Utusan Online - Jenayah |
Jentera berat bukan punca kematian Posted: Jentera berat bukan punca kematianPUTRAJAYA 30 Mei - Kematian 16 mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat baru-baru ini bukan disebabkan oleh penggunaan jentera berat dalam misi menyelamat di kawasan tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, dakwaan mengatakan jumlah kematian begitu ramai disebabkan misi menyelamat oleh pihak bomba adalah tidak berasas. Menurutnya, penggunaan jentera berat dalam misi menyelamat itu tidak melibatkan kawasan runtuhan, sebaliknya hanya digunakan apabila mendapat arahan Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART). "Pihak yang membuat dakwaan tersebut memang tidak mengetahui situasi sebenar penggunaan jentera berat semasa misi menyelamat tersebut dilakukan. "Kita memang tidak menggunakan jentera berat kecuali mendapat arahan dan permintaan SMART, seorang pegawai mereka juga ditempatkan khas bersama dengan pemandu bagi memantau keadaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan jumlah kematian dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat baru-baru begitu ramai disebabkan penggunaan jentera berat oleh pihak bomba dalam misi menyelamat. Tambah Wan Mohd Nor, anggota bomba kebanyakannya hanya menggunakan tangan untuk menggali dan mencari semasa misi menyelamat tersebut. Terdahulu, Wan Mohd. Nor menghadiri majlis penganugerahan pingat kebesaran bomba sempena acara sambutan Hari Anggota Bomba 2011. Menurut beliau, anugerah kebesaran bomba tersebut adalah sebagai penghargaan kepada pegawai-pegawai yang telah berbakti kepada JBPM. |
Ibu, anak ditahan halang tugas polis Posted: Ibu, anak ditahan halang tugas polisJOHOR BAHRU 30 Mei - Tindakan seorang ibu memaki hamun dan menampar muka dua anggota polis yang menahan anak perempuannya untuk tujuan pemeriksaan lesen memandu mengundang padah apabila kedua-duanya ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam. Sebelum itu, remaja berusia 19 tahun tersebut yang memandu kereta Proton Iswara dilihat bersama empat lagi rakannya dalam keadaan mencurigakan di kawasan Pontian Besar, kira-kira pukul 10 malam. Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, tiga anggota yang sedang meronda meminta remaja berkenaan menghentikan kereta tetapi sebaliknya dia memecut ke arah Benut. "Meskipun anggota itu berjaya mengejarnya tetapi remaja berkenaan enggan memberi kerjasama dan keluar dari kenderaan selain tidak mahu menunjukkan lesen memandunya walaupun diminta beberapa kali. "Beberapa minit kemudian, anggota keluarga kesemua yang berada di dalam kenderaan itu tiba di tempat kejadian termasuk ibu remaja tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Zahaliman berkata, ibu dan remaja berkenaan kemudian memaki hamun anggota polis tersebut sebelum wanita itu menampar muka dua anggota berkenaan. Berikutan tindakan tersebut, katanya, anggota itu menahan ibu dan remaja berkenaan kerana menghalang tugas polis manakala empat lagi rakan remaja berkenaan dibebaskan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan