Utusan Online - Hiburan |
Posted: Letaklah harga masa laku iniJOYAH terkejut dengan 'pertelingkahan' yang melanda Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab dan pelakon cantik Rozita Che Wan. Semuanya pasal harga Rozita yang dikatakan tak masuk akal. Dulu Rozita janji nak menerima tawaran sekian-sekian harga tapi akhirnya mahu menaikkan harga bayaran kepada RM3,000 untuk satu episod. Lalu terdengarlah keluh-kesah Jalena yang menyebut harga untuk pelakon senior macam Rozita hanya RM1,500 hingga RM3,000 sahaja. Yang paling tak tahan siap banding dengan harga pelakon muda yang lain lagi tu. Dalam isu ini Joyah terang-terang berpihak kepada Rozita. Bukan sebab Rozita cantik, tetapi Joyah mahu hak artis ditegakkan. Yang mendapat untung orang produksi dan stesen tv juga kalau drama bersiri tu popular. Ini hak artis. Bila dia nak naik harga sebanyak itu buat apa orang produksi nak membebel mengata macam-macam. Kalau tak mampu bayar pergilah cari artis lain seperti mana yang ditawarkan itu. Bila kita bercakap macam ni, orang kata kita bongkak. Tapi yang meletakkan harga kepada artis adalah orang produksi. Bila harga sudah digred mengikut harga mereka sampai bila anak seni kita nak naik harga? Padahal muka mereka yang menjadi pelaris pada stesen tv. Iklan masuk berduyun-duyun sebab rating tinggi. Esok lusa bila kulit Rozita dah berkedut, agak-agak berapa sahaja yang orang produksi nak bayar? Mereka juga nak cari makan dan nak hidup macam orang lain. Sesekali hormatilah hak mereka juga. Nasihat Joyah pada Rozita, jangan mengalah dalam isu harga ni. Kalau bayaran kita pun orang lain nak tentukan, apa lagi yang tinggal? Apa lagi hak artis yang ada dalam isu macam ni? Kalau Rozita tak tegakkan hak dia, siapa lagi nak berjuang untuk dia?Persatuan?Jangan haraplah, cakap saja berkobar-kobar. Joyah tidak bercakap atas dasar Rozita semata-mata tetapi tentang kepentingan anak seni kita. Tengah laku orang panggil, bila dah tak laku tak ada siapa nak pandang. Percayalah. Lebih mengguris kalbu, lepas tu hantar ke stesen tv, mereka putar cerita tu berpuluh-puluh kali. Hmmm... Ramai yang makan hati sebenarnya. |
Apabila si cantik jadi popular Posted: Apabila si cantik jadi popularKatarsis Kualong IA bukanlah cubaan untuk membunuh diri. Sekadar kejadian tersalah makan ubat. Ini ekoran masalah kesihatan lain yang membuatkan dia terpaksa bergantung hidup kepada beberapa jenis ubat-ubatan. Demikian penjelasan Marsha Londoh dalam temu bual panjang saya dengannya, dua hari lepas. Bila Marsha dikatakan membuat cubaan untuk mengakhiri kehidupannya dengan cara menelan 30 biji pil sekaligus, hati saya memang bagaikan tidak percaya. Saya terfikir, apakah wanita yang hampir sempurna dan memiliki pakej lengkap seperti Marsha, sanggup mengambil tindakan sebegitu bodoh? Saya sendiri sukar untuk percaya dan Marsha sendiri mengatakan bahawa dia tidak sebodoh itu. Untuk mengatakan dia sebagai wanita sempurna memang salah sama sekali kerana kesempurnaan bukan milik sesiapa sekalipun. Bagaimanapun Marsha boleh digariskan sebagai antara wanita yang memiliki banyak tuah, nama, kerjaya yang baik, cantik dan potensi diri untuk lebih jauh ke depan. Terfikir saya, apakah dengan kehidupan yang serba baik itu, dia perlu mengakhirinya dengan tiba-tiba, membuat keputusan membunuh diri? Saya membuat kesimpulan, daripada mendengar cerita orang yang tidak tahu hujung pangkal, lebih afdal mendengar daripada mulut empunya diri.Jadi, daripada mendengar cerita mulut orang lain, lebih baik baca saja apa pengakuan Marsha di muka surat 8 dan 9 Pancaindera. Sememangnya dugaan menjadi wanita cantik, sangat besar, apatah lagi jika mereka adalah golongan artis. Malah, tidak kurang yang cetek pemikiran melihat golongan artis cantik ini dengan pandangan sebelah mata, selayang pandang. Seolah-olah langsung tidak mempunyai harga kerana kerjaya mereka yang menjadi tumpuan orang. Pun pada pandangan peribadi saya, kalau seorang artis itu dermawan sifatnya, baik budinya, selesa tingkah lakunya, masih ada tempat yang baik disisi-Nya. Mungkin saya salah, maafkanlah. Tetapi kalau seseorang artis itu berusaha keras dan berkerjaya, kemudian menanggung keluarga, membantu keluarga susah menyekolahkan adik- beradik yang tidak mampu, apakah langsung tidak ada ganjaran mulia yang diterima? Saya bukan taksub kepada golongan artis sementelah menjadi wartawan seni dan hiburan hampir 18 tahun. Saya akui, banyak insan seni kita yang sudah jauh tersasar dan rosak akhlaknya, pun kalau kita juga manusia biasa, siapalah kita untuk mengukur dosa dan pahala sesama manusia lain? Kawan, jangan cepat menghukum kerana sebagai manusia, kita sendiri tiada sempurna. Sama kesnya dengan pelakon Watie Elite yang kisahnya boleh dibaca di muka surat 12 dan 13. Kepada wartawan Pancaindera, dia bercerita betapa hidupnya tidak pernah tenang dek fitnah orang. Caci dan keji menjadi makanan kehidupan, harga diri hilang melayang pada pandangan orang. Kepada mereka yang suka menghina, apa sebenarnya yang mereka dapat? Kepuasan kerana menghina dan mengeji? Kalau kerana itu, mereka inilah yang sebenarnya sakit, menunggu untuk diubati. Tidak salah menegur atau mengkritik, tetapi jika labelnya sudah sampai ke tahap menghina, sekali lagi saya tanya, siapa kita untuk menghina insan ciptaan-Nya yang lain? Sempurna sangatkan diri kita lalu dengan mudah menjatuhkan hukum dan menilai hanya daripada cara mereka berpakaian, bergambar atau membuat persembahan di pentas? Pesanan ini saya tujukan buat diri sendiri, juga kepada mereka yang suka dan benci kepada golongan seni. Saya tahu, di luar sana, melalui komunikasi maya di internet, blog dan e-mel, semakin banyak kisah buruk artis yang dipaparkan dengan sewenang-wenangnya. Lebih teruk lagi, sebahagiannya menggunakan kata-kata 'maha kesat' sehinggakan kita sendiri tidak mampu untuk membacanya sehingga ke titik terakhir. Tanggapan saya, orang yang menulis hanya untuk mengutuk dan menghina, hanya akan membawa keaiban buat diri sendiri. Disebalik cerita ini semua, saya teringat perbualan dengan seorang kawan. "Nasib baik aku tak cantik, jadi wartawan sajalah. Kalau cantik, sudah lama aku jadi artis. Dapat berkahwin dengan Datuk kaya, macam Zizie Ezzette tu," kata kawan yang sentiasa manis itu. Hmmm...ke situ pula fikirnya. Selamat berhujung minggu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan