Ahad, 19 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


RM4 juta bantu miskin tegar

Posted:

RM4 juta bantu miskin tegar

RM4 juta bantu miskin tegar

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 18 Jun - Yayasan Bina Upaya (YBU) memperuntukkan sebanyak RM4 juta untuk menggerakkan inisiatif Bantuan Ikhlas Bina Upaya (BIBU) bagi menyalurkan bantuan makanan secara bersepadu dan berjadual kepada 45,000 orang para penerima yang terdiri daripada golongan miskin di Perak.

Ketua Unit Khidmat Pengurusan Komunitinya, Isfarina Mohd. Bali memberitahu, langkah tersebut diambil selari dengan usaha membasmi masalah kemiskinan tegar di negeri ini apabila ia dilakukan secara menyeluruh, meliputi kesemua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Program BIBU ini telah digerakkan sejak April lalu dan urusan pengagihan bantuan kepada kumpulan sasar dijadualkan selesai sepenuhnya menjelang Disember nanti.

"Selain membantu golongan yang memerlukan, program ini turut memberi peluang kepada wakil-wakil rakyat dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk terlibat secara langsung dalam program membantu rakyat secara tersusun di setiap kawasan DUN masing-masing," katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Dalam pada itu, Isfarina menyatakan, golongan yang dikenal pasti layak atau yang disenaraikan sebagai penerima bantuan tersebut terdiri daripada warga emas dan keluarga yang mempunyai isi rumah lima orang ke atas manakala pendapatan bulanan keluarga tersebut pula RM750 ke bawah.

Beliau memberitahu, senarai nama para penerima terlibat akan disenarai pendek mengikut kawasan DUN.

Kata beliau, kumpulan penerima itu dikenal pasti oleh agensi-agensi berkaitan seperti Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) melalui senarai E-kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Baitulmal Perak..

"Penyelaras ADUN kemudiannya akan memastikan bahawa nama yang tersenarai itu benar-benar layak sebelum diberi bantuan makanan seperti beras, minyak, gula, tepung, bihun, teh dan sardin melalui penganjuran sesebuah majlis atau lawatan dari rumah ke rumah," kata Isfarina lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PMPPMM sedia RM1.5j basmi kemiskinan

Posted:

PMPPMM sedia RM1.5j basmi kemiskinan

PMPPMM sedia RM1.5j basmi kemiskinan

ALOR SETAR 18 Jun - Pertubuhan Membantu Pesakit Parah Miskin Malaysia (PMPPMM) membelanjakan kira-kira RM1.5 juta setahun untuk membekalkan pelbagai peralatan perubatan kepada golongan miskin di seluruh negara.

Bendaharinya, Datuk Seri Faisalliah Abdul Ida berkata, bantuan disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada pesakit yang menjalani rawatan di hospital dan disyorkan oleh doktor untuk menggunakan peralatan berkaitan.

"Kebanyakan mereka tidak mampu membeli peralatan perubatan itu kerana kurang mampu dan ada peralatan yang mahal seperti tangki oksigen untuk pesakit asma yang berharga sehingga RM7,000.

"Jadi kami akan memperoleh senarai tersebut daripada pegawai JKM untuk disalurkan bantuan tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Kebajikan untuk penduduk Taman Wira Mergong B di sini, hari ini yang disempurnakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Majlis itu dianjurkan oleh Pemuda UMNO Taman Wira Mergong manakala bantuan ditaja oleh PMPPMM.

Bantuan itu termasuk sumbangan tujuh kerusi roda, tiga alat bantu berjalan, tiga batang tongkat dan sepasang alat bantuan pendengaran kepada pesakit dalam kalangan warga miskin.

Menurut Faisalliah, sehingga Jun tahun ini kira-kira RM600,000 sudah dibelanjakan untuk golongan tersebut dalam membekalkan pelbagai peralatan perubatan berkaitan.

"Selain pegawai kami yang akan bertemu pegawai JKM, kami turut mengalu-alukan mereka yang terbabit datang sendiri ke pejabat atau mana-mana pihak berkaitan yang akan memohon bagi mereka memerlukan seperti diusahakan oleh Pemuda UMNO," katanya.

PMPPMM yang ditubuhkan sejak 1997 beralamat di No 1-3 Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, Wisma Presma off Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved