Isnin, 27 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Cabar jadi ‘anak jantan’.

Posted:

Cabar jadi 'anak jantan'.

Cabar jadi 'anak jantan'.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas (kiri) melaungkan 1Malaysia sempena Perhimpunan Agung Ke-58 PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam. Turut sama, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 26 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya bertindak berani seperti 'anak jantan' dengan menghadapi proses pilihan raya bagi membuktikan penerimaan sokongan rakyat terhadap mereka.

Perdana Menteri menegaskan, tindakan pembangkang yang berada di belakang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini adalah satu perbuatan pengecut dalam usaha mereka mendapatkan kuasa melalui keadaan huru-hara.

Justeru, Najib mengingatkan pembangkang supaya bertanggungjawab dan menghadapi akibat sewajarnya jika terjadi keadaan huru-hara pada demonstrasi jalanan yang dirancangkan oleh mereka itu.

Beliau memberitahu, jika Barisan Nasional (BN) benar-benar memanipulasi sistem pilihan raya secara kotor, parti itu tidak akan membiarkan pembangkang menguasai lima negeri seperti pada pilihan raya umum lalu.

"Kalau betul anak jantan, kita bertemu pada pilihan raya nanti kerana kuasa politik diperolehi melalui sokongan rakyat dan bukannya melalui demonstrasi jalanan," katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung ke-58 PPP di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN menegaskan, tindakan pembangkang yang menyokong atau berada di belakang perhimpunan haram Bersih adalah disebabkan mereka sedar momentum sokongan rakyat kini sudah kembali menyokong BN seperti dibuktikan dalam siri pilihan raya kecil lalu.

Menurut beliau, kejayaan BN meraih kembali sokongan rakyat sejak pilihan raya umum lalu adalah disebabkan hala tuju kerajaan yang jelas melalui usaha berterusan seperti diterjemahkan dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kejayaan BN itu juga, katanya, diperakui oleh pihak ketiga serta para penyelidik berkecuali dan keadaan tersebut kini menggusarkan pembangkang.

Justeru itu, jelas beliau, pembangkang kini hanya mempunyai satu pilihan iaitu mewujudkan keadaan huru-hara bagi meraih kembali sokongan rakyat secara tidak demokratik melalui perhimpunan haram Bersih nanti.

Katanya, perhimpunan haram itu juga diadakan demi membantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sudah tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri, walaupun bukan melalui proses demokrasi.

Menurutnya, keadaan itu terbukti dalam struktur PKR sendiri yang menyaksikan Anwar muncul sebagai ketua parti itu tanpa dilantik secara rasmi (de facto) seperti kebiasaan parti politik lain iaitu melalui pemilihan atau pertandingan.

"Tidak usahlah hendak betulkan pilihan raya kita, betulkan parti sendiri. Dalam pemilihan parti (PKR) tahun sudah, apa yang sudah terjadi? Reformasi, reformasi, akhirnya baling kerusi,'' katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1,111 belia catat rekod paling ramai sertai kursus praperkahwinan

Posted:

1,111 belia catat rekod paling ramai sertai kursus praperkahwinan

1,111 belia catat rekod paling ramai sertai kursus praperkahwinan


NAJIB Tun Razak bergambar bersama sebahagian daripada 1,111 orang belia yang menyertai kursus praperkahwinan teramai di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, semalam. Hadir sama, Adnan Yaakob dan Danny Ooi. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH


PEKAN 26 Jun - Seramai 1,111 belia di daerah ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) apabila menyertai kursus praperkahwinan paling ramai di negara ini.

Penyampaian sijil penyertaan program anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pekan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Najib turut menerima sijil pengiktirafan MBR daripada Pengarah Urusannya, Datuk Danny Ooi dengan disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Kursus dua hari bermula semalam itu diadakan di tiga lokasi iaitu Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Dewan Komuniti Majlis Daerah Pekan (MBP) dan Dewan UMNO Pekan.

Peserta yang terdiri daripada 514 wanita dengan selebihnya lelaki itu membabitkan golongan belia dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, DUN Chini, DUN Peramu Jaya dan DUN Bebar dekat sini.

Sepanjang kursus itu, peserta didedahkan dengan pelbagai modul termasuk Pengurusan Tekanan dan Konflik Dalam Kehidupan, Pengurusan Sumber Manusia, Munakahat, Ibadah dan Pembubaran Perkahwinan.

Sementara itu, seorang guru, Nurziana Ibrahim, 25, berkata, dia bertuah kerana menjadi peserta ke 1,111 dalam kursus berkenaan yang sekali gus mewakili kesemua peserta bagi menyerahkan replika angka tersebut kepada Perdana Menteri pada majlis berkenaan.

"Saya menyertai kursus ini kerana tertarik dengan matlamat penganjuran terutama dalam melahirkan belia berilmu, beriman dan bertaqwa dengan harga yang cukup berpatutan.

"Saya sememangnya tidak menyangka akan terpilih sebagai wakil peserta untuk menyampaikan nombor penyertaan saya kepada beliau," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

Posted:

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

HULU SELANGOR 26 Jun - Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa.

"Saya tidak kata kita tidak boleh guna ISA. Buat masa ini kita tidak memerlukannya. Kita sedang pantau Bersih dan hanya akan menggunakan akta ini (ISA) jika suatu perkara yang dilakukan menggugat keselamatan awam dan negara.

"Kita tidak pilih bulu, Pemuda UMNO dan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia} juga kita tidak beri permit untuk adakan perhimpunan menentang Bersih. Kita akan adil, tindakan sama jika didapati menyalahgunakan kuasa dan undang-undang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pertimbangan serius perlu dibuat sebelum ISA digunakan dalam isu Bersih kerana bimbang ia dieksploitasi oleh pihak tertentu dalam keadaan di mana masih ada undang-undang lain yang boleh digunakan.

"Bagaimanapun, saya ingin ingatkan kepada mereka yang akan terlibat dalam Bersih supaya jangan bermain dengan emosi dan mencampuradukkan apa yang kononnya diperjuangkan, tetapi mungkin ada matlamat lain yang boleh menimbulkan kemarahan pihak tertentu," katanya.

Beliau menegaskan, isu sebenar yang seharusnya ditimbulkan kepada rakyat ialah mengenai adakah perhimpunan haram Bersih itu betul-betul bersih dalam perjuangannya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, pembangkang sebenarnya tiada kekuatan di akar umbi, sebaliknya gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memperkudakan Pas bagi mendapatkan sokongan rakyat terutama orang Melayu.

"Apa kita (ahli UMNO) perlu lakukan sekarang adalah dedahkan kepada rakyat bahawa Pas sudah hilang identitinya, mereka hanya diperkudakan oleh PKR dan DAP bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pembangkang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved