Utusan Online - Johor |
Posted: JPNIN, PDRM tingkat kerjasamaOleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR MOHD. Mokhtar Mohd. Shariff (duduk, kanan) dan Rajali Mudin (duduk, kiri) menandatangani MOU sambil disaksikan oleh M. Asojan (berdiri dua dari kiri) pada majlis menandatangani Nota Persefahaman Kerjasama Strategik antara Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional Negeri Johor Dan Polis Diraja Malaysia Negeri Johor di Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU 23 Sept. – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan berkata, melalui jalinan kerjasama itu juga pihaknya akan memberikan latihan kepada pegawai serta anggota rukun tetangga dan peronda skim rondaan sukarela melalui taklimat, ceramah termasuk kursus. Beliau berkata, pihaknya akan turut sama memerangi jenayah dengan membantu menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam serta konflik melibatkan perkauman. "Kita juga akan menggalakkan ahli rukun tetangga dan skim rondaan sukarela untuk menjadi ahli Rakan Cop secara berkelompok agar mereka dapat menjadi mata dan telinga kepada polis. Mereka ini juga akan dilibatkan dengan aktiviti masyarakat dan pencegahan jenayah berdasarkan konsep kepolisan komuniti. "Melalui jalinan kerjasama ini juga kami yakin dapat membantu pihak polis untuk menurunkan kadar jenayah," katanya ketika berucap pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JPNIN dan PDRM, di Le Grandeur Palm Resort, Senai, dekat sini hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kerjasama yang terjalin itu merupakan sesuatu yang sangat bermakna kepada semua pihak bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan di negeri ini. Beliau berkata, ia secara tidak langsung memberi ruang kepada semua untuk memainkan peranan dalam usaha menurunkan kadar jenayah di seluruh negeri. "Kita akan memantau pelaksanaan program-program yang dirancang bagi memastikan kerjasama ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya. |
PPDNKK rampas komputer, perisian cetak rompak Posted: PPDNKK rampas komputer, perisian cetak rompakJOHOR BAHRU 23 Sept. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas dua buah komputer dan empat perisian cetak rompak bernilai RM8,000 dalam serbuan ke atas sebuah premis di Taman Universiti, dekat sini semalam. Serbuan pada pukul 5 petang itu adalah hasil kerjasama agensi terbabit dengan seorang pegawai syarikat perisian komputer yang menyamar sebagai pelanggan. Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK negeri, Abd. Hamid Abu Bakar berkata, taktik tersebut berjaya memerangkap premis itu yang menjual komputer baru tetapi dipasang dengan perisian cetak rompak. "Apabila pegawai tersebut memeriksa komputer yang dibeli itu didapati ia dilengkapi dengan perisian cetak rompak dan bukti itu dimaklumkan kepada PPDNKK. "Tiga kakitangan kami dan seorang pekerja syarikat terus melakukan pemeriksaan dan merampas dua komputer serta perisian haram itu," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri PPDNKK di Menara Ansar, di sini hari ini. Katanya, premis itu milik seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dan kes tersebut disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau penjara maksimum lima tahun. Kata Abd. Hamid, serbuan terhadap premis yang menjual perisian cetak rompak itu merupakan kali pertama di sini dalam tahun ini dan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Beliau menasihatkan pelanggan supaya berhati-hati dan tidak tertipu dengan perisian cetak rompak semasa membeli komputer. Dalam pada itu, beliau berkata, PPDNNK juga memantau beberapa premis di Wisma Landmark, Skudai Parade dan Danga City Mall di sekitar bandar raya ini bagi memastikan tiada kegiatan seperti itu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan