Utusan Online - Jenayah |
Posted: Hasrat makan bersama berkecaiOleh HARIS FADILAH AHMAD KUALA LIPIS 19 Jun – Hasrat lima sahabat menikmati makan malam bersama berkecai, apabila empat daripada mereka maut setelah kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres dua tingkat di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta dekat sini, malam tadi. Dalam kejadian pukul 11.45 malam itu, mereka yang maut ialah Ho Wai Kin, 20; Wong Kok Heng, 17; Yup Chung Hung, 15, dan Wong Chin Xion, 15, manakala seorang lagi mangsa, Chan Kwan Yong, 30, patah tangan. Pemandu bas ekspres itu hanya cedera ringan manakala 42 penumpang, termasuk 13 warga China tidak mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki oleh lima sahabat itu dikatakan datang dari arah Lipis menuju Benta. "Sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut bertembung dengan bas dua tingkat yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kota Bharu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Menurutnya, berikutan pertembungan itu, kesemua mangsa yang maut tercampak keluar dari kenderaan, manakala Kwan Yong yang duduk di kerusi belakang, cedera parah di tangan. Katanya, keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. "Kereta yang dinaiki oleh lima sahabat itu putus tiga bahagian manakala pemandunya, Wai Kin putus tangan kanan. "Mayat empat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga untuk disemadikan hari ini," katanya. Dalam pada itu, Abdul Razak memberitahu, pemandu bas tersebut, Wan Seman Wan Yi, 48, yang cedera di bahagian mata menerima rawatan di hospital yang sama. Beliau menambah, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, Inspektor Johnny James Buang di talian 09-3122222 bagi membantu siasatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ustazah maut nahas ketika ke rumah ibu Posted: Ustazah maut nahas ketika ke rumah ibuMELAKA 19 Jun - Hasrat seorang ustazah menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga di kampung berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 17, Bemban-Tehel di sini, semalam. Lebih menyayatkan hati, hajat Hazlina Abu Samah untuk menjamah kuih kegemaran, kuih lopes yang dibuat oleh ibunya juga tidak kesampaian. Kemalangan berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika Hazlinah, 34, yang memandu kereta jenis Proton Wira ditemani oleh anak lelakinya, Mohd. Faerid Mohd. Hafizi, 8, dalam perjalanan dari rumah mereka di Selandar menuju ke rumah ibu bapa Hazlinah di Pengkalan Jajar, Kampung Alai. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu oleh mangsa terbabas ketika melalui satu selekoh tajam di tempat kejadian. "Akibatnya, kereta yang dipandu oleh mangsa terbabas di kiri jalan lalu merempuh tiang lampu dan tembok pagar batu di kaki lima jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Menurut Che Suza, mangsa yang mengajar di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Selandar meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Bagaimanapun, katanya, Mohd. Faerid tidak mengalami kecederaan serius. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat manakala Mohd. Faerid turut diberi rawatan pesakit luar di hospital yang sama. Sementara itu, Mohd. Faerid ketika ditemui di rumahnya di Selandar memberitahu, dia hanya mengetahui ibunya meninggal dunia selepas lima jam kejadian berlaku. "Selepas kemalangan, saya fikir ibu hanya pengsan, namun ketika saya cuba menggerakkannya, saya lihat darah mengalir dari kepala ibu dan dia tidak bangun," katanya. Tambahnya, selepas dibawa ke hospital, datuknya kemudian membawanya ke bilik mayat dan memberitahu ibunya telah meninggal dunia. Bapa mangsa, Abu Samah Musa, 60, memberitahu, apa yang menyedihkan, anak keduanya itu sepatutnya memulakan kelas pertama Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Institut Perguruan Perempuan Melayu (IPPM) Durian Daun, hari ini. "Tuhan lebih menyayangi dia, sudah lama arwah mengimpikan untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang perguruan, namun hasratnya itu tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pengkalan Jajar di sini, hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan