Utusan Online - Dalam Negeri |
- Karikatur tidak hina Islam
- Lebih 2,500 berarak bantah perhimpunan haram Bersih
- PTPTN henti pinjaman ikut peraturan
Posted: Karikatur tidak hina IslamKUALA LUMPUR 18 Jun - Penyiaran kartun bertajuk Kekeliruan kes rogol yang disiarkan Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu yang mendapat kecaman banyak pihak, tidak menghina Islam. Lulusan Pengajian Islam Universiti Mutah, Jordan, Shamsul Muda dalam analisisnya yang disiarkan oleh portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini menegaskan bahawa sebenarnya tiada apa-apa isu berkaitan kartun itu. Ini kerana, kata beliau, ia tidak mempersenda hukum Islam tetapi hanya mempersenda tanggapan dan kefahaman manusia yang telah terbukti salah tentang hukum Islam. "Bahkan, boleh diterima jika dikatakan bahawa semua pihak wajar 'berterima kasih' kepada pelukis dan penyiar kartun itu kerana telah memberi sumbangan dalam mengikis kefahaman salah masyarakat berhubung hukum Islam," tegas Shamsul. Justeru, jelas beliau, penyiaran kartun itu tidak memerlukan apa-apa tindakan mahupun kecaman dan kutukan daripada mana-mana pihak manakala pelukis dan penyiarnya juga tidak perlu memohon maaf kerana mereka sebenarnya tidak menghina Islam. Sebaliknya, tambah Shamsul, isu sebenar yang lebih besar dan sangat serius ialah mendakwa sesuatu yang bukan hukum Allah sebagai hukum Allah. "Dalam reaksi banyak pihak, kartun yang mempersenda 'kemestian membawa empat saksi dalam aduan kes rogol oleh mangsa', disifatkan sebagai menghina hukum Allah. Kartun itu disifatkan demikian, tidak lain dan tidak bukan kerana mereka beranggapan apa yang dipersendakan itu adalah hukum Allah. "Dalam bahasa lebih mudah, mereka mengatakan 'kemestian membawa empat saksi dalam aduan kes rogol oleh mangsa', adalah hukum Islam. Ada yang mengatakan sedemikian secara terang-terangan dan terbuka. "Sedangkan, sebenarnya ia bukanlah hukum Allah seperti yang difahami daripada hadis yang dinyatakan dan kenyataan Imam al-Baji. "Inilah isu yang sebenarnya, iaitu mendakwa sesuatu yang bukan hukum Allah sebagai hukum Allah," katanya dalam analisis itu yang bertajuk Benarkah kartun Utusan mempersenda Islam? Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Lebih 2,500 berarak bantah perhimpunan haram Bersih Posted: Lebih 2,500 berarak bantah perhimpunan haram BersihKOTA BHARU 18 Jun - Hampir 2,000 penyokong Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), berarak serta membuat laporan polis di sini hari ini, bagi membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini. Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kota Bharu dan diketuai Presiden MTRK, Azmi Ali. Azmi berkata, MTRK dan Perkasa yang sentiasa mendokong keharmonian serta keamanan rakyat dan negara, tidak rela prinsip demokrasi negara berperlembagaan diperkotak-katik oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan politik. "MTRK dan Perkasa tidak nampak apa-apa faedah yang bakal diperolehi rakyat di sebalik perhimpunan haram Bersih itu melainkan huru-hara atau ketegangan," katanya semasa ditemui hari ini. Turut hadir, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Biro Antarabangsa Perkasa Pusat, Datuk Mustapha Yaakub. Azmi menjelaskan, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perjalanan proses pilihan raya boleh menyuarakannya melalui mahkamah dan bukannya di jalan raya. Beliau berkata, jika mengambil kira sentimen itu, rakyat Kelantan juga boleh mengambil langkah sama kerana tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan negeri sepanjang 21 tahun memerintah. Di KUALA LUMPUR, lima laporan polis dibuat pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan haram itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini. Laporan itu dibuat pada pukul 12 tengah hari oleh Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Wira Perkasa, Wirawati Perkasa Malaysia, Wira Perkasa Parlimen Batu dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM). Menurut Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader, tindakan Bersih mengadakan perhimpunan akan mengganggu ketenteraman awam dan mencemar imej negara di peringkat antarabangsa. "Kami khuatir perhimpunan itu didalangi 'tangan-tangan' yang keji dan kotor serta menjejaskan pelaburan asing serta kedatangan pelancong ke Malaysia," katanya. Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berkata, pihaknya bimbang jika perhimpunan itu diteruskan akan menimbulkan rusuhan rusuhan seterusnya mencetuskan keadaan huru-hara. Di ALOR SETAR, kira-kira 500 ahli Perkasa Daerah Kota Setar berkumpul di kawasan dataran berhadapan Masjid Zahir di sini hari ini, bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih itu. Kumpulan berkenaan berhimpun secara aman selama 30 minit sebelum berarak kira-kira satu kilometer seterusnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada pukul 10.30 pagi. Pengerusi Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail percaya perhimpunan Bersih didalangi individu tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi. Kata Mohd. Yusoff, penganjuran perhimpunan Bersih hanya merugikan orang Melayu kerana percaya ramai peserta terdiri daripada kaum itu. "Perkasa akan menentang sekeras-kerasnya perkara yang melibatkan perpecahan bangsa lebih-lebih lagi jika orang Melayu diperalatkan demi kepentingan peribadi," ujar beliau. Di KLANG, laporan polis dibuat Perkasa Daerah Klang terhadap perhimpunan haram itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di sini hari ini. Timbalan Yang Dipertua Perkasa Klang, Rahman Saat berkata, pihak yang menganjurkan perhimpunan itu sengaja ingin mewujudkan suasana tidak harmoni di negara ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
PTPTN henti pinjaman ikut peraturan Posted: PTPTN henti pinjaman ikut peraturanOleh MUHAMAD AIMY AHMAD KUALA LUMPUR 18 Jun – Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menahan pinjaman pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred Semester (PNG) 2.0 ke bawah dibuat berdasarkan Surat Pekeliling PTPTN Bilangan Satu dan Dua Tahun 2003 yang dikeluarkan pada 24 Julai tahun tersebut. PTPTN dalam kenyataannya di sini hari ini memberitahu, bayaran kepada pelajar akan ditahan untuk semester berikutnya jika mereka mendapat keputusan PNG 2.0 ke bawah dalam sesuatu semester. Bagaimanapun, bayaran itu akan disambung semula pada semester berikutnya jika keputusan PNG mereka kembali meningkat di atas 2.0. "Sekiranya bayaran telah ditahan pada semester tersebut tetapi institusi pengajian tinggi (IPT) telah memaklumkan pelajar tersebut kembali mendapat keputusan 2.0 atau ke atas, pembayaran semula akan diuruskan oleh PTPTN. "Jika bayaran telah dibuat dan kemudian dimaklum dan disahkan bahawa pelajar tidak patut menerimanya, PTPTN akan menahan pinjaman pada semester berikutnya,'' jelas kenyataan itu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan