SMK Tengku Temenggung Ahmad, Ibrahim Abdul Rahman. Tujuh buah sekolah yang menerima sumbangan itu adalah SMK Tengku Temenggung Ahmad, SMK Bukit Pasir, SMK Tun Sri Lanang, SMK Felcra Bukit Kepong, SMK Sultan Alauddin Pagoh, SMK Lenga dan SMK Maokil. Tahir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, generasi muda perlu menguasai ilmu pengetahuan bagi memastikan arus pembangunan negara dapat diteruskan dan ditingkatkan kepada tahap yang lebih membanggakan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan