Utusan Online - Dalam Negeri |
- Bersih khianat perjuangan rakyat
- Perhimpunan haram: KDN teliti semua laporan
- Sumbangan kaum Cina penting
Bersih khianat perjuangan rakyat Posted: Bersih khianat perjuangan rakyatOleh METRA SYAHRIL MOHAMED
KUALA LUMPUR 25 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini merupakan satu pengkhianatan kepada perjuangan rakyat yang mahukan keamanan dan pembangunan. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tujuan perhimpunan haram itu hanyalah untuk mencemar imej negara di mata dunia yang sebelum ini terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan tenteram. Atas dasar itu, ujarnya, kerajaan sudah memutuskan dan berpandangan bahawa perhimpunan tersebut merupakan perhimpunan haram. ''Kalau ada rakyat yang bersimpati dengan mereka, bermakna rakyat tidak mahu supaya negara ini kekal aman. Kita ada Parlimen, mereka ada wakil dalam Parlimen, mereka ada suara untuk menyampaikan apa jua perkara terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tentang apa yang tak puas hati. ''Saya anggap di sebalik ini (perhimpunan) adalah niat yang tidak baik. Mereka sengaja buat begitu supaya esoknya di peringkat antarabangsa, Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara yang tak aman, tak perlu datang Malaysia untuk melancong dan tak payah melabur di sini kerana tak selamat. ''Itu tujuan mereka. Justeru, bagi saya itu adalah satu pengkhianatan kepada perjuangan rakyat yang mahukan keamanan dan pembangunan,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengunjungi Hari Terbuka Syarikat Milik Kerajaan (GLC) 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini. Muhyiddin berkata, berhimpun secara haram bukannya satu budaya rakyat Malaysia yang sejak dahulu cintakan keamanan. Jelasnya, rakyat di negara ini mempunyai pelbagai saluran yang baik untuk menyatakan perasaan mereka dan bukannya dengan cara yang hendak dilakukan Bersih. ''Perhimpunan ini ada motif politik. Ia tidak akan membantu negara, tidak memberi faedah dan menjatuhkan imej negara ketika kita sedang berjuang membangunkan negara, menarik pelabur serta membina imej di peringkat antarabangsa sebagai negara yang aman, makmur dan maju jaya. ''Memang ada pihak yang tidak mahu melihat hal sebegini kekal. Bagi mereka, kalau rosak, kalau bergaduh, esok keluar dalam Youtube, dalam televisyen, ada komen-komen pakar antarabangsa kata Malaysia zalim, itu mereka suka. ''Jadi, saya faham apa muslihat mereka buat begitu. Kami (kerajaan) pun bukan bodoh. (Kami) pakar dari segi politik dan faham tentang niat mereka. Bukan niat baik sebenarnya. Kalau niat baik bukan cara begitu,'' tegas beliau. Ditanya tentang pendirian Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa beliau tetap akan menyertai perhimpunan bantahan ke atas Bersih, katanya, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menentukan tindakan tertentu. ''Kita serahkan kepada kebijaksanaan pemimpin Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk memikirkan apakah langkah itu sesuai. Terserah kepada mereka,'' tambahnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Perhimpunan haram: KDN teliti semua laporan Posted: Perhimpunan haram: KDN teliti semua laporanPUTRAJAYA 25 Jun - Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan pihaknya akan meneliti kira-kira 1,000 laporan polis yang telah diterima berhubung penganjuran perhimpunan haram oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini. Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, pihaknya pada masa yang sama akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk mereka yang mahu tindakan tegas diambil ke atas Bersih. ''NGO dan rakyat bebas untuk memberi pandangan supaya tindakan tegas diambil, kita akan mengambil kira semua pandangan dan laporan polis yang dibuat," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan dialog selama lebih tiga jam dengan kira-kira 100 pemimpin persatuan sukarela dari seluruh negara di sini hari ini. Dalam pada itu, Mahmood berkata, polis tidak akan membuat penangkapan secara sewenang-wenangnya berhubung penganjuran perhimpunan haram Bersih kerana tindakan tersebut tidak akan membawa jalan penyelesaian yang kekal. ''Saya sebaliknya lebih percaya kepada cara berbincang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkenaan. ''Biarlah perbincangan ini dijalankan, kita masih ada masa untuk berbuat demikian," katanya. | ||
Posted: Sumbangan kaum Cina pentingPULAU PINANG 25 Jun - Sumbangan masyarakat Cina dalam bidang ekonomi amat penting terhadap pembangunan negara secara menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebagai contoh, jelas Timbalan Perdana Menteri, menerusi komuniti peniaga, golongan tersebut bukan sahaja menghasilkan kuasa beli yang hebat, malah menawarkan pekerjaan kepada rakyat selain menjana aktiviti ekonomi. "Kita tidak boleh meningkatkan ekonomi negara tanpa sumbangan para peniaga kecil dan sederhana kaum Cina," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan ke-65 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Presiden ACCCIM, Tan Sri William Cheng. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan akan terus mempertahankan kepentingan negara untuk jangka panjang, memacu pembangunan, mengalih konfrontasi budaya, mengekal keamanan serta kestabilan dan mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum. Muhyiddin juga berkata, kerajaan sedia mendengar sebarang cadangan dan pandangan daripada sektor swasta bagi membantu meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga lektrik bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat. Beliau berkata, kerajaan prihatin dengan beban yang terpaksa dihadapi rakyat termasuk golongan peniaga yang terpaksa menghadapi peningkatan kos pengeluaran akibat kenaikan tarif elektrik dan gas. "Kerajaan sentiasa mengambil berat masalah yang dihadapi sektor swasta dan perbincangan mengenainya juga telah dibuat di peringkat Kabinet. ''Usaha ini tidak pernah terhenti, sebaliknya dilakukan secara berterusan dalam mencari mekanisme terbaik yang boleh memberikan situasi menang-menang kepada rakyat, kerajaan dan sektor swasta," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan