Selasa, 31 Mei 2011

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Cergas berbasikal malam

Posted:

Cergas berbasikal malam

Cergas berbasikal malam


aktiviti berbasikal pada waktu malam kini semakin mendapat tempat di hati peminat sukan tersebut.


JIKA tidak berkesempatan melakukannya pada waktu siang kerana tuntutan kerja demi mencari rezeki yang halal, maka waktu malam menjadi detik yang ditunggu untuk beriadah sambil memenuhi minat dalam sukan lasak tertentu.

Inilah yang dibuktikan oleh sekumpulan peminat sukan berbasikal gunung yang memilih waktu malam untuk beriadah. Dengan trend tersebut, kita dapat melihat betapa aktiviti berbasikal lasak pada waktu malam kini semakin mendapat tempat di hati peminat sukan tersebut.

Rata-rata mereka yang dilihat berbasikal di kawasan tumpuan aktiviti tersebut terdiri daripada kelompok yang telah bekerja.

Antaranya ialah Che Mahdi Idris, 47, dari Rawang, Selangor yang berpendapat aktiviti itu merupakan satu peluang baik baginya untuk berinteraksi dengan masyarakat di samping mengeratkan hubungannya bersama ahli keluarga.

Jelasnya, kesibukan bekerja menyebabkan masa untuk beriadah terhad di waktu siang menyebabkan beliau mula berjinak-jinak dengan sukan berbasikal dengan lebih serius.

''Sudah dua tahun lebih saya terlibat dengan aktiviti ini. Namun, disebabkan jadual kerja yang padat, saya tidak dapat bergerak aktif seperti peminat sukan berbasikal yang tegar.

''Dalam pada itu saya berusaha meneruskan minat dan alhamdulillah, dengan dorongan rakan-rakan yang aktif berbasikal, saya kini mula aktif semula. Kini, pantang ada masa terluang, pasti saya akan penuhi ia dengan berbasikal bersama mereka," katanya.

Menurutnya, minat beliau turut dikongsi bersama dua anak lelakinya, Muhammad Amir Hamzah, 15, dan Muhammad Syafiq, 13, yang sering menemani beliau berbasikal.

''Mereka sering menemani saya berbasikal sejak mereka kecil lagi. Lama-kelamaan mereka jadi minat dan kini serius melibatkan diri dalam sukan ini.

''Melalui aktiviti ini, kami berpeluang meneroka kawasan baru. Kadang kala kami berkayuh sejauh 30 kilometer dari rumah kami di Rawang semata-mata untuk tujuan tersebut," katanya.

Biasanya beliau memilih waktu antara pukul 9.30 malam hingga 11.30 malam untuk berbasikal bersama anak-anak dan rakan-rakan di kawasan sekitar Sungai Buaya, Batu Arang dan Bandar Tasik Puteri.

Walaupun berbasikal pada waktu malam mempunyai risiko tersendiri, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus beraktiviti.

"Memang diakui setiap aktiviti ada risikonya termasuk berbasikal malam. Begitupun saya sentiasa mengambil langkah keselamatan sepanjang beraktiviti termasuk memastikan menyarung pakaian berwarna cerah dan lampu terang," katanya.

Katanya, golongan yang ingin menceburi bidang ini harus sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan agar kemalangan jiwa dapat dielakkan.

Peralatan berbasikal yang lengkap serta berfungsi dengan baik penting bagi mengelakkan sebarang risiko kecederaan sewaktu melakukan aktiviti tersebut.

''Selain itu, amat penting untuk bergerak dalam kumpulan kerana sebarang risiko yang dihadapi dapat ditangani segera dengan bantuan rakan-rakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved