Ahad, 26 Jun 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Lipstik untuk bibir seksi

Posted:

Lipstik untuk bibir seksi

Lipstik untuk bibir seksi

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Jurusolek antarabangsa Dior memberi tumpuan solekan mata dan bibir.


RAMAI yang menggambarkan bibir yang penuh dan tebal sebagai seksi dan menawan.

Apa pun hakikatnya setiap daripada kita memiliki bibir semula jadi yang cantik dan ia jadi lebih menawan dengan satu sentuhan saja.

Bibir sering mencerminkan mood anda. Seksi, elegan, gembira, klasik atau manis, semuanya boleh berubah dalam satu sapuan gincu.

Teknologi dalam industri kosmetik hari ini lebih membangun. Banyak produk kecantikan antarabangsa menghasilkan pelbagai inovasi yang melahirkan pelbagai produk kosmetik terbaik kepada wanita.

Bagi mengelakkan kombinasi warna yang keterlaluan, lipstik diganding bersama pembayang mata berwarna cair dan maskara hitam agar anda kelihatan lebih sofistikated dan glamor.

Bibir seksi

Bibir yang tebal dan besar dikatakan lebih menarik daripada bibir nipis dan kecil. Berdasarkan beberapa siri eksperimen, lebih banyak lelaki tertarik kepada wanita yang mempunyai bibir penuh dan besar.

Namun bagi anda yang tidak memiliki bibir sedemikian rupa, jangan risau kerana Kate Moss mempunyai kunci rahsianya.

Memilik bibir yang sederhana dan kecil tidak membuatkan model antarabangsa ini resah.

Menggunakan Dior Addict, Kate Moss mampu menyerlahkan bibir menawan dan menyerlahkan keindahan wajah semula jadinya.

Olesan Dior Addict membuatkan bibir anda kelihatan penuh dan seksi.

Koleksi lipstik kali ini menampilkan tiga stail berbeza berkonsepkan ikon fesyen iaitu Dior Kiss dan Rock n Roll. Kedua-duanya memberikan ekspresi lembut tetapi mempunyai gaya seksi.

Gaya ikon Doll menampilkan koleksi Nude dan Baby Rose dengan kilatan yang berganda, gincu bibir tersebut memperkenalkan kilatan yang berkilau daripada lapisan polimer yang mudah serasi dengan bibir semula jadi.

Berkonsepkan glamor, lipstik Red Carpet dan Fashion Week dengan warna coklat atau merah hati menjadi pilihan untuk lebih seksi dan ceria.

Lipstik pelembap

Bercakap mengenai lipstik, Avon percaya bahawa wanita tidak perlu berkorban untuk memilih antara pelembap dan warna.

Justeru itu, Avon keluar dengan lipstik terbaru, Ultra Moisture Rich Moisture Seduction yang menggabungkan kompleks akua sutera untuk membantu menyimpan pelembap bersama pigmen warna ceria dan mewah.

Menepati gaya hidup wanita masa kini yang sentiasa sibuk, anda tidak perlu memakai pelembap bibir kerana lipstik ini dilengkapi pelembap dengan SPF 15.

"Cara paling baik agar bibir nampak mongel adalah dengan menggunakan gincu yang berpelembap. Dengan penghidrat tambahan, pigmen hebat dan SPF15 dalam rumusannya, membantu menjadikan bibir kelihatan dan berasa hebat sepanjang hari," jelas jurusolek selebriti Avon, Zulfazli Suhadi.

Koleksi lipstik ini telah dipasarkan sejak 1 Jun lalu dan orang ramai yang inginkan maklumat boleh layari http://www.my.avon.com.

Dalam pada itu, Avon akan menyambut Ulang Tahun Avon ke 125 di semua butik Kecantikan Avon hujung minggu ini. Antara acara menarik termasuklah perundingan kecantikan percuma, sesi analisasi kulit dan solekan, promosi istimewa dan Penampilan selebriti make up artis, Zul Fazli di butik-butik terpilih.

Bagi menambahkan keriangan ulang tahun Avon ke-125, dengan setiap pembelian RM30 ke atas, anda akan mendapat bekas makanan Qaisara yang bernilai RM19.90 secara percuma. Selain itu, haruman eksklusif pereka antarabangsa yang bernilai RM109.00 akan diberi secara percuma dengan setiap pembelian RM125 ke atas yang tertakluk kepada terma and syarat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fiona mahu cantik dalaman

Posted:

Fiona mahu cantik dalaman

Fiona mahu cantik dalaman

adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto NURUL AKMA SAMSUDIN (Pelatih Unimas)
Solekan DANK (017-6114757)
Lokasi BERINGIN ENTERTAIMENT, 35 D-2-4, Jalan 2/27F, Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. (terima kasih Josaidy: 03-41437511)



WAJAHNYA yang mulus bersih lagi berketerampilan menarik ternyata memikat sesiapa yang memandang. Dalam hidup wanita ini, kejayaan biasanya diasaskan oleh minat terhadap sesuatu dan perancangan yang dilaksanakan.

Berdasarkan itulah, Fiona Weir anak kacukan Scotland dan Melayu ini memberanikan diri menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk mengejar impiannya menjadi model.

Wanita ayu berusia 27 tahun ini memberitahu, untuk menempuh cabaran, seseorang perlu berdikari, berani dan menghargai masa dengan baik.

"Di kota ini saya lihat masyarakat terlalu mengejar masa dan sering mengeluh ia tidak mencukupi sehingga ketinggalan perkara-perkara penting dalam kehidupan. Andainya kita menjaga, menghargai dan menghormati masa dengan baik, semua itu tidak akan berlaku dan kita akan sentiasa mempunyai masa yang mencukupi untuk berhadapan dengan cabaran di sini," katanya yang kadang-kadang boleh berperwatakan 'gila-gila'.

Dalam pada itu, Fiona mengakui kecantikan bukan satu perkara yang boleh diperoleh dalam masa seminggu, sebulan atau setahun, sebaliknya ia harus diamalkan sepanjang hayat supaya memberi kesan mendalam dan meresap di dalam tubuh, barulah terpancar secara semula jadi.

Sejak usia remaja, Fiona sentiasa menanamkan di dalam minda supaya apa sahaja perbuatan mestilah mempunyai niat yang baik terutamanya dalam menolong orang. Itulah rahsia dirinya untuk mendapatkan kecantikan dalaman.

"Pada saya, kecantikan dalaman boleh dibentuk. Jika wajah cantik tetapi mempunyai perangai yang tidak baik, ia jadi tidak cantik. Begitu juga dengan tutur kata dan budi bahasa. Apabila sikap terpuji itu wujud dalam diri maka kecantikan akan terpancar secara semula jadi," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved