Khamis, 28 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


4 sungai paling teruk tercemar

Posted:

4 sungai paling teruk tercemar

4 sungai paling teruk tercemar

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


GURU-GURU bersama pelajar sekolah menanam pokok pada majlis Pelancaran Karnival Sungaiku Hidupku di SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 27 Julai - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor mengenal pasti empat batang sungai di negeri ini yang paling teruk tercemar dan rendah kualiti airnya.

Timbalan Pengarah JPS Johor, Mahyan Esa berkata, usaha untuk merawat dan membersihkan sungai-sungai tersebut kini sedang berjalan tetapi mengambil masa untuk pulih.

"Empat batang sungai berkenaan ialah Sungai Skudai, Tebrau, Tukang Batu dan Air Baloi kini berada pada tahap empat iaitu dalam kategori kedua terburuk.

"JPS mempunyai lima tahap dan tahap kelima adalah yang paling buruk sekali. Sementara kira-kira 43 batang sungai lagi di Johor berada pada tahap satu hingga tiga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sungaiku Hidupku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah (SMK SETA) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengetua SMK SETA, Sallina Hussain dan Pengarah Jabatan Lanskap Negeri Johor, Abu Bakar Mohamed Salleh.

Mahyan berkata, disebabkan kos merawatnya tinggi pihaknya menjalankan kempen kesedaran tentang penjagaan sungai dan kepentingan untuk mengekalkan kebersihannya.

Katanya, JPS turut merawat semua sungai-sungai yang tercemar di negeri ini dengan menggunakan bahan efektif mikroorganisma (EM) selain kegiatan gotong-royong membersihkannya yang mana EM berfungsi membunuh bakteria dalam kos murah dan berkesan membersihkan air tercemar.

"JPS memperoleh RM1 juta setahun daripada kerajaan pusat untuk kerja-kerja merawat dan membersihkan sungai-sungai di Johor termasuk menganjurkan kempen kesedaran," ujarnya.

Sementara itu, Sallina berkata, JPS memperuntukkan lebih RM20,000 untuk membesarkan alur sungai di belakang sekolah itu untuk menjadi anak sungai bersempena karnival yang diadakan dengan tujuan melahirkan generasi muda cintakan alam sekitar bagi jangka masa panjang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

120 rumah miskin dibaik pulih sebelum raya

Posted:

120 rumah miskin dibaik pulih sebelum raya

120 rumah miskin dibaik pulih sebelum raya

PONTIAN 27 Julai - Sebanyak 120 buah rumah di Parlimen Pontian akan dibaik pulih melalui Program Baik Pulih Rumah Rakyat Parlimen Pontian 2011 membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM500,000.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, program baik pulih rumah tersebut dibiayai oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kesemua rumah terlibat adalah milik golongan miskin tegas dan miskin yang akan dibaikpulih dengan kos sebanyak RM4,000 bagi setiap rumah.

''Kita tidak melantik mana-mana kontraktor untuk program ini sebaliknya kerja-kerja baik pulih rumah ini akan dijalankan secara gotong-royong bersama penduduk kampung.

''Dijangka kesemua rumah yang terpilih akan siap dibaik pulih selewat-lewatnya sebelum penghujung bulan Ramadan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Program Baik Pulih Rumah Rakyat Parlimen Pontian 2011 dan Program Kelab Media Johor Masuk Kampung di sini, semalam.

Turut hadir adalah Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon dan Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak.

Menurut Ahmad, program seumpama itu diharap dapat membantu masyarakat kurang berkemampuan untuk memiliki rumah yang lebih selesa selain bermatlamat untuk membasmi golongan miskin tegar di parlimen tersebut.

Sementara itu, Muji berkata, berdasarkan program pembasmian kemiskinan, e-Kasih, daerah Pontian mencatatkan seramai lima keluarga miskin tegar, 421 keluarga miskin dan 587 keluarga mudah miskin.

Katanya, daripada jumlah tersebut Parlimen Pontian pula mempunyai tiga keluarga miskin tegar, 236 keluarga miskin dan 345 keluarga mudah miskin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved