Selasa, 31 Mei 2011

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Umpan tarik pemain kita ke seberang

Posted:

Umpan tarik pemain kita ke seberang

Umpan tarik pemain kita ke seberang

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

SHAH ALAM - Penyerang kebangsaan, Safee Sali membayangkan lebih ramai pemain Malaysia akan beraksi dalam Liga Indonesia berikutan aksi mereka memikat pencari bakat di negara itu.

Menurut Safee, selain melihat kemampuan dan kehebatan seseorang pemain, pasukan dalam liga tersebut juga menitikberatkan soal budaya yang tidak jauh bezanya dengan negara mereka sekali gus memberi keselesaan buat pemain import dari Malaysia berkelana ke Indonesia.

"Antara faktor utama mereka cuba untuk memancing pemain Malaysia adalah kerana pemain mudah untuk menyesuaikan diri, ramai pemain dalam Liga Malaysia yang cuba dipancing kelab di sana antaranya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal," katanya ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Liga Komuniti MiziSports di sini, semalam.

Jelas Safee lagi, ada antara kelab yang berjumpa dengannya bagi bertanyakan pendapat tentang pemain-pemain yang berjaya mencuri perhatian mereka.

"Malah pemain juga tidak perlu bimbang tentang masa depan Liga Super Indonesia kerana Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) mendapat satu lagi peluang, apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bersetuju memberi tempoh sebulan penangguhan untuk mereka mengadakan pemilihan pucuk pimpinan.

"Saya juga berasa lega kerana FIFA memberi peluang kedua dan saya berharap PSSI tidak lagi mengulangi kesilapan mereka," kata Safee yang sekarang ini menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Jumaat ini.

Ditanya persiapan bersama skuad kebangsaan, Safee berkata, selepas menjalani jadual yang padat di Indonesia bersama pasukannya, Pelita Jaya, dia sekarang ini perlu menumpukan perhatian pula bersama skuad kebangsaan.

"Selepas melaporkan diri Ahad lalu, jurulatih, K. Rajagobal hanya mengarahkan kami melakukan latihan ringan untuk meredakan sedikit tekanan dan kepenatan yang dialami semua pemain di Liga Malaysia termasuk saya di Indonesia.

"Hari ini (semalam) kami akan menjalani latihan seperti biasa, saya gembira dapat kembali berlatih bersama rakan-rakan dan sudah tidak sabar menjelang perlawanan menentang Hong Kong Jumaat ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu rasuah: Aidil sedia kerjasama

Posted:

Isu rasuah: Aidil sedia kerjasama

Isu rasuah: Aidil sedia kerjasama


Safee sali (tengah) bersama rakan sepasukannya dalam skuad negara pada pelancaran Liga Bola Sepak Komuniti Mizi Sports di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM - Pemain Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak sedia membantu pihak berkuasa jika betul dakwaan rasuah berlaku dalam pasukannya.

Aidil, 23, mengakui dia amat malu jika perkara ini berlaku dalam pasukanya, malah dakwaan bahawa skuad Piala Presiden Negeri Sembilan terlibat mengatur perlawanan sudah cukup untuk mengguris hatinya.

"Saya tidak tahu keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya tidak berani campur, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada pihak atasan tetapi jika betul ia amat memalukan saya," katanya ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Liga Komuniti MiziSports di sini, semalam.

Jelasnya, sebagai pemain yang lahir di Negeri Sembilan dia berasa amat malu jika rasuah berlaku dalam negerinya terutama sekali dalam sukan bola sepak, sedangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) banyak membantu dari pelbagai aspek menaikkan bola sepak negeri.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, saya bukan hendak menuduh rakan sepasukan ataupun mana-mana pemain, setakat ini biarlah pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut, jika ada yang terlibat ia perlu diselesaikan.

"Apa yang mampu saya lakukan ialah memberi kerjasama sebaik mungkin, tetapi saya rasa ia tidak wujud dalam skuad Liga Super, prestasi kami yang tidak konsisten pula berlaku tatkala gejala rasuah kembal diuar-uarkan berlaku," katanya.

Aidil juga bersedia untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada pihak yang cuba untuk melibatkannya dalam gejala tersebut, malah dia juga tidak mahu duit haram menjadi darah daging kepada anak-anaknya.

"Prestasi skuad Negeri Sembilan yang kurang konsisten adalah disebabkan masalah kecederaan pemain utama, malah kami terpaksa mengguna khidmat pemain Piala Presiden untuk memantapkan pasukan.

"Kami akan bangkit semula pada saingan Piala Malaysia nanti dengan kebanyakan pemain yang cedera sudah sembuh, termasuk Zaquan Adha Abdul Radzak," kata Aidil yang sekarang ini menjalani latihan bersama skuad kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan menentang Hong Kong Jumaat ini.

Kelmarin, SPRM telah menyatakan bahawa siasatan terhadap pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan yang didakwa mengatur keputusan perlawanan kini telah hampir siap.

Menurut sumber, SPRM telah selesai mengambil keterangan daripada semua pihak yang diperlukan termasuk di peringkat pengurusan pasukan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved