Isnin, 27 Jun 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Kenangan di atas kanvas

Posted:

Kenangan di atas kanvas

Kenangan di atas kanvas

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF & MUHAMMAD AMIN NAHARUL ISLAM


NORHISHAM Asmawi dengan gaya tersendiri mencurahkan ilham d atas kertas.


ROMBONGAN Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke Stesen Tanjong Pagar, Singapura baru-baru ini turut membawa empat pelukis yang tidak ketinggalan mahu melakarkan tinggalan sejarah itu di atas kanvas.

Mereka terdiri daripada Syed Nahar Syed Abd. Hamid, Norhisham Asmawi, Mohd. Khairul Mohd. Zain dan Sumi Aris Aziz.

Biar pun jadual lawatan ke Stesen Bukit Timah dan Stesen Tanjong Pagar agak padat namun ilham serta cetusan untuk mengabadikan kedua-dua tempat yang sarat dengan cerita suka-duka manusia itu sempat ditumpahkan dalam bentuk lakaran asas.

Program tiga hari itu ternyata tidak memberi ruang kepada mereka untuk menyiapkan hasil kerja. Lantas kerja-kerja menyempurnakan lakaran asas bersambung di Kuala Lumpur.

Maka temu janji susulan diatur untuk melihat karya insan-insan seni yang naluri mereka turut tersentuh apabila bercakap tentang tarikh 30 Jun 2011.

Bermula pada Jumaat ini, perjalanan kereta api dari Malaysia ke Singapura akan berakhir di Woodlands Train Checkpoint (WTCP), tidak lagi di Tanjong Pagar. Ia sekali gus menamatkan catatan perjalanan ke stesen Tanjong Pagar yang bermula pada 1932.

Selepas sebulan meninggalkan Tanjong Pagar, pertemuan yang dirancang menjadi kenyataan. Keempat-empat pelukis yang berkarya di Pasar Seni Kuala Lumpur mahu kami bertemu di situ. Tentunya ia medan pertemuan yang sesuai lantaran nama Pasar Seni itu sendiri satu masa dulu diangkat oleh kumpulan pelukis tanah air.

Tentu juga amat sesuai jika lukisan stesen Tanjong Pagar yang begitu besar maknanya itu diabadikan oleh anak-anak seni yang biar pun masih muda tetapi tidak mahu tersisih daripada catatan sejarah.

Sebaik sampai ke Pasar Seni atau nama korporatnya Central Market, lokasi yang menempatkan kumpulan pelukis tidak ditemui. Apabila dirisik di kaunter maklumat, pantas diberitahu mereka ditempatkan di luar bahagian belakang bangunan.

Rasa tidak sabar mahu melihat hasil tangan anak-anak muda itu. Namun keterujaan sedikit terhenti apabila melihat lorong yang menempatkan para pelukis. Jika terik matahari, maka bahang terasa, jika hujan mahu saja menjadi seperti setinggan.

Sumi yang sebilik dengan penulis sepanjang lawatan media ke Tanjong Pagar, Singapura menunjukkan hasil curahan rasanya tentang stesen yang sarat dengan nostalgia itu.

Biar pun tidak banyak mengetahui tentang sejarah Tanjong Pagar namun Sumi mampu menghayati keindahan stesen tersebut yang sememangnya kaya dengan nilai-nilai artistik.

Begitu juga dengan Syed Nahar, Norhisham dan Mohd. Khairul yang masing-masing menyifatkan lawatan ke Tanjong Pagar membawa nilai serta sentimen tersendiri.

"Peluang merakamkan bangunan bersejarah seperti Tanjong Pagar dalam bentuk lukisan sememangnya dihargai.

"Apatah lagi dalam keadaan bangunan itu masih berfungsi sebagai sebuah stesen.

"Apabila siap menjadi sebuah lukisan stesen itu menunggu masa untuk menjadi warisan yang kelak dikunjungi orang ramai untuk tujuan mengenang dan mengimbau,'' Syed Nahar.

Anak kelahiran Serdang, Kedah itu sememangnya mempunyai bakat seni sejak di bangku sekolah. Hasil lakarannya masih terpateri di dinding dan tangga Sek. Keb. Air Putih, Serdang.

Bagi Syed Nahar, keputusan kerajaan menyerahkan stesen Tanjong Pagar dan stesen Bukit Timah kepada Singapura mempunyai nilai sentimental yang menyentuh naluri rakyat Malaysia.

Perkara itu dipersetujui Mohd. Khairul yang masih dalam proses menyiapkan lukisannya. Hubungan erat, malah sejarah antara kedua-dua negara mengikat nostalgia penduduk Malaysia dan Singapura.

"Tentunya penyerahan kedua-dua stesen itu kepada kerajaan Singapura menyentuh perasaan. Ada saudara-mara rakyat Malaysia di sana, dan ada juga saudara mara rakyat Singapura di sini.

"Kereta api menjadi penghubung untuk mempertemukan mereka. Apabila tidak lagi ada perkhidmatan ke Tanjong Pagar tentu ada 'kehilangan' dirasai,'' katanya.

Norhisham biar pun tidak banyak bercakap, mempunyai pandangan tersendiri tentang keunikan stesen Tanjong Pagar dan Bukit Timah.

Sememangnya kanvas antara wadah paling sesuai untuk melahirkan apa sebenarnya yang dirasai tentang peristiwa penyerahan kedua-dua stesen itu kepada kerajaan Singapura.

Sebab itu bagi pelukis veteran Aris Aziz, peristiwa bersejarah biar apa pun coraknya sama ada gembira, sedih mahu pun derita perlu dicurahkan di atas kanvas agar kenangan yang disimpan dalam pelbagai bentuk.

Beliau yang pernah tinggal di Singapura turut terkesan dengan penamatan perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjong Pagar.

Bagi Aris, perjalanan adalah catatan yang membawa seribu makna, lantas apabila ia ditamatkan, maka makna tidak lagi kesampaian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lima kilogram, lapan hari

Posted:

Lima kilogram, lapan hari

Lima kilogram, lapan hari

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


RAWATAN menggunakan kaedah moden.


DALAM kehidupan seharian ada kalanya kita perlu mengangkat bebanan seberat lima kilogram dari satu tempat ke satu tempat. Sama ada mengangkat pasu bunga, komputer riba, barang keperluan dapur dan sebagainya.

Persoalannya sanggupkah kita menampung bebanan seberat itu untuk satu tempoh yang lama dan tubuh badan.

Sekarang, cuba bayangkan kita mengurangkan berat badan sebanyak lima kilogram menerusi satu kempen istimewa yang ditawarkan oleh pusat pelangsingan badan terkenal Bizzy Body.

Dalam kebanyakan program diet, mengurangkan lima kilogram adalah mudah sekiranya seseorang mengikuti perancangan diet yang ditentukan.

Namun ia mengambil masa yang lama hingga sebulan untuk mengurangkan lima kilogram sahaja - satu penantian yang memang menyeksakan.

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, seorang manusia memerlukan kira-kira 2000 kalori sehari.

Satu paun lemak mengandungi 3,500 kalori, bermakna, untuk mengurangkan satu paun dalam seminggu kita perlu membakar kira-kira 500 kalori.

Ini juga bermakna kita tidak sepatutnya makan lebih daripada 1,500 kalori sehari jika mahu mengurangkan berat badan.

Untuk tujuan itu mereka yang hendak kurus sanggup menahan nafsu dari memakan kek, burger keju, piza atau ais krim semata-mata untuk tidak menambah berat badan.

Kerana memahami tuntutan tersebut, Bizzy Body memperkenalkan satu program mengurangkan berat badan istimewa yang akan memastikan penurunan berat badan sebanyak lima kilogram dalam masa lapan hari.

Ketua Pegawai Pemasaran, Wyann International, Danny Hoh, berkata, program tersebut telah dirangka khusus oleh pakar diet serta pakar nutrisi Bizzy Body.

"Kami telah berjaya mengubah kehidupan ramai wanita yang telah kehilangan keyakinan diri untuk kembali tampil yakin dan kelihatan menarik.

"Jadi dengan program mengurangkan lima kilogram dalam lapan hari ini diharapkan ramai wanita berjaya memiliki apa yang mereka idamkan selama ini," katanya.

Promosi tersebut berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Julai 2011 melalui pakej rawatan yang bermula dari RM380.

Bukan itu sahaja, setiap pelanggan baru layak menerima E-Intense Slimming Treatment yang bernilai RM660.

Rawatan E-Intense ini memberi jaminan kepada pelanggan mengurangkan sebanyak 15 sentimeter pada percubaan pertama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved